Bila Isteri Sarat Mengandung, 5 Kata-kata Ini Suami 'HARAM' Sebut

Kalau isteri sarat mengandung, suami ‘haram’ sebut 5 kata-kata ini. Sebabnya orang perempuan bila tengah mengandung memang sensitif. Suami kena jaga kata-kata supaya hati isteri tidak terguris dengan ucapan yang mungkin tidak dimaksudkan tapi terkeluar dari mulut.

Ibu hamil cepat terasa hati, akibat perubahan hormon dalam badannya. Tambahan pula membawa kandungan yang beratnya mungkin melebihi 5kg. Jadi kalau suami tak mahu mengganggu emosi isteri, elakkan daripada mengucapkan lima ayat ini.

“Besarnya Perut, Mesti Bayi Pun Besar”

Ayat ini mungkin boleh membuatkan isteri yang sarat mengandung murung kerana bentuk badannya yang sudah berubah. Teguran suami mungkin disalah ertikan oleh isteri sebaiknya puji sahaja dan katakan pada isteri yang sedang kandungkan anak anda bahawa dia kelihatan lebih cantik dan berseri-seri ketika mengandung.

“Betul Ke Nak Pakai Baju Tu Keluar Nanti”

Jika soalan anda begitu, pasti rancangan untuk keluar bersama akan terbatal kerana rajuk sang isteri. Ucapkan yang lebih manis seperti, “ Kalau sayang rasa selesa, pakai sahajalah baju itu.” Kan lebih mulia.

“Kenapa Sayang Dah Kurang Mesra”

Kata-kata ini seakan menyalahkan isteri semata-mata. Jaga kata-kata lebih baik terus terang dan beritahu isteri bahawa anda rindu pelukan isteri tersayang. Sambil tu jangan lupa peluk terus isteri anda yang sedang sarat tu. Mesti mereka lebih bahagia.

IKLAN

“Jangan Malas-malas Sayang, Mentang-mentanglah Mengandung”

Mungkin anda melontarkan kata-kata ini ketika melihat rumah yang berselerak dan tidak berkemas. Kena ingat isteri anda bukannya malas, tapi kerana perubahan dalam badan mereka, isteri jadi cepat penat. Daripada mengucapkan itu, cuba tukar dengan “ Sayang penat, ya? Meh abang urut.” Kan lebih sweet…

“Mama Ni Kuat Betul Membebelnya…”

Jangan diperlekehkan keluhan-keluahan isteri yang sedang sarat mengandung kerana itu boleh membuatkan mereka sedih dan keadaan ini dikhuatiri akan memberi kesan pada kesihatan bayi dalam kandungan. Lebih baik anda tenangkan saja isteri yang sedang membebel dengan menyuruhnya berehat atau segera melakukan apa yang isteri suruh.

Bila Isteri Sarat Mengandung, 5 Kata-kata Ini Suami ‘HARAM’ Sebut

IKLAN

7 Tip Bahagiakan Isteri Sarat Mengandung

1. Surprisekan dengan kuntuman bunga segar. Kadangkala kejutan seringkas ini pun boleh membuatkan isteri hamil bahagia.

2. Urut kakinya. Masa mengandung dengan membawa perut yang besar, bukannya satu perkara mudah. Kaki kejang dan lenguh itu biasa. Suami urutlah kaki isteri dengan lembut dan tenang.

3. Masakkan makan malam untuknya dan bersihkan dapur selepas memasak. Penting tu. Tak adalah nanti anda nak buat kejutan, tapi akhirnya tetap menyusahkan isteri yang sarat mengandung tu.

IKLAN

4. Jangan ganggu tidurnya. Salah satu masalah ibu hamil adalah sukar mendapat tidur yang lena, terutama nak masuk trimester ketiga. Masa inilah suami ambil alih tugas isteri. Biarkan isteri berehat setenangnya. Bangun-bangun saja segalanya sudah tersedia.

5. Nota cinta buat sang ratu. Memang susah nak jumpa pasangan yang romantis semacam ini. Tapi kisah ini ada. Walaupun sudah lama berkahwin dan anak sudah besar-besar, suami masih memberikan nota cinta untuk isterinya. Allah.. sweet sungguh!

6. Bawa bercuti. Kadangkala isteri yang sarat hamil cuma mahukan ketenangan. Bawalah dia bercuti ke tempat yang diinginkan. Di pantai ke, pusat peranginan ke.. asalkan hatinya bahagia. Nanti anak yang dikandung pun akan rasa bahagia sama.

7. Peluk dan dakaplah dengan kasih sayang. Ketika isteri sarat mengandung, emosinya memang berbolak balik. Antara nak melayan morning sickness, rasa mengidam dan macam-macam lagi. Layankan sajalah wahai suami. Bersabarlah untuk 9 bulan ini. Jangan lupa berikan pelukan hangat dan kasih untuk isteri kerana itulah perkara yang isteri perlukan sangat-sangat ketika sarat hamil.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI