Bagi isteri yang menjadi suri rumahtangga sepenuh masa, segala perbelanjaan keluarga terletak di bahu suami. Kadang-kadang, ada isteri yang segan untuk meminta duit daripada suami dan hanya tunggu suami berikan padanya setiap bulan. Bimbang habiskan duit suami katakan.

Walau bagaimanapun, mungkin sedikit ‘kesenangan’ buat suami apabila isteri mempunyai pendapatan tetap. Sekurang-kurangnya ia membantu mengurangkan beban keluarga. Tapi dalam masa yang sama suami jangan pula ambil peluang ini dengan langung tidak memberi nafkah.

Jangan begitu, isteri bekerja atau tidak bekerja, suami wajib memberi nafkah. Tak perlu takut isteri habiskan duit suami. Malah, kena ingat, bila bagi duit pada isteri, mungkin rezeki akan bertambah berkat doa daripada isteri. Siapa tahu.

Perkongsian daripada Firdaus Shakirin ini boleh membuka mata buat pasangan di luar sana terutamanya suami supaya tak perlu takut kalau isteri tidak bekerja dan bergantung sepenuhnya pada suami.

Mewah Bila Dua-dua Kerja

Sudah masuk 4 tahun, isteri saya menghabiskan duit suaminya.
Nak dikatakan dahulu, isteri saya seorang wanita bekerjaya, ada pendapatan tetap dan gaji bersih hampir RM3K setiap bulan. Kami hidup mewah sebab dua-dua beekrja. Dari seorang anak sehinggalah lahir anak ketiga.

Selesa, tak rasa langsung sesak tengah bulan…
Bila isteri ada pendapatan, maka apa yang ada dalam fikiran saya? Kalau duit saya tak cukup, saya boleh mintak kat dia…then hadirlah nafsu untuk tukar HP, tukar sport rim, modified kereta dan sebagainya.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Isteri Mana Tak Suka Shopping, Tapi Berkorban Perasaan Untuk Suami, Anak 

IKLAN

Jangan KEDEKUT Dengan Isteri, Dia BUKAN Ada Orang Lain, Selain Suaminya Saja

Info Lebih Menarik DI SINI

Buat Keputusan Sendiri

Tak tanya isteri dah, terus buat keputusan sendiri…

Balik rumah dengan HP baru, sport rim baru…isteri berleter la kejap, pastu dia cool…bulan yang spend duit untuk beli macam-macam mesti bajet lari, maka mintak duit isteri…isteri bagi jugak la, tapi siap dengan pakej berleter…

IKLAN

Bila pengasuh tiba-tiba tak boleh jaga anak ketiga yang masih baby tu, isteri ambik cuti untuk jaga sementara nak cari pengasuh baru…kami duduk berbincang, bersembang hati ke hati…saya tak bersedia lagi untuk dia berhenti sebab komitmen bulanan tu masih sama, plan atas gaji 2 orang…tapi bila difikirkan tentang anak-anak, maka isteri kata keputusan yang terbaik adalah berhenti kerja, duduk rumah, uruskan anak-anak.

Apa perkara pertama yang terlintas di fikiran saya? Cukup kah gaji seorang saja ni…

Tak Pernah Habis

Alhamdulillah, tahun ni dah tahun keempat isteri menjadi suri rumah sepenuh masa tanpa sebarang punca pendapatan…komitmen masih sama, hutang masih sama, dan ditambah pula dengan yuran sekolah untuk setiap anak…sepanjang 4 tahun dia menghabiskan duit suaminya, duit suaminya TAK PERNAH HABIS…

IKLAN

Ajaibkan aturan Allah…semuanya suami beli, semuanya suami sediakan, semuanya suami bagi, tapi rezeki suami makin murah, makin mencurah-curah. Tiap-tiap tahun gaji asyik naik sahaja…bonus suami pun banyak.

Rupa-rupanya, tak miskin si suami yang tanggung isteri sepenuhnya…tak susah si suami yang memudahkan urusan isteri dan tak berkira dengan isteri…sepanjang 4 tahun ni jugak, Allah berikan kesihatan yang cukup2 baik kepada saya… jarang sakit untuk keluar mencari rezeki pada keluarga.

Setiap urusan tu rasa mudah dan setiap kali bekerja tu hati rasa tenang…walaupun gaji dihabiskan untuk keluarga, tapi ianya tak menyebabkan diri rasa serabut dan

DUIT TAK CUKUP…

Setiap bulan sentiasa cukup…Allah s.w.t tak pernah kedekut dan kejam pada hamba-Nya yang menjalankan tanggungjawab serta kewajipan yang diamanahkan kepadanya untuk DITUNAIKAN…

MW: Kalau tak habiskan untuk isteri dan keluarga, pada siapa lagi? Semuanya untuk keperluan keluarga juga.

Sumber: Firdaus Shakirin

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI