Setiap hari, sibuk atau tidak, itulah rutin isteri dan mak-mak yang perlu buat. Memasak. Walaupun hanya sekadar telur goreng pun dah cukup sedap dan membuka selera keluarga. Boleh tambah dua tiga nasi rasanya. Air tangan ibu kan. Itulah yang membahagiakan isteri dan mak-mak.

Apa perasaan mak-mak bila masakan dikritik, Rasa tawar, terlalu masin, manis atau tak ada rasa? Sedih bukan? Tapi jangan risau, anak-anak tak akan pernah komen sebegini. Nasi berlauk kicap pun rasa sedap sangat baginya.

Tapi sebenarnya, mak-mak dan isteri mahu berikan yang terbaik untuk keluarga. Tidak mengharapkan apa-apa pujian apatah lagi ucapan terima kasih, memadai dengan makan dengan selera dan buat hati mak-mak rasa bahagia.

Walau bagaimanapun, perkongsian daripada Norzi Malek ini, nak hargai apa yang mak buat pada keluarga, tidak perlu modal yang besar. Cukup dengan ucapan terima kasih pun dah buat hati mak-mak berbunga-bunga. Ini belum lagi ucapan dari suami kan!

Biasakan Ucapan Terima Kasih

“Terima kasih Ma masakkan makanan yang sedap-sedap”.
“Terima kasih Ma memasak malam ini”.

Berturut-turut ucapan terima kasih yang diucapkan oleh semua anak-anak di meja makan, sebelum sesi dinner bermula.

“Eh, ye ke Mariam? Habis tu Mariam buat apa masa tu? Ucap jugak tak?”. Soal saya teruja dengar cerita dari kawan saya.

IKLAN

“Aduh kak Norzi, masa tu awal-awal saya kahwin. Terkejut. Saya tak biasa lagi. Jadi saya senyum je la di meja makan,” balas kawan saya sambil ketawa.

Menurut cerita beliau, sebelum makan bersama-sama, setiap ahli keluarga mertuanya terutama anak-anak akan mengucapkan terima kasih kepada ibu mertuanya kerana memasak pada hari itu di meja makan beramai-ramai.

Walaupun belum merasai makanan yang dimasak sedap atau tidak, namun mereka terlebih dahulu mulakan dengan ucapan terima kasih kepada ibu mereka yang berpenat lelah di dapur dalam menyediakan juadah sarapan,makan tengah hari atau pun makan malam.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Setiap Hari Masak, Ada Hari Isteri JEMU Memasak Sebab Penat Berfikir

Masaklah Walau Sekali Seminggu, Besar Hati Suami Makan Masakan Isteri!

IKLAN

Info Lebih Menarik DI SINI

Satu Penghargaan

Rasa ‘wow’ sangat kan. Selalunya suami saja yang ucapkan terima kasih dekat kita, ini anak-anak.

Untuk menghormati dan menunjukkan penghargaan kepada ibu, isteri dan saudara perempuan di dalam menguruskan hal-hal rumah tangga sebenarnya tidak memerlukan modal yang besar untuk membeli jiwa-jiwa ini. Cukup sekadar ucapan terima kasih, jiwa dan hati mereka akan terasa sangat dihargai.

Letih dan penat akan dilupai.

Sebaliknya kami akan memberikan senyuman yang paling ikhlas semasa mendengar ucapan “terima kasih”.

Serius, terasa di hargai sangat.

Orang yang rasa dihargai, dia takkan rasa penat, lelah, letih dan jauh sekali berkeluh kesah dalam menguruskan hal rumah tangga yang tidak pernah habis.

Jadi, mari kita mulakan melatih anak-anak kita mengucapkan terima kasih dalam memberi penghargaan kepada orang sekitar.

IKLAN

Rasa Bertanggungjawab

Ucapan ‘terima kasih’ ini akan membentuk anak-anak kita lebih empati terhadap orang lain, lebih bertanggungjawab dalam memilih perkataan yang sesuai dalam bertutur dan akan melatih anak-anak kita menghargai orang sekeliling.

Pendidikan anak-anak bermula dari rumah. Rumah yang bahagia dan tenang adalah kesan daripada perwatakan dan sikap ibu atau isteri yang mempunyai perasaan bahagia dalam menguruskan keluarga.

Mahu ibu dan isteri bahagia? Tunjukkan penghargaan kita kepada mereka.

Memang macam kena suntik vitamin tenaga kalau suami dan anak-anak ucap terima kasih.

MW: Terus hilang penat masak, makin rajin nak masak pun ada. Betul tak?

Sumber: Norzi Malek

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI