Tak Balik Rumah 2 Hari, Isteri Ketiga Rosakkan Cermin Kereta & Motor Suami! Menjalani kehidupan berpoligami, suami haruslah berlaku adil pada semua isteri-isteri demi keharmonian rumahtangga. Ia bagi mengelakkan sikap tidak puas hati diantara isteri-isteri terutamanya giliran balik ke rumah.
Rosakkan Cermin Kereta & Motor
Seorang peniaga kedai emas yang juga isteri ketiga seorang peniaga mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kemaman di sini hari ini atas pertuduhan melakukan khianat dengan merosakkan cermin kereta dan motosikal berkuasa tinggi milik suaminya pada Ahad lalu.
Pengakuan itu dibuat tertuduh, Siti Fazira Mohd Sofian, 28, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Shariffuddin.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa sengaja melakukan khianat dengan mengetuk cermin hadapan dan belakang kereta jenis Mercedes-Benz dan merosakkan bahagian belakang motosikal berkuasa tinggi jenis Honda Gold Wing menggunakan bakul mengisi buah.
Ads
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu kira-kira jam 2.15 petang, di kediaman madunya yang merupakan isteri kedua suaminya, di Taman Gong Pauh, Chukai.
Bagi kesalahan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan, sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin.
Ads
Tak Puas Hati Dengan Suami
Selain itu mahkamah turut menetapkan 15 Mac ini untuk fakta dan hukuman.
Media sebelum ini melaporkan gara-gara tidak berpuas hati setelah suaminya tidak pulang rumah selama dua hari, seorang wanita yang juga isteri ketiga, bertindak menceroboh masuk ke rumah madunya sebelum merosakkan motosikal serta kereta milik suaminya.
Mingguan Wanita:Semoga dipermudahkan segala urusan. Bukan mudah untuk hidup berpoligami, suami memainkan peranan penting dalam bersikap adil pada semua isteri-isteri bagi menjamin rumahtangga harmoni.
Siti Rohayu kembali nikah lelaki pilihan keluarga, pernah viral jaga suami lumpuh 5 tahun hingga berjalan semula. Pasti ramai masih mengingati kisah ibu tunggal ini. Siti Rahayu atau mesra disapa Umy.
Empat bulan lalu, kisah perceraiannya mendapat liputan apabila dirinya memaklumkan akan bercerai dengan suaminya, Muhammad Ridhwan Mohd Zaki didakwa adanya campur tangan dari keluarga mentua.
Siti Rohayu yang mesra disapu Ayu atau Umy ketika itu dilihat sering memuat naik kisahnya menjaga bekas suami Muhammad Ridhwan Mohd Zaki yang ditimpa kemalangan hingga lumpuh kira-kira lima tahun lalu.
Dari koma 90 hari, menjaga dari lumpuh hingga mampu berdiri sendiri dan dilihat sihat tetapi malang dalam beberapa hari lalu, Ayu memuat naik di instagramnya bahawa hubungan itu sudah berakhir empat bulan lalu.
Hari ini, di fb dan instagramnya, sekali lagi dirinya berkongsi berita gembira. Gembira kerana dirinya sudah bertemu jodoh baru dan sekitar dua jam tadi memaklumkan dirinya bakal bergelar isteri kembali.
Tulisnya, Ya Allah, cantik betul air tangan MUA Nancik Cikna.
Terima kasih follower yang sponser make up untuk Umy di hari majlis akad nikah hari ni. Terharu sangat walaupun tak kenal. Tq MUA buat Umy cantik hari ni.
Semoga apa yang dirancang berjalan dengan baik. Hari ni majlis tertutup tapi Umy akan cuba buat live ketika majlis berlangsung. Terima kasih semua tak sempat nak balas whatsapp, Umy sayang kalian semua.
Ramai pengikut mengucapkan tahniah di atas jodoh barunya ini.
“Jangan terlampau cemburu, tok laki tak suka” kata Kak Cat. Nak tahu lagi tips yang dikongsikan Kak Cat untuk menarik perhatian encik suami? Apa lagi, jom tengok! Eh tapi, sebelum tu, sakit mata min tengok rantai emas 916 Sin Ter May yang Kak Cat pakai.. cantik betul, berkilau!
Nak rasa sampel biskut raya? Dapatkan KUPON BISKUT RAYA PERCUMA sekarang. Klik untuk kupon percuma: http://shorturl.at/hKOS2 atau imbas QR code pada poster.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
100 Nama Dalam Senarai, Jamal Abdillah Dilema Cari Nama Sesuai Anak Keenam! Bukan mudah untuk memberikan nama yang sedap dan membawa maksud yang baik untuk anak yang bakal dilahirkan. Ia menjadi antara tanggungjawab mak ayah untuk memberikan nama yang terbaik buat anak.
Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah masih dalam dilema mencari nama sesuai untuk anak keenam yang bakal dilahirkan secara pembedahan, 1 April depan.
Jamal atau nama sebenar, Jamal Ubaidillah Mohd Ali, 63, berkata, setakat ini, kira-kira 100 nama sudah berada dalam senarai.
Namun, beliau dan isteri, Datin Zai Izzati Khiruddin, 27, masih belum jumpa nama yang sesuai untuk anak perempuan mereka.
“Saya masih belum jumpa nama yang menarik minat saya. Kalau nama panjang sangat, tidak berapa sesuai pula. Saya mahu nama anak itu sedap untuk dipanggil.
“Bagaimanapun, nama dipilih mesti membawa makna yang baik. Selain itu, nama Yamani mesti dikekalkan,” katanya.
Jamal berkata, ketika ini, dia dan isteri masih membuat pertimbangan sewajarnya sebelum menentukan nama anak mereka.Malah, Jamal berharap proses memilih nama dapat diselesaikan sebelum tarikh kelahiran anaknya yang berbaki 16 hari lagi.
“Kami masih buat perbandingan nama yang sudah disenarai dan yang dicadangkan peminat.
“Semestinya kami mahu nama yang membawa makna baik dan sedap disebut. Kalau boleh, saya mahu dapatkan nama untuk anak keempat ini sebelum 1 April depan.
“Saya dan isteri pilih tarikh kelahiran anak keempat ini pada 1 April depan kerana sama dengan tarikh perkahwinan kami,” katanya ditemui pada rakaman program Cubit-Cubit Manja Muzikal – Kenduri Kahwin di Bizmilla Place Ballroom di sini, hari ini.
Jamal mendirikan rumah tangga dengan Zai pada 1 April 2017.
Hasil perkongsian hidup, mereka memiliki tiga anak iaitu Nur Azura Yamani, 3; El Isaac Yamani atau Zack, 2 dan Isksndar Rayyan Yamani yang dilahirkan pada 22 Februari tahun lalu.
Menerusi perkahwinan terdahulu, Jamal memiliki dua anak iaitu Osama Yamani, 22, dan Ahmad Zaki Yamani, 17.
Puteri Sarah wanita & ibu yang kuat. Kemelut yang melanda rumah tangga wanita ini sememangnya bukanlah sesuatu yang mudah untuk ditempuhi. Bersempena sambutan HARI Wanita Sedunia atau Hari Wanita Antarabangsa yang disambut hari ini, pemilik nama sebenar Puteri Sarah Liyana merupakan antara wanita yang bersuara lantang dan kuat menempuh dugaan rumah tangga.
Seperti yang diketahui umum, semalam Puteri Sarah mendakwa pernah dipukul suaminya, Syamsul Yusof. Terbaru menerusi prosiding yang telah berlangsung, Puteri Sarah Liyana mengemukakan bukti baharu mendakwa dirinya pernah dipukul oleh suaminya, Syamsul Yusof pada 2020 hingga menyebabkan dia keluar dari rumah.
Menerusi laporan beberapa portal akhbar, Puteri Sarah menyatakan demikian di hadapan Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas ketika prosiding tuntutan cerai. Malah bukti itu dikemukakan juga selepas Syamsul enggan melafazkan cerai.
Malah paling menggemparkan peminat sebelum ini juga Syamsul membuat pengakuan melalui video dirinya sudah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand berwalikan bapa mentuanya, pelakon veteran Kazar Saisi.
Kemelut rumah tangga Syamsul dan Sarah mula diperkatakan sejak empat tahun lalu, tetapi anak Datuk Yusof Haslam itu tidak pernah membuka mulut mengenai perkara itu.
Susulan pengakuan Syamsul, topik berkaitan kemelut rumah tangganya dan kehadiran Ira sebagai isteri kedua hangat diperkatakan sehingga ‘trending’ di Twitter.
Syamsul dan Puteri Sarah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam yang berusia lima tahun dan Summayah, tiga tahun.
Akui Puteri Sarah setiap langkah yang di diambil tiada sesalan. Kemelut rumah tangga yang sedang dilanda badai itu tidak langsung menggoncang dirinya malah terus membuatkan dia lebih kuat.
Tidak mahu terus bersedih dan meratapi nasib diri, Puteri Sarah hadir dengan buah tangan terbaru untuk peminat. Lagu TERUS yang dilancarkan serentak hari ini merupakan antara manifestasi isi hati ibu kepada dua cahaya mata ini.
Apa yang dirasai dan dilalui diluah di dalam bait-bait lirik TERUS seterusnya dinyanyikan oleh gandingan Sarah Fazny dan Zayani yang mewakili dirinya.
“Lagu ini memang mengisahkan tentang apa yang terjadi kepada diri saya. Apa yang berlaku selama ini saya ceritakan dan diterjemah menjadi sebuah karya. TERUS memang mewakili isi hati saya.
“Saya gembira karya ini akhirnya dapat menemui pendengar hari ini. Setidaknya mereka yang di luar sana yang senasib dengan saya dapat bangkit dan meneruskan kembali hidup seperti dulu,” kata Puteri Sarah.
Menariknya, bait-bait lirik dan melodi indah diterjemah dengan baik oleh Faizal Ulwi yang bertindak selaku komposer untuk TERUS.
Meskipun Faizal merupakan komposer baharu di dalam industri, namun dia sudah berpengalaman luas dalam bidang muzik lebih sedekad yang lalu.
Bagai membawa seluruh emosi, Sarah Fazny dan Zayani juga menterjemah seluruh rasa dengan nyanyian indah mereka. Pastinya seluruh jiwa diletakkan kepada TERUS yang mewakili kisah hidup yang dilalui Puteri Sarah sejak beberapa tahun yang lalu.
“Sehebat mana pun kemelut yang berlaku, jangan sesekali meratapi apa yang berlaku. Saya mahu mereka yang senasib dengan saya bangkit dan teruskan kehidupan.
“Kita ada masalah, ada juga jalan penyelesaian. Jangan sesekali patah semangat,” katanya yang turut terlibat sama dalam pembikinan muzik video bersama Sarah Fazny dan Zayani beberapa minggu lalu.
Bercerita mengenai pemilihan tanggal 8 Mac untuk melancarkan lagu ini, ia dipilih sempena dengan Hari Wanita Sedunia yang disambut di seluruh dunia. TERUS juga dijadikan hadiah dan pembakar semangat kepada mereka untuk mencari semula kekuatan.
Tambahnya, dia mahu mengabadikan tarikh tersebut sebagai satu simbol “move on” dan mahu semua wanita harus bangkit daripada segala derita dan mencari kebahagiaan hidup.
“Saya mahu jalan terus dan tidak lagi mempedulikan apa sahaja kemelut yang berlaku. Sebagai wanita dan yang paling penting sebagai seorang ibu, saya harus terus kuat!”
“Saya harus bangkit daripada kesedihan dan meneruskan kehidupan. Bangkit bukan bermakna ingkar, tapi lebih kepada menyayangi diri sendiri dan tidak membiarkan diri dipijak,” tambahnya lagi.
Menerusi ruangan komen ramai yang mengkagumi ketabahan Puteri Sarah.
TEMUI MARSHA LONDOH YANG AKAN HIBURKAN ORANG RAMAI DI DI FIESTA USHA-USHA BISKUT RAYA DI PUSAT BELI BELAH SETIA CITY MALL. ADA 40 VENDOR POPULAR AKAN BERSAMA KAMI DI FIESTA INI MENJUAL BISKUT RAYA. JOMMMSSSS…
Nak rasa sampel biskut raya? Dapatkan KUPON BISKUT RAYA PERCUMA sekarang. Klik untuk kupon percuma: http://shorturl.at/hKOS2 atau imbas QR code pada poster.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Buang bayi lelaki baru lahir belakang rumah bongkar sumbang mahram dua beradik bawah umur di Besut. Ketahui kronologi penuh, siasatan polis dan tindakan lanjut.