Setelah berkahwin dan berkeluarga, kerja-kerja di rumah makin bertambah. Sebaiknya berbahagilah tugas antara suami dan isteri bagi mengurangkan kerja-kerja yang ada di rumah.

Melihat isteri yang tak menang tangan uruskan itu dan ini, bantulah apa yang patut duhai suami. Taat pada suami biarlah bertempat mak-mak sekalian, suami dan keluarga bukan tuhan yang mampu faham setiap inci hati kita.

Ikuti perkongsian, Mim Alif Mim Ya :

Mami pernah bekerja… Keluar rumah 7.30 am sampai rumah pun dah Maghrib… Kalau ada signing dengan client di luar… alam baru balik.
Kalau balik lambat… Mami tinggal mandi, solat, susukan anak dan makan.

Berbagi tugas kami suami, isteri.
Mana yang Mami sempat… Mami buat.
Mana yang Papa sempat… Papa buat.
Masa tu anak-anak kecil lagi…
So tak berapa boleh membantu…
Cuma ajar kemas toys sendiri…
Dah makan angkat pinggan letak sinki…
Eh rindu pulak zaman itu….

IKLAN

Ketika Anak Masih Kecil

Dulu masa anak-anak kecil kalau dekat kedai makan… Papa akan tengok anak-anak dan pegang yang baby, Mami makan dulu. Apa-apa isteri dulu.
Sekarang Mami sudah jadi suri rumah…

Kalau dekat rumah… Papa balik kerja benda first ditanya Mami sudah makan? Kalau belum…tung tang, tung tang dia kat dapur siapkan makan untuk kami.
Kalau Mami tak sibuk siang tu… Mami masakkan siap-siap…anak-anak dan Papa balik … Lepas Maghrib kami makan.

Kami makan bersama. Biarlah anak buat sepah. Riuh-rendah. Itu semua moment indah. Kemas sama-sama. Vacum sama-sama. Mop sama-sama. Anak-anak basuh pinggan dan cawan sendiri. Kalau Papa masak… Mami basuh periuk.
Sekarang kat kilang pun… benda yang Papa akan tanya Mami sudah makan? Selain Mami sudah solat?

IKLAN

Ingat…
Anak-anak pemerhati.
Terutama anak lelaki.
Macam mana kau layan isteri…
Tak mustahil satu hari macam itulah dia layan anak perempuan orang.

Tahu Tugas Masing-masing

Anak-anak tahu tugas masing-masing.
Iman kerjanya kibas saprah lepas makan di toilet, siram dan buang sampah.
Aisya kerjanya basuh pinggan lauk dan pinggan adik yang kecil.
Yaya kerjanya angkat pinggan lauk letak sinki dan buang atau simpan leftover food.

Mama kerjanya susun kasut.
Papa akan angkat pinggan dan basuh sendiri .
Papa tak pernah sua pinggan kotor pada Mami untuk dicuci kecuali Mami sendiri yang mintak nak angkat dan basuhkan.
Papa ambik air sendiri di dapur.
Kadang-kadang Papa mintak tolong anak-anak ambilkan.
Papa dan anak-anak juga lipat kain.
Papa juga iron baju kalau tak over time weekend.
Kerja Papa sebelum tidur ialah check pagar dan pintu berkunci ke belum. Kadang-kadang tugas diambil alih Iman.
Papa juga on kan washing machine sebelum tidur.
Vacuum… berebut-rebut mereka nak vacum rumah.

IKLAN

Mami macam biasa suka mengemop.
Semua Mami “halau” naik sofa kalau tak nak kena mop dengan Mami.

Bangun tidur… Sejak first day nikah hingga pagi tadi… Papa orang yang 1st bangun, keluarkan baju dari dryer, bukak semua lampu dan baru kejut Mami. Kalau Mami uzur… Papa biarkan Mami tidur… Papa tak kejut Mami. Tak ganggu Mami.
Lepas berak semua akan sental toilet .
Sambil mandi siapa rajin boleh sental bilik air.

Tak payah tunggu suruh.
Tak payah Mami Papa petik nama.

Sebab apa?
Sebab mereka rasa “manisnya” buat kerja rumah .
Mula-mula terpaksa.
Lama-lama terbiasa dan bila tak buat…jadi tak biasa.

Lelaki atau Perempuan Sama

Ingat…..jangan ajar “rajakan” suami
Jangan rajakan anak lelaki.
Kalau sayang suami..
Sayang keluarga..
Sharelah pahala sunnah di rumah bersama.

Sayangi diri sendiri .
Jangan memaksa diri.
Pasangan dan keluarga bukan Tuhan tahu isi hati kita.

Luahkan isi hati pada pasangan.
Apa yang perlu…apa yang tak puas hati…
Malu bersemuka…dalam whatapps pun boleh..

Berapa ramai wanita yang tak sedar mereka sedang “sakit tenat”.
Ingat… taatlah bertempat.
Tak semua yang suami suka tu Allah redha.

Bukan nak iklankan suami.
Bukan nak masuk bakul angkat sendiri.

Eh ikut koranglah penerimaan macam mana.
Yang baik jadikan ikutan.
Yang buruk jadikan ibrah dan pengajaran.

#SunnahUntukDikongsi
#BukanDiboloti

Sumber: Mim Alif Mim Ya

MW: Ingatlah mak-mak walaupun anda mampu menguruskan segala kerja rumah seorang diri, jangan selesa selamanya. Sudah namanya berkongsi hidup, kerja di rumah juga harus dikongsi bersama. Jika dibiarkan lama-lama anda sendiri terbeban dan tiada masa untuk diri sendiri.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI