Bukan mudah untuk menerima kehilangan suami tersayang. Apatah lagi pemergian secara tiba-tiba. Seringkali berdua kemana-mana menemani suami Datuk Seri Salahuddin Ayub di majlis dan pelbagai program, Datin Seri Fatimah Taha bersyukur apabila berpeluang berada disamping suami disaat sukar ketika suami tersayang jatuh sakit.
Suami Jaga Kesihatan, Pemakanan
Isteri Salahuddin, Datin Seri Fatimah Taha, 60, ketika ditemui berkata, suaminya adalah seorang yang sangat menjaga kesihatan dan pemakanan.
“Tekanan darah dia okay, bacaan gula pun okay, cuma mungkin apa yang sebabkan burst (pendarahan otak) mungkin kerana dia penat sangat agaknya.
“Dia memang ada mengadu dia penat dan pening. Syukurlah saya berada bersama dia ketika dia jatuh sakit hari itu (Jumaat), saya tidak boleh bayangkan kalau dia keseorangan waktu itu hendak survive (bertahan) dengan sawan dan sebagainya,” katanya sebak.
Fatimah yang kebiasaannya akan bersama Salahuddin dalan kebanyakan program dihadiri Ahli Parlimen Pulai itu berkata, dia sedih apabila memikirkan selepas ini dia berseorangan.
“Sebelum ini, dia akan sentiasa balik, jika keluar tinggalkan saya untuk kerja, tetapi sekarang, dia ditinggalkan saya dan dia tidak akan balik lagi,” katanya.
Impian Meninggal Dunia Ketika Bekerja Untuk Rakyat
Sementara itu, anak sulung kepada Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub, Iskandar Zulkarnain, 37, berkata ayahnya mengimpikan meninggal dunia dalam keadaan bekerja untuk rakyat.
Ads
“Ini impian dia, dia memang cakap kalau meninggal dunia, biarlah dalam keadaan dia sedang bekerja untuk rakyat,”
Bahkan sejak dari kecil, dia enam beradik sudah dididik supaya faham akan kerja bapanya itu dan meletakkan bapanya sebagai milik rakyat.
“Sebagai anak, kami dah lama letakkan ayah sebagai milik rakyat. Dia memang untuk rakyat. Kami dari kecil sudah dididik yang dia selalu tiada dengan kami dan selalu bersama rakyat.
“Terlalu banyak nasihat dia yang saya ingat antaranya dia pernah pesan jangan campur urusan kerjanya dan dia ajar kami untuk berdikari serta tidak bergantung padanya.
“Kami pun reda apabila dia sudah capai impiannya,” katanya ketika ditemui di Masjid Jamek Dato’ Haji Noh Gadot di sini, hari ini.
Ads
Terdahulu, Iskandar turut mengimamkan jenazah Salahuddin bagi menunaikan permintaan terakhir Allahyarham.
Iskandar yang mewakili keluarga memohon semua pihak mendoakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup itu pergi dengan nama yang baik dan jasa baiknya.
“Kalau ada yang buruk-buruk, andai dia silap dan terkasar kata, kami minta maaf,” katanya.
Abang Tak Pernah Lupa Tanggungjawab Keluarga
Pada masa sama, adik Salahuddin, Ghazaley, 56, menyifatkan abang sulungnya itu seorang yang workaholic dan kerja bermati-matian apabila diamanahkan, namun dia tidak pernah lupakan tanggungjawab terhadap keluarga.
Katanya, Salahuddin juga seorang yang periang dan penyayang sebagai seorang abang sulung terutama sekali apabila beliau berperanan sebagai pengganti bapa mereka yang meninggal dunia pada 2009.
Ads
“Saya memang sayang sangat pada dia, kami cuma tiga beradik lelaki. Kalau dengan emak, Aminah Abdullah (83 tahun), sebulan dua kali, beliau tetap akan singgah rumah dan ziarah emak walaupun sekejap untuk cium tangan emak,” katanya.
Salahuddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Simpang Jeram meninggalkan seorang balu bersama empat anak lelaki dan dua perempuan serta 11 cucu.
Mingguan Wanita: Salam takziah buat seisi keluarga allahyarham Datuk Seri Salahudin Ayub. Semoga diberi kekuatan dalam menghadapi ujian kehilangan ini rohnya ditempatkan dikalangan mereka yang beriman.
Yatie Kitchen merupakan antara instafamous yang cukup dikenali dalam bidang masakan. Kerap memuat naik pelbagai jenis resipi, tip-tip serta hasil masakan didalam postingnya. Malah ramai selebriti pernah merasa air tangan Yatie Kitchen ini, seperti Anzalna Nasir, Shiela Rusly, Ozlyn, Dato’ Seri Siti Nurhaliza dan sebagainya.Tidak kurang juga ramai mak-mak menjadikan Instagram Yatie Kitchen ini sebagai sumber rujukan mencari resipi, idea memasak serta menceduk tip-tip dan petua masakan yang dikongsikan.
Jika mak-mak selalu masak sotong, jika salah caranya, sotong mudah kecut, lembik, liat dan sangat banyak mengeluarkan air/ kuah.Rupanya ada teknik dan cara tertentu untuk masak sotong ni.
Yatie ada kongsikan tip dan resipi cara dia masak Sotong Goreng Kunyit tanpa menggunakan minyak, seperti kebiasaannya. Menurut wanita ini,ia merupakan tip agar sotong yang dimasak tidak mengecut dan rahsia ia kekal pejal dan bulat.
Berikut perkongsian yang tersebut;
“Cara saya masak Sotong Goreng Kunyit.Panaskan kuali tanpa minyak tau! Ingat tanpa minyak…Kuali dah panas, masuk Sotong terus dan masuk kan serbuk kunyit @adabi_consumer 1 sudu kecik.”
“Kacau sebati serbuk kunyit dan sotong , sotong akan keluarkan air yang banyak dan akan kering sendiri tapi sotong tak akan kecut sebab masa mula-mula kita masak tak masuk minyak.”
“Agak air sotong dah kering baru masuk minyak sikit, hirisan bawang besar, bawang putih, halia & cili padi ketuk.”
“Masuk garam & secukup rasa & last taburkan daun sup”
“Api besar & kacau sebati tutup api cepat!! Supaya sotong kekal pejal & bulat.
Menurut Yatie lagi, cara ini bukan sahaja untuk memasak sotong, malah apa jua benda yang mengeluarkan air, seperti daging goreng kunyit juga boleh menggunakan teknik ini.
Setiap orang pasti ada cara memasak yang tersendiri mengikut citarasa masing-masing.Namun tak salah mencuba, tip memasak Sotong Goreng Kunyit yang dikongsikan oleh Yatie Kitchen ni.Sotong nya nampak gebu, pejal dan tak kecut.
Sebenarnya tak susah pun nak buat resepi coleslaw super sedap yang rasanya enak dan berlemak. Yang penting, bahan yang digunakan tepat. Ini cara paling mudah, tapi rasanya memang enak lemak berkrim.
Bahan-Bahan Buat Coleslaw
1 mangkuk Kubis – hiris halus
1 mangkuk lobak merah hiris halus
2 sudu besar mayones (Guna jenama ladies choice)
Sedikit gula
11/2 sudu besar susu tepung penuh krim
Sedikit limau nipis/oren
Step 1
Kubis dan lobak merah yang dah dihiris nipis tu jadikan 1 mangkuk.
Step 2
Masukkan 2 sudu mayones. Kalau tak ada jenama atas tu boleh saja gunakan apa-apa jenama yang anda suka. Gaul rata.
Step 3
Tambah sedikit gula. Ikut cita rasa anda. Masa ini cubalah rasa nak manis ke kurang manis ke, terpulang..
Step 4
Masukkan susu tepung ikut sukatan yang diberi.
Step 5
Perahkan sedikit limau nipis/oren/lemon (mana yang ada di peti ais andalah kiranya). Ini nak bagi tindak balas dan memasakkan bahan-bahan lain.
Step 6
Gaul rata dan biarkan adunan selama 12 jam dalam peti ais. Kalau dah tak sabar boleh saja terus dimakan.
Nota : Kubis hijau boleh juga diganti dengan kubis ungu atau campurkan sekali.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Desas desus keretakan rumahtangga Fazura dan Fattah Amin nampaknya sudah terungkai apabila Nur Fazura Sharifuddin memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam, hari ini.
Memetik Berita Harian, sumber yang mengesahkan perkara itu bagaimanapun tidak mendedahkan butiran terperinci mengenainya.
“Iya, Fazura sudah failkan perceraian sebelum tengah hari tadi. Dia tidak hadir ke mahkamah, sebaliknya, urusan memfailkan perceraian itu dibuat peguam yang mewakilinya.
“Buat masa ini, punca perceraian tidak didedahkan,” katanya kepada media.
Desas desus isu keretakan rumah tangga Fazura, 41, dan Fattah, 33, hangat diperkatakan dalam media sosial apabila mereka dikatakan sudah tidak lagi meninggalkan komen atau tanda suka dalam hantaran di akaun masing-masing.
Tidak cukup itu, kisah rumah tangga Fazura dan Fattah dibincangkan di sebuah laman sembang hingga menarik perhatian netizen.
Ada netizen dilihat mempertahankan pasangan selebriti itu dengan menyatakan mereka tidak perlu mempamerkan kebahagiaan dalam gelanggang media sosial.
Ketika ditemui media pada majlis pelancaran Koleksi Merdeka 2024 Prospec KPM X Fazura di sini, pada 22 Julai lalu, Fazura bagaimanapun menafikan spekulasi rumah tangga bergolak, sambil menjelaskan hubungannya dengan Fattah baik-baik sahaja.
Fazura dilapor menjelaskan, dia dan Fattah bahagia dan gosip mendakwa rumah tangga bermasalah hanyalah andaian semata-mata. Fazura dilapor berkata, dia dan Fattah sepakat tidak menunjukkan kebahagiaan dalam media sosial bagi menghormati isu Palestin dan penderitaan yang dialami saudara Islam di sana.
“Bukan setakat gambar bersama Fattah, malah gambar bersama anak, Fatima pun saya fikir panjang sebelum kongsi dalam media sosial.
“Jadi, kalau ada spekulasi mengatakan rumah tangga kami bermasalah, itu memang tidak betul. Saya dan Fattah okay sahaja,” katanya.
Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.
Sebagai seorang wanita pada realitinya banyak pengorbanan yang perlu dilalui termasuklah dalam mengharungi dunia percintaan. Begitu juga dengan watak Radwa yang mengajar kita bahawa...