pergi kenduri

Setiap kali nak pergi kenduri, mesti ramai yang tak sabar nak makan menu sedap-sedap yang dihidang. Sebenarnya lagi seronok bila dapat jumpa saudara mara dan kenalan yang jauh, sama niatnya juga nak meriahkan majlis.

Tetapi ada sesetengah majlis kenduri, sengaja ‘potong’ mood waktu nak makan. Ya, macam situasi Ustaz Adlan Yaakop lalui ini, dikontrolnya lauk pauk sebab risau tak cukup. Agak-agak tetamu selesa ke dengan situasi ini?

Sentap Secara Tak Sengaja Waktu Pergi Kenduri

Saya menghadiri satu kenduri kahwin atas jemputan. Makan secara buffet, setelah beratur agak panjang, sampailah saya ke station makanan. Saya menyenduk nasi, tetapi bila nak mengambil lauk ayam dan seterusnya, disenduk oleh pelayan yang memegang senduk. Saya langsung bertanya,

“Tak bolehkah saya senduk sendiri?”

Pelayan itu menjawab,

“Maaf cik,tuan rumah suruh kami sendukkan. Lauk ayam dan daging seorang seketul sahaja setiap jenis.”

IKLAN

Saya memang mulut capoi,lalu membalas,

“Masa tuan rumah jemput saya ke majlis ini tak sebut pun makan seorang seketul, bahkan dia kata makanlah apa yang ada.”

Pelayan itu diam, saya memohon maaf kepadanya lalu beredar ke meja makan tanpa mengambil lauk ayam dan daging yang nak disendukkan.

Sebenarnya Ikhlas Ke Tidak?

Saya nak ajak anda merenung hal ini. Apa beza bila kita jemput seseorang ke rumah kita untuk makan tengahari dengan menjemput seseorang makan kenduri yang kita adakan?

IKLAN

Sama, cuma berbeza majlis. Jika tetamu yang dijemput makan tengahari, adakah kita bagi tau dia yang dia hanya boleh makan seketul ayam dan seketul daging? Atau kita suruh dia makan bagi banyak, suruh tambah? Jadi jika orang bertamu kita suruh makan bagi banyak, mengapa bila buat kenduri nak tetapkan seorang seketul, nak kawal, macam tak ikhlas jemput orang makan.

Dalam adab yang diajar oleh nabi, tetamu disuruh makan apa yang dihidang bagi banyak untuk menyukakan hati tuan rumah, bahkan nabi pernah menghabiskan buah limau yang masam yang dijamu disebuah rumah sahabat tanpa merungut. Ada orang akan memberi hujah konon untuk tidak membazir, soal membazir itu tertanggung kepada tetamu, jika dia ambil lauk lebih, makan tak habis, dialah yang membazir, bukan tuan rumah. Lagi pun ini berburuk sangka kepada tetamu. Apa hal jika tetamu makan tak kenyang kerana kita membatas lauk?

Mana patut didahulukan, memuaskan hati tetamu atau konon menghalang mereka membazir. Hakikatnya ada sedikit sifat kedekut dalam berkenduri.

IKLAN

Dalam menjemput juga,kita tak pernah kata makan seorang seketul,tapi kita sebut, apa yang ada , makanlah. Lagipun dalam konsep layan diri, seorang itu dibebas melayan dirinya. Bila ada orang tolong senduk, bataskan pula, mana istilah layan diri? Takut lauk tak cukup? Bukankah kita menjemput berdasar kad dan tempahan makanan berdasar kad. Itu maknanya kita telah berusaha utk mencukupkan. Maka berserah kepada Allah, soal cukup atau tidak itu, Allah yang tentukan setelah kita berusaha. Jika ada rezeki tetamu yang terakhir, akan tetap cukup, jika Allah tetapkan tiada rezekinya, dibuat macam manapun tetaplah tiada rezekinya.

Jika tak mampu,buat kecil-kecilan. Bukan wajib berkenduri. Jangan juga buat kenduri besar, dok kawal lauk, menu cincai.

Biarkan Tetamu Menikmati

Bebaskan tetamu kita. Jangan jadikan mereka macam bebudak asrama, atau orang kem tahanan, yang menadah pinggan bagai peminta sedekah utk disendukkan lauk.Jangan rendahkan martabat tetamu kita. Ada orang suka bahagian ayam yang berbeza,saiz ketulan yang diagak dapat dihabiskannya. Bahkan jika dibebaskan lebih tidak membazir kerana setiap orang tahu ukuran kemampuan seleranya, bukan ditentu oleh pelayan. Jika disenduk kepak ayam, sedangkan dia tidak suka bahagian itu, inilah yang membawa pembaziran.

Saya hanya mengajak anda berfikir. Kalau tak setuju, buatlah ikut yg anda mahu. Jika majlis kenduri disendukkan lauknya, saya hanya hadir memenuhi jemputan dan minum sahaja.Saya rasa seperti tuan rumah berburuk sangka yg tetamunya gelojoh,kuat makan dan suka membazir hingga diletak ‘pengawal’ pada lauk kendurinya. Maafkan saya.

Wallahu’alam…

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI