Sekitar Februari lalu, pelakon dan mantan pengacara Mingguan Wanita Talkshow, Siti Elizad membuat keputusan mahu fokus dengan kaedah persenyawaan in-vitro (IVF) bagi mendapatkan zuriat.
Selepas lima tahun mendirikan rumah tangga, Elizad begitu mengharapkan kehadiran cahaya mata. Bukan sekali dua doanya dititip agar Allah membukakan pintu rezeki zuriat untuknya dan suami.
Perjalanan IVF ini juga sesekali dikongsi dengan followernya di instagram.
Dah Masuk Fasa Suntikan Untuk IVF
Terbaru, Elizad kongsikan yang dia sudah pun memasuki fasa suntikan untuk IVF. Bukan doktor yang cucuk, tapi suami sendiri yang perlu buat di rumah.
“Bismillahhirrahmanirrahim.. My very 1st day injection for IVF. Hari ni check darah. Sambil tu Doctor & nurse ajar husband cara nak inject dekat bahagian perut.
Jadi, hari ni hari pertama kami. Dah mula proses cucuk-cucuk sendiri dekat rumah sendiri, doakan kami ya. Inshaallah jumpa Doctor lagi 2 weeks time. Thank You Doctor Azlin @sophea_fertility.”
Akui Elizad, tak mudah untuknya mendapatkan cahaya mata sulungnya itu. Dalam masa yang sama berkongsi video dan gambar perjalanan IVF nya yang tak mudah itu di instagramnya.
“Susahnya nak dapat awak ni ANAK“ Harap-harap awak tengoklah lah video & gambar-gambar macam mana strugglenya nak dapatkan awak. Ya Allah perkenankan lah doa ku yang satu ni, juga buat mereka yang TTC (cuba hamil) seperti saya.”
Demi mendapatkan zuriat ini juga, Elizad membuat keputusan berhenti dari mengacara rancangan bual bicara program Mingguan Wanita Talkshow.
Ads
Bagaimanapun, Elizad tidak dapat berkongsi kos rawatan yang sedang dijalankan ketika ini. Memandangkan setiap individu permasalahannya berbeza.
“Yang tanya tentang harga, I takde jawapan. Sebab masalah kita semua lain-lain ya. Cuma apa I boleh rekemen harga berpatutan & Doctor, nurse semua sangat friendly. Boleh call & DM @sophea_fertility terus mereka ya..”
Penyampai radio Sinar FM ini juga mendoakan agar wanita yang sedang usaha untuk mendapatkan zuriat dipermudahkan urusan mereka.
Ads
Elizad atau nama sebenarnya, Siti Elizad Mohamad Sharifuddin berkahwin dengan Shamsul Baharin Rahman pada 11 Januari 2015.
Memang ada benarnya suatu benda yang kita nampak remeh, belum tentu mudah dimata orang lain. Mungkin kita rasa urusan memasak perkara yang mudah, ‘kacang goreng je’ namun tidak bagi orang lain. Namun setiap kelebihan yang kita ada juga, bukanlah satu ‘lesen’ untuk mentertawakan pihak lain atas kekurangannya. Raikan sahaja setiap perbezaan dengan berlapang dada.
Setiap kali nak masak sup ayam, pasti saya akan teringat pada seorang teman. Yang pernah datang mengadu bahawa beliau pernah ditertawakan hanya kerana bertanya bagaimana caranya untuk memasak sup ayam.Akibatnya, beliau mengambil pendekatan untuk google sendiri resepi berkaitan.
‘Saya rasa terhina sangat bila pakat tertawakan saya.’ masih saya ingat lagi bait butir bicaranya.
Keupayaan Setiap Orang Berbeza
Suatu benda yang kita nampak remeh, belum tentu mudah dimata orang lain. Ada orang berpeluh habis semata nak masak satu hidangan. Yang kita boleh masak campak-campak je, ada orang yang study blog dan video mencari dan belajar resepi. Kerana hakikatnya keupayaan dan keyakinan kita berbeza.
Ada orang, memang dibiasakan untuk masuk ke dapur sejak kecil lagi. Jadi untuk memasak sudah menjadi sebahagian hidupnya. Sebut sahaja mahu makan apa, beres sahaja baginya.
Ada orang, bila sudah kerja baru pandai masuk dapur. Sungguh dia tidak betah bermain senduk dan kuali. Hatta cara nak goreng telur pun sanggup dijenguk video tatacara memasaknya. Boleh tekan di google, pasti jumpa resepi goreng telur, resepi tanak nasi.
Kerana kita semua tak sama. Kemahiran kita berbeza. Kerana itu wujud pelbagai gajet dapur. Untuk memudahkan. Untuk melancarkan. Ada orang tak kisah berhabis banyak masa di dapur. Ada orang rasa terbeban bila kena masuk dapur.
Pernah dulu, saya mendapat panggilan daripada seorang suami yang bertanyakan resepi memasak sup. Katanya isteri teringin benar makan sup. Saya cadangkan agar beliau beli sahaja di mana-mana kedai makan. Memandangkan mereka berdua mengaku tidak pernah masak sup sebelum ini.
Tapi, dek kesungguhan sang isteri nak masak sendiri, maka suaminya berusaha untuk menunaikan juga hasrat isterinya. Lalu beliau menelefon saya untuk meminta resepi buat sup.
Padahal banyak je resepi yang beliau boleh dapat di internet. Tapi, beliau ingin kepastian dalam sukatan bahan dan cara memasak. Kerana itu gigih jua menelefon saya. Tak lama selepas itu, saya menerima ucapan terima kasih daripada mereka berdua kerana telah membantu memberi tunjuk ajar bagaimana memasak sup.
Saya hanya memberi tunjuk ajar menerusi panggilan telefon sahaja. Padahal merekalah yang berusaha memasak hingga berjaya.
Ya. Walau sekadar sup ayam, atau sup tulang. Yang pada kita mungkin tiada apa-apa cabaran pun. Tapi masih ada yang berkira-kira untuk memasaknya. Entah jadi entahkan tidak.
Raikan Setiap Perbezaan
Begitulah kehidupan. Suatu benda yang kita rasa mudah, belum tentu mudah di mata orang lain. Kerana jalanan hidup kita berbeza. Tak pernah sama. Raikan sahaja perbezaan kita. Hormati sahaja kelainan kita.
Pasti kita akan rasa tenang-tenang sahaja. Hidup ini bukan untuk digaduhkan. Apatah lagi nak berlumba siapa lebih hebat, siapa lebih kuat. Asal kita senang apa yang kita buat, itu pun sudah cukup membahagiakan.
Resepi Sup Ayam
Bahan-Bahan:
Minyak masak untuk menumis
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Bunga cengkih
Bawang putih dihiris
Bawang merah dihiris
Halia dihiris
Ayam dipotong kecil
Ubi kentang dipotong kecil
Garam
Serbuk perasa
Jika suka boleh masukkan carrot, saya tak masukkan kali ni
Bahan hiasan jika suka:
Daun sup
Daun bawang
Limau nipis dibelah
Cara Membuat:
1. Panaskan minyak, tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih.
2. Masukkan bawang putih, bawang merah dan halia. Tumis hingga garing.
3. Masukkan ayam, tumis bersama-sama sebentar.
4. Masukkan air hingga paras ayam tengelam.
5. Masukkan ubi kentang, dan carrot jika mahu.
6. Masukkan garam dan perasa.
7. Bila ayam dan kentang dah lembut, boleh padam api.
8. Tabur hirisan daun sup, daun bawang, bawang goreng dan hirisan limau nipis.
Saya tak letak daun sup, nanti anak-anak pakat kutip, pakat takmau makan. Jadi saya skip terus daun sup dan daun bawang.
Mingguan Wanita : Ada benarnya apa yang dikongsikan ini. Suatu benda yang kita rasa mudah, belum tentu mudah di mata orang lain. Berlapang dadalah dengan setiap kelebihan dan kekurangan orang lain.
Kalau ada yang baru beranak kecil, ini rahsia yang cukup bagus untuk anda amalkan tip banyakkan susu badan. Tambah pula jika anak anda jenis nak menyusu sejam sekali! Ada dua cara yang anda boleh cuba resepi daripada Puan Sya Bell, pilih dan sila buat!
Saya nak share lagi resepi milkbooster natural dan Homamade sebab saya tengok ramai pula sugest kat orang lain air kotak longan yang viral tu.
Ada super power boleh tambah susu dan ada super duper power tambah kahak kat anak. Kesian la kat baby tu, saya kesian baby berkahak sangat tak selesa. Sebab itu saya share lagi.
Bahan-bahan boleh cari kat kedai ubat cina sensei, kalau awak rasa serasi, bolehlah amalkan. Tapi tolong jangan pengaruhi mommy-mommy lain.
Milkbooster saya.. saya pilih natural dan sihat. Alhamdulillah full bf twiny Boy.
Cara rebus:
Kurma merah
Logan kering
Gojiberry
Campur sikit Brown sugar dan letak daun pandan
Memang sedappp sangat.
Cara kedua (lagi sedap rasa lai chee kang)
Rebus
Kurma merah
Logan kering
Gula batu
Buah kundur
Barli
Daun pandan
Yummy… sangat lah sedap dan sihat!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bagi kebanyakan kanak-kanak seusia 10 tahun, hadiah ulang tahun mungkin berupa permainan, kek besar atau majlis meriah. Namun bagi Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, hadiah daripada ibu dan ayahnya, pasangan selebriti Wawa Zainal dan Aeril Zafrel sungguh luar biasa!
Pada usia masih mentah, Hayla menerima hadiah sebuah kedai fizikal yang dinamakan Sweet Layers by Hayla. Ia bukan sekadar hadiah ulang tahun ke-10, tetapi tanda dorongan ibu bapa terhadap minat mendalam anak kecil ini dalam dunia perniagaan.
Dorongan Dari Ibu
Menurut Wawa atau nama penuhnya Nur Hawa Zainal Abidin, 34, pemberian kedai itu lahir daripada keinginan untuk memupuk semangat keusahawanan dalam diri anak sejak kecil.
“Saya lihat minat Hayla dalam dunia perniagaan, jadi saya fikir hadiah ini adalah satu dorongan untuk pupuk minat dia menjadi usahawan sejak kecil.
Mungkin bila dewasa nanti, dia mampu menjadi usahawan berjaya,” ujar Wawa ketika ditemui pada majlis ulang tahun kelahiran Hayla di Kajang, Ahad lalu.
Wawa menambah, langkah itu juga sebahagian daripada perancangan jangka panjang untuk melatih anaknya mewarisi perniagaan keluarga yang mereka bina bersama.
“Kami tidak tahu berapa lama lagi kami mampu bertahan dalam bisnes. Jadi apabila minat sudah dipupuk dari sekarang, lebih mudah untuk anak meneruskan apa yang ada nanti.”
Jualan Kek Batik cecah RM100,000
Lebih membanggakan, kedai tersebut dihadiahkan sebagai penghargaan atas kejayaan Hayla mencatat jualan produk kek batik mencecah RM100,000 dalam tempoh kurang sebulan.
“Hadiah ini juga sebagai tanda syukur. Kalau mahu capai jualan lebih tinggi, memang perlu ada kedai fizikal. Selepas ini, akan ada pekerja untuk bantu uruskan tempahan dan pelanggan,” jelas Wawa.
Selain kek batik pelbagai variasi, premis itu juga bakal menawarkan produk lain termasuk Mini Crunch dan beberapa idea baharu yang sedang dirancang.
Ibu Yang Berdoa, Anak Yang Disayangi
Dalam pada sibuk menguruskan perniagaan, Wawa tetap menitipkan doa buat puterinya itu.
“Saya doakan Hayla membesar sebagai anak solehah yang membanggakan kami. Dia minat banyak perkara. Berniaga, berlakon, tapi buat masa ini dia masih segan.”
Pasangan Wawa dan Aeril mendirikan rumah tangga pada 2013. Mereka kini dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 12, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 10, Ayya Soffya, 5, dan Muhammad Fahri, 5 tahun.
Air mata terakhir Zara Qairina, bersumpah & nafi mencuri sebelum temui ajal. Inkues kematian pelajar, Zara Qairina membuka kisah memilukan apabila arwah dilaporkan menitiskan...