Betul ke jadi ibu bekerja lebih banyak cabarannya berbanding ibu suri rumah tangga? Tolak ke tepi perbandingan itu sebab setiap wanita bergelar mak-mak pasti mengalami pelbagai liku dalam mengendalikan rumah tangga masing-masing.
Apa yang membezakan antara ibu A dan ibu B ialah cara menghadapinya. Nak tak nak, kerja rumah tangga sememangnya kena terus buat tanpa henti sebab bab kemas rumah tak akan pernah habis.
Biasanya mengurus dan mengemas pakaian, dapur dan anak adalah rutin yang perlu dilalui setiap hari.
Tetapi ada sesetengah mak-mak terpaksa keluar drive sendiri siap bawa anak sebab nak selesaikan bayaran bil dan cari lauk basah. Hebat, bukan?
Itu belum kira mak-mak yang bekerja balik rumah nak kena sambung kemas rumah pula. Jadi bekerja atau tidak, masing-masing perlukan ketenangan dan nikmat untuk buang tekanan.
Jadi untuk kurangkan tekanan kaum mak-mak, ikut cara ini…
1. Bangun awal pukul 5 pagi atau 6 pagi
Eloklah mak-mak tidur awal daripada tidur lambat sebab bangun awal pagi kerja tak diganggu dan bolehlah curi-curi wat solat sunat. Lagi best, boleh masak dan sediakan bekal untuk anak dan suami. Ibu bekerja atau tidak, anda pasti boleh buat!
Ads
2. Curi rehat
Kalau penat curi lelapkan mata kejap dalam 10 minit sebelum pukul 1. Puas dan pastinya rasa macam dah tidur berjam-jam. Yang kerja tak bolehlah tidur di pejabat ya. Tapi kalau penat sangat mungkin boleh pejam mata waktu rehat.
3. Sediakan bahan basah
Hujung minggu elok basuh lauk siap-siap dan potong sayur dalam bekas. Lagi bagus, pes pun boleh buat letak dalam peti. Tinggal nak masak saja.
4. Jangan tangguh
Sikap ‘nanti dulu’ ni biasanya tabiat. Kadang solat pun dilambatkan sebab nak buat keja lain dulu. Maka rugilah anda yang suka lambat-lambatkan buat kerja. Contoh mudah, kalau dah terdetik hati nak basuh kain, terus buat. In shaa Allah semua kerja akan selesai satu persatu.
5. Lipat kain
Ini paling mencabar, basuh rajin dan sidai pun rajin. Tapi nak melipat tu… alahaai! Jadi mak-mak kena sediakan bakul setiap anak dan bakul khas pakaian kecil-kecil seperti stokin dan seluar dalam. Caranya, lipat kain yang besar dulu. Cepat sikit luak! Nak lagi best, buat waktu tengok TV.
Ads
6. Elak main phone
Masa anak-anak ada kat rumah, elakkan main gajet. Mungkin ada yang mnecari sumber rezeki dengan bisnes online tapi seeloknya buat kerja waktu anak tidur. Haaa… mak-mak kenalah rajin buat aktiviti di rumah. Bila otak anak dah penat, cepatlah diorang tidur.
7. Buat senaman
Alasan je tak ada masa nak buat senaman, sebab mak-mak boleh buat dalam 30 minit di rumah. Bila dah bersenam, barulah segar dan emosi tak cepat penat. Nak tahu hasilnya, sila cuba!
8. Solat dhuha
Alhamdulillah, kalau ada yang dah buat. Inilah cara nak jemput rezeki rumah tangga. Tahu tak kuasa DOA seorang mak-mak sangat luar biasa? Jadi kalau buat, eloklah selit doa buat suami dan anak-anak serta mak ayah kat kampung. In shaa Allah hidup tu lebih tenang.
9. Pinggan mangkuk terus basuh
Jangan ajar makan dan minum letak dalam sinki, tapi biasakan lepas makan terus basuh. Bila anak-anak tengok tak ada pinggan dalm sinki dia pun automatik lepas makan akan basuh sendiri pinggan yang diguna. Paling penting, sebelum tidur malam pastikan sinki bersih tanpa sebarang kotoran.
Ads
10. Reward diri sendiri
Mak-mak ni suka dapat hadiah dan manjakan diri sendiri tapi tak ada masa. Jadi andai kata dapat duit poket lebih daripada suami, waktu keluar beli barang dapur itu anda tariklah sesuatu yang memuaskan hati. Niat itu adalah hadiah untuk anda setiap bulan. Kalau yang ada duit lebih, bolehlah minta izin dengan suami nak ‘me time’ dengan kawan. Bukan selalu pun, kalau dapat merasa mesti rasa seronok! Contoh mudah, keluar pergi window shopping pun dah seronok habis hati.
Sebenarnya kebanyakan isteri bukan tak ada masa, tetapi gagal dalam menguruskan masa. Akhirnya rasa penat dan tak cukup rehat yang kadang boleh buat diri stress sampai menangis. Ingat ya, amalan yang dibuat secara konsisten akan menjadi tabiat, malah urusan bertukar jadi lebih mudah dan tenang. Mungkin pada awalnya sahaja berasa kekok sedikit, namun alah biasa tegal biasa.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
15 tahun tinggal di rumah kebajikan, raya tahun ini seorang ibu gembira sambut raya di rumah yang dibeli anaknya. Raya kali ini lebih bermakna buat Rasima Yunos, 61, kini mampu meraikan hari gembira itu di rumah baharu yang dibeli oleh anak lelaki sulungnya.
Menurut akhbar Shin Min Daily News, Rasima dan seorang lagi anak lelakinya berpindah ke pangsapuri dua bilik di Sengkang, Singapura.
15 Tahun Tinggal Di Rumah Kebajikan
Keluarga itu kehilangan rumah pada 2009 selepas suami Rasima meninggal dunia. Wanita itu tidak mampu membayar balik pinjaman perumahan dan dia tiada pilihan selain menjual pangsapuri empat bilik milik mereka.
Ibu Gembira Sambut Raya Di Rumah Baru Yang Anak Beli
Dia kemudian berpindah ke rumah kebajikan, manakala anak lelakinya dihantar ke Rumah Anak Yatim Darul Ihsan. Ramadan dan Syawal kali ini berbeza mereka sekeluarga kerana dapat menyambut di rumah sendiri.
Anak perempuan meningkat remaja. Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Anak menangis jangan suruh berhenti segera, emosi mereka boleh terbantut, silap-silap perkembangan emosinya boleh terus terhenti.
Jadi mak, ayah bila berdepan dengan sikap anak yang mengada-ngada dan kuat menangis, jangan disuruh berhenti melulu. Sebaliknya ikuti langkah yang dikongsikan Mohd Fhais Salim ini baik-baik.
Anak Menangis
“Diam, jangan mengada-ngada boleh?”
Depan mata saya kejadian ni berlaku.
Kasihan.. Seorang anak menangis kerana takut di paksa pegang arnab, lepas tu kena marah dan di arah berhenti segera.
Sebaliknya cuba cara ni ( rapport ) : 1 – Kita datang dekat pada anak 2 – Pandang muka anak dengan tenang 3 – Pastikan jauh dari gangguan 4 – Beri sentuhan ( peluk, bahu atau kepala ) 5 – Tunggu 1 hingga 2 minit ( emosi bertahan 90 saat saja ) 6 – Lepas tu baru kita cuba slow talk dengan dia atau alihkan perhatian dia dengan lakukan sesuatu aktiviti yang mereka suka
Insyallah. Cara ini lebih selamat dan anak pun tak terasa tertekan..
Cuba la kalau sungguh sayang anak.
Jangan cakap diam atau mengada-ngada lagi.
Mingguan Wanita : Tidak dinafikan, kadang-kadang boleh hilang sabar bila anak buat perangai. Tetapi juga kawal emosi dan jangan cepat marah bila anak-anak uji kesabaran mak, ayah.
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Lima perkara ini nampak simple sangat. Tapi jika suami, isteri tak cakna memang akan terima impak yang besar pada rumah tangga. Apa guna membina rumah tangga 10 hingga 15 tahun tetapi masing-masing hilang rasa cinta.
Walaupun simple ambil peduli agar rumah tangga yang dibina tidak terhenti di tengah jalan. Ikuti perkongsian Kamalia Kamal ini dan hadam baik-baik.
5 perkara simple dalam perkahwinan yang wajib semua orang tahu.
#1 – Ego boleh meruntuhkan kasih sayang yang telah di bina bertahun-tahun lamanya. Sifat ego ni boleh dilihat bila kedua pihak sikit pun tak mahu beralah bila ada ujian mendatang tiba-tiba.
#2 – Jika cinta di bina secara perlahan, benci juga di bina secara slow-slow. Setiap tindakan kecil yang melukakan hati pasangan kita akan menyumbang kepada pembinaan wall kecil yang bernama benci. Wall ini akan membesar sedikit demi sedikit.
#3 – Tindakan silent treatment adalah bom atom dalam perkahwinan. Pasangan boleh jadi emotionally torture dengan keadaan senyap tak tahu punca dan kenapa. Ini satu pekara yang sangat kejam dalam perkahwinan.
Di United States, kajian menunjukkan ramai isteri depression asbab suami membuat penderaan mental begini.
#4 – Bukan kewangan yang menjadi isu pergaduhan tapi Believe System yang tidak kuat. Iman dan agama yang tidak dikuasai dengan baik bakal membuatkan perkahwinan porak peranda.
Jelas bila Nabi di ambang kemiskinan, perkahwinannya masih bahagia bersama isteri yang tersayang.
#5 – Usaha mendalami ilmu perkahwinan tidak boleh terhenti selepas berkahwin, ini yang banyak pasangan fail. Ramai yang take for granted atas relationship yang ada. Merasakan seperti dah “buat semuanya” adalah titik permulaan cinta menghilang dalam perkahwinan.
Nampak sangat simple tapi impaknya sangat besar dalam satu-satu perkahwinan. Kalau betul kita sayangkan relationship kita, wajib pastikan 5 perkara ini di selesaikan segera.
Silent reader kak kay boleh tolong like jika setuju dengan tulisan kak kay pagi ini?
Jemput share.
Follow Kamalia Kamal , kak kay menulis kisah relationship dan kehidupan setiap hari.
MW: Nampak remeh, tapi tak kena gaya memang porak-peranda rumah tangga. Apa gunanya kekalkan rumah tangga bertahun-tahun lamanya tetapi suami, isteri tak bertegur sapa, buat hal masing-masing dan pentingkan ego.
Shakila saman bekas mentua kali kedua, "mak saya gadai emas bayar peguam, tiada kaitan bantuan Mufti Perlis. Bekas ratu cantik, Shakila Saiful menghantar surat...