Selalunya, kalau keluar atau bercuti, isteri lebih suka suami tolong urus anak. Maksudnya, tukar pampers atau mandikan bila berhenti pada satu-satu tempat rehat.
Isteri minta bantuan suami tolong urus anak bukan sebab ‘queen control’ tapi untuk cepatkan urusan perjalanan. Maklum sajalah anak, kalau dengan ayahnya mereka ‘behave’. Boleh dikatakan keadaan seperti ini turut dapat dilihat di tempat rehat dan rawat (R&R)
Sementelah kalau balik kampung atau mana-man tempat. Mak mentua jangan cepat membuat penilaian dan meroyan, melihat anak atau menantu diperlakukan begini. Inilah salah satu cara suami isteri berganding bahu.
Dulu dengan sekarang berbeza. Kalau dulu, isteri hanya surirumah tangga dan anggap suami itu ‘raja’. Tapi sekarang ini, isteri turut bantu suami ringankan tanggungjawab suami dengan bekerja.
Viral tentang suami tolong urus anak terutamananya tukar pampers atau mandikan anak ketika berada di luar rumah atau bercuti. Tak salah pun dan tak perlulah nampak macam ‘pelik’. Inilah perkongsian padu oleh Sarah Saifuddin tentang perkara ini.
Suami Tolong Urus Anak, Berganding Bahu Dalam Rumahtangga
Dari awal anak sulung, memang suami yang akan urus anak-anak bila keluar atau travel setiap kali nak tukar pampers atau mandikan.
Kenapa?
Ada cerita nya. Awal dulu saya basuhkan. Sekali sampai kat kereta,
“Dah kenapa lama sangat?”
“Abang tengok tudung saya.
Tengok jubah bawah.
Habisla percik air basuh baby ni.
Nak solat jap lagi ni takde spare baju ni.
Ads
Orang ramai tu toilet, kena la beratur ikut giliran.”
(Saya jarang guna bilik untuk baby tu sebab tak semua sinki dia besar)
Ye, orang lelaki senang je. Lengan pendek tak yah singsing.
Pakai seluar boleh lipat sampai paras lutut. Rambut muka tetap maintain.
Nak basuh anak of course senang. Tapi kita orang perempuan?
Dahlah tudung labuh, selak pulak sampai atas. Pakai stoking lagi, kena pulak basah sampai kaki. Jubah labuh kena kepit.
Salah kepit, habis lencunnnn. Paip pulak jenis wayar besi tu. Salah bukak habis alamatnya lencunla kau, dia laju tembak.
Apa? Banyak alasan orang perempuan? Kalau tak caya, cuba pakai macam kita.
Sejak tu lah, berhenti 15minit basuh baby, sudahnya jadi sejam.
Ditegur Orang
Pernah hamba Allah tanya husband saya, dia kategori suami macho agaknya.
“Dah kenapa semua benda awak yang buat? Bini awak buat apa? ”
Husband jawab,
“Cik, kalau bagi bini saya basuh tukar pampers anak, sejam tak siap lagi.
Ads
Dahlah pakai purdah, nak selak lengan lagi.
Nak pakai pampers anak lagi. Setengah jam tak siap lagi.
Anak dahlah ramai.
Cik rasa saya boleh sampai destinasi pukul berapa kalau berejam tak siap lagi? Biar jelah saya basuh. Isteri bahagian pakai pampers baju anak dalam kereta pulak.
Saya pun takde kena bebel kang salah pakai baju.
Eh!!! Sempat lagi dia bidas kita.hahaha.. Akhirnya suami macho tu angguk-angguk.
Tak salah kan, suami urus anak.
Kita ambiklah part pakaikan baju semua.
Simpan baju kotor dalam plastik elok-elok, towel pun jemur molek.
Sabun pun selit elok-elok tepi pintu.
Kan kerja jadi mudah?
Take easy bro!
Jangan Mudah Menghukum
Sampai sekarang walau anak dah besar, dia tetap ambik alih tugas urus anak.
Anak yang besar, dia suruh teman umi gi toilet.
Ads
Sejak kes umi terperangkap dalam toilet di kunci guard dulu, dia tak pernah bagi isteri dia ni gi sorang-sorang toilet atau berhenti surau.
Moralnya, janganlah ambik kerja Tuhan nak hukum orang sana sini.
Tiap orang situasi tak sama.
Jangan nak sama dunia mak ayah dulu dengan hari ini , kena begitu begini.
Dunia mak ayah lampu pelita.
Dunia kita anak-anak dah pakai lampu led.
Masa harini lebih cepat dari dulu.
Kalau kita jadi mak menua, berlapang dada tengok anak menantu kita begini.
Biarlah masing-masing berganding bahu.
Dunia hari ini kena banyak isi dengan kasih sayang.
Bukan banyak meroyan.
Mingguan Wanita : Tak salah pun bila keluar berjalan atau bercuti suami pula ambil alih tukarkan pampers dan mandi anak. Lagipiun, anak-anak kalau dengan ayahnya ‘behave’ sikit. Cepat pun cepat. Kalau dengan maknya, dari 15 minit boleh jadi sejam la.
Sungguh menyayat hati, tragedi kebakaran yang hampir meragut nyawa meninggalkan kesan mendalam dan memberi kecacatan kekal pada wajah budak lelaki berusia 5 tahun dari Kazakhstan ini.
Seorang budak lelaki berusia lima tahun yang ‘kehilangan’ wajahnya akibat kebakaran ketika masih bayi, menulis kepada Santa Claus meminta diberikan muka baru sebagai hadiah Krismas.
Bakhtiyer Sindrov masih bayi ketika rumah keluarganya musnah dalam kebakaran, lima tahun lalu.Ketika kejadian, Bakhtiyer sedang tidur di atas katilnya di sebelah unggun api di dalam rumah.
“Kejadian berlaku ketika dia masih terlalu kecil. Wajah, kepala, leher dan tengkuknya semua terbakar. Memang dia seolah-olah cair hidup-hidup,” kata rakan keluarganya, Olga Ryabeva.
Minta Wajah Baru
Sempena Krismas tahun ini, Bakhtiyer yang kini tinggal di Talgar, Kazakhstan, meminta ioi kebakarankepada Santa wajah baharu agar dia boleh ke sekolah sama seperti kanak-kanak lain.
Bakhtiyer yang masih belum boleh menulis, meminta ayahnya menulis hasrat tersebut. Surat tersebut telah dihantar ke “Ya Ryadom” yang merupakan sebuah organisasi kebajikan di bandar Almaty, Kazakhstan yang sedang menjalankan kempen kebajikan “Surat Kepada Santa”.
Berikut antara kandungan surat tersebut;
“Helo Santa Claus! Saya terbakar ketika masih kecil. Muka saya hilang akibat kebakaran, dan sejak itu saya terpaksa menyorok daripada orang lain kerana mereka takut pada saya.
“Saya sendiri pun takut melihat diri sendiri dalam cermin. Saya tiada hidung, telinga atau rambut.
“Mak saya cakap, saya tak boleh pergi ke sekolah. Saya selalu rasa sakit, tapi saya tak nangis.Mak saya yang menangis.
“Wahai Santa, tolong berikan saya wajah yang baru, saya takkan rasa sedih dan menangis dalam hidup lagi. Saya cuma mahu jadi seperti kanak-kanak yang lain,” luah Bakhtiyer dalam surat yang ditulis oleh ayahnya.
Selama beberapa tahun, Bakhtiyer tidak boleh membuka mulut dan diberikan makanan menerusi tiub dan menyebabkan giginya rosak. Pada tahun lepas, Bakhtiyer telah menerima rawatan di MedIndia clinic di India. Pembedahan membentuk wajahnya telah memberikan Bakhtiyer bibir, gigi dan kelopak mata yang baru.
Pada Julai tahun ini, para doktor telah memasukkan implan pada lehernya untuk merengangkan kulit pada wajahnya. Kulit pada lehernya akan digunakan untuk menggantikan kulit pada wajah Bakhtiyer yang telah terbakar. Bakhtiyer juga akan melalui pembedahan pada akhir Disember ini.
MW: Didoakan semoga Bakhtiyer cepat sembuh dan impian untuk mempunyai wajah baru terlaksana.Pesanan juga buat mak ayah, jangan sesekali terleka dengan keselamatan anak-anak, deritanya anak-anak yang menanggungnya nanti.
Setelah sepuluh, dua puluh atau tiga puluh tahun menjadi seorang isteri dan ibu, apakah banyak perubahan positif berlaku dalam hidup mak-mak atau tiada apa peningkatan yang ketara?
Dulu hidup miskin kena jimat belanja, sekarang tak tahan iklan online, ramai pula jadi kaki shopping. Akhirnya bertambah miskin akibat hutang.
Dulu tak berilmu, dapat jugalah bersabar sekarang semakin tua semakin jahil, degil, kurang sabar.
Dulu kasar perangai sekarang berjaya mendapat anak yang kurang ajar.
Dulu tak hormat suami, sekarang kongkong dera mentalnya biar dia terencat sekali.
Dulu solat tak sempurna, sekarang langsung tak buat lagi. Tambah dosa dengan tak puasa juga.
Dulu pakai baju kurung, sekarang baju seksi.
Dulu ada masanya menangis ingat mati. Sekarang tak sempat nak ingat mati sebab sibuk kejar kehidupan duniawi.
Dulu dan kini, ada apa dengan kita sekarang?
Usah Lupa.. Takkan Terlepas Dari Penilaian Allah
Pada awal tahun kita cuba berazam baru, mencari semangat dan motivasi lebih segar daripada tahun-tahun yang lepas. Ramai orang beranggapan jika mahu berjaya, mereka tidak perlu menoleh ke belakang.
Tapi kenapa orang-orang hebat, menulis kembali perjalanan hidupnya dan diabadikan dalam buku-buku biografi mereka?
Mengapakah kita pula takut mengorek kenangan lalu? Janganlah korek sampai luka kembali berdarah. Pandang saja bekas luka itu.
Dan sapu dengan keinsafan sambil beringat ke dalam diri bahawa kita pernah melakukan kesilapan dan luka itu menjadi bukti bahawa kita memiliki kecacatan yang perlu diperbaiki.
Bagaimana perasaan kita jika menerima buku itu nanti di akhirat, apakah seperti seorang tokoh yang sedang membaca biografinya sendiri?
Atau tersenyum menikmati jutaan pujian dan tahniah atas kejayaannya yang ditumpahkan tinta-tinta bermakna dalam muka surat-muka surat yang dibayar mahal?
Tokoh yang tersenyum menikmati kisah yang baik-baik saja sehingga hampir tiada cacat, pengarangnya menjadi seolah-olah Tuhan Yang Maha Tahu tentang nilai diri tokoh itu.
Padahal aibnya sengaja tidak ditulis, cacat karakternya di’mekap’ secantik mungkin dan kejahatannya dilupakan begitu saja.
Tidak mungkin kita boleh terlepas daripada Sang Penilai yang Maha Halus perhitungannya. Yang tidak pernah mengantuk dan tidak pernah tidur sentiasa memerhati diri kita 24 jam sehari tanpa kurang sedetikpun.
“Allah Tiada Tuhan selainnya, Yang Maha hidup lagi Maha Mengatur urusan makhluk, MilikNya segala yang di langit dan di bumi, tiada siapapun yang mampu memberi pertolongan melainkan dengan izinNya, Dia Maha Mengetahui apa yang di hadapan dan di belakang mereka dan tiada yang mengetahui ilmuNya melainkan atas kehendakNya. (Ayatul kursi)
Telah tertutup tirai tahun kelmarin, berganti dengan hari-hari di tahun baru, tapi Tuhan kita tetap memerhati, mencatat dan mengabadikannya dalam kitab amalan.
Sedar tak sedar berpuluh tahun sudah usia kehidupan, sebelum kitab kita dipenuhi dosa eloklah beringat betapa sempitnya masa yang kita ada. Kisah benar paling tragik haraplah tidak terjadi pada diri, pada hari manusia akan ternganga:
“Dan diletakkan kitab lalu kamu akan melihat orang-orang berdosa ketakutan dengan apa yang tertulis di dalamnya dan mereka berkata: aduhai celakanya kami, kitab apakah ini yang tidak meninggalkan yang kecil dan tidak pula yang besar melainkan ia mencatat semuanya. Dan mereka dapati apa yang mereka kerjakan ada tertulis. Dan Tuhanmu tidak menganiaya seorang jua pun.” (Surah al-Kahfi ayat: 49)
Buku Catatan Amalan
Bagaimana keadaan orang yang menerima kitabnya di akhirat nanti? Apakah gembira seperti tokoh politik membaca buku biografinya atau amat seronok seperti kita membaca surat cinta? Tidak!
Bahkan semua insan akan berdiri di atas lutut, pucat ketakutan sambil menangisi apa yang telah disesalkan.
Allah SWT berfirman: “Dan pada hari itu kamu lihat tiap-tiap umat berlutut. Tiap-tiap umat dipanggil untuk melihat buku catatan amalannya. Pada hari itu kamu diberi balasan terhadap apa yang kamu kerjakan.” (Surah al-Jaathiyat ayat: 28)
Buku itu berisi kisah malam-malam yang kita lalui, apakah kita isi dengan tangisan dalam sujud yang panjang tika bertahajud atau leka berhibur sampai ke pagi?
Ia juga berkisah tentang suara hati kita, apakah sentiasa berbaik sangka dengan Allah ataukah membenci takdirNya?
Tak terkecuali rentetan-rentetan pengalaman kita hidup bersama orang-orang di sekeliling, ayah dan ibu. Apakah mereka gembira memiliki diri kita atau bahkan mereka menahan sakit hati kerana kederhakaan anaknya?
Begitu juga manusia lain yang mengenali, apakah mereka telah dizalimi atau disantuni? Bagaimana dengan amanah harta dan ilmu, amanah anak-anak dan kerjaya, amanah menjadi isteri atau suami, sudahkah kita menunaikan hak-hak mereka?
Allah tidak pernah meninggalkan secebis pun kenangan yang pernah kita buat sedangkan sehelai daun yang gugur pun Dia mencatat! Ya Allah tolonglah kami mengisi kisah panjang bernama kehidupan dengan amal soleh semata-mata mengharap Engkau kasihan!
Penulis : Dato Dr Haji Juanda Jaya & Datin Shanti Achmad Ramly, Perunding Undang-undang Keluarga Islam merupakan kolumnis ruangan Keluarga Sakinah majalah Mingguan Wanita
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ternyata majlis perkahwinan hanya sekali, namun perkahwinan yang dibina itu dambakan masa hingga ke akhir hayat. Oleh itu, pilih dan berkahwinlah dengan orang yang tepat serta jangan terburu-buru.
Rumah tangga bukan hanya memerlukan cinta semata, sebaliknya perlu ditambah serinya dengan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi sama ada daripada suami atau isteri.
Sesungguhnya setiap orang inginkan perkahwinan hingga ke hujung nyawa dan harapnya pernikahan hanya berlaku sekali seumur hidup. Ikuti perkongsian Ustaz Firdaus Mokhtar ini dan fahami apa yang disampaikan.
Majlis Perkahwinan Hanya Sekali
Cinta sahaja tak cukup.
Pilih dan berkahwinlah dengan orang yang boleh menerima buruk kalian dan membuat kalian menjadi manusia yang lebih baik pada masa akan datang.
Kehidupan tetap akan berjalan seperti biasa.
Dan dalam tempoh kehidupan dan perkahwinan kalian ini, pelbagai dugaan dan ranjau yang kalian akan tempuhi.
Namun Perkahwinan Dibina Itu Dambakan Masa Hingga Akhir Hayat
Ini semua akan terjadi. Kerana apa? Kerana kita semua manusia. Kita rapuh. Kita mudah untuk mengambil hati walaupun dengan sekecil-kecil perkara.
Mengharapkan semuanya akan berjalan dengan cantik, tiada cacat-cela, sempurna hanyalah angan-angan yang sentiasa boleh didambakan. Namun, ia tidak realistik sama sekali.
Duit, masa, pengorbanan dan kesihatan, semua ini akan datang menguji.
Ingatlah, majlis perkahwinan hanya sekali, namun perkahwinan dibina itu mendambakan masa hingga ke akhir hayat.
Percayalah. Memilih dan berkahwin dengan orang yang sebetulnya adalah kunci.
Firdaus Mokhtar, Belajar lagi.
MW: Sesungguhnya cinta tidak menjamin kebahagiaan jika tidak disertakan sekali kekuatan dan pengorbanan dalam menempuh pelbagai onak, duri alam rumah tangga.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Buat Aneka Kuih Frozen. Confirm sedap, laku keras. Dibuka pada 24 Julai 2021. Peserta diberi tunjuk ajar menyediakan beberapa jenis makanan sejuk beku yang laris di pasraan seperti donut, samosa, pizza dan banyak lagi. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/buat-aneka-kuih-frozen-confirm-sedap-laku-keras/
Founder wanita antara ditahan terlibat pengedaran pil kuda di Kelantan, nilai rampasan RM6.16 juta. Memaparkan gaya hidup mewah termasuk menayang kenderaan mewah antara trend...