Ceritanya ringkas saya. Malah sarat surau senda. Tapi mengandungi maksud yang cukup mendalam untuk pasangan suami isteri.
Sebab berapa ramai sebenarnya di kalangan suami yang sedia, sudi malah ikhlas menyikat rambut isterinya. Baik dalam keadaan santai-santai mahupun ketika isteri dalam berpantang.
Kata Bro Ohsem, “Saya terkejut juga. Rupanya ramai yang jarang atau tak pernah langsung sikat rambut isteri.”
Bila Kali Terakhir Suami Sikatkan Rambut Isteri?
Kalau tak ingat, cuba – cuba la minta sikatkan.
Ads
Nampak macam perkara yang mudah, perkara yang remeh, tapi impaknya sangat besar dan berpanjangan untuk kedua – dua belah pihak.
Menurut kajian, semasa suami menyikat rambut isteri, cas cas elektrostatik akan mengalir dari badan suami kepada si isteri dengan pantas. Apabila cas positif suami bertembung dengan cas negatif isteri, kebarangkalian baby akan dihasilkan menjadi sangat tinggi.
Hahahahaha.. Takdelah, saye merepek je. Siapa yang terkena? Baik mengaku!
Ads
Ini Sebenarnya Yang Jadi Bila Suami Sikat Rambut Isteri
Betul tak korang suka kalau suami belai – belai dan sikatkan rambut?
Kalau tak pernah, boleh tak saya minta tolong hari ni cuba minta suami sikatkan. Please. Saya berharap sangat.
Kongsikan tip kasih sayang ini. Biar merebak satu dunia. Barulah semua keluarga jadi bahagia.
MW : Haa.. dengar tu para suami, kalau Bro Ohsem yang segak ini pun sedia sikatkan rambut isteri, takkan para suami lain yang sado tak sudikan. Bukan ambil masa lama pun..
Sumber/Foto : Akhtar Syamir, yang menulis mengenai kekeluargaan dan hubungan suami isteri serta isu – isu semasa.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sekarang PKP, tentu mak-mak ligat dok fikir nak masak untuk sarapan, tengah hari, minum petang dan malam. Kalau nak jimat, masak pagi tu merangkap ke tengah hari. Ini belum masuk kemas rumah, basuh baju dan macam-macam lagilah.
Suami pula, janganlah dok silang kaki depan televisyen, tiba masa makan, mulalah masuk dapur tengok apa yang tersedia. Mahunya tak angin mak-mak. Masa yang ada ini, tolonglah isteri apa yang patut.
Tak tahu, nak buat apa dan isteri tak cakap apa pun. Itu alasan semata-mata. Kalau mak-mak tengok suami dok rileks depan televisyen tapi keje masih berlambak-lambak, apa kata cuba cara lembut ini, mesti suami pun ringan tulang nak bantu. Jangan menyuruh dengan kata-kata kasar pula. Daripada nak tolong terus dia masuk bilik tidur. Lagi mak-mak naik ‘hantu’.
Minta Tolong Dengan Lembut Dan Penuh Hormat
Kalau nak suruh suami tolong, jangan cakap kasar-kasar. Daripada nak tolong terus tak jadi. Bagitaulah secara elok apa yang perlu suami buat. Tolong jemurkan baju…minta tolong buang sampah sekejap….
Sama-sama Gotong-Royong
Tak semua kerja rumah mak-mak kena buatkan. Kadangkala ada kerja rumah yang perlu dilakukan bersama. Contohnya, semasa nak bersihkan lantai. Mintalah tolong suami alihkan sofa. Atau anda boleh minta tolong suami bersihkan kipas siling.
Beri Latihan, Boleh Buat Masa Mak-mak Tiada Di Rumah
Kadang-kadang bila anda bersihkan rumah, suami dok ‘pose cantik’ depan kerusi. Sambil-sambil anda buat tu, cuba bagi latihan. Contohnya, bila mencuci baju, asingkan mana baju basahan, baju pejabat, baju anak mahupun seluar jean.
Bincang Dulu Sebelum Ubah
Bosan juga kalau kedudukan sofa atau meja makan statik tanpa perubahan. Untuk cipta suasana baru, bincang dulu dengan suami untuk susun atur barangan itu. Kadang-kadang suami boleh beri idea, walaupun anda kurang setuju. Tapi tak salah mendapat idea dia.
Jangan Marah Kalau Rasa Tidak Puas Hati
Masa suami buat kerja rumah tu, mesti ada benda yang buat mak-mak tak puas hati. Tapi janganlah membebel memberitahu cara dia buat tidak kemas. Biarkan saja. Suami tolong itu sudah kira cukup baik.
Dah Tolong, Ucaplah Terima Kasih
Bila kerja rumah dah siap, jangan lupa ucapkan terima kasih pada suami. Bukan sahaja dengan ucapan tapi anda boleh memasak makanan kegemaran untuk makan sama-sama.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kenapa isteri-isteri kena faham bahagian faraid masing-masing? Kerana, ilmu Faraid yang dikongsikan Peguam Syariah, Roslina Sabiyah & Co ini berkaitan dengan bahagian untuk isteri. Sama ada anda isteri pertama, kedua, ketiga mahupun keempat.
Bagaimana cara pengiraan Faraid bahagian isteri yang sepatutnya setiap isteri hadamkan. Tidaklah nanti timbul perbalahan di kemudian hari.
Mudahnya Belajar Faraid (Bahagian Isteri)
Kenapa nak mulakan dengan bahagian isteri dulu? Sebenarnya tak kisah mana dulu, cuma yang paling banyak soalan pasal faraid ini diajukan dari pihak isteri. Biasalah, isteri kan minister of finance merangkap minister of home affairs kan.. mestilah dia nak kena tau hak dia dulu.
Walaupun isteri yang paling banyak menyumbang dalam pencarian aset dan harta suami, hakikatnya bahagian isterilah yang paling sikit.. inilah fakta yang ramai isteri-isteri terlepas pandang.
Bahagian faraid isteri ada 2 keadaan : – 1/4 : bila si mati TAK ADA anak – 1/8 : bila si mati ADA anak
Dalam pembahagian faraid si mati suami, kita tak tengok isteri mana yang ada anak atau tak.. tapi yang kita tengok ialah SI MATI ada tinggalkan anak atau tak? Kalau ada.. bahagian isteri-isteri akan dibahagi sama rata tak kira sama ada isteri tu ada anak atau tak ada.
Contoh pengiraan :
1) Si mati meninggalkan 2 orang isteri. Isteri pertama ada 2 orang anak, isteri kedua tak ada anak. Berapa setiap isteri akan dapat? 1/8 bahagi 2 isteri kerana si mati ada anak. Maka setiap isteri akan dapat 1/16 (walaupun isteri kedua tak ada anak dia tetap dapat 1/16 juga).
2) Si mati meninggalkan 2 orang isteri. Isteri pertama tak ada anak, isteri kedua seorang janda yang ada 2 orang anak (anak dengan suami terdahulu). 1/4 bahagi 2 isteri kerana si mati tak ada anak. Maka setiap isteri akan dapat 1/8 (walaupun isteri kedua ada anak dengan suami terdahulu). Anak tiri tidak mewarisi harta pusaka daripada bapa tiri.
3) Si mati meninggalkan 4 orang isteri dan ada anak. Setiap seorang isteri akan dapat 1/32 tak kira isteri tu ada anak ramai atau tak ada anak langsung, bahagian mereka sama sahaja.
Ini Yang Isteri Pertama Boleh Tuntut Selain Bahagian Faraid
Kalau macam tu tak adil la isteri pertama pun dapat bahagian sama dengan isteri muda. Isteri pertama dah kawin 20 tahun.
Isteri muda baru je kawin setahun tapi dapat bahagian yang sama juga.
Sebenarnya, untuk isteri pertama mereka boleh dapat bahagian faraid dan juga boleh tuntut harta sepencarian ke atas harta suami yang dibeli dalam tempoh perkahwinan mereka.
Isteri muda hanya berhak ke atas bahagian faraid tetapi tidak berhak menuntut harta sepencarian tersebut melainkan harta baru yang dibeli sebaik tempoh mereka mula berkahwin.
Secara ringkasnya, sifir faraid isteri-isteri ialah :
Jika si mati (suami) ada anak : 1 isteri – 1/8
2 isteri – 1/16
3 isteri – 1/24
4 isteri – 1/32
Jika si mati (suami) tiada anak : 1 isteri – 1/4
2 isteri – 1/8
3 isteri – 1/12
4 isteri – 1/16
Sebelum bertengkar, suami isteri boleh ikut tiga tip yang diberikan ini. Miudah-mudahan tidak berlarutan. Bertengkar suami isteri itu normal. Rasanya, JARANG sungguh ada pasangan yang tak pernah bergaduh sepanjang berkahwin. Lagi pun, kalau asyik okay je sepanjang masa, bosan pula. Sesekali nak juga ‘panaskan’ keadaan.
Lagi satu, zaman sekarang bila bergaduh atau bertengkar, sibuk nak rakam. Bergaduh dengan pasangan rakam, gaduh dengan orang luar pun rakam. Adoi!
Sebelum Bertengkar, Tolong Tengok Sekeliling
Kalau nak bergaduh pun tunggulah pada masa yang sesuai. Hari ini ramai orang bergaduh di tengah ramai, jangan lupa HP berada di tangan setiap orang. Kemudahan mengambil video dengan Hp ini sangat meluas. Silap-silap mereka upload di Youtube, satu dunia akan menonton kita bergaduh bagaikan orang hilang akal.
Dan usah percaya andainya tiada sesiapa merakam walaupun kita memberi amaran, “Jangan rakam! Jangan rakam!” Sambil menuding ke arah si perakam. Tahu-tahu video itu viral pula, dengan telunjuk kita tajam menunjal kamera.
Foto: 123rf
Orang Teruja Rakam
Kalau pun kita berjaya menghentikan dia, ada banyak lagi orang yang merakam dari sudut-sudut lain. Kita akan malu sangat dengan kata-kata yang kita keluarkan. Ketika itu kita seperti hilang akal lantas tidak sedar dengan semua yang dikeluarkan, tetapi nanti setelah stabil kita akan malu sangat menonton kesemuanya sekali.
Sedangkan senario biasa pun orang teruja untuk menyebarkannya, lagilah yang luar biasa seperti bertekak, bertumbuk, menerajang. Lebih teruja jika yang bergaduh adalah suami isteri ataupun sepasang kekasih.
Lebih buruk kalau bergaduh di hadapan anak-anak. Keluar pula ayat-ayat yang tak sepatutnya, macam, “Sudahlah ko tu. Ingat aku heran sangat dengan muka ko tu. Muka macam penyu!”
“Dah kalau macam penyu apa yang ko terhegeh-hegeh dengan aku dulu? Kenapa tak cari betina lain je?”
INGAT TIGA PERKARA SEBELUM CETUS PERTENGKARAN
Anak-anak yang mendengar tentu confuse. Jangan sampai mereka pun merakam pergaduhan anda! Sebaliknya lakukan tiga perkara berikut sebelum anda hendak bergaduh:
Bertenang Sejenak
Tariklah nafas dalam-dalam beberapa kali. Cuba pejamkan mata dan anggap tidak melihat dan tidak mendengar apa-apa. Jika pasangan terus menghentak dengan kata-kata keras, istigfar dan beredar dari situ. Jika dia terus menghambat ambil air dan minum. Masih juga tidak berhenti, pergi ambil wuduk dan solatlah…
Serkap Jarang Dan Perangkap
Adakalanya taktik ini menjadi. Ia dapat mendiamkan pasangan seketika. Katalah, “Tak apalah bang, katalah apa-apa pun abang nak kata. Tapi Rosmenah janda beranak dua tu apa khabarnya?”
Mesti suami kaget. Jika benar atau sipi-sipi dia akan ngelabah, jika tiada dia akan menafikan dengan keras. Senyum sahajalah. Sampailah dia berkata, “Kenapa awak senyum pulak?”
“Tak ada apalah. Kalau tak ada apa-apa tak payahlah serius sangat. Tahu abang memang baik. Macam tu juga saya…”
Sebelum Bertengkar Jangan Lupa Rakam
Panggil anak suruh dia rakam pergaduhan itu. Biasanya pasangan akan terdiam, kecuali sudah terlalu marah (dalam istilah lain sudah terlalu setan) dia mungkin akan menghendik si anak atau berbuat sesuatu kepadanya. Tetapi juga akan membuatkannya terpatung. Amat jarang suami isteri yang sedang bergaduh akan melepaskan kemarahan mereka kepada anak-anak sendiri.
Apapun, tak payahlah bergaduh sebab bergaduh itu buruk. Kalau hendak bergaduh juga lakukan ia dalam bilik yang tertutup. Pastikan suara tidak terlalu tinggi jangan sampai didengar anak-anak dan jiran tetangga.
Memanglah sewaktu bergaduh akan merasakan puas jika dapat berteriak, memekik dan mengherdik tetapi apakah perasaan kita jika mendengar orang lain bergaduh dan melakukan hal sama? Tentu kita berasa jelih (meluat, geli, tak patut, malu) dan menyampah bukan? Happy-happy sajakan bagus…
Wah enaknya, Ayam Rendang Terangkat, Rasa Melekat. Beberapa hari saja umat Islam akan menyambut Syawal. Istimewa hari ini, Mak Empal Masak Apa Hari Ini?...