Suami nak hargai isteri mudah saja, singsing lengan baju, tolong buat kerja rumah. Rutin seorang isteri begitu mencabar untuk menguruskan rumah tangga setiap hari. Celik saja mata, isteri akan mula menguruskan rumah tangga dan menyiapkan anak-anak untuk ke sekolah. Lebih mencabar jika isteri itu juga bekerja jadi berganda-gandalah kepenatannya.
Suami Nak Hargai Isteri Mudah Saja, Singsing Lengan Baju, Tolong Buat Kerja Rumah
Tidak salah jika suami turut singsing lengan nak tolong isteri. Cara ini sudah cukup memadai buat isteri sebagai tanda dirinya dihargai. Mereka tidak minta banyak pun, hanya sedikit sikap ingin menolong isteri.
Sebagaimana perkongsian oleh doktor Dr Ezairy M.Sallih yang mendedahkan mengenai rutin sibuk seorang isteri, agar suami menghargai isteri untuk rutin sehariannya di rumah.
Ramai antara kita yang lelaki ini bila keluar rumah pergi kerja, boleh lupa segala perkara yang ada di rumah.
Pernah tak kita terfikir apa yang sedang berlaku kepada anak-anak dan isteri kita di saat kita sedang bersarapan di tempat kerja, makan tengah hari dengan kawan atau tengah duduk bersembang dengan member sekerja.
Isteri di rumah mungkin sedang sangat sibuk mandikan anak di waktu pagi. Diri sendiri pun tak sempat untuk bersiap. Bermekap apatah lagi.
Menjengah ke tengah hari pula sibuk nak memasak. Siap masak, mulalah masukkan pakaian ke dalam mesin basuh, basuh pakaian pula.
Yang ada anak di sekolah, sebelum buat semua tadi, pagi-pagi sudah kelam kabut hantar anak ke sekolah. Tengah hari sibuk ambil mereka pula.
Apabila anak balik, ruang tamu yang cantik diperkemas tadi kembali bersepah. Kena kemas semula. Ketika ini anak mula menjerit-jerit.
Ads
Nak menjengah ke petang sibuk pula sediakan makan suami. Di antara sela masa itu anak kecil tak henti menangis, minta diberi susu, nak dimanja, dibelai dan diberi perhatian.
Apabila suami balik, itu tak sedaplah, ini kurang garam lah. Kenapa rumah bersepah, tak kemas rumah ke? Duduk rehat saje kat rumah ya? Inilah kan nasib isteri.
Macam itulah saban hari. Malamnya pula ketika kita sedang nyenyak tidur, si kecil menangis, puan isteri ini jugalah yang bangun buatkan susu, layan segala kerenah anak. Maklumlah, si Ayah sudah ‘penat’ bekerja di siang hari. ‘Letih’ sangat sampai tak mampu nak terjaga.
SUAMI KENA FAHAM HAKIKAT KEHIDUPAN ISTERI
Kita para suami ini kalau semuanya faham dengan lumrah dan hakikat kehidupan isteri seperti ini, sudah tentu akan bahagia sentiasa rumah tangga.
Ads
Ya, rumah tangga ini perlu kepada sifat memahami antara kedua pasangan. Jika tiada pada satunya, ia akan runtuh sebelah dan perlahan-lahan roboh jua akhirnya.
Kadangkala kita selalu bertengkar.. berselisih faham dek perkara-perkara kecil yang tak perlu diperbesar.
Hargailah pasangan anda.Kongsikan, supaya lebih ramai di luar sana menyedari hakikat ini. Isteri untuk dihargai..
Semoga kita menjadi pasangan yang salin melengkapi antara satu sama lain agar bahtera perkahwinan kekal bahagia.
Kakak Hello Kitty. Usahawan ini pernah bercerai dan ramai mengaitkan perceraiannya kerana suami dipaksa pakai baju Hello Kitty.
Mesra disapa Na, mengakui perceraian selama 23 hari dengan suami membuatkan diri dan hatinya tidak kuat. Perlu melakukan kerja-kerja rumah yang selama ini dibantu suaminya, Mohd Afizi.
Dan kerana itulah dirinya mengambil peluang kedua diberi Allah dan mereka kembali rujuk demi anak-anak serta menurunkan ego masing-masing demi membina keluarga bahagia.
Ikuti video penuh kisah suka duka pasangan ini yang memilih peluang kedua dalam kehidupan mereka dalam Sembang Wanita Xtra di saluran YouTube MW.
Dalam keadaan sekarang, semuanya tidak boleh harapkan pada suami seorang dalam mencari rezeki. Isteri juga turut sama membantu untuk menambahkan sumber kewangan keluarga. Boleh dikatakan isteri berdikari dan mampu uruskan segalanya tanpa bantuan suami.
Isteri sekarang ini boleh dikatakan berbeza dengan dahulu. Maklum sahaja, dia pun turut sama bekerja untuk meringankan beban suami. Jangan pelik dan hairan kalau isteri berdikari dan boleh buat semuanya dalam satu masa.
Bayangkan, pagi hari sibuk uruskan anak, sediakan sarapan, ke tempat kerja dan pulangnya menguruskan hal-hal di rumah lagi. Tak pernah habis. Malah, tidak keterlaluan, isteri sendiri yang ke pasar untuk membeli keperluan rumah, mahu pun uruskan segalanya dalam hal rumah tangga.
Ini belum lagi isteri berdikari seorang diri bersama anak-anak dek kerana suami bekerja di negeri lain, PJJ dan sebagainnya. Cukup bangga melihat isteri yang sanggup lakukan semua ini tanpa ada rasa penat dan perit.
Jadi, melihat keadaan isteri yang pandai uruskan sendiri, suami jangan ambil ringan atau kesempatan atas apa yang isteri lakukan. Bagi isteri yang berjauhan dengan suami, mungkin ada alasannya untuk dia berdikari.
Tapi bagi pasangan yang tinggal sebumbung, keadaan isteri berdikari ini patut suami ambil serius. Ada sebab lain dia lakukan semua ini tanpa perlu bantuan suami. Hati-hati ye!. Begitulah apa yang dikongsikan oleh Akhtar Syamir ini. Ada sebabnya.
Memang bagus semua isteri boleh buat sendiri. Pergi kerja, uruskan rumah, uruskan anak, uruskan keperluan sendiri, uruskan suami. Tapi, jangan salah faham isteri berdikari itu bagaimana.
Waktu mengandung pun semua buat sendiri. Ada yang terpaksa pikul anak ke sana ke mari. Waktu susah pun semuanya selesaikan sendiri.
Isteri yang berdikari itu bukan semuanya sebab dia tak nak susahkan suami, tetapi sebenarnya dia dah tak boleh harapkan suami.
Hatinya dah tawar, perasaannya sudah tiada, harapannya pada si suami hilang ditelan waktu-waktu bersendirian menguruskan diri sendiri.
Suami Jangan Bangga
Jangan berbangga sangat dengan keadaan sebegini para suami. Kadang-kala ianya bukan nikmat yang membahagiakan tetapi retak yang menanti belah.
Jika orang kata suami adalah pinjaman, isteri pun boleh saya kata sama. Allah nak tarik, dari sekelip mata hatinya boleh berbalik, sepantas kilat nyawanya boleh ditarik.
Bila waktu itu sampai, ego yang menggunung tidak berguna lagi. Kebanggaan yang dimegah-megahkan kepada kawan-kawan tidak lagi memberi erti.
Fikir-fikirkanlah. Layanlah isteri kita dengan baik. Jangan semuanya menjadi jelas hanya apabila dia sudah tidak di depan mata.
BroOhsem
MW: Betul apa yang dikatakan itu. Kadang-kadang, isteri jangan terlalu berdikari sangat dan ada juga isteri jangan terlalu mengharapkan semuanya pada suami. Isteri kena balance, barulah rumah tangga bahagia.
Inilah kelebihan surah At-Taubah Ayat 128 hingga 129 yang tuhan anugerahkan untuk hambaNya yang diuji kesusahan, kesukaran. Wanita ini, Saira Yusuff terus amalkan sebaik mendengar tazkirah dari Ustaz Ebit Lew.
Ketika hidupnya dilanda kebuntuan, dia dan suami tak berhenti amal. Sehinggakan dalam sujud terakhir solatnya dia membacanya. Satu persatu, Allah selesaikan masalah hidupnya. Rezeki masuk mencurah-curah tak putus.
POWER OF SURAH At-TAUBAH AYAT 128-129
Assalammualaikum semua Saira nak share Testimoni Peribadi tentang,
Surah At Taubah 128-129 yang Saira dan suami amalkan sejak kejatuhan bisnes beberapa tahun lepas.
Bila kata tentang kejatuhan bisnes pastinya ramai di sini yang pernah kejatuhan bisnes, buat marketing business keluar modal puluh-puluh ribu malah ada yang ratusan ribu, pernah ditipu dan sebagainya.
Pada masa kebuntuan pastinya kita pon rasa letih mencari-cari, bertanya-tanya pelbagai jenis bantuan. Dengan family, kawan-kawan semua kita tanyakan untuk meminjam dan mengadu kesah hal kita ni.
Ada suatu hari dalam kebuntuan, terdengar tazkirah dari Ustaz Ebit Lew tentang ilmu yang disampaikan iaitu bacalah Surah At-Taubah ayat 128-129 sekurang-kurangnya 7x sehari.. Allahuakbar
Kata Ustaz :-
1. Jika dia seorang yang lemah, maka akan menjadi kuat
2. Jika dia seorang yang hina, maka akan menjadi mulia
3. Jika dia seorang kalah, akan segera mendapat pertolongan
4. Jika dia seorang yang berkesempitan , maka akan segera mendapat kelapangan
5. Jika Dia Seorang yang berhutang, maka akan segera dapat membayar
6. Jika Dia dalam kesusahan, maka akan diberikan kesenangan
Subhanallah.., Subhanallah.. Subhanallah, waktu itu memang Saira teruskan amalan ini tanpa henti. Sehinggakan dalam sujud terakhir selalu amalkan ayat ini.
Setelah amalan ini berterusan hinggalah perasan yang satu persatu urusan dipermudahkan, pelbagai jalan keluar untuk setiap persoalan (masalah) serta segala amanah-amanh mula dapat diselesaikan.
Rezeki Masuk Mencurah-curah Tanpa Putus.. Subhanallah
Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar !!!!!!!!!
Syukur Kehadrat Ilahi atas semua anugerah, pertolongan & kenikmatan yg diberi olehNYA.
Ini antara sebab kenapa Saira masukkan amalan ini ke dalam Buku Checklist Amalan by Puan Saira.
Dengan berbesar hati , dan penuh dengan rasa syukur kehadratNYA, Allah SWT hantar stokis-stokis dan agen yang baik-baik dan seronok nak sebarkan kebaikan buku ini .. Moga Kalian dikurniakan rezeki berpanjangan, sentiasa ingin Berdakwah di atas jalanNYA dan kurniaan rahmatNyA ke atas kalian tanpa putus insyaallah.
Boleh dapatkan info lengkap di link asal ini : Saira Yusuff
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sesungguhnya dalam mendidik anak-anak, mak,ayah perlu jadi raja berpendirian, barulah anak jadi rakyat yang taat. Sebagai mak,ayah rasanya tidak perlu untuk mengikut segala kemahuan anak.
Tidak salah jika mak, ayah mahu berbincang dengan anak-anak tentang sesuatu perkara namun jangan keterlaluan. Sehingga membuatkan anak-anak merasakan mereka “raja”.
Ikuti perkongsian Mohd Yazid Ismaildan jadikan inspirasi buat mak,ayah dalam mendidik anak-anak yang semakin membesar:
Jangan selalu tanya soalan approval kepada anak-anak. Terutamanya yang masih bersekolah. Mereka akan rasa semua benda perlu ikut citarasa mereka, nanti mereka akan jadi raja di rumah.
Contoh soalan approval:
Nak ummi masak spaghetti hari ni?
Along nak hadiah apa untuk birthday?
Nak tak kita pergi pantai esok?
Soalan approval bunyi macam comel dan mesra, tapi jika diulang bertahun-tahun ia akan menyemai sifat bos pada anak-anak, suka ikut kepala sendiri.
Nasib baik di sekolah cikgu tak amalkan tanya soalan approval. Cikgu terus bagi kerja tanpa tanya persetujuan. Sebab tu anak-anak lebih mudah taat di sekolah berbanding di rumah.
Ibu bapa perlu jadi raja yang berpendirian, barulah anak akan jadi rakyat yang taat. Nak buat sesuatu tak perlu dapatkan persetujuan anak-anak.
Nak masak apa pun masaklah. Anak akan makan sebab dah tak ada pilihan lain. Mereka akan suka. Jangan sampai terpaksa buat menu khas untuk setiap anak-anak. Seksa hidup nanti.
Biarlah Anak Jadi Rakyat Yang Taat
Didiklah anak-anak supaya ikut saja aktiviti yang kita rancangkan. Sekali-sekala anak-anak boleh bagi cadangan tapi tak semestinya kita ikut mereka.
Bertanya untuk berbincang tak ada masalah, tapi bukan tanya untuk dapatkan approval.
Mak ayah kita dulu-dulu mana ada tanya approval dari kita. Kita gembira saja ikut semua yang mak ayah tetapkan.
Jangan merajakan anak-anak.
-Mohd Yazid Ismail
Yang suka memerhati dan suka menulis di fb.
MW: Dalam mendidik anak-anak ini bergantung kepada mak,ayah untuk mengikut acuan yang selesa kerana setiap anak tak sama. Semuanya berbalik kepada pilihan dan setiap pilihan pasti ada impaknya.
Pelajar tingkatan tiga trauma dipercayai Dirogol dua pelajar senior di dalam kelas dan dirakam video. Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah dilaporkan mengalami trauma teruk dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar lelaki senior.