



Lebih menyentuh hati, tragedi menimpa suami dikasihinya itu berlaku dalam bulan kelahirannya sendiri. Menahan sebak dalam nada ringkas, Sulizah sama sekali tidak menyangka insan disayanginya pergi terlalu cepat, meninggalkan dia dan anak-anak meneruskan kehidupan tanpa sosok seorang suami dan ayah. Dalam tulisan ringkasnya di media sosial miliknya, dirinya menulis.
“Suamiku…terlalu cepat ko tinggalkan aku & anak-anak. Di bulan kelahiranku, ko tinggalkan aku..Allahuakbar kongsinya di media sosial miliknya, Sulizah John.

Dalam pada itu, isteri ini turut menitipkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan arwah yang mengiringi arwah sehingga ke tanah perkuburan.
“Terima kasih atas setiap pertolongan pada arwah. Setiap titik peluh, sumbangan tidak kira barang atau wang ringgit Allah jua yang membalasnya. Saya tak mampu membalas semua kebaikan dihulurkan.

“Bertapa ramainya sahabat-sahabat yang sayang sama kau, Aboy. Dari rakan-rakan berniaga yang selalu sama-sama mencari rezeki, rakan-rakan sekolah yang membesar bersama kenangan lama, rakan-rakan H3ros yang sentiasa ada dalam suka dan duka dan tidak lupa juga seluruh ahli keluargamu yang amat menyayangi dan merindui dirimu setiap waktu.
“Kehadiranmu dalam hidup kami bukan sekadar sebagai kawan tetapi sebagai saudara yang sentiasa membawa senyuman, semangat dan kenangan yang tidak akan pernah padam.

“Wahai sahabat, tenanglah engkau di alam baru mu. Kami redha dengan pemergianmu walau hati masih terasa kehilangan. Semoga Allah menempatkanmu dalam kalangan orang-orang yang beriman, melapangkan kuburmu, menerangi alam barzakhmu dan mengampunkan segala dosa-dosamu.

Dalam satu kenyataan memetik Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail berkata, kemalangan tersebut melibatkan sebuah pacuan empat roda jenis Nissan Navara yang dipandu lelaki berusia 34 tahun bersama tiga penumpang, manakala mangsa menaiki motosikal jenis Honda.
“Siasatan awal mendapati kenderaan pacuan empat roda itu dalam perjalanan dari arah Tawau menuju ke Lahad Datu. Sebaik tiba di lokasi, terdapat sebuah motosikal berada di bahu jalan sebelah kiri dan mangsa dipercayai sedang berehat di atas motosikal berkenaan.
“Kenderaan pacuan empat roda itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas lalu melanggar motosikal tersebut,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, akibat pelanggaran itu, mangsa mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu serta tiga penumpang kenderaan berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!




