Rendam muka dalam air sejuk, bukan hanya kurangkan mata sembap tapi reset emosi. Masih ramai yang pandang remeh dengan tip ini tetapi sebenarnya merendam muka dalam air sejuk waktu pagi banyak manfaat, nampak simple tapi power yang penting zero kos.
Rendam Muka Dalam Air Sejuk
Jangan malas kalau mahu kulit cantik, tip ini juga membantu wanita yang mempunyai kulit breakout. Okay, selebihnya, ini antara kelebihannya:
1. Segarkan muka dan otak. Air sejuk bantu “kejutkan” sistem saraf, buat rasa lebih alert, hilang mamai lepas bangun tidur.
2. Kurangkan bengkak dan mata sembap. Terutamanya lepas bangun pagi atau kurang tidur. Air sejuk bantu kecutkan salur darah, muka nampak lebih fresh.
Ads
3. Kecilkan pori sementara. Bukan tutup pori sepenuhnya, tapi buat kulit nampak lebih kemas dan smooth.
4. Kurangkan kemerahan dan iritasi ringan. Sesuai untuk kulit sensitif atau yang mudah merah.
5. Bantu kawal minyak. Air sejuk boleh bantu seimbangkan pengeluaran minyak, muka tak cepat berminyak.
Ads
6. Boost peredaran darah. Lepas rendam, aliran darah meningkat → kulit nampak lebih sihat dan berseri natural.
Bukan Hanya Kurangkan Mata Sembap Tapi Reset Emosi
Ads
Jika anda rasa malas, ini cara lagi mudah nak amalkan:
Basuh muka macam biasa, lepas itu tadah air sejuk + ais dan rendam muka 10–30 saat (atau splash 10–15 kali). Tidak perlu lama-lama.
Tip extra:
Kalau bangun pagi, rasa emosi berat atau stres, tip ini boleh jadi ritual kecil untuk reset emosi sekali.
Menolak tua pada wajah, ketahui waktu terbaik pakai serum. Macam mana cara menolak tua pada wajah apabila umur semakin meningkat? Kalau ikut logik akal, semua akan merasa fasa kedut di wajah, jadi kita cuma mampu kurangkan masalah itu daripada menjadi lebih teruk.
Fokus kepada golongan Wanita yang sibuk dalam dunia bekerja, anda sendiri ada masa untuk pakai skincare? Eh, mak-mak suri rumah pun kalau bab melawa memang laju nak ambil peduli!
Okay, dikongsi oleh Dr Helmi Heals, jemput gali ilmu tentang bahan produk wajah sebelum anda terus jadi pengguna setia. Okay, ini waktu terbaik untuk pakai serum dan skincare.
Merangsang kolagen, mengurangkan kedutan, dan meningkatkan keanjalan kulit. Anda kena pakai waktu malam sebab apabila pakai siang, kulit anda lebih sensitif.
Cukup berkesan untuk menghidrat kulit kering, selamat digunakan untuk kulit berminyak, kering, dan sensitif. Bahan ini boleh pakai siang dan malam.
Ramai Wanita 30an setia pakai produk yang mengandungi vitamin C sebab mahu suntik kolagen yang mampu menegangkan kulit, sekatakan tona, memudarkan bintik hitam dan mengurangkan garis halus. Boleh pakai siang dan malam, tetapi kalau amalkan siang, anda boleh lindung kulit daripada sinaran UV.
Sesuai untuk kulit jenis kering. Biasakan pakai produk yang ada bahan ini untuk menghalang kulit daripada menjadi kusam dan kering. Boleh pakai siang dan malam.
Ini juga salah satu bahan penjagaan kulit serbaguna yang berkesan mencerahkan tona kulit, mengecilkan pori, mengawal minyak berlebih dan menguatkan skin barrier. Boleh pakai siang dan juga malam untuk kesan lebih cepat dan berkesan.
Sangat efektif untuk meredakan kulit kemerahan, sensitif, ekzema, dan jerawat. Ini juga boleh pakai siang dan malam.
Bahan ini pula berkesan merawat masalah jerawat. Mampu membersihkan kotoran dari dalam, liang pori kelihatan lebih kecil dan kurang ketara. Lebih baik pakai waktu malam sahaja.
Ini pun sama, lebih baik pakai waktu malam sahaja. Pakai siang, kulit akan sensitif. Cukup amalkan sekali seminggu sahaja dan pastikan guna pelembap wajah untuk elakkan skin barrier jadi rosak.
Salah satu agen rawatan jerawat yang sangat berkesan untuk membunuh bakteria penyebab jerawat. Pakai malam lebih baik. Membantu mengurangkan sebum berlebihan pada permukaan kulit.
Cuma perlu Waktu siang sahaja, wajib pakai kalua anda tidak suka jeragat semakin membiak di wajah. Dan bagi anda yang nak awet muda, tolong jangan tinggalkan sunscreen.
Owh ya, anda juga perlu tahu ada beberapa bahan skincare tidak boleh dicampur sebarangan.
Haaa.. elakkan menggabungkan bahan aktif seperti Vitamin C dengan Retinol atau AHA/BHA (Glycolic/Salicylic Acid) secara serentak kerana ini boleh menyebabkan kerengsaan melampau, kulit kering, dan kemerahan.
Campuran lain yang perlu dielakkan ialah Retinol dengan Benzoyl Peroxide, serta AHA dengan Azelaic Acid, kerana boleh mengurangkan keberkesanan produk dan merosakkan pelindung kulit.
Jangan main-main, silap gaya sapu, nanti kulit wajah semakin teruk dengan jerawat dan jeragat. Pastikan anda ada ilmu jaga kulit wajah sebelum ‘grab’ apa-apa produk kecantikan wajah.
Selamat bercantik-cantik pada fasa 30,40 dan 50an!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Sharifah Rose jadi tumpuan, Doa Yang Terlindung tepis karakter ‘kayu’. Ternyata aura drama tempatan tersebut membuka mata orang ramai terhadap pelakon dan model wanita cantik ini sehingga tular beberapa video pendek di laman media sosial.
Drama Doa Yang Terlindung yang kini bersiaran menerusi Slot Akasia nyata mencuri perhatian penonton, bukan sahaja kerana jalan ceritanya, malah perkembangan lakonan barisan pelakonnya.
Antara yang paling ketara menjadi bualan ialah Sharifah Rose, yang kali ini tampil dengan aura berbeza sehingga menerima pujian terbuka daripada peminat drama tempatan.
Jika sebelum ini dia sering dikritik sebagai pelakon kayu, namun dia memilih untuk tidak terus tenggelam dalam komen negatif itu. Menerusi satu kenyataan media tempatan sebelum ini, beliau mengakui banyak belajar sepanjang penglibatannya dalam drama yang sedang disiarkan kini.
“Melihat lakonan saya di dalam drama tersebut, saya boleh nampak kesalahan kecil yang dibuat. Jujurnya saya banyak belajar di set penggambaran ini dengan semua pelakon yang terbabit dan juga pengarah.
Mereka banyak membantu saya dan mereka juga sangat menyokong. Saya rasa dari drama terdahulu dengan drama ini, memang banyak beza. Malah saya merasakan saya mula selesa dengan lakonan,” katanya.
Kenyataan itu seolah-olah menjadi cerminan kepada apa yang penonton lihat hari ini. Lakonan yang lebih terkawal, emosi yang sampai, dan karakter yang tidak lagi terasa kaku.
Walaupun tampil lebih matang dan yakin, gadis kacukan Melayu, Arab dan Jawa ini tidak menafikan dirinya juga seorang manusia biasa. Ada kalanya, lontaran cemuhan dan kata-kata negatif meninggalkan kesan mendalam dalam dirinya. Namun, Rose memilih untuk bangkit, belajar dan memperbaiki diri dan hasilnya kini mula diakui penonton.
Berkongsi perihal cantik, ramai yang terpegun melihat kecantikan asli Sharifah Rose. Dia yang cukup meminati mekap dan menitikberatkan penjagaan kulit, tidak lokek berkongsi rutin harian yang melibatkan pembersihan, penyegar, dan pelembap.
Beliau juga mengamalkan rutin memakai masker setiap tiga hari sekali untuk mengekalkan kesihatan kulit dan selesa menggunakan beberapa jenama produk kegemaran yang sedia ada di pasaran.
Jadi buat peminat yang teruja mahu menjaga kulit wajah seperti pelakon wanita ini, bolehlah ikut sama mengamalkan set penjagaan wajah yang selamat dan teratur setiap hari.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Kurang minum air bulan puasa kena kencing kotor, ini cara cukupkan 8 gelas sehari lebih mudah. Sebenarnya, macam mana nak minum 8 gelas air sehari masa bulan puasa?
Baru minum 2 gelas masa berbuka pun perut dah kembung. Kadang kenyang sebab minum air sahaja, tak sempat makan berat.
Ini perkara biasa setiap kali Ramadan. Tetapi awas, jika anda biarkan badan kurang air (dehidrasi) berhari-hari, buah pinggang anda sedang merana. Kesannya:
1. Kencing Kotor (UTI) – Rasa pedih dan panas mencucuk masa buang air kecil.
2. Batu Karang – Mineral dalam air kencing mengeras jadi kristal sebab tak cukup air untuk mencairkannya.
3. Bibir pecah, kulit kusam, dan sakit kepala berdenyut sebelah siang.
Untuk elak masalah di atas, pakar perubatan menyarankan FORMULA 2-4-2. Ini cara paling berkesan untuk cukupkan 8 gelas (2 Liter) air sehari tanpa buat perut anda senak atau kembung air:
2 GELAS MASA SAHUR
– 1 gelas sejurus bangun dari tidur (kejutkan sistem usus).
– 1 gelas selepas selesai makan sahur (sebelum Imsak).
4 GELAS WAKTU BERBUKA HINGGA TERAWIH
– 1 gelas sejurus azan Maghrib (buka puasa dengan air kosong dan kurma dahulu).
– 1 gelas selepas selesai makan malam.
– 1 gelas selepas solat Maghrib (sebelum Isyak).
– 1 gelas selepas selesai solat Terawih.
2 GELAS SEBELUM TIDUR
– 1 gelas sewaktu berehat (moreh/tengok TV).
– 1 gelas tepat sebelum anda masuk tidur.
Air manis, teh ais, kopi, atau air balang bazar TIDAK DIKIRA dalam kuota 8 gelas ini. Minuman berkafein dan manis tinggi gula bersifat ‘Diuretik’ (memaksa buah pinggang buang air lebih banyak). Ini akan buat anda lebih cepat haus keesokan harinya.