Suami Kuat Sentap Dan Sensitif, Isteri Kena Bijak Ambil Hati

Suami pun ada macam-macam perangai dan sikap yang pening juga kepala isteri nk layan. Misalnya suami kaki sentap dan sensitif. Apa yang anda tahu tentang ciri-ciri orang yang sensitif?

Mungkin mengikut pengalaman anda, orang sensitif itu ialah orang yang perasaannya mudah tersinggung. Anda cakap kasar sikit, dia kecil hati. Anda cakap terus terang, dia mula sedih. Anda tidak cakap apa-apa, dia kata anda tidak percayakan dia.

Boleh Porak Peranda

Ramai orang kata bahawa orang sensitif ini boleh menjadikan hidup orang lain hidup dalam keadaan serba salah dan porak peranda. Kajian oleh ahli psikologi dari Stony Brook University menunjukkan kira-kira 15 hingga 20 peratus penduduk dunia boleh dikategorikan sebagai sensitif.

Mengikut kefahaman masyarakat biasa, individu sensitif ini mudah terganggu dengan perkara-perkara sekeliling sehingga meraka mudah hilang focus, beremosi atau tidak boleh melakukan kerja.

Suami Kuat Sentap Dan Sensitif, Isteri Kena Bijak Ambil Hati

Suami Sensitif Hati Lembut

Walaupun dikatakan ramai orang perempuan sensitif tetapi jangan ingat tidak ada orang lelaki yang tergolong dalam kategori orang sensitif. Walaupun badan tegap, wajah ganas tapi hatinya selembut kertas tisu. Mungkin anda suka atau mungkin tidak suka sifat ini tetapi anda mungkin tidak sedar sehinggalah dia menjadi pasangan halal anda.

Apakah  tanda-tanda yang menunjukkan seseorang itu adalah orang yang sensitif? Apakah buruk dan baiknya sifat ini?

Sedih Bila Suami Sendiri Sindir Isteri Dah Macam Bibik!

IKLAN

Nak ‘Gam’ Suami Pada Isteri Ada Caranya, Bukan Dengan Kontrol Ye!

https://www.instagram.com/mingguanwanita/

Suami Tak Nak Anak Ramai

Mari saya kongsikan perkara itu dalam nota kali ini mengikut skala yang disusun oleh Dr Elaine Aron dalam buku beliau The Highly Sensitif Person.

Untuk tanda yang pertama ini saya bawakan satu contoh seorang klien ini mengadu yang suaminya tidak mahu anak ramai. Cukup seorang anak sebagai tanda dia lelaki yang tidak ada masalah kesuburan. Sebab utama suaminya tidak mahu anak ramai ialah tidak suka rumah bersepah dan bising. Ya, orang yang sensitif tidak selesa dengan suasana hingar-bingar dan berserabut disekelilingnya.

Orang sensitif mempunyai deria perasaan yang tajam. Dia boleh merasa kesedihan orang lain menerusi nada suara atau mimik muka. Anda sangat bertuah sekiranya dia sensitif dan tahu anda letih selepas pulang dari pejabat. Lebih bertuah lagi sekiranya dia mempelawa anda makan di luar malam itu kerana dia tahu anda penat untuk memasak.

IKLAN

Tak Sanggup Tengok Cerita Ganas Atau Sedih

Satu lagi tanda orang sensitif ialah meraka langsung tidak boleh menonton cerita-cerita berstatus ‘SG’. Apa saja filem yang membawa cerita pembunuhan, seram atau kisah perang memang bukan pilihannya. Anda mungkin mula tersenyum tapi tunggu dulu. Masalahnya dia juga tidak boleh menonton cerita berjurai airmata yang menjadi kegemaran anda. Pendek kata memang susahlah anda untuk ke panggung menonton wayang.

Satu lagi perkara yang anda dapat lihat pada kebanyakan orang sensitif ialah mereka suka kepada seni terutamanya lukisan dan muzik klasik. Ini boleh membawa  cabaran kepada anda. Bagaimana sekiranya selama ini dia memendam rasa kerana tidak suka warna langsir atau cara anda menyusun perabot selama ini? Setelah tahu perkara ini elok anda belajar cara yang betul menghias rumah. Jangan tunggu sehingga dia cakap sendiri pada anda.

Tahu Apa Positif Dan Negatifnya

Sekiranya anda rasa pasangan anda ialah orang yang sensitif itu tidak bermakna yang anda berdua tidak akan bahagia. Apa yang penting ialah kita telah tahu tentang perkara ini dan sedar tentang aspek positif dan negatifnya.

Saya boleh beritahu anda bahawa orang yang sensitif lebih perihatin tentang orang lain, diri sendiri dan persekitarannya. Dengan ini dia boleh bertindak untuk mengatasi atau memperbaiki keadaan itu apabila berlaku. Allah yang menjadikan manusia telah menunjuk jalan tentang perkara ini. Kita disuruh berdoa pada waktu pagi dalam keadaan sunyi dan hening kerana pada ketika itu hati dan perasaan kita berada dalam keadaan paling sensitif.

IKLAN

Orang sensitif juga selalunya mempunyai disiplin diri yang tinggi, terurus dan mempunyai cita-cita yang mahu dicapai. Ini adalah faktor terselindung kenapa orang yang menjadikan aspek sensitif ini sebagai pendorong untuk berjaya dalam akademik, kekal dalam jodoh dan mencapai tahap kerjaya yang lebih baik.

Sekarang bagaimana? Adakah suami anda seorang yang sensitif? Hanya anda yang tahu jawapannya.

Sumber: Dr. Syed Yusainee

 

 

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI