Sebelum mendirikan rumah tangga lagi, suami Natasha sememangnya jenis lelaki yang meletakkan kerja di tempat yang teratas. Dalam erti kata lain gila kerja. Jika masa hujung minggu dihabiskan bersama keluarga, tidak bagi suami Natasha. Dia akan melakukan kerja lebih masa atau bertemu klien di hujung minggu. Tahun pertama mungkin tidak menjadi masalah, namun masuk tahun berikutnya, Natasha makan hati dan merana. Puas dibebel, ibarat mencurah air ke daun keladi, suami Natasha tetap tidak berubah.
Adakah situasi ini normal untuk pasangan yang berkahwin memiliki suami yang gila kerja? Menurut Dr Ben Fadzil Mohd Salleh memiliki suami yang gila kerja ini sepatutnya telah diketahui lama oleh bakal isteri itu sebelum dianya berkahwin lagi. Ini bererti isteri itu telah meredai suaminya bekerja lebih atau gila kerja. Melainkan suaminya berjaya mengkaburi mata isterinya seperti menunjuk minat sebelum mendapat isteri dan bertukar perangai selepas berkahwin. Kemungkinan juga isteri itu ingin menukar corak hidup suaminya mengikut seperti apa yang dia mahu. Apa pun pasangan seperti ini sudah sedia dimaklumkan terlebih dahulu dan telah bersetuju dengan corak gaya hidup pekerjaan suami.
Seorang isteri, pada awalnya jika menerima bakal suaminya yang gila kerja, adalah di anggap normal. Jika ianya berlaku sesudah berkahwin, suami bertukar kepada gila kerja, tanpa bertukar tempat kerja, ini dianggap tidak normal, melainkan ianya untuk menambah pendapatan disebabkan isteri tidah bekerja dan juga keluarga makin membesar.
“Isteri tidak boleh merungut mengapa suaminya gila kerja melainkan perkara “Gila kerja” ini berlaku selepas berkahwin dan tanpa sebab. Ia seperti mencari helah untuk berada di luar rumah lebih dari berada bersama keluarga,” ujar Dr Ben memulakan perbualan.
Situasi “SuamiKuatKerja” boleh dipecahkan kepada beberapa kategori. Kategori tersebut termasuk kuat kerja, kuat bekerja, banyak kerja, tak habis habis kerja,suka kerja dan juga gila kerja. Ianya boleh memberi berbagai huraian dan definasi yang tersendiri dan berlainan.
Ads
‘Suami yang kuat kerja dengan mencari nafkah bagi menambah penambahbaikan ekonomi keluarga dan untuk membesarkan anak-anak, seringkali akan meletakkan fokusnya terhadap kerjanya. Isteri yang tidak bekerja mungkin mempunyai banyak masa yang terluang yang boleh membuatnya rasa sunyi, keseorangan dan sepi.
Begitu juga bagi “Jiwa Isteri Merana”, ianya juga mempunyai definisi yang berbeza. Adakah disebabkan seorang isteri tersebut kurang mendapat perhatian atau layanan, tidak mendapat perhatian dari seorang suami, atau kekurangan perhatian dan layanan yang membuat jiwa isteri merana? Merana juga boleh dikategorikan dari pelbagai sudut. Iaitu, jiwa merana disebabkan kesepian, “Jiwa merana” disebabkan keseorangan, “Jiwa merana” disebabkan sunyi atau ketiga tiga sekali.
Bagi seorang isteri, untuk merasai “jiwanya merana” bukanlah satu perkara yang berlaku semalam. Ianya telah berlaku agak lama, dan berkemungkinan perasaan itu telah dipendamkan dimana perhatian kepada isteri itu sudah tidak diberi lagi atau kurang pada satu jangka yang agak panjang.
Ads
Bagi menangani masaalah seperti ini, Dr Ben menyarankan:
1) Suami perlu diingatkan oleh isterinya sendiri dengan cara meluahkan isi hati kepada suaminya tentang apa yang isterinya sedang alami.
2) Isteri diingatkan jangan mencari kesalahan suami dengan mengata, menuduh, membanding atau mengugut suami walaupun kita tahu yang suami itu bersalah.
Ads
3) Begitu juga, jangan sampai ada orang ketiga yang menyampaikan berita ini kepada suami. Isteri hendaklah mendorong suami untuk membawa berbincang perkara yang di dalam hati dengan baik.
4) Salah satu cara untuk mengalihkan perhatian suami kepada isteri dan anak-anak, adalah dengan cara isteri membuat perancangan pergi keluar kota atau beriadah bersama-sama suami dan anak-anak.
5) Isteri juga harus diingati bahawa jangan sesekali cuba memberi nasihat kapada suami kerana suami akan rasa kecil hati, terjejas dan tergugat egonya. Memadai dengan menyuarakan isi hati dan harap suami akan menimbangkan permintaan isteri agar diberi kesedaran yang kerja yang dilakukannya tidak akan habis dan anak serta isteri memerlukan perhatian serta kasih sayang seorang bapa dan suami. Kepentingan anak-anak dan isteri patut di beri keutamaan terutama sekali pada setiap hujung minggu.
6) Setiap isteri perlu berhati-hati untuk memberitahu suami mereka tentang apa yang tersirat dihatinya. Isteri perlu mencari waktu yang baik untuk berbincang tentang masalah yang dihadapinya. Jangan membuka cerita dengan memarahi suami kerana ini akan membina satu “Challenge” dan bertentang dengan ego suami tersebut. Suami mesti di beri masa untuk makan, mandi dan bersantai sebelum isteri membuka mulut.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Memang ada benarnya, seorang wanita bergelar isteri itu memerlukan seseorang untuk dia berbual dan berkongsi rasa yang ada. Orang tersebut pastinya orang yang paling dekat dengannya iaitu suaminya sendiri. Penting bagi suami menjadi pendengar yang baik, mendengar segala luahan dan cerita yang isteri ingin kongsikan.
Isteri, dia perlukan seseorang untuk berbual.Untuk bercerita, mengadu, meluahkan dan berkongsi pandangan.
Bukan apa, dalam kepenatan dia menjalankan tugas sebagai seorang isteri, sebagai seorang ibu, sebagai seorang menantu, sebagai seorang pekerja, sebagai seorang peniaga, sebagai seorang anak, ada ketikanya dia rasa nak menangis, rasa sedih, rasa tertekan, rasa memberontak, rasa letih, rasa tak larat, rasa penat, rasa nak give up, rasa stress dan sebagainya.
Semua rasa ada…
Perlukan Pendengar Yang Baik
Dan dia perlukan seseorang untuk dia berkongsi rasa ini.Untuk dia bercerita tentang apa yang dilaluinya.Bagaimana keadaannya, apa yang ada dalam fikirannya. Dia tak mintak seseorang itu untuk faham dan terus selesaikan semua masalah-masalahnya.Dia cuma perlukan seorang pendengar yang baik sahaja.Supaya kurang sikit semak di dadanya, kusut di fikirannya dan beban di hatinya.
Seseorang tu bukanlah orang luar, bukanlah orang jauh, bukanlah orang yang takde pertalian dengan dirinya.Seseorang itu adalah orang yang paling dekat dengannya. Seseorang itu adalah orang yang ada pertalian dengannya. Seseorang itu adalah orang yang tinggal sekali dengannya. Hari-hari dia nampak, hari-hari dia jumpa.
Harap Suami Mendengar
Seseorang itu adalah suaminya. Inilah orang yang diharapkan seorang isteri untuk mendengar luahannya, ceritanya, isi hatinya, aduannya, masalahnya dan segala-galanya tentang apa saja yang dilalui dan di alaminya. Hari demi hari..
Tolong cari masa, bagi ada masa untuk isteri, dengar apa yang isteri nak kongsi. Dia mungkin perlukan dalam 10-30 minit ja sehari. Tak lama pun. Sebelum nak tido tu, cuba berbual, tanya dia, sembang-sembang dengan dia.Mesti ada benda yang dia nak cerita…DENGAR!
Orang perempuan ni, dia suka berfikir…benda yang tak sepatutnya dia fikir pun, dia akan fikir…dia banyak terbeban dengan benda yang bukan-bukan.Kurangkan bebanan tu dengan cara mendengar apa yang dia nak luahkan.Nampak KECIL, tapi itu dah mampu untuk menguatkan dirinya semula untuk menempuhi hari-hari yang mendatang.
Semoga perkongsian ini bermanfaat!
MW: Memang ada benarnya isteri perlukan seseorang untuk dia berbual, berkongsi rasa dengan orang yang paling dekat dengannya. Suami jadilah seorang pendengar yang setia.
Kahwin, bukan macam dalam filem 2 jam, bahagia dan romantik sepanjang masa. Hakikat sebenar, banyak dugaan dan cabaran yang perlu dihadapi untuk kekal bersama.
Bukan hanya dugaan dari segi wang ringgit, miskin kaya, curang dan sebagainya tapi kena tahu tangggungjawab pada pasangan dan anak-anak. Dalam filem 2 jam, dah tentu-tentu hanya sekelumit sahaja sedihnya tapi selebihnya pada kebahgiaan dan kekayaan yang ditunjukkan.
Jangna fikir kahwin hanya untuk seronok semata-mata Hilang keseronokan, terus nak bercerai berai. Fikirkan tentang anak dan ahli keluarga. Inilah antara pesanan Normaliza Mahadi buat pasangan yang bakal berkahwin dan telah berkahwin.
Bahagia dan senyum sampai ke telinga.
Bergaduh sampai rumah macam nak runtuh.
Ribut datang dengan goncangan pelakon tambahan.
Mak mentua datang bertandang dan tinggalkan sedikit kesan.
Mak sendiri beri sedikit pandangan dan menantu pun tersenget hati sambil memendam.
ADA MASANYA:
Rasa nak lari tinggalkan anak tinggalkan pasangan.
Macam menyesal tapi tak boleh nak patah balik ke belakang.
Rasa macam beruntungnya kahwin dengan pasangan.
Rasa apasal lah macam ni kehidupan.
Ada MASANYA:
Duit tak cukup nak makan jauh sekali nak berjalan-jalan.
Bila tengok anak rasa berbaloi hutang perkahwinan.
Rasa romantik macam dalam dunia perfileman.
Ada masa basah lenjun dua orang sebab naik motor dalam hujan. Berhenti kat traffic light nampak ada pasangan acah-acah romantik dalam kereta padahal tak jadi kahwin in the future.
Begitulah alam perkahwinan, banyak suka dan banyak jugak duka.
Bertahan Sebab Tanggungjawab
Orang bertahan bukan sebab harta tapi sebab tanggungjawab antara satu sama lain. Sebab sayang anak dan mahu anak ada mak ayah. Sebab dah janji pada diri akan bersama dalam duka dan suka.
Dalam filem cinta tu 2 jam aje. Dia tak tunjuk anak berak pukul 3 pagi. Dia tak tunjuk anak melalak tak henti-henti Dia tak tunjuk korek tabung sebab nak beli nasi. Dia pun tak tunjuk waktu gaji selesai dalam masa sehari.
Realiti tak sama dengan fantasi.
Kepada yang dah berkahwin, doalah perkahwinan kalian sampai ke jannah.
Kepada yang belum berkahwin, ada masanya jodoh tiada itu adalah Rahmah.
Kepada yang nak sangat berkahwin, mohonlah kepada Allah.
Kepada yang tengah dalam proses penceraian, moga Allah yang memegang hati manusia menunjukan jalan yang betul dan benar.
Mingguan Wanita : Betul sangat. Inilah yang dilalui oleh setiap pasangan yang berkahwin. Cabaran dugaan inilah yang menjadikan rumahtangga bertahan dan kekal hingga ke jannah.
Didiklah anak lelaki sebaiknya kerana jika salah didikan mereka akan menjadi raja yang membuatkan ahli keluarga menjadi hambanya. Anak lelaki perlu dididik untuk menjadi seorang pemimpin, setidak-tidak sebagai seorang ketua keluarga. Juga seharusnya diajar untuk bertanggungjawab atas setiap tindakannya.
Ibu Bapa Bila ‘Tersalah’ Didik Anak Lelaki
Ada banyak kes anak lelaki buat perangai bila sudah berumah tangga, siap ada yang cuma tahu mengarah isteri dan lagi teruk tak hormat mak ayah, apa lagi menjaga hati mentua. Sebab itu nak membesarkan anak lelaki mak-mak kena tahu cara supaya bila sudah besar nanti dia tak jadi besar kepala dan mungkin boleh buat isterinya merana.
Nak tahu lebih jauh soal kesilapan mak ayah dalam mendidik anak lelaki, jemput baca perkongsian Puan Nurul Ilyani ini.
1.TIDAK AJAR CINTA ALLAH, AL-QURAN DAN CARA HIDUP NABI MUHAMMAD SAW
Sama ada kita sangat sibuk dengan tanggungjawab kita mencari nafkah. Mungkin kita sangat sibuk memenuhi keperluan material hidup di dunia, penuh hawa nafsu dan keinginan.
Ibu bapa sangat sibuk memenuhi keperluan hobi dan minat sendiri hingga lalai dengan tanggungjawab mendidik anak faham ajaran Al Quran dan Sunnah. Ambil dunia sekadarnya sahaja.
Kesannya Boleh Buat Anak Jadi Ketua Keluarga Yang Gagal
2. KITA TIDAK MENDEKATI DAN MERASAI JIWA ANAK LELAKI
Kita selalu pesan, “abang kuat, anak lelaki mana boleh nangis”❌ Ini perlu dibetulkan.
Kata-kata ini membuatkan anak lelaki selalu memendam rasa, sedangkan mereka perlu juga meluahkan rasa sedih, kecewa supaya mereka dapat lebih belajar tentang hidup.
Ada satu kisah yang direkod dalam Sahih Bukhari, Nabi sallahu alaihi wasallam selalu approach seorang kanak-kanak, Abu Umayr dan tanya pasal burung yang dia bela. Satu hari burung Abu Umayr itu mati, dia datang dengan keadaan sedih. Nabi sallallhualaihi wasallam pun pujuk.
Kalau ikut kisah ini, it is okay to be sad eventhough you are a boy or a guy. Tugas kita, pastikan anak lelaki tidak abaikan emosi negatif dengan cuba jadi kuat dan control macho.
3.ABAIKAN ASAS KEADILAN
Anak lelaki selalu respon lebih baik pada sesuatu yang adil.
Ada satu cerita yang direkod oleh Imam Abu Daud, ibu Abu Amru panggil anaknya kemudian janji nak bagi sesuatu. Nabi sallallahualaihi wasallam beritahu kapada ibu itu, kalau kamu tidak beri apa yang dijanji, ia dikira berbohong.
Ini biasakan kita baca? Jangan bohong anak. Malah anak lelaki, jika kita bohong, maka hilang kepercayaan pada kita, jadi proses mendidik dan mendisiplinkan lebih sukar, mereka tidak mahu respon lagi pada arahan dan kata-kata kita.
Kesimpulannya didiklah anak lelaki sebaiknya. Jika betul cara didikan ibu bapa maka mereka akan menjadi pemimpin idaman ahli keluarga.
Dato Seri Vida menangis saksi kalimah Allah tertera di langit selepas ziarah kubur arwah Nurly Sahirah. Doa yang terjawab secara langsung oleh Allah.
Itulah perasaan...