didik anak

Sebolehnya semua mak ayah nak didik anak berjaya dunia akhirat, malah apabila melihat anak-anak yang cemerlang, kita bukan sekadar mahu tahu rahsianya belajar dan berusaha tetapi juga cara didikan ibu bapanya yang banyak membentuk peribadi mereka sejak kecil.

Dan alhamdulillah, ini salah satu contoh mak ayah yang berjaya mendidik anaknya dengan keputusan 11 A dalam paparan slip peperiksaan yang dikongsikan oleh seorang cikgu sekolah, Ummu Al Fateh kepada mak ayah di luar sana dan tular beberapa hari lepas di media sosial. Nah, jemput amalkan..

Cara Didik Anak Sampai Berjaya

Kata wanita ini, dia beruntung hari sebab dapat interview ibu kepada pelajar lelaki Melayu ini. Di saat pelajar melayu semakin pupus dalam kelas sains tulen, alhamdulillah ada seorang yang bersinar.

Jadi dia kongsi dengan mak ayah di luar sana apa tip yang maknya amalkan memandangkan semua anak-anaknya 4 orang berjaya (ini yg bongsu):

1. Anak-anak tak dibenarkan belajar dalam bilik masing-masing, semua mesti duduk di meja belajar di ruang tamu. Alasannya, duduk dalam bilik kita tak nampak dia buat apa, betul ke tak belajar.

2. Pukul 8 malam semua mesti dah bawa buku masing-masing duduk dimeja makan.

3. Pukul 10 masuk tidur.

4. Tak benarkan anak-anak keluar rumah lepak dengan kawan, hatta suruh ke kedai pun tidak pernah kerana itu boleh dijadikan alasan untuk melepak.

5. Keluar mesti dengan ibu bapa. aalasannya apabila anak umur 18 tahun mereka sendiri akan keluar jauh (sambung belajar) maknya percaya umur 18 baru umur terbaik untuk mereka bebas dan cukup matang untuk pilih kawan yang betul.

6. Ayahnya serius tapi baik,ayah tak pernah pukul/cubit anak. Yang dibenarkan mak sahaja. (Ayah dia tunggu dalam kereta tak dapat naik sebab parking penuh, rugi tak dapat intview sekali)

7. Kena mula dari darjah 1, pukul 8 malam terus duduk di meja. Jadi dah terbiasa, bila sekolah menengah dah tak perlu suruh, anak otomatik pegang buku jam 8 malam.

8. Tak pernah pergi tusyen, jika tak faham kena tanya kawan yang lebih pandai disekolah.

Pastinya mak ayah zaman sekarang cukup risau dengan anak-anak, apa lagi apabila segalanya boleh dapat di media sosial. Nak kawal pun tak mudah, namun mak ayah wajib gali betul-betul watak anak. Sama ada di rumah dan di sekolah, itu mak ayah kena ambil tahu.

Berbalik kepada cara ibu ini, apabila disoal tentang penggunaan handphone pada anak dan internet, dia tetap bagi tetapi ada masanya. Malah anak-anaknya juga tetap berkawan dan dia kenal semua kawannya. Kongsinya…

“Petang-petang dia main game. Kena bagi jugak tak boleh sekat saya faham dia remaja. Kita tak nak dia memberontak, asal dia tak melepak sudah. Kawan-kawan dia datang rumah kami main game tapi anak saya takkan keluar dari rumah. Saya kenal semua kawan-kawannya.”

Ayat terakhir daripada maknya memang power…

“Cikgu, apa-apa pun asasnya dari rumah, daripada ibu bapa. Saya tak boleh nak harapkan cikgu saja, cikgu pun ramai anak murid lain lagi. Cikgu dah banyak membantu saya didik dia. Terima kasih cikgu”

Haa… nampak tak apa yang mak ayah patut ubah dalam sikap mendidik anak? Gaya maknya menjawab pun cukup humble, patutlah anak-ananya sangat menghormati guru.

Apa pun, moga kita mampu mencorakkan anak-anak dengan aura positif dan didiklah anak mengikut zamannya. Dan apa yang paling penting, mak ayah perlu terapkan kepada anak takut kepada Allah.

In shaa Allah, moga bermanfaat.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI