Bila sebut nak kahwin 2 atau 3, memang orang lelaki ‘menggeletis’ dan suka sangat. Tapi sebaliknya bagi seorang isteri yang cukup pantang bila sebut ‘madu’. Sedangkan kalau tak mampu adil dan ada isteri seorang pun tak mampu nak jaga, baik lupakan saja.
Tak dinafikan orang lelaki cukup suka bab-bab bercakap tentang ‘madu’. Mungkin ada suami yang hanya sekadar bergurau manja dengan isteri. Tapi tak kurang juga yang beria-ia dan pasang angan-angan untuk ada dua tiga orang isteri.
Itu bagi yang rasa mampu tidak perlu persoalakan, Cuma isterilah yang kena redha. Sedangkan kalau suami tak mampu adil, jangan mimipulah untuk pasangan dua atau tiga.
Sedihnya, ada yang sanggup kahwin senyap-senyap tanpa pengetahuan isteri pertama. Tak kurang juga isteri pertama terima dengan hati terbuka.
Janji-janji manis sebelum berpoligami, selepas itu timbul masalah lain. Tak mampu adil dan peritnya, isteri pertama yang menjadi mangsa.
Bagi yang tak mampu adil, kes-kes ini boleh dipertikaikan di mahkamah dan ada cara yang betul untuk isteri mendapatkan haknya. Inilah antara ulasan yang diberikan oleh Peguam Syarie: Amalina Adam tentang isu poligami dan tidak mampu berlaku adil.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Suami Atau Isteri Tak Perlu Kasihan Pada Orang Lain, Buat Baik Ada Hadnya!
Hidup Lebih Baik Selepas Berpisah, Bila Dapat Lalui Hidup Tanpa Fikirkan Orang Lain
Info Menarik Lain DI SINI
Tak Mampu Adil, Jangan Nak ‘Pasang’ Lain
“Kalau takut tidak berlaku adil dan menzalimi, maka hanya seorang isteri sahajalah ya!”
Betul. Tidak dinafikan bahawa menyekat poligami itu sebenarnya tidak membawa ke mana-mana pun sebab pada akhirnya suami dan wanita itu akan berkahwin juga di sempadan ataupun melalui pernikahan secara tertutup dengan berwalikan bapa wanita itu sendiri di mana-mana negeri.
Yang kesalnya apabila kita menyemak alasan-alasan mereka, rata-rata menyatakan alasan “berkemampuan” dan “nak elak maksiat serta takut berlaku zina”. Bila diteliti semula, apa fikiran bakal pasangan ini hanya berfikir tentang zina semata-mata sahajakah?! Emm!
Apabila siasatan dijalankan lagi, didapati pula suami itu masih bertanggungan dengan rekod tuntutan nafkah anak yang tertunggak bagi 4 orang anaknya dan saman penghutang penghakima (SPP) akan dilaksanakan selepas ini oleh bekas isterinya yang terdahulu sebelum suami itu berkahwin kali kedua. Permohonan poligami kali ini adalah bagi perkahwinan yang ketiganya.
Jadi dimanakah kemampuan yang sebenarnya yang suami sebut-sebutkan dan tercari-cari itu?? Kemampuan yang bagaimana pula? Elak maksiat dan takut berlaku zina bagi suami yang sudah berkahwin??!
Kalaulah sudah berpoligami tetapi wujud kezaliman yang berterusan, maka isteri itu boleh mengangkat dan mengadu kesnya bagi tuntutan Fasakh di Mahkamah Syariah.
Waallhu’alam.
Mingguan Wanita : Kalau mampu dan adil tidak menjadi persoalan. Daripada isteri ‘makan hati’ lebih baik selesaikan cara baik. Jangan lepas tangan. ‘Habis madu sepah dibuang’. Sedih.
Sumber: Peguam Syarie: Amalina Adam
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI