Bila sudah berkahwin, secara tak langsung, kita sudah menjadi salah satu ahli keluarga pasangan. Menantu, mentua, suami dan isteri bukan lagi orang luar, sebaliknya menjadi sebuah keluarga.
Namu, itulah yang paling ditakuti oleh sesiapa sahaja. Adakah kita akan mendapat mentua baik yang boleh sekepala dan kita pula dapat menjadi menantu yang baik buat ahli keluarga baru ini dan mampu berkekalan.
Takutnya, ada sengketa yang mungkin kita tak dapat elakkan, lebih-lebih lagi bila pasangan banyak memihak pada ibunya. Kadang-kadang kata-kata ibu lebih dipercayai daripada isteri sendiri.
Tidak hairanlah, ada yang sanggup bercerai berai kerana telalu memihak pada mentua sampai sanggup mengetepikan isteri sendiri. Sebagai suami, jangan berat sebelah, lakukan kebijasanaan sebagai suami seperti yang dikongsikan oleh Firdaus Shakirin ini.
“Kalau isteri saya tak suka ibu saya & adik beradik saya, perlu tak saya menceraikan isteri saya…?”
ALKISAH TAK SUKA…
Ads
Kenapa asal isteri tak suka ibu kita, adik beradik kita, dia pulak yang kena tanggung akibatnya? dia pulak yang kena mula hidup sendiri, buat pengorbanan sehingga perlu ditinggalkan, sedangkan dia dengan kita, tak ada apa-apa masalah pun…
Tapi kita kena ceraikan dia sebab ibu kita, adik beradik kita…
Pernah dengar tak,
“Tak semua mentua baik, tak semua menantu jahat”
Tak semestinya kalau isteri kita tak boleh masuk dengan keluarga kita, maka dia jahat. Tak akan apa yang keluarga kita komplen terhadap isteri kita, semuanya betul? Tak akan nak dengar dari pihak isteri pulak tentang keluarga kita atau kita sendiri tak boleh terima isteri komplen tentang keluarga kita…?
Orang takkan tak suka saja-saja, orang takkan membenci macam tu saja, orang takkan terasa hati kalau tak ada yang berbunyi. Pasti dan mesti ada sesuatu di antara mereka, bolehy jadi ada kata-kata yang menyakitkan hati daripada keluarga kita terhadap isteri kita. Boleh jadi dia diperli, disindir di belakang kita. Atau boleh jadi dia tidak dilayan dengan sewajarnya oleh ahli keluarga kita…
Ads
Kita bukan tahu semua, bukan dengar semua, bukan nampak semua…
Keluarga kita akan nampak berbeza depan kita. Jadi, mindset kita tertumpu pada isteri kita sahaja sebab bagi kita, keluarga kita tu ok, baik. Yang tak ok dan tak baik adalah isteri, hanyalah isteri…
Banyak suami gagal menilai situasi ini. Bagi suami sebegini, kalau isteri tak suka keluarganya, maka isteri tu patut ditinggalkan, diceraikan tanpa mengambil kira pendapat dan pandangan isteri serta apa yang isteri lalui dengan keluarga kita.
Kita tak nak duduk tengah-tengah, jadi hakim untuk berfikir guna akal dengan bijaksana. Kalau keluarga salah, kita kata keluarga kita yang salah. Kalau isteri salah, kita kata isteri kita yang salah. Tapi keputusan tu dibuat setelah diselidik, diperiksa melalui cerita dari kedua-dua belah pihak…
Kita kebiasaannya akan BERAT SEBELAH…ingatlah, keluarga kita tak selalunya betul dan isteri tak selamanya salah…kebijaksaan kita diperlukan untuk mereka tidak bersengketa dan bermasam muka…
Ads
Mingguan Wanita : Betul sangat, jangan berat sebelah. Selidik dan jadilah pendamai.
Jatuh cinta dengan wanita baru dikenali, lelaki warga emas sanggup ceraikan isteri yang telah dikahwini bertahun-tahun.
Tanpa belas ihsan, seorang suami sanggup mengejar cinta baharu dan terus lupakan segala pengorbanan isteri yang selama ini berkorban segalanya.
Dalam usia emas, apalah yang diharap oleh seorang isteri selain mengharapkan sang suami setia hingga ke hujung nyawa. Namun manusia hanya merancang dan Allah Penentu segalanya.
Lelaki Warga Emas Sanggup Ceraikan Isteri
Punca perceraian pasangan berusia kerana laman web chatting.
Kadangkala kita hairan mengapa lelaki yang sudah usia memasuki 40-an, 50-an dan 60-an tergamak menceraikan isterinya yang setia berkorban untuk rumahtangga selama ini.
Kajian Sosial menunjukkan punca lelaki berusia 40-an, 50-an dan 60-an sanggup menceraikan isteri mereka adalah kerana laman web chatting bukannya kerana isteri tidak mampu melayan nafsu batin lelaki-lelaki tua itu.
Tiga laman web chatting yang sering disebut-sebut di Mahkamah Syariah dalam aduan para isteri yang diceraikan suami adalah:
1) www.alamak.com (ada room khas untuk chatters di Malaysia).
2) Omi Apps.
3) Facebook Dating.
Bahkan ada nickname yang popular digunakan oleh suami orang di laman web chatting ini seperti Halal Jadah, Madie, Aleng, Dungeon, BMW, MightyJoe, Jerung, AbangAlone, AbgNoman, Baddin, BossFizan, Bos_Hensem dan bermacam Boss lagi (kononnya Boss) dengan kesemuanya adalah “suami orang” yang mengaku bujang terlajak atau duda.
Bahkan lelaki berstatus suami orang ini sehingga tahap “block” isteri sendiri di facebook dan instagram kerana tidak mahu wanita yang dikenali di laman chat tahu mereka adalah suami orang.
Terkini chatters berstatus “suami orang” ini semakin berani mengganggu dari dunia nyata dibawa masuk ke alam maya dengan cara stalk/mengintai gadis cantik atau ibu tunggal atau isteri orang lain yang cantik untuk dijadikan bahan perbualan lucah mereka di laman chat berkenaan terutamanya alamak.com yang mempunyai ruang chat public. Alamak.com juga boleh pm (private message) personal.
Selalunya wanita-wanita yang menjadi mangsa kutukan lucah ini tidak kenal pun lelaki suami orang itu tetapi si gadis cantik, ibu tunggal dan isteri orang cantik itu menjadi bualan hangat melucah mereka di laman chat kerana hasil stalk di dunia nyata dibawa ke alam chatting.
Lelaki-lelaki itu memperkenalkan gadis muda dan wanita cantik lain tanpa mengira wanita itu isteri orang lain kepada rakan chatters “untuk bid” siapa yang dapat perempuan itu.
Apa kes “suami orang” gila stalk atau mengintai perempuan lain sedangkan mereka ada isteri di sebelah?
Gila berchatting lucah tentang perempuan lain sedangkan mereka punya isteri seorang perempuan dan anak mereka juga perempuan.
Tidakkah lelaki-lelaki itu merasa malu kerana mengutuk lucah perempuan lain? Bolehkah lelaki-lelaki itu mencari perempuan yang dihina dan dikutuk tanpa sebab itu di padang mahsyar nanti untuk meminta maaf kerana mengumpat dan memfitnah?
Lelaki kalau mengumpat sebenarnya lagi teruk dari perempuan.
Sia-sia sahaja lelaki-lelaki tua itu solat dan bersedekah kerana semua pahala mereka telah dipindahkan kepada perempuan yang dikutuk lucah tanpa sebab itu.
Lelaki itu akan miskin hina di akhirat. So semua girls cantik yang pm saya mengadu mengenai gangguan sebegini jangan bimbang. Lelaki-lelaki yang menjadikan anda bahan kutukan lucah itu akan papa kedana di akhirat nanti.
Bagi isteri-isteri jika di history google suami anda atau dalam hp suami anda ada searching alamak dan ada akaun omi bermakna suami anda adalah chatters di sana. Akaun Omi bukan akaun pelaburan syariah, ianya adalah akaun chatting. Anda kena tipu hidup-hidup dengan suami sendiri.
Manakala FB Dating boleh swap ke kiri kanan sahaja andainya isteri datang menghampiri suami sendiri dan isterinya menyangka si suami sedang facebook walaupun sebenarnya si suami sedang berbual mesra dengan wanita lain di FB Dating.
Penyalahgunaan Laman Web Chatting di Malaysia semakin kronik akhir-akhir ini apabila Mahkamah Syariah mula menerima semakin banyak aduan dari isteri, bahawa suami mereka mahu bercerai kerana kononnya sedang hangat bercinta dengan perempuan lain yang dikenali di laman web chatting.
Ianya dianggap kronik kerana “lelaki tua” berusia sekitar 40an, 50an dan 60an sanggup menceraikan isteri masing-masing yang sudah dikahwini berbelas tahun atau berpuluh tahun hanya kerana kononnya suami orang itu jatuh cinta dengan wanita lain yang baharu dikenali beberapa bulan secara chat maya.
Ada kes di Selangor suami orang berusia 56 tahun menceraikan isterinya yang sudah dikahwini 20 tahun hanya kerana mahu berkahwin dengan wanita lain berusia 49 tahun yang baharu dikenali 2 bulan di laman web chatting.
Sedangkan isterinya yang berusia 39 tahun, 10 tahun lebih muda kerana sudah dikahwini sejak isterinya itu berusia 19 tahun. Sekarang lelaki tua itu gila talak apabila menyesal selepas menyedari bekas isterinya melayan dia jauh lebih baik.
Dengan isteri baharu lelaki tua itu kena basuh pinggan dan memasak untuk makan sendiri sedangkan dengan bekas isterinya, dia hanya datang menyandar menunggu nasi dan lauk dihidangkan di depan muka.
Tambah gila apabila bekas isterinya yang baik dan sangat cantik itu sudah berkahwin dengan lelaki muda lain. Perkataan yang sesuai adalah padan muka.
Dahulu sekitar zaman saya belajar di universiti, laman web chatting seperti alamak.com digunakan oleh pelajar-pelajar universiti di Malaysia dan pelajar Malaysia yang belajar di universiti luar negara untuk berkomunikasi dan berbincang tentang negara tercinta Malaysia.
Kini laman web itu dipenuhi “lelaki-lelaki tua gatal” yang “sudahlah tidak kaya” bahkan ada yang makan minumnya ditanggung isteri “tetapi ada hati” mahu mencari pengganti isteri yang setia itu.
Lelaki semakin tua bukannya semakin gatal kononnya semakin pekat santannya (lelaki dan santan sama dekat mana ).
Tetapi ketahuilah lelaki gatal itu sedang bersedia untuk ke neraka. Lelaki jika dia semakin gatal di usia tuanya maka sepertimana kata-kata Imam Syafie:
“Apabila seseorang lelaki itu menjejaki usia 40 tahun dan dia masih dengan perangai lamanya yang buruk seperti suka berzina, suka mencaci, suka menghina, masih minum arak dan sebagainya perbuatan-perbuatan buruk lain, maka bersedialah lelaki itu untuk ke neraka.”
Girls.. If you want a husband, jangan pilih suami orang terutamanya yang anda kenal di laman chat. Itu semua auta
Kayra, Putrajaya.
Mingguan Wanita : Wanita di luar sana, berhati-hatilah memilih suami. Kenali dan selidik betul-betul siapa bakal suami, bimbang menyesal di kemudian hari.
Sakit hati kerana curang, isteri sanggup upah orang tamatkan riwayat suami. Tergamak sungguh seorang isteri mengupah tujuh lelaki dek kerana marah dan kecewa dengan sikap suami.
Benarlah, disebabkan perasaan marah seseorang sanggup bertindak di luar kewarasan fikiran. Mungkin begitulah yang dialami wanita ini hingga dia sanggup mengupah orang lain membunuh suaminya. Allahuakbar!
Sayang sekali melihat mahligai perkahwinan berusia puluhan tahun musnah gara-gara perselingkuhan si suami.
Perkara yang lebih tragis terjadi selepas si isteri menghidu kisah kecurangan suaminya.
Menurut Tribunnews, gara-gara berang dengan suami curang, wanita bernama NW, 49 nekad mengupah tujuh lelaki untuk menamatkan riwayat suaminya, Khairul Amin, 54.
Lebih tragis, kematian pemilik restoran makanan padang itu berlaku di kediamannya sendiri pada 27 Oktober lalu.
Pada jam 11.40 malam, anak mereka menemui Khairul dalam keadaan cedera parah akibat ditikam. Dia ketika itu menjerit meminta tolong.
Susulan itu, anak mereka menghubungi NW dan memberitahu Khairul yang cedera parah diserang kumpulan samseng.
NW kemudian berpura-pura terkejut dan sedih dengan keadaan menimpa suaminya.
Bagaimanapun perbuatan NW didedahkan polis. Polis Krawang mengatakan kematian Khairul adalah pembunuhan terancang yang mana si isteri adalah dalangnya.
Hasil penyiasatan polis, pasangan yang dikurniakan tiga orang cucu itu bahagia sehingga perselingkuhan Khairul terbongkar.
Apa yang meremukkan hati NW, Khairul rupanya memiliki beberapa orang lagi isteri muda.
Malah NW turut mendedahkan suaminya sering meminta wang dalam jumlah yang banyak selama ini untuk diserahkan kepada isteri-isterinya yang lain.
Ia berlarutan hingga duit simpanan daripada perniagaan mereka juga semakin susut.
Menurut polis, bertitik tolak dari itu kemarahan wanita terbabit memuncak sehingga nekad bertindak merancang pembunuhan si suami pada September lalu NW.
Bukan sekali dua cubaan membunuh dilakukan, tetapi tiga kali.
Selepas dua kali gagal, percubaan kali ketiga menyaksikan riwayat Khairul berakhir.
Difahamkan, tujuh lelaki upahan berkenaan menerima Rp 30 juta (RM 8706.54) sebagai upah.
Mingguan Wanita : Benarlah ikut kata, binasa. Ikutkan hati, mati. Beginilah nasib seorang wanita apabila marahnya pada suami memakan diri sendiri. Semoga kisah ini membuat mak-mak tidak terlalu mengikut perasaan bila mengetahui suami curang.
Kalau suami nak rezeki datang kena dahulukan isteri dan anak-naka. Tapi, bagaimana pula isteri boleh lakukan supaya dia pun dapat rezeki yang mencurah-curah.
Inilah amalan yang boleh isteri lakukan supata rezeki datang tanpa henti. Sekurangnya dengan cara ini dapat juga membantu suami dan keluarga.
Antara perkongsian oleh Nor Zaleha tentang amalan sederhana untuk isteri lakukan agar rezeki datang terlebih-lebih. Mudah-mudahan termakbul.
Khas untuk Isteri yang nak rasa rezeki terlebih-lebih (Dengan Izin Allah Taala)
Percayalah — Allah Taala akan cukupkan semuanya andai kalian benar benar memberi (tanpa ingat kembali).
ISTERI nak rezeki datang tanpa henti?
1. Elak asyik membawang dalam kehidupan seharian. Tak seronok mana pun.
2. Nampak suami, senyum. Ingat suami, senyum. Husnuzon selalu dengan suami. Tawakal apa jua suami buat di luar. 3. Rajin belanja suami & anak. Biar suami jarang belanja isteri. Tidak perlu tunggu balasan. Allah Taala akan beri lebih dari suami.
4. Kurangkan merungut, ramai lagi yang lebih susah dari kita. Cuba hulur dari hanya melihat.
5. Ramai mengeluh dengan apa yang Allah Taala beri. Tapi ramai alpa, dalam Allah Taala beri itulah ujian Dunia untuk dapat tempat yang terbaik di Akhirat.
6. Mereka yang ada ibu. Jagalah hati dan perasaan mereka. Abaikan hati kita sebagai anak sebab mereka lebih layak untuk layanan terbaik. Mereka jauh lebih susah masa lahirkan kita.
(Tiada Ibu lagi? Buat dekat Ibu Saudara / Ibu Mertua)
7. Kerap ucap Basmalah setiap kali mula sesuatu pekerjaan. Nak cium anak pun, ucaplah. Nak pegang suami pun, ucaplah. Dalam kita gembira, tetap kita ingat Allah.
8. Mana-mana pun ini memang pasti. Lagi banyak kita memberi, lagi bertimbun yang akan kita dapat.
9. Akhir sekali, bersabarlah. Hasilnya akan datang pada masa dan keadaan yang tepat.
Yakin.
Mingguan Wanita : Jangan harap suami asyik belanja isteri. Sekali sekala apa salahnya isteri belanja. Kita tak tahu, rezeki akan datang makin bertambah kan!
Pesan arwah Along Eyzendy, kena kuat demi anak-anak. Cerita isterinya, Hamidah Mohd Yatim memaklumkan arwah selalu berpesan agar sentiasa menjadi kuat untuk kehidupan akan datang.