Selalu kita dengar, suami cepat betul berubah. Bila sudah kahwin terus jadi pendiam tapi bila layan orang lain bukan main peramahnya.
Malah, ada juga sesetengah suami, sebelum berkahwin bukan main banyaknya dia bercakap, kadang-kadang sampai tak terlayan. Tapi bila sudah berkahwin terus jadi pendiam. Peliknya, dengan kawan atau orang lain boleh layan dengan baiknya.
Inilah yang membuatkan isteri terasa hati. Seolah-olah isteri pula ‘orang lain’ dan layan orang lain lebih daripada isteri sendiri.
Sepatutnya perkara ini tidak boleh berlaku dalam rumahtangga. Isteri patut dilayan lebih daripada orang lain, waima kawan sendiri pun.
Tak perlulah suami berubah personaliti. Layan orang lain lebih baik berbanding isteri sendiri. Sedangkan dia tak tahu, isterilah yang sanggup berkorban apa saja dan sentiasa ‘hadap’ dengan peel suami.
Jangan jadi hipokrit atau munafik moden, bak kata Firdaus Shakirin dalam perkongsiannya ini.
Bila suami dengan orang luar boleh bercakap baik-baik. Tapi dengan isteri sendiri ditengking-tengkin. Itulah yang buat isteri terasa hati.
Malah, bila dengan orang lain boleh pula suami gelak ketawa dan bergurau senda. Tapu dengan isteri sendiri serius dan muncung sedepa, itu yang buat isteri terasa.
Bila suami boleh habiskan masa bersama kawan-kawan, tapi dengan isteri sendiri suami tak ada masa. Itu yang buat isteri terasa.
Selain itu, bila suami boleh online, like dan komen sana sini tapi dengan isteri, watsap sepatah pun tak dijawab. Inilah yang buat isteri terasa.
Kalau suami memang jenis pendiam, kurang bercakap, isteri faham. Waima, kalau suami jenis jarang bercakap, selalu serius, isteri faham. Kalau suami memang sibuk, dengan kawan-kawan pun tak sempat, anak isteri pun tak sempat. Itu pun isteri faham.
Tapi kenapa dengan orang lain selain isteri, suami jadi ‘orang lain. Bila dengan isteri, suami ‘orang lain’.
Ads
Bukan Hilang Hormat
Tak hilang hormat dan taat seorang isteri kalau suami layan dia sama macam suami layan orang lain. Tak jatuh kedudukan kau sebagai suami kalau kau cakap baik-baik dengan isteri. Guna nada yang rendah, boleh bergurau senda dan ketawa bersama-sama.
Isteri lagi hormat suami yang macam ini.
Sepatutnya, isteri kena dapat lebih daripada orang sekeliling kerana dialah yang mengandungkan zuriat kita, bagi keturunan dan banyak urusan suami dipermudahkan isteri.
Balik kerja, sampai rumah, makan, tengok tv dan tidur.
Kerja-kerja rumah tak perlu fikir. Esok bangun pagi, terus ke tem[at kerja. Ulanglah setiap hari seperti itu.
Jadilah orang yang sama sebagaimana kita jadi pada orang sekeliling kita. Jangan ada dua personaliti. Depan orang kau lain dan depan isteri lain pula.
Ads
Depan orang lidah tak bertulang, dengan isteri lidah bercabang. Dalam Islam kata munafik, bahasa moden kata hipokrit.
MW: Tak perlu nak jadi dua personaliti berbeza pun. Jadilah diri sendiri. Layanlah isteri seperti mana kita melayan orang lain. Sepatutnya kena lebih daripada orang lain pun!
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Mungkin ada sesetengah orang boleh nampak pada raut wajah seorang isteri. Adakah pasangan itu bahagia atau sebaliknya. Tak kurang juga isteri nampak awet muda dan sentiasa dalam keadaan bahagia. Kita tak tahu betul atau tidak kebenarannya.
Sebenarnya, aura kebahagiaan dan isteri nampak awet muda ada benarnya yang menunjukkan dia sedang bahagia bersama pasangan dan keluarganya. Cubalah tanya.
Sedangkan, isteri yang tidak bahagia dan rasa seperti ada masalah, kita boleh tengok dari raut wajahnya yang tidak ceria dan tak gembira. Percayalah, kalau isteri gembira, apa sahaja yang dia buat penuh dengan hati yang berbunga-bunga.
Seperti apa yang dikongsikan oleh Rohana Saad tentang aura kebahagiaan seorang isteri yang kita boleh tengok dari raut wajahnya. Percayalah!
Lelaki kalau tidak pandai menghargai wanita, maka dalam perlahan ia akan belajar hidup sendirian. Malah, lelaki yang tidak pandai memberi pujian, maka dalam perlahan ia akan merasakan hidup penuh kegersangan.
Wanita itu suka bermanja-manja, dipuji, dihargai kerana wanita dilahir dengan kelembutan dan dibesarkan dengan kasih sayang sepenuh hati dari kedua ibu bapanya.
Sebab itulah, wanita yang bahagia setelah menikah akan cenderung awet muda, mukanya cerah dan senyumannya selalu segar dilihat. Aura kebahagiaan tidak boleh dibohongi.
Wanita yang setelah menikah hidupnya susah dan menderita, maka ia kelihatan lebih tua dan wajahnya kusam. Itulah pentingnya perlu menjaga mood kebahagiaan dalam kehidupan berumah tangga.
Hargai & Sayangi Isteri
Wahai lelaki, wanita yang selalu ada buatmu itu hanya ingin dimengerti, hanya ingin dihargai juga disayangi, sebagaimana dia menyayangimu tanpa diminta. Jika mampu selalu ada, jangan dirimu sering tiada.
Jangan engkau pandang isterimu sebelah mata, sebab engkau tidak akan pernah mengetahui bagaimana kebolehan seorang wanita jika keadaannya sudah terdesak. Usah paksa dia mengambil keputusan tegas, engkau yang membuat dia bersikap demikian.
Ketahuilah, wanita itu sangat mencintai kedamaian dan kelembutan, ia begitu mengharap kasih sayang. Oleh itu, jangan engkau kotori kebaikannya dengan kebencian, kekasaran dan kezaliman. Kehidupan antara lelaki dan wanita di dalamnya ada aneka rasa dalam kehidupan, pahit manis, air mata, kebahagiaan. Malah di dalamnya juga luas dengan derita berpanjangan.
Hanya pasangan suami isteri yang bersatu hati akan menemukan pelbagai keindahan hidup. Sementara jika hidup sendiri-sendiri, maka membuat hidup menderita.
Utamakan kebahagiaan isterimu. Jika engkau tidak sanggup membuatnya bahagia, paling tidak jangan pernah membuatnya menitiskan air mata.
Isterimu adalah mahkotamu dan kebahagiaan hidupmu yang sesungguhnya, maka jagalah dia dengan penuh tanggungjawab. Perhatikan para suami yang berjaya, hebat, mudah senyum dah cerah wajahnya.
Kebanyakan mereka adalah suami yang memuliakan isterinya dan sangat menjaga perasaan isterinya. Perhatian dan penuh tanggungjawab yang diberikan kepada sang isteri akhirnya memudahkan rezekinya dan ALLAH SWT berkati hidupnya.
MW: Moga setiap suami isteri diberi kebahagiaan yang berpanjangan. Aamiin.
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Ibu bapa keduanya keluar bekerja, anak ditemui meninggal jatuh bangunan dari tingkat 7. Sudah sampai ajalnya, tak akan terlambat walaupun sesaat.
Berat sungguh ujian buat keluarga ini apabila anak yang ditinggalkan sihat ketika mereka keluar mencari rezeki, apabila pulang hanya jasad tidak bernyawa di depan mata.
Anak DiTemui Meninggal
Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun maut selepas terjatuh dari tingkat tujuh sebuah kuarters penjawat awam, di sini petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.55 petang di sebuah kuarters penjawat awam di Presint 5 itu, mangsa dikenali sebagai Keisha Nawrah Md. ditemui orang awam di bawah bangunan dalam keadaan terlentang dan tidak sedarkan diri.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata, mangsa sempat diberikan rawatan kecemasan awal di tempat kejadian oleh pasukan perubatan.
Jatuh Bangunan Tingkat 7
Beliau berkata, mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Putrajaya bagi mendapatkan rawatan lanjut namun, disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 7 malam.
“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Siasatan lanjut sedang dilakukan bagi mengenal pasti punca kejadian. Siasatan awal mendapati, ketika kejadian mangsa tinggal bersama kakak berumur 14 tahun dan adik lelaki berumur tujuh tahun di rumah.
“Semasa kejadian itu, ibu bapa mangsa yang juga penjawat awam keluar bekerja,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Katanya, siasatan mendapati mangsa berada di dalam bilik tidur seorang diri dan sedang belajar, manakala bilik berkunci dari dalam dengan keadaan jeriji tingkap tidak berkunci.
A. Asmadi memberitahu, sebaik ibu bapa mangsa pulang ke rumah, mangsa didapati tiada di dalam bilik dan keadaan tingkap terbuka sebelum menyedari orang ramai berkumpul di bawah bangunan.
“Ibu bapa mangsa kemudian bergegas ke bawah bangunan dan mendapati mangsa terbaring di atas lantai dalam keadaan kritikal.
“Kami tidak menemui sebarang unsur jenayah di lokasi kejadian dan pemeriksaan doktor mendapati, mangsa patah dua belah siku dan kaki kiri. Kecederaan lain akan diketahui selepas bedah siasat,” katanya.
Mingguan Wanita : Salam takziah buat keluarga ini, semoga mereka kuat berdepan dengan ujian berat ini. Al-Fatihah.
Ini peringatan manja buat orang yang nak menyewa rumah orang, tolong lah jaga hak orang sebaik mungkin seperti mana kita sayangkan hak kita.
Bukan kes baru, memang sudah banyak kes penyewa yang masuk elok-elok tetapi tinggalkan rumah dengan cara yang paling kelat. Lagi teruk sampai keadaan rumah pun tak macam rumah.
Sebelum keadaan menjadi lebih keruh, jemput hadam nota yang dikongsi oleh Puan Farizal Radzali ini. Kalau pernah buat, mohon jangan ulang dan betulkan.
Ada kes sewa rumah. Penyewa dah keluar rumah bulan lepas tapi dia tak bayar sewa bulan akhir kerana katanya tolak je lah deposit masa mula-mula dia bayar dulu. Lepas tu tinggalkan rumah dalam keadaan yang teruk, dengan pintu pecah, paip tercabut, lantai pecah dan sebagainya. Terkial-kial lah si tuan rumah mencari dana nak repair balik rumahnya.
Ok, dah banyak silap faham pasal deposit sewa rumah. Tuan rumah dan penyewa juga. Ramai yang faham, deposit sewa sebulan itu adalah wang yang perlu dipegang oleh tuan rumah andai penyewa tak bayar sewa dan tinggalkan hutang utiliti. Ini salah.
Deposit sewa dan deposit utiliti adalah dua perkara berbeza.
Deposit utiliti adalah untuk membayar segala hutang utiliti jika penyewa tak bayar hingga akhir tarikh dia menyewa. Utiliti tu apa? Bil-bil elektrik, air, indah water, dan apa-apa yang termaktub dalam perjanjian sewa.
Manakala deposit sewa adalah sebagai jaminan buat tuan rumah andai rumahnya rosak akibat kecuaian penyewa.
Jaga Hak Orang Baik-baik
Kena ingat, bila kita menyewa rumah orang, rumah itu tetap bukan milik kita. Jagalah ia sebagaimana hak orang. Jika tuan rumah tak berpuas hati dgn kerosakan rumahnya disebabkan kecuaian penyewa menjaga rumah tersebut, maka tuan rumah berhak menggunakan deposit sewa untuk membaiki rumahnya yang rosak.
Andai tuan rumah berpuas hati dgn keadaan rumahnya selepas penyewa keluar, barulah tuan rumah akan membayar balik deposit sewa kepada penyewa.
Jadi, jangan pandai-pandai potong sendiri duit sewa rumah kononnya dah bayar deposit sewa, ok.
Dan jangan pandai-pandai tak bayar utiliti di bulan akhir kononnya dah bayar deposit utiliti tau.
Hak orang tetap hak orang. Tolong buat perjanjian bertulis, jangan buat perjanjian lisan. Demi masa depan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
"Jika ada masalah, tenangkan diri…” Pasangan yang mendirikan rumah tangga pastinya mahu kehidupan yang kekal hingga ke anak cucu. Tidak ada satu pasangan pun...