Selalu kita dengar, suami cepat betul berubah. Bila sudah kahwin terus jadi pendiam tapi bila layan orang lain bukan main peramahnya.
Malah, ada juga sesetengah suami, sebelum berkahwin bukan main banyaknya dia bercakap, kadang-kadang sampai tak terlayan. Tapi bila sudah berkahwin terus jadi pendiam. Peliknya, dengan kawan atau orang lain boleh layan dengan baiknya.
Inilah yang membuatkan isteri terasa hati. Seolah-olah isteri pula ‘orang lain’ dan layan orang lain lebih daripada isteri sendiri.
Sepatutnya perkara ini tidak boleh berlaku dalam rumahtangga. Isteri patut dilayan lebih daripada orang lain, waima kawan sendiri pun.
Tak perlulah suami berubah personaliti. Layan orang lain lebih baik berbanding isteri sendiri. Sedangkan dia tak tahu, isterilah yang sanggup berkorban apa saja dan sentiasa ‘hadap’ dengan peel suami.
Jangan jadi hipokrit atau munafik moden, bak kata Firdaus Shakirin dalam perkongsiannya ini.
Bila suami dengan orang luar boleh bercakap baik-baik. Tapi dengan isteri sendiri ditengking-tengkin. Itulah yang buat isteri terasa hati.
Ads
Malah, bila dengan orang lain boleh pula suami gelak ketawa dan bergurau senda. Tapu dengan isteri sendiri serius dan muncung sedepa, itu yang buat isteri terasa.
Bila suami boleh habiskan masa bersama kawan-kawan, tapi dengan isteri sendiri suami tak ada masa. Itu yang buat isteri terasa.
Selain itu, bila suami boleh online, like dan komen sana sini tapi dengan isteri, watsap sepatah pun tak dijawab. Inilah yang buat isteri terasa.
Kalau suami memang jenis pendiam, kurang bercakap, isteri faham. Waima, kalau suami jenis jarang bercakap, selalu serius, isteri faham. Kalau suami memang sibuk, dengan kawan-kawan pun tak sempat, anak isteri pun tak sempat. Itu pun isteri faham.
Tapi kenapa dengan orang lain selain isteri, suami jadi ‘orang lain. Bila dengan isteri, suami ‘orang lain’.
Bukan Hilang Hormat
Tak hilang hormat dan taat seorang isteri kalau suami layan dia sama macam suami layan orang lain. Tak jatuh kedudukan kau sebagai suami kalau kau cakap baik-baik dengan isteri. Guna nada yang rendah, boleh bergurau senda dan ketawa bersama-sama.
Ads
Isteri lagi hormat suami yang macam ini.
Sepatutnya, isteri kena dapat lebih daripada orang sekeliling kerana dialah yang mengandungkan zuriat kita, bagi keturunan dan banyak urusan suami dipermudahkan isteri.
Balik kerja, sampai rumah, makan, tengok tv dan tidur.
Kerja-kerja rumah tak perlu fikir. Esok bangun pagi, terus ke tem[at kerja. Ulanglah setiap hari seperti itu.
Jadilah orang yang sama sebagaimana kita jadi pada orang sekeliling kita. Jangan ada dua personaliti. Depan orang kau lain dan depan isteri lain pula.
Ads
Depan orang lidah tak bertulang, dengan isteri lidah bercabang. Dalam Islam kata munafik, bahasa moden kata hipokrit.
MW: Tak perlu nak jadi dua personaliti berbeza pun. Jadilah diri sendiri. Layanlah isteri seperti mana kita melayan orang lain. Sepatutnya kena lebih daripada orang lain pun!
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta tidak bersetuju apabila golongan isteri hanya menyalahkan orang ketiga sekiranya berlaku kecurangan dalam rumah tangga mereka. Che Ta berpendapat bahawa golongan suami juga perlu dipersalahkan dalam perkara itu kerana sama-sama ‘naik kepala’.
Che Ta juga mengakui bahawa dia tidak suka apabila lelaki ada hubungan dengan wanita lain, si isteri pula hanya salahkan perempuan itu. Katanya dalam hal tersebut, kedua-duanya salah.
Che Ta Tak Salahkan Penyondol 100 Peratus Kes Curang
“Suami mereka tidaklah baik sangat tetapi kenapa perlu terlalu marah kepada wanita tersebut?” katanya.
Dalam pada itu, dia juga menegaskan tidak akan berkompromi sekiranya suaminya, Zain Saidin terbabit dalam isu tersebut.
“Kalau suami saya ada hubungan, saya tumbuk muka dia, bukannya tarik tudung perempuan itu.
“Suami yang gatal sebab jika kedua-duanya tidak sama naik, hubungan tersebut tidak akan menjadi.
“Kalau Suami Sendiri Tak Gatal, Mesti Tak Jadi”
“Jadi, kalau suami saya diganggu, saya akan marah Zain semula, bukannya naik hantu dengan perempuan itu,” katanya lagi.
Sementara itu, bintang drama Suri Katriana itu tidak bersetuju dengan tindakan kaum isteri yang suka berkongsi kemelut rumah tangga dalam media sosial.
Baginya, perkara tersebut diibaratkan membuka pekung di dada sendiri terutama perihal rumah tangga.
“Saya tidak bersetuju tentang aibkan suami dalam media sosial.
“Ibaratnya, tepuk air dalam dulang tetapi akhirnya tepercik pada muka sendiri.
Tidak menghala isu ini kepada mana-mana pihak, dia cuma berharap mana-mana individu berfikir panjang sebelum meluahkan sebarang hal sensitif dalam media sosial kerana bimbang mencetuskan hal lain.
“Sebagai isteri, berdosa buka aib suami kepada umum, jika marah atau hendak berpisah, terus ke pejabat agama.
“Boleh jika nak lepaskan rasa marah, tulis semua dalam media sosial kemudian padam.
“Jika luahkan dan tuju kepada seseorang, belum tentu dia baca. Tanpa sedar, luahan yang dilakukan timbulkan fitnah kepada orang lain pula.
“Kalau marah suami, kenapa hendak beri 50 juta orang tengok, marahlah dia terus,” ujarnya lagi.
Kehidupan sebagai ibu bapa pastinya penuh warna-warni, lebih-lebih lagi apabila melihat anak-anak membesar di depan mata. Baru-baru ini, pasangan selebriti Leuniey Natasha dan Khairul Fahmi Che Mat berkongsi detik istimewa apabila anak perempuan mereka, Kayla Elayna, genap berusia 11 tahun.
Dalam satu hantaran di media sosial, Leuniey menzahirkan rasa syukur dan kasih sayangnya kepada satu-satunya puteri dalam keluarga mereka.
“Happy 11th Birthday satu-satunya babygirl mamy daddy, kakak elaaaa @kaylaelaynakf 🤍 Membesar dengan baik dan sihat selalu, anak baik mamy daddy, we love you so much. Now u dah masuk teen phase kakak, may 🤍 and happiness accompany you throughout this journey of beautiful life 🐰. Inshallah. Ameen.”
Ucapan tersebut mendapat perhatian ramai, terutamanya para peminat yang turut menzahirkan ucapan selamat dan doa buat Kayla. Ramai yang mengikuti perkembangan keluarga kecil ini sejak dari awal perkahwinan Leuniey dan Apex pada tahun 2012, dan melihat Kayla membesar menjadi seorang anak gadis yang ceria dan menjadi kesayangan keluarganya.
Sebagai satu-satunya anak perempuan dalam keluarga, Kayla sememangnya disayangi bukan sahaja oleh ibu bapanya, tetapi juga oleh adik-adiknya, Khaleel Emir dan Ebrahim Fayaaz. Fasa remaja yang bakal dilaluinya pasti menjadi satu perjalanan yang penuh pengalaman dan pembelajaran baharu.
Di ruangan komen, ramai peminat turut berkongsi ucapan dan doa agar Kayla terus membesar dengan sihat, berjaya dalam akademik serta menjadi anak yang solehah. Tidak kurang juga yang memuji keakraban keluarga kecil ini yang sentiasa kelihatan bahagia dan harmoni.
Semoga Kayla Elayna terus membesar dengan penuh kasih sayang dan rahmat Allah. Selamat ulang tahun ke-11, Kayla!
Khairul Fahmi mendirikan rumah tangga dengan Nur Eilunie Natasha Jaafar (Leuniey) pada 28 Disember 2012 di Pasir Pekan, Wakaf Bharu.
Aik, pakai baju putih pun salah? Haaa… mesti penggemar pakai baju putih rasa tak puas hati. Sabar ya, baca dulu penjelasan daripada Ustaz Farid Rashidi kali ini, ada sebabnya bila terkaut dosa sekali. Jemput hadam dulu perlahan-lahan.
Pakai Baju Putih Tak Salah Tapi…
Trend sekarang ramai yang memakai baju kemeja putih, blouse putih atau baju t-shirt putih. Ada yang dipakai sedondon dengan pasangannya. Tahukah anda, salah memakai baju putih juga boleh mengundang dosa.
Eh, kenapa? Salahkah pakai baju putih?
Tak. Baju putih tak salah pun. Yang salah ialah cara memakai dan material yang digunakan si pemakai.
Hah? Suspennya!
Ingat tak, pernah masa belajar di sekolah dahulu, para ustaz, ustazah dan cikgu displin selalu pesan khususnya kepada pelajar perempuan supaya tidak memakai baju kurung putih yang nipis, jarang dan menampakkan warna kulit.
Pesanan mereka sangatlah betul. Bukan hanya peraturan sekolah. Ini kerana haram dan berdosa memakai pakaian putih (dan warna lain) yang nipis, jarang, menampakkan warna kulit dan aurat.
Sebenarnya bukan sahaja untuk pelajar sekolah, tetapi juga untuk semua perempuan di luar sana apabila usia mencecah aqil baligh. Tak kiralah, bujang trang tang tang ke, dah berkahwin ke, janda kak limah ke, mak budak ke asalkan yang namanya perempuan. Nenek tak payahlah, muntah hijau atok nanti.
Sebuah pesanan yang disampaikan oleh Saidatina ‘Aisyah dalam satu riwayat:
وعن علقمة بن أبي علقمة ، عن أمه قالت : دخلت حفصة بنت عبد الرحمن على عائشة وعليها خمار رقيق ، فشقته عائشة وكستها خمارا كثيفا
Daripada al-Qomah bin Abi al-Qomah, daripada ibunya berkata: “Hafsah binti Abdul Rahman (anak saudara ‘Aisyah) masuk menemui ‘Aisyah r.a ummul mukminin dalam keadaan Hafsah memakai tudung nipis di kepalanya. Lalu Aisyah r.a mengoyakkannya, kemudian memakainya tudung yang tebal.”
Juga menurut al-Hafiz al-Murtadha al-Zabidi dalam kitabnya Ithaf Sadah al-Muttaqin, jilid 3 /134 menyebutkan:
“Aurat seorang wanita merdeka adalah seluruh badan melainkan wajah dan dua pergelangan tangan iaitu bermula daripada kepala jari jemari sampai ke pergelangan tangan.”
Katanya lagi:
“Syarat menutup aurat adalah memakai sesuatu yang menghalang daripada dapat dilihat warna kulit bukan daripada yang menghilangkan bentuk badannya (kerana sebahagaian manusia khususnya yang gemuk sukar untuk tidak menampakkan sedikitpun daripada bentuk badannya).”
Sebagai jalan selamat mengelak dosa, bila pakai baju putih, janganlah pakai baju dalam lain warna supaya tak jelas kelihatan dan pakailah baju lain untuk mengelakkan nampak warna kulit. Biar longgar, tebal dan tidak menampak bentuk badan.
Ya benar, putih itu suci. Tetapi boleh jadi putih itu bisa menjadi kotor akibat percikan dosa manusia.
Nak pakai baju putih, tak salah. Pakailah dengan bersyariat, tidak mendedah aurat. Jangan tunggu hingga orang lain yang tolong memakaikan tubuhmu dengan pakaian putih sudahlah.
Bantu share pesanan ini agar ramai kaum hawa berhati-hati ya. Diizin share ke seluruh sfera bumi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Ibu bapa mentua kepada personaliti media sosial Prince Syed ditahan polis selepas insiden serangan di Klang. Pempengaruh itu tampil menjelaskan isu pembedahan bariatrik isterinya, Fatin Syazwani.