Suami isteri, tidak kiralah yang sudah lama berkahwin atau yang masih baru, ketahuilah bahawa cinta perlulah sentiasa dibaja. Rasa cinta dan kasih sayang itu adakalanya seakan hambar bila masing-masing mula sibuk dengan urusan harian.
Cinta dan kasih sayang itu terus pudar dan layu terutama apabila masing-masing dengan dunia sendiri. Selalu juga keadaan berlaku apabila si dia masih bersama kita, si dia langsung tidak dihargai. Layan pun umpama ‘melepaskan batuk di tangga.
Suami Isteri Yang Lama & Baru Kahwin
Melalui perkongsian Dr Redza Zainol di laman Twitternya, doktor ini berkongsi tentang situasi yang berlaku di depan matanya dan rakan. Semoga perkongsian kisah ini dijadikan tauladan bersama.
Supaya Cinta Tak Pudar, ‘Bajalah’ Selalu
KURANG MENGHARGAI BILA DAH BERSAMA DALAM TEMPOH YANG LAMA
Ads
PERASAAN CINTA ITU PERLU DISIRAM SETIAP HARI
CUBALAH UBAH RUTIN HARIAN
Ads
BUAT TIGA PERKARA INI DALAM RUMAH TANGGA:
Ads
Kesimpulannya, jika ada sebarang masalah antara suami isteri, bawalah berbincang. Ketika berbincang, sentiasalah berfikiran rasional dan bukan semata-mata mengikut emosi dan perasaan. Semoga rumah tangga yang dibina terus kekal bahagia hingga ke syurga.
Peluk Isteri, Tak Payahlah Tunggu Merajuk Baru Nak Rangkul
Suami kalau hendak peluk isteri, bila-bila masa pun boleh. Tidak dapat dinafikan, ramai suami-suami pada zaman sekarang buat-buat lupa kelebihan memeluk isteri. Satu hal yang cukup mudah, lima minit pun tak sampai tapi payah sungguh nak dilakukan.
Lagi-lagi kalau sudah berumah tangga lebih 10 tahun atau anak sudah besar panjang, makin kuranglah ‘aktiviti’ memeluk isteri. Alasannya, malu kat anak atau tak perlu dah nak peluk-peluk. Yang penting, saya sayang awak! Kasih sayang tu sebenarnya kena diluahkan. Barulah hubungan dua pihak makin akrab dan menjadi lebih mesra.
Tahukah anda bahawa ketika suami memeluk isteri, sejenis bahan kimia akan dibebaskan. Hormon tersebut ialah hormon gembira atau endorfin. Ia bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan resah gelisah. Nah! bestkan. Tak perlu dah nak makan ubat bagai.
Dalam pada itu, ada lagi hormon yang akan dibebaskan ketika memeluk isteri. Ini dipanggil hormon cinta atau oksitosin. Tak perlu dah nak meliar cari cinta di luar ya para suami. Peluk saja isteri anda dan hormon cinta akan dirembeskan.
Malah daripada riwayat Abu Daud, Rasulullah SAW kebiasaannya setiap hari tak lupa mengunjungi para isteri dan akan menghampiri dan membelai walaupun tak mencampuri mereka. (kerana bukan giliran bermalam untuk isterinya).
Akhlak rasulullah SAW dalam menyantuni para isterinya seharusnya dijadikan contoh.
Bukan mudah pun mahu memeluk isteri. Jangan sampai anda fikir memeluk isteri dah tak relevan. Sebabnya sambil-sambil melihat isteri lalu lalang di rumah tu, cuba-cubalah tarik dan peluk seketika.
1. Ketika isteri sedang berada di dapur; memasak atau membasuh pinggan mangkuk rangkullah isteri dari belakang dan peluklah dirinya dengan mesra. Sebab dengan cara surprise ini, isteri yang sedang keletihan akan rasa dihargai dan hilang lelah. Biarpun anda tak membantunya, sentuhan mesra itu sudah cukup membahagiakan.
2. Sebelum keluar ke tempat kerja. Cubalah peluk isteri 10 saat sebelum keluar ke tempat kerja. Kalau dapat peluk seminit lagi bagus. Khabarnya boleh panjangkan usia anda dan isteri sama. Tapi jangan lebih dari waktu itu, lain pula jadinya nanti.
3. Peluk ketika tidur. Tidur di atas lengan suami adalah nikmat yang paling indah sekali. Peluklah pasangan anda agar terbebas hormon cinta dan hormon bahagia itu.
4. Semasa menonton televisyen bersama-sama. Dakaplah isteri di sebelah. Jika cerita romantis yang ditonton, pastinya rangkulan itu akan jadi lebih mesra. Kalau cerita seram yang ditengok, boleh tarik isteri letak bawah ketiak. Eh.. eh.. gurau je ni. Yang sebetulnya, dakaplah dan tenteramkanlah dia yang sedang berasa seram di sebelah.
5. Peluk ketika isteri sedang merajuk. Ini salah satu cara terbaik untuk memujuk isteri yang sedang merajuk. Orang perempuan ini bukanlah nakkan wang ringgit sangat, kalau dia sedang merajuk kata-kata mesra dan rangkulan kasih pun dah boleh memujuk hati yang panas. Sebenarnya tak perlu nak tunggu merajuk baru suami beria nak peluk isteri. Bila-bila masa pun suami boleh peluk isteri.
Ramai suami-suami hari ini walaupun tidak semua merasakan mereka adalah majikan kepada isteri. Mereka menganggap isteri sebagai orang gaji. Pada mereka semua kerja-kerja rumah itu tugas isteri.
Sudahlah isteri penat keluar bekerja, balik pula ke rumah perlu uruskan rumah tangga. Sang suami pula tidak mahu membantu dengan alasan bukan tugas suami membuat kerja-kerja rumah. Memang menyedihkan!
Ramai isteri yang terkilan dengan sikap suami yang goyang kaki di rumah. Balik rumah tonton tv, layan telefon. Yang dia tahu balik rumah makanan sudah siap. Biarpun suami adalah ketua keluarga, itu tidak bermaksud yang isteri itu pekerja suami.
Tugas isteri adalah penasihat pada suami, yang salah diperbetulkan. Tak semua apa yang ketua keluarga buat itu betul sebab suami adalah manusia, bukan Malaikat yang tak ada dosa!
Banyak rintihan para isteri mengadu perkara ini. Tambahan pula yang tinggal di bandar, isteri juga bekerja. Isteri juga penat. Balik rumah dia nak menguruskan keluarga. Sebenarnya kalau diikutkan isteri tak perlu bekerja sebab nafkah wajib atas suami. Tapi memandangkan faktor ekonomi keluarga, isteri berkorban untuk ringankan beban suami.
Suami jangan pula ambil kesempatan atas kebaikan isteri. Ayuh kita lihat bagaimana kehidupan rumahtangga Nabi SAW. Aisyah r.a. pernah ditanya seorang lelaki yang bernama al Aswad bin Yazid tentang apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW ketika dalam rumahnya?
🌷Aisyah r.a menjawab: Rasulullah SAW sentiasa membantu ahli keluarganya dalam kerja rumah. Dan apabila sudah tiba masuk waktu solat, Baginda keluar untuk solat. (Bukhari & Muslim)
TIGA TIP UNTUK SUAMI:
✅ Bantu isteri dalam membuat kerja rumah. Kerja rumah yang dimaksudkan adalah kerja yang dilakukan bersama untuk meringankan tugas isteri. Ini termasuklah mengemop lantai, menyapu sampah, buang sampah, sidai kain.
✅ Berikan surprise pada isteri dengan kerja-kerja yang suami tak pernah buat. Contoh, sepanjang perkahwinan, suami tak pernah lipat baju, apa kata suami cuba sekali lipat baju. Pasti berbunga-bunga hati isteri.
✅ Mudahkan perkara yang susah bagi seorang isteri. Waktu isteri tidur, suami pergilah tolong isi minyak kereta isteri, tolong basuhkan kereta dia. Isi minyak ni perkara yang kurang digemari kaum wanita tambahan pula bawa anak-anak kecil dalam kereta, ia memang merumitkan bagi isteri. Kasihan kat isteri kita.
Perhatian bagi isteri, janganlah pula diperli dan mengkritik apa yang suami buat, sebaliknya ucap terima kasih dan puji hasil kerjanya. Hormon Dopamine suami akan meningkat, hormon Oxytocin isteri pula akan melonjak tinggi.
Ramai isteri kian hilang rasa hormat pada suami. Isteri tidak akan ‘suka-suka’ bersikap begini jika tidak ada perkara yang suami lakukan sehingga isteri bertindak sedemikian. Ia berpunca daripada sikap suami itu sendiri yang menghilangkan rasa hormat isteri kepada sang suami.
Untuk faham lebih lanjut hadamkan perkongsian daripada Pendakwah terkenal Ustazah Asma’ Harun ini sebagai panduan.
Sesetengah suami menggunakan alasan itu semua takdir untuk menghalalkan perbuatan yang dilakukan, tetapi sebenarnya setiap tindakan manusia adalah pilihan. Jika suami banyak melakukan perkara yang merosakkan rumah tangga dengan sengaja atau mempunyai matlamat tersendiri, maka wajar seorang isteri hilang rasa hormat terhadap suami.
Kagum Wanita Berusaha Sabar & Kekal Kuat Demi Anak-Anak
Saya sangat kagum dengan wanita-wanita yang menghadapi dugaan seperti ini. Mereka berusaha untuk bersabar dan kekal kuat demi rumah tangga serta anak-anak. Namun tidak bermakna, mereka perlu menelan semua tohmahan dan derita yang diberikan suami bulat-bulat.
Saya pernah terbaca luahan seorang wanita yang mengadu tentang suaminya, berkahwin selama lebih 20 tahun tetapi sangat sabar dengan sikap suami yang panas baran, kaki pukul dan lepas tangan akan tanggungjawab terhadap keluarga, bahkan anak-anak pun takut untuk berjumpa setiap kali ayah mereka pulang dari kerja.
Allahu Akbar, telinga yang mendengar pun terasa berat apatah lagi bahu yang memikul ujian tersebut. Namun saya percaya kalian sangat hebat kerana masih bertahan dan bersabar sehingga ke hari ini. Saya doakan semoga dengan berkat kesabaran menjadi asbab hidayah buat suami untuk berubah.
Cari Kebahagiaan Sendiri
Andai tidak berdaya lagi, carilah kebahagiaan sendiri tanpa bergantung kepada suami, dalam masa yang sama banyakkan berdoa kepada Allah, jangan hilang kepercayaan kepada-Nya.
Dalam membina keluarga yang harmoni, cuba mencari titik persamaan antara pasangan. InsyaAllah semua ini boleh menjadi penawar mujarab dalam membina sebuah keluarga, suami isteri menjalani kehidupan yang diisi suka dan duka, saling menghormati serta berkasih sayang sepenuh jiwa, agar akhirnya dapat dibangkitkan di dalam Syurga bersama.
Sumber: Asma’ binti Harun via artikel asal Mingguan Wanita
Pelakon Wanita, Syida Melvin dilaporkan telah memfailkan cerai terhadap suaminya, Syafiq Azim di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor pada Disember tahun lalu.