“Sebagai ibu saya hormati keputusan seorang anak untuk tinggal bersama bapanya” itulah luahan bekas madu kepada pelakon Miera Liyana iaitu Adibah Abdul Mutalib apabila anaknya  Nur Anisa memilih untuk tinggal bersama bapanya, Rosland Othman.

“Sebagai Ibu Saya Hormati Keputusan”

Adibah reda dengan pilihan anak itu, namun dia sangat bersyukur apabila dua anak iaitu Nur Liyana, 18, dan Nurin Tasnim, 11, memilih untuk tinggal bersamanya.

“Alhamdulillah, ini keputusan anak-anak yang memilih dengan siapa mereka mahu tinggal. Saya gembira dan berpuas hati dengan keputusan daripada mahkamah untuk hak penjagaan sementara.

“Bagi seorang lagi anak saya, Nur Anisa, 12, pula, memang sudah dijangka akan memilih tinggal bersama bapanya. Sebagai ibu kandung, saya hormati keputusan itu kerana ia dibuat atas pilihannya sendiri.

“Saya juga pernah katakan sebelum ini, anak-anak berhak untuk memilih sama ada mereka mahu tinggal dengan ibu atau bapa. Tinggal dengan siapa pun, tetap ibu bapa mereka,” luah Adibah seperti mana dipetik menerusi Harian Metro.

Perbicaraan Tuntutan Hak Hadanah Penuh Atau Penjagaan Kekal Anak Akan Disambung 7 Disember Depan

Untuk rekod Adibah hidup bersama bekas suami selama 28 tahun, dikurniakan lima cahaya mata perempuan yang berusia antara 11 hingga 26 tahun.

Rosland kemudian berkahwin kali kedua dengan Miera pada Julai 2020. Hasil perkongsian hidup itu, mereka kini dikurniakan seorang anak perempuan.

Semalam Adibah hadir di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi mendengar keputusan hak penjagaan interim ke atas tiga anaknya di hadapan Hakim Syarie, Shamsuddin Hussain. Pada prosiding itu, Adibah selaku defendan diwakili peguam, Md Taufeq Al Amin Sahri, manakala Rosland diwakili peguam, Nurul Balqis Nordin.

IKLAN

Perbicaraan untuk tuntutan hak hadanah penuh atau penjagaan kekal anak akan disambung mahkamah mulai 7 Disember depan.

“Sebagai Ibu Saya Hormati Keputusan Seorang Anak Untuk Tinggal Bersama Bapanya” Bekas Madu Miera Liyana

“Sebagai Ibu Saya Hormati Keputusan Seorang Anak Untuk Tinggal Bersama Bapanya” Bekas Madu Miera Liyana

 

IKLAN

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Suami Miera Liyana Ceraikan Isteri Pertama, Perkahwinan 28 Tahun Berakhir Talak Satu

Adibah Bela Diri, Hadapi Tuntutan Nusyuz Bekas Suami. “Tak Tahu Apa Dia Nak”

 

IKLAN

Mingguan Wanita :  Semoga Adiba kuat bergelar ibu tunggal.

Sumber : Harian Metro

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Peluang mengalunkan surah Al -Asr di Festival Sunnah 6.0 tanggal 12-14 Okt ini di Alor Setar, Kedah adalah satu debaran buat Azza Elite. Mengakui masih banyak dipelajari, kata Azza dia bersyukur dengan peluang ini.

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI