Dalam sehari-hari, suami isteri sibuk dengan tugas dan tanggungjawab masing-masing. Kadang-kadang tak ada masa untuk bersama dan luah perasaan antara satu sama lain. Fikiran hanya pada keluarga dan tugas-tugas azali.
Rasanya, awal-awal kahwin memang berdua tapi bila dah ada anak, masa bersama yang betul-betul berkualiti susah untuk dicari. Cuma apa yang boleh dikatakan apabila ada isteri mula stres yang tidak mampu dikawal, rasanya satu rumah akan kena tempias.
Itu pun kalau suami memahami. Kalau jenis suami yang tidak pernah ambil tahu, makin pendam dan terbukulah hati isteri dengan karenah suami yang buat tidak kisah.
Sebenarnya, walaupun sudah berkahwin berpuluh tahun, mahupun sudah mempunyai anak pinak, masa berdua antara suami isteri kena ada. Bukan sahaja untuk nampak romantik tetapi inilah masa untuk suami isteri luah perasaan apa yang terbuku dan tidak puas hati dalam sehari-hari yang dilalui tanpa sedar.
Perkongsian daripada Dr Ahmad Samhan ini amat penting untuk suami isteri mencari masa berdua ‘WE TIME’ untuk meluahkan hati dan perasan dari hati ke hati.
Dalam kesibukan menguruskan keluarga dan anak-anak, kadang kita terlupa untuk menjadi suami isteri.
Ads
Lupa untuk bersembang.
Hanya berdua. Lupa untuk ada masa berdua.
Lupa untuk mengimbau kenangan manis bersama.
Setiap hari kita melalui rutin yang sama. Pergi dan balik kerja kemudian luangkan masa bersama anak-anak. Esok ulang perkara yang sama. Kita tiada masa untuk bersembang dari hati ke hati. Antara kita dan dia yang dicintai.
Apa lah agaknya yang kita harapkan dari pasangan? Bagaimana kita boleh bantu? Adakah dia selesa dengan kita? Apa lagi yang perlu dibaiki dalam hubungan ni?
Bahtera perkahwinan yang dibina pasti dilambung ombak. Jika tidak kukuh dan bersedia dengan rempuhan pasti karam sebelum tiba di destinasi.
Ads
Hala tuju sesebuah perkahwinan itu perlu jelas. Suami perlu jelas. Isteri pun perlu jelas. Jika salah seorang tidak jelas maka sangat sukar untuk kita mencapai matlamat.
Suami Perlu Sokongan Isteri
Suami adalah ketua nakhoda. Kalian adalah pemimpin. Tanpa sokongan dari seorang isteri mustahil untuk kalian kemudi bahtera ini.
Cari masa berdua dan berbicaralah dengan si jantung hati. Pegang tangannya dan pandanglah kedalam matanya,
“Apa lagi yang abang perlu baiki sebagai suami dan ayah?”
“Adakah sayang faham kenapa abang buat begitu dan begini?”
“Abang banyak kekurangan tapi kenapa sayang tak pernah tegur?”
“Apa kita sama-sama mahukan dalam perkahwinan ini?”
“Ibadah apa lagi kita yang perlu kita baiki untuk lebih dekat pada Allah?”
“Apa harapan kita pada anak-anak?”
“Kalau abang pergi dulu, ini perancangan abang untuk sayang dan anak-anak.”
Semuanya perlu dibincangkan dengan teliti. Bila semua jelas, masing-masing akan faham peranan sendiri. Cinta lebih erat dan sayang pula makin menggebu.
Manis bila sekali sekala kita boleh membuka ruang bicara dan dapat mengungkapkan keinginan hati juga perasaan tanpa ada ketakutan.
Masing-masing bebas menyampaikan kisah diri, keinginan curahan hati, harapan dan nasihat kepada pasangan tanpa ada rasa takut atau khuatir.
Kadang kita takut nak menyampaikan hakikat atau keinginan kerana takut respon dia akan mengecewakan.
Ads
Mungkin akan dianggap remeh, berlebihan atau melukakan lalu akhirnya mengecewakan.
Memilih untuk diam menyebabkan kita dan pasangan tak dapat berkomunikasi. Bila semua didiam dan dibiarkan akhirnya nanti pada satu waktu akan meledak menjadi tegangnya rumahtangga.
Kejujuran dan ketelusan dalam hubungan itu penting supaya tiada prasangka. Masing-masing letakkan kepercayaan namun jangan sesekali hancurkan.
Jangan malas untuk berbicara kerana Insya Allah ianya akan membuahkan sebuah hasil yang sesuai dengan harapan.
Tolong kongsikan pada pasangan masing-masing betapa pentingnya cari masa berdua untuk berbicara dari hati ke hati. Hanya kau dan dia. Berdua.
Berbicaralah!
MW: Tak perlu nak ambil cuti atau tempat yang best untuk berdua, keluar makan bersama pun dah boleh membuatkan kia ‘we time’ bersama pasangan.
Ada kenyataan menyebut, ‘Isteri yang memegang handpone suami sebenarnya lebih menyeramkan daripada isteri yang memegang senjata‘. Suami ada yang setuju, terutama yang memang jenis letak password di handpone sendiri. Terdapat juga suami yang tak setuju langsung, sebab mereka boleh sama-sama kongsi handpone dengan isteri.
Beruntunglah isteri yang ada suami boleh berkongsi apa saja dengan mereka. Yang jenis sikit-sikit nak rahsia ni kadangkala boleh buat isteri jadi curiga. Walhal kalau bab kewangan tahu pulak suami nak kongsi sama-sama.
Kita yang jadi isteri ini selalu ditafsirkan tak faham suami. Bagi yang tak berapa nak faham perangai suami yang satu ini, ini penjelasannya. Alasan kenapa sesetengah suami takut benar isterinya belek handpone sendiri. Kadang paranoid sampai letak password dekat handpone mereka.
5 Sebab Suami Letak Password Dekat Handphone
1. Sebab Data Rupanya
Untuk keselamatan menjaga data yang penting daripada tersilap tekan dan sebagainya, sebab handphoe sekarang bukan sekadar telefon semata.
2. Privasi Suami
Untuk privasi, kadangkala dirasakan bukan semua perkara perlu dilihat atau diketahui oleh semua orang. Bagi isteri atau suami, tidak mengetahui sesuatu perkara itu kadangkala lebih baik.
3. Elak Salah Faham
Untuk mengelakkan silap faham yang mungkin mudah timbul pada pihak isteri. Boleh jadi traumatik dengan sikap isteri yang mudah cemburu buta sebelumnya.
4. Tutup Rahsia
Untuk menutup rahsia hubungan dengan wanita lain, sama ada hubungan persahabatan serius ataupun gurau senda yang ditakuti akan timbulkan kekecohan.
5. Kejutan Untuk Isteri
Barangkali juga mahu beri sesuatu kejutan untuk isterinya, atau menyembunyikan sesuatu yang baik tetapi sukar dijelaskan kepada isterinya atau lain-lain alasan.
WAJIB BACA KESIMPULAN INI
Apapun, handphone suami yang ada password bukanlah sesuatu yang perlu diprasangka dan disalah tafsirkan. Sebagai isteri, password handphone bukan alasan untuk curiga atau menuduh suami curang dan tidak memerlukan apa-apa siasatan selagi tiada alasan yang jelas.
Walau apa pun, sebaiknya suami KONGSIKAN PASSWORD supaya tidak timbul curiga.
Sumber : Prof Madya Dr Mohd Nor Mamat, Associate Professor at Academy of Contemporary Islamic Studies, UiTM
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Baik isteri atau suami, tolonglah jaga bahasa bila berkata-kata walau anda sedang marah. Ya, ada sesetengah pasangan OK je pasangannya cakap ‘kau aku’ tetapi cara itu sebenarnya agak kurang manis kalau nak pupuk kasih sayang dalam hubungan suami isteri.
Tak nak lah keadaan sampai bertukar jadi macam situasi saudara Mohd Fhais dengar ni, nampak agak kasar bunyinya.
Tapi terpulang… cuba renungkan dulu.
Jaga BAHASA dengan pasangan jika nak menjemput rezeki.
“Ehh kau ni ! Kan aku dah cakap jangan buat macam tu.”
Telinga berdesing bila terdengar bahasa seorang suami kepada isteri di tempat periuk nasi mereka sendiri. Terus hilang selera mengunyah nasi lemak.
Situasi ini berlaku pada rabu lepas.
Lepas berdesing terus saya pegang tangan wife dan tanya sedap tak sayang? Masa tu dia makan bihun goreng dengan sambal goreng.
Wife hanya menganguk kepala tanda sedap sementara mulut sibuk mengunyah.
10 minit selepas itu..
Selesai makan kami teruskan perjalanan balik. Dalam perjalanan saya berfikir sambil memandu dengan perlahan.
Apa yang terlintas di fikiran..
Kenapa panggil isteri “kau”?
Di tempat umum pun dah tunjuk tak mesra dengan isteri, macam mana dekat rumah?
Apa kesan pada anak-anak yang melihat mak ayah mereka macam tu?
Paling serius guna bahasa macam tu di tempat mencari rezeki?
Setiap perkataan yang keluar dari mulut tu adalah satu doa.. lebih-lebih lagi jika perkataan itu keluar dari mulut seorang suami atau ibu..
Nampak ringan tapi kesan dia sangat besar.
Bayangkan kalau seorang suami bahasa diri “AKU” dan memanggil isteri “KAU”, mana kemesraan?
Adakah perkahwinnan itu hanya dalam kertas sahaja?
Pasangan suami isteri patut jadi pasangan yang paling mesra dan romantik di dunia. Tak perlu tunggu 14/2 baru nak romantik. Suami isteri wajib romantik setiap hari, dapat pahala lagi. Ini kan sunnah Rasulullah.
Keluarga yang bahagia ZAHIR dan BATIN adalah keluarga yang senang menjemput rezeki.
Masa bercinta dan awal perkahwinan, sikap panas baran tidak menyerlah sangat. Tetapi, bila sudah alam, mula nampak warna sikap yang sebenar. Pantang silap sikit, mulalah suami mengamuk dan baran. Hancur rumah tangga. Sampai bila isteri mampu bertahan?
(Cr.) Ahmad Kamal Ariffin, Pakar Kaunseling Keluarga turut mendedahkan bahawa suami baran atau pemarah adalah ibarat parasit atau racun yang akan merosakkan kebahagiaan hati seorang wanita yang bergelar isteri. Kemudian, ia akan berjangkit kepada anak-anak sehingga mengalami tekanan perasaan. Isteri dan anak-anak akan merasa tidak selamat, mudah mengalami kemurungan, imej diri akan kelihatan berserabut, tidak ceria dan lemah semangat.
Suami, ayah atau lelaki yang panas baran tergolong dalam kalangan lelaki yang rendah moral dan tidak berkualiti. Kewujudannya jika tidak dibendung atau dirawat boleh menimbulkan banyak masalah psikososial dalam kalangan masyarakat.
Punca
Seorang lelaki yang menjadi suami dan ayah dalam sesebuah keluarga bersikap panas baran kerana:
Dia tidak berilmu dari aspek sahsiah seorang suami.
Dia mungkin ada pengetahuan, namun dia tidak amalkan.
Dia pentingkan diri sendiri. Lebih suka memenuhi hawa nafsu sendiri dari segi makan minum, fesyen dan hiburan. Akibatnya hatinya mati. Maka terbentuk jiwa yang keras, tidak berperi kemanusiaan dan mudah mengamuk di dalam rumah jika ada sesuatu perkara yang mengguris hati dan meniriskan duit poketnya.
Dia sedang alami dua penyakit merbahaya. Satu sakit poket, kedua sakit penyakit misalnya sakit jiwa, sakit hati, sakit pinggang, sakit kulit dan seumpamanya.
Dengan banyak isu yang berupa krisis dan konflik rumah tangga menyebabkan sikap suami berubah kepada:
Pukul isteri
Maki hamun isteri
Tekan perasaan isteri di rumah
Panas baran
Terlalu kuat buruk sangka
Dera anak
Maki hamun anak
Boros berbelanja
Utamakan kawan-kawannya berbanding keluarga
Banyak skandal
Suami dan isteri boleh amalkan:
Adakan solat sunat hajat. Mengadulah kepada Allah akan belas rahmat bantuan dari-Nya. Pesan Nabi Muhammad saw yang bermaksud “ Pergilah pada hamba, lalu aku timpakan pelbagai ujian kepadanya kerana aku ingin mendengar rintihannya kepada-Ku” – Hadis Qudsi Riwayat Tabrani).
Baiki, bina dan latih hati sendiri untuk menjadi insan bertakwa. Makanan hati ialah mengaji Al Quran dan baca tafsirnya, banyakkan bersedekah, berbuat baik kepada ibu bapa dan guru-guru, menghadiri majlis-majlis ilmu agama di surau/masjid, membaca buku yang bagus-bagus, melihat keindahan alam berupa air lautan dan hidupan flora dan fauna yang pelbagai di dalam hutan.
Berdoa terus minta Allah buka hati suami menjadi insan yang soleh/bertakwa. Orang soleh dia tidak panas baran. Namun, atas sifat manusia yang lemah, tidak sempurna, maka dia jua mudah lupa. Ibarat kata “ I’m not perfect, I know that. I make mistakes, I know I do…and I know that I will always love you…….”.
Orang lelaki yakni suami kelemahannya ialah pujuk rayu. Gunakan skill pujuk rayu tahap bidadari di syurga. Selangi kata-kata pujuk rayu anda itu dengan pelukan dan usapan kasih sayang di tubuh suami anda.
Tingkatkan daya ketundukan dan penghormatan isteri terhadap suami khususnya tatkala meraikan kepulangan suami daripada bekerja. Elak sikap suka buruk sangka, membebel dan mengungkit-ungkit.
Amalkan Perkara Mahmudah
Hati yang sahih (Qalbun Sahih) yakni hati yang suci, bersih dan bebas daripada segala gangguan yang menyebabkan terhalangnya manusia melaksana perintah Allah dan bersikap lemah lembut terhadap isteri dan anak-anaknya.
Kemudian, akan bebaslah seseorang suami atau insan itu daripada dua jenis hati berikut iaitu;
Hati yang mati ( Qalbun Mayyit) yakni hati yang bersifat degil, angkuh dan mudah marah (amarah). Orang yang miliki hati begini adalah orang yang malas untuk laksanakan solat dan amalan ibadah.
Hati yang sakit ( Qalbun Maridh) yakni hati yang masih mempunyai harapan untuk hidup bahagia namun dalam hatinya itu masih wujud benih-benih penyakit amarah atau panas baran. Mereka begini iman dan sahsiahnya tidak mantap.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Datuk Aaron Aziz terkejut & kecewa! Sebelum ini heboh tentang konflik antara keluarga Aaron dan pempengaruh media sosial, Sharina Richiei ianya bermula selepas tular...