Suami isteri jadi pelengkap antara satu sama lain, hidup berumah tangga ada pasang surut. Suami ada kekurangan, isteri pula ada kelebihan. Gabungkan keduanya untuk bina satu kebahagiaan.
Suami Isteri Jadi Pelengkap Antara Satu Sama Lain
Terlalu banyak sangat isu perkahwinan yang runtuh dek kerana ego seorang suami. Hubungan rumahtangga jadi kacau-bilau dengan kehadiran orang ketiga. Apabila tidak ada tolak-ansur, sayang yang satu ketika dahulu agung dalam hubungan hanya jadi habuk berterbangan.
Ada pasangan yang menyesal apabila sudah berkahwin. Mungkin ada yang berpendapat, panas sehingga ke petang, tetapi hujan di tengah hari. Timbul masalah yang tidak dijangka dalam perkahwinan.
Ramai orang yang menyesal setelah berkahwin. Mental, fizikal dan kewangan dalam menghadapi masalah yang kita tak jangka. Belum kawin lain, dah kawin jadi lain.. Jangan berharap pasangan kita memahami apa yang kita mahukan
Hanya agama menyelamatkan maruah dan jiwa wanita dalam dilema perkahwinan.
Bertahan kadang bukan sebab cinta tetapi kerana anak-anak dan agama. Perhatikan sifat pentingkan diri, ego suami sangat menjengkelkan.
Hidup Berumah Tangga Ada Pasang Surut
Ads
Kesunyian perkahwinan dihujung tanduk. Perhatikan sikap anda dengan pasangan..!!
Komunikasi yang terbaik jarang berlaku. Jarang menghabiskan waktu bersama, pasangan tak mahu berusaha memperbaiki keadaan. Kecurangan yang bertimpa-timpa. Tidak ada penghargaan dari pasangan. Hambar yang tiada kemesraan. Perbezaan nilai hidup dan prinsip.
Wanita merasakan hidup sendiri adalah lebih baik daripada perkahwinan..!!
Tak kurang juga wanita cuba mempertahankan perkahwinan demi anak-anak.
Lalui dengan lapang hati kerana perkahwinan ibadah yang terberat, terpanjang lagi berisiko.
Ads
Saling melengkapi kekurangan untuk saling membangun kekuatan dalam keluarga.. Bukan pertarungkan kekuatan atau pertarungkan kehebatan.
Setiap buruk pasti akan dibalas Allah dan akan ada penghujungnya. Cubalah jaga cara komunikasi. Jangan biarkan pasangan terkapai-kapai sendiri.
Nikah isteri yang ‘tiada dara,’ baru tersedar pada malam pertama. Dalam banyak budaya, termasuk di Malaysia, status dara dianggap sebagai lambang kehormatan dan kesucian seorang wanita.
Masyarakat cenderung mempunyai pandangan yang tinggi terhadap wanita yang menjaga daranya sehingga perkahwinan. Ini berakar daripada nilai-nilai tradisional dan keagamaan yang menekankan kepentingan kesucian sebelum perkahwinan.
Lalu bagaimana pula wanita yang ‘hilang dara’ sebelum berkahwin? Berikut perkongsian daripada Fahmi Ramli Peguam Syarie Perundangan Islam yang beramal di Kedah, Pulau Pinang, Perlis, Perak, KL, Selangor.
Ada satu soalan ditujukan kepada saya oleh seseorang lelaki. Katanya dia malu nak ceritakan tapi mahu pandangan daripada saya.
Katanya, dia berkahwin dengan seorang wanita yang masih anak dara. Dia hanya kenal dalam 5 bulan sahaja sebelum bernikah. Itu pun selepas bertunang.
Jadi, selepas nikah, sewaktu ‘malam pertama’ dia mendapati isterinya tidak mempunyai dara. Dia agak terkejut dan gusar adakah tindakan dia berkahwin itu satu tindakan salah?
Dia bertanyakan kepada saya, adakah wanita yang sudah tiada dara itu, masih boleh dianggap ‘anak dara’ atau berstatus janda?
Pandangan Fiqh
Ibn Qudamah di dalam Kitab Al-Mughni menjelaskan status seorang gadis yang kehilangan dara berdasarkan sebab yang berbeza seperti berikut :
1. Jika selaput dara (hymen) gadis itu rosak kerana terjatuh atau kerana keluar aliran darah haid yang terlalu banyak atau kerana tusukan jari, kayu dan sebagainya, maka statusnya MASIH dara/gadis.
2. Jika gadis itu disetubuhi melalui duburnya, maka statusnya masih dara.
3. Jika hilang daranya kerana persetubuhan paksa atau disetubuhi ketika tidur atau wanita gila yang disetubuhi maka hukumnya sama seperi janda mengikut pandangan yang terkuat. Namun, ada yang menyatakan wanita itu masih dara.
Kalau wanita itu hilang dara kerana persetubuhan secara sedar?
Bagi Imam Ahmad dan As-Syafie, gadis yang disetubuhi melalui farajnya sama ada persetubuhan itu halal atau haram, maka statusnya tetap dikira janda.
Lain pula dengan Imam Malik dan Abu Hanifah , gadis yang disetubuhi secara tidak halal, maka hukumnya masih dikira sebagai gadis. Imam Abu Hanifah memperincikan dengan syarat yang perzinaannya itu tidak diketahui umum.
Namun, ada pandangan yang paling rajih dan digunakan sebagai ijtihad ulama kini, yang menyatakan bahawa mana-mana gadis yang hilang dara kerana zina, masih dikira anak dara kerana persetubuhan yang berlaku bukan persetubuhan yang halal.
Undang-undang
Di dalam undang-undang, Seksyen 2 (1) Enakmen Keluarga Islam Kedah 2008, anak dara itu ditafsirkan sebagai perempuan yang belum pernah bersetubuh sama ada sudah berkahwin atau belum.
Manakala janda pula dalam seksyen yang sama ditafsirkan sebagai perempuan yang telah bernikah dan telah diceraikan setelah bersetubuh.
‘Janda Berhias’ iaitu seorang perempuan yang telah bercerai sebelum dia bersetubuh dengan suaminya dalam tempoh perkahwinan. Hakim boleh benarkan dia untuk berkahwin dengan mana-mana lelaki lain tanpa perlu bereddah. Statusnya masih lagi boleh dianggap dara.
Maksudnya, untuk membezakan antara dara dan janda di sisi undang-undang, ialah mereka yang telah berkahwin atau masih belum berkahwin.
Bagi wanita yang walaupun mungkin telah bersetubuh secara tidak sah sebelum berkahwin, mereka masih boleh dianggap sebagai anak dara.
Bagi wanita yang telah berkahwin, namun tidak bersetubuh dan bercerai dengan suami sebelum bersetubuh, disebut sebagai janda berhias, juga masih boleh dianggap sebagai
Anak dara sekiranya hakim membenarkan dia berkahwin dengan mana-mana lelaki tanpa perlu bereddah. Hanya janda sahaja yang melalui fasa eddah.
Bagi janda pula, mereka adalah wanita yang telah berkahwin secara sah di sisi undang-undang, dan kemudian telah bersetubuh dengan suami dan bercerai.
Wanita yang janda perlu dapat izin?
Bagi wanita yang sudah Janda, keizinan dirinya untuk berkahwin adalah perlu. Wali Mujbir tidak boleh mengahwini anak perempuannya yang janda tanpa mendapat persetujuan daripada tuan punya badan.
Tapi, bagi wanita yang masih dianggap sebagai anak dara, Wali Mujbir berhak untuk mengahwinkan anak perempuannya kepada mana-mana lelaki pilihannya tanpa perlu mendapat izin daripada Anak Dara tersebut meskipun mungkin wanita itu telah tiada daranya.
Kesimpulannya, dalam perkahwinan, perlu ada kejujuran dan perlu ada penerimaan yang ikhlas. Kita perlu tahu, kadang-kadang soal dara yang sudah tiada ini adalah suatu yang sukar untuk ditentukan. Tambah-tambah pula jika seorang wanita itu adalah wanita yang aktif dalam bersukan.
Jangan disebabkan isu dara tersebut, seorang suami dengan mudah hendak terus menceraikan isterinya. Sebaiknya, berbincang dan cuba selami kisah silam dan belajar untuk memaafkan.
Mungkin, ada anak dara yang pernah lakukan kesilapan. Tapi, apa kurangnya dengan anak teruna yang kita pun belum tahu masih terjaga keterunaannya. Belajar untuk memaafkan dan belajar untuk memperbaiki kesilapan. Jangan ‘over’ bab wanita hilang dara, kalau lelaki pun tak tahu masih teruna atau tak.
Kredit: Fahmi Ramli Peguam Syarie Perundangan Islam yang beramal di Kedah, Pulau Pinang, Perlis, Perak, KL, Selangor.
Uyaina Arshad kongsi pengorbanan ibu selepas pemergian ayah, ikat perut, bergolok-gadai, pinjam sana-sini, asal anak-anak berjaya. Kasih seorang ibu adalah anugerah yang tiada tandingannya. Ia melangkaui batas ruang dan waktu, memberi anak-anak kekuatan serta keyakinan untuk menempuh pelbagai cabaran.
Kasih seorang ibu dianggap sebagai salah satu bentuk cinta paling murni dan mendalam yang wujud di dunia ini. Dari saat kelahiran hingga dewasa, seorang ibu memberikan kasih sayang tanpa syarat dan sentiasa memastikan kebahagiaan serta kesejahteraan anak-anaknya.
Seorang ibu adalah lambang ketulusan dan kekuatan, yang sentiasa memastikan setiap anak mendapat kasih sayang dan perlindungan yang tidak ternilai harganya. Keikhlasan ini tidak terhad oleh masa atau situasi, dan kasih seorang ibu adalah teladan tentang pengorbanan yang abadi.
Berikut hantaran yang ditulis oleh Uyaina di laman Instagramnya. Nukilan jiwa seorang anak buat ibu tercinta.
Bersempena dengan Hari Ibu pada hari ini, saya nak cerita tentang seorang wanita hebat dalam hidup saya.
Ini adalah kisah ‘Ummi.’
Arwah Baba saya dulu adalah seorang pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia. Dan Ummi adalah seorang surirumah. Mereka dikurniakan 4 orang anak; Attaful Uzair, Azameer Uzreem, Najla Umaira & Naseha Uyaina.
Tahun 1998, Baba saya meninggal dunia dan pulang ke negeri abadi. Sejak itu, Ummi menjalani hidup sebagai seorang ibu tunggal dan harus membesarkan kami 4 beradik seorang diri.
26 tahun berlalu. Pelbagai cabaran, jerih-perih kehidupan, kesusahan, pengalaman yang mematangkan telah dilaluinya. Kalau dibukukan, mungkin beratus mukasurat.
Tapi, Ummi berjaya. Tidak pernah sesekali mendabik dada, tetapi pencapaian 4 orang anaknya adalah kebahagiaan terbesarnya.
Anak sulungnya, seorang doktor perubatan. Anak keduanya, seorang juruterbang. Anak ketiganya, seorang pendidik. Anak keempatnya, penyeri di kaca tv.
Persoalannya bagaimana?
Selama kami 4 beradik dibesarkan, walaupun tidak mewah, tetapi segalanya serba cukup. Kesederhanaan yang mendewasakan.
Apa yang pasti, Ummi beri kami 2 perkara.
Yang pertama, ilmu agama. Dididiknya kami sebaiknya. Dan yang kedua, pendidikan. Dihantarnya kami belajar tinggi-tinggi. Mencapai segala impian peribadi.
Dia ikat perut, bergolok gadai, pinjam sana sini. Tak apa. Asalkan anak-anaknya berjaya.
Itulah hebatnya seorang Ummi.
Tahun 2022, sekali lagi Ummi diuji. Anak sulungnya pula yang dijemput Illahi ke negeri abadi. Tepat pada ulang tahun kelahirannya yang ke 61 tahun. Suami dan anak sulung, kedua-duanya pergi pada usia yang sama. Berat ujian dan liku kehidupan yang dilaluinya..
Itulah kuatnya seorang Ummi.
Terima kasih Ummi… Kerana mendedikasikan seluruh hidupmu demi membesarkan kami 4 beradik.
‘Anak-ank yatim’ yang Ummi jaga dulu, kini giliran kami pula yang menjaga Ummi.
Doa kami anak-anak adalah supaya umurmu panjang.. Hidupmu diberkati.. Diberikan kesihatan yang baik.. Dapat beribadat untuk Tuhanmu.. Dan Berehatlah.. Bermainlah dengan cucu.. Berbahagialah dengan anak menantu..
Anak perempuan meningkat remaja. Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Isteri makin penat dan stres bila suami langsung tak nak bantu buat kerja rumah. Selama ini, semua kerja rumah dilakukan oleh isteri dan tidak ramai suami yang membantu kerana mereka menganggap ini adalah tugas seorang isteri.
Mentaliti seperti inilah yang perlu diubah dan ianya bukan hanya tugas isteri. Ia adalah tugas bersama. Tak susah pun kalau nak bantu isteri kan?
Sikap suami yang pemalas ini akan buat isteri menjadi penat dan stress kerana tiada masa untuk mereka berehat. Ingat ya, isteri juga manusia biasa yang memerlukan rehat. Jadi, bantulah isteri anda ketika berada di rumah. Bukan asyik membelek telefon bimbit saja.
Cuba fahami perkongsian oleh Mohd Phais yang cukup bermakna ini.
Tak ada kerja rumah yang direka khas untuk wanita sahaja. Semua kerja boleh dibuat oleh lelaki.
Banyak silap kita bila sejak dari anak kecil lagi kita dah membeza beza ini kerja orang perempuan, itu kerja orang lelaki.
Nak bentuk anak lelaki sifat bertanggungjawab dari kecil tak susah, didik mereka buat kerja rumah.
Basuh pinggan
Basuh baju
Lipat baju
Memasak
Sapu lantai
Kemas mainan
Cuci bilik air
Ini tidak banyaknya anak lelaki sejak kecil di biar bermain 24 jam. Sedikit pun tak hirau akan kerja rumah.
Sampai besar anak akan terikut ikut dengan kepercayaan ini. Lelaki tak boleh buat kerja orang perempuan. Yang mereka tahu cuma bermain. Itu yang isteri lepas kahwin makin penat dan makin stress.
Anak perempuan meningkat remaja. Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!