Angkara si ayah nikah di sempadan secara sembunyi-sembunyi, akibatnya anak perempuan terkahwin abang sendiri. Memang menyedihkan bila jadi begini. Yang menjadi mangsa, anak-anak dan jika sudah ada cucu, mereka pun terpalit sama.
Melalui perkongsian Peguam Syarie Perundangan Islam yang beramal di Kedah, Pulau Pinang, Perlis, Perak, KL, Selangor, Fahmi Ramli, beliau bercerita tentang kisah seorang ayah yang berkahwin di sempadan secara senyap-senyap.
Dulu ada seorang wanita pernah bertanya pada saya, isunya agak complicated. Katanya, nak jumpa depan-depan, jadi saya pun ajak la private meeting di Starbuck Cafe sekitar Pulau Pinang.
Semasa bertemu dengan wanita tersebut, dia meminta untuk berada di satu sudut yang tersembunyi sikit. Saya agak, mesti cerita yang nak dikongsikan ini mesti banyak punyalah air mata.
Dah agak. Berambu air mata wanita ini. Baru saja mula 7 minit, wanita ini sudah menangis tersedu-sedu. Saya mintak dia habiskan dahulu tangisan itu. Wanita ini dengan tenang menceritakan kemudian, dahulu bercinta dengan lelaki yang dikenali di universiti. 3 tahun bercinta, jadi sudah plan untuk berkahwin selepas grad.
Masa kenal, tak pernah jumpa dengan ayah lelaki tersebut. Katanya sudah meninggal. Wanita ini juga telah kematian ayah. Jadi, tak ada perkara yang curiga pun. Selepas grad, wanita ini dinikahkan oleh abang kandung yang sulung sebagai walinya. Pernikahan berjalan dengan lancar. Selepas dua tahun pernikahan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata.
Selepas 2 tahun pernikahan itu, sewaktu wanita ini bersembang kosong dengan ibu mertuanya, terungkitlah kisah yang dia dulu ada berkahwin dengan ayah kepada suaminya tersebut di Sempadan Thailand tanpa pengetahuan sesiapa. Hinggalah selepas anak mereka dilahirkan iaitu suami wanita ini sekarang, suaminya menceraikannya.
Ads
Dan kemudian, tidak pernah ambil peduli tentang mereka berdua, dan ibu mertuanya ini pun tak pernah terfikir untuk membuat pengesahan nikah. Keinginan wanita ini untuk melihat Sijil Pernikahan ibu mertuanya tersebut menjadi terbuak-buak sebab baru tahu tentang ibu mertuanya bernikah di sana.
Alangkah terkejutnya, bila mertua itu menunjukkan nama ayah mertua yang telah meninggal itu adalah sama seperti nama ayah wanita tersebut. Terkedu lidah. Bahkan nombor kad pengenalan juga passport sama. Dia tekad untuk soal, bagaimana ciri-ciri ayah mertuanya itu?
Akibat Kesilapan Ayah, Anak Perempuan Terkahwin Abang Sendiri
Orangnya tinggi, kulit hitam manis, rambutnya lurus. Dulu, dia ajak ibu mertuanya nikah di Siam kerana tidak dapat restu. Bahkan, katanya dia tidak ada sesiapa, duda katanya. Apabila ditunjukkan gambar almarhum ayah mertua yang terselit dicelah fail sijil nikah tersebut, terkejut beruk wanita itu.
Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah… menjerit dia dan berlari dia keluar rumah dan terus pandu keretanya pulang ke rumah keluarganya. Menangis sepanjang perjalanan. Tiba di rumah ibunya, terus dia ceritakan segalanya.
Suami wanita ini tiba lebih kurang satu jam selepas balik daripada tempat kerja secara kecemasan. Bimbang apa-apa berlaku kepada isterinya. Selepas diceritakan segalanya, biru pucat suaminya tersebut. Menangis air mata mengalir tak henti.
Inilah tujuan dia berjumpa saya, untuk ceritakan kisah ini.
Ads
✅ Apa kesan kepada pernikahan mereka?
Pertamanya si ibu mertua itu perlu membuat pengesahan nikah yang sepatutnya dibuat lama dahulu. Jika sememangnya sah nikah mereka, besar kemungkinan suami kepada wanita ini sememangnya anak sah taraf kepada ibu mertua dan bapa mertua atau bapanya sendiri.
Hubungan mereka boleh dianggap sebagai saudara sebapa, tapi berlainan ibu. Haram bernikah dengan saudara sebapa kerana dia juga adalah darah daging dari keturunan yang sama.
Pernikahan mereka ini perlu di FARAQ kan. Maksudnya, perlu memfailkan segera permohonan Faraq nikah di Mahkamah Rendah Syariah atas sebab pernikahan tak sah tersebut.
✅ Apa status anak mereka?
Ads
Anak kepada hasil perkahwinan wanita ini, boleh dianggap sebagai anak persetubuhan syubhah. Disebabkan ibu dan bapa tersebut tidak mengetahui yang mereka adalah saudara, maka anak tersebut perlu dibuat Permohonan Pengesahan Nasab selepas perkahwinan mereka difaraqkan.
Anak tersebut boleh terima nafkah daripada bapanya, boleh mewarisi dan boleh diwalikan oleh bapanya.
Kesimpulannya, janganlah nikah senyap-senyap dan sembunyi-sembunyi. Kalau sudah bernikah secara senyap, inilah kesan yang paling besar. Kasihan kepada anak cucu yang tidak bersalah.
Sebab itu, kita perlu menentang sekeras-kerasnya lelaki yang nak poligami secara senyap-senyap di Thailand. Ini punca kepada banyak masalah rumah tangga. Wanita pula, beringat! Jangan mudah sangat termakan pujuk rayu lelaki sebegini.
Sumber: Fahmi Ramli (Peguam Syarie Perundangan Islam yang beramal di Kedah, Pulau Pinang, Perlis, Perak, KL, Selangor)
Anak perempuan meningkat remaja. Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Salah satu usaha suami supaya isteri rasa tidak terperangkap dalam ‘mode bekerja’ ialah dengan memberikan slot me time kepada isteri. Maklumlah tugasan isteri tidak pernah habis, tidak kiralah yang bekerja atau suri rumah.
Suami Berikanlah Slot Me Time Untuk Isteri
Banyak masa dan tenaga isteri digunakan untuk bekerja selain menguruskan rumah tangga. Jangan biarkan isteri diselubungi kesibukan dan kepenatan kerana lambat-laun isteri akan mula rasa stres dan tertekan bila tiada ‘cuti’ dan sentiasa fikirkan tugas hariannya.
Ikuti perkongsian Mohd Fhais dan hadam baik-baik demi keharmonian rumah tangga para suami isteri.
Isteri Tiada Masa Untuk Me-Time
Sudah lama saya tidak meloihat isteri membaca novel. Padahal dulu dia lah hantu novel. Pantang ada novel baru, mesti hendak dibelinya. Sampailah satu ketika dulu saya ada tanya, “Kenapa tak baca novel lagi dah?”
Dia tak jawab tapi dia tanya balik pada saya, “Abang rasa bila sayang boleh baca novel?”
Krik… krik… krik…
Tak dapat hendak jawab soalan itu.
Sebab saya tahu kesibukan dia setiap hari. Dari pagi sampai malam kerja menanti.
Hari biasa bekerja, hari minggu pun bekerja. Dekat tempat kerja bekerja, dekat rumah pun bekerja. Padat amat rutin harian dia.
Dari situlah terdetiknya inisiatif untuk allocate satu masa me-time untuk isteri.
Barulah Si Dia Tak Terperangkap Dalam ‘Mode Bekerja’
Kalau tak ada me-time memang isteri kita akan terperangkap dalam “mode bekerja” sentiasa.
Bila saya tahu saja bila waktu dia cuti, saya akan siapkan semua kerja rumah. Basuh baju, basuh pinggan, kemas rumah sikit-sikit. Jika ada kelapangan.
Kadang sempat buat, kadang tak sempat buat juga. Baiklah daripada tak ada inisiatif langsungkan.
Tujuannya supaya bila dia cuti, tak ada kerja hendak di buat. Barulah boleh tukar pada ‘mode rehat.’ Dapatlah juga dia baca novel ini setengah hari.
Nampak macam remeh me-time ini tapi sebab me-time inilah isteri kita dapat jauhi dari gejala stres, depresi, burnout dan sebagainya.
Punca terjadi masalah mental di kalangan para isteri ialah kerana mereka tidak sempat nak dapatkan me-time yang berkualiti setiap hari.
Biarlah jadi penyibuk agar isteri merasa me-time. Walaupun tidak selalu tetapi tentu saja isteri terharu bila suami prihatin dengan me-time isteri. Penting sangat me-time untuk isteri, tidak percaya cubalah!
Zaman sekarang, ramai mak ayah yang gemar bagi anak-anak gajet seperti tab, handphone, ipad dan sebagainya. Ada mak ayah ambil ‘jalan mudah’ bagi anak-anak yang masih kecil main gajet untuk ‘senyapkan’ kerenah mereka. Hati-hati iya mak ayah yang bersikap begini. Bagi anak yang masih kecil terdedah selalu dengan skrin handphone boleh merosakkan penglihatan dan menyebabkan rabun teruk!
Myopia
Baru-baru ini dilaporkan, seorang kanak-kanak berumur 2 tahun bernama Xiao Man dari Jiangsu, China mengalami masalah rabun jauh teruk iaitu Myopia gara-gara terlalu ketagih dengan gajet. Tanpa disedari rabun ‘power’ matanya sudah mencecah 900 darjah!
Ia berpunca daripada mak ayah kanak-kanak ini yang memberikan telefon pintar pada anaknya sejak berumur 1 tahun.Mereka membiasakan Xiao Man dengan gajet sepanjang masa, berjam-jam dan menjadikan anaknya sangat selesa dan tidak menangis apabila smartphone berada di tangan.
Gambar hiasan
Dikesan Rabun
Selepas setahun dibiarkan kerap main handphone, Xiao Man menunjukkan beberapa tanda-tanda rabun.Xiao Man mula mengecilkan mata dan mengerutkan dahi apabila melihat skrin handphone. Namun keluarganya menganggap ia hanyalah satu tabiat buruk dan tak memandang serius.
Sehinggalah pada suatu hari, mak ayah Xiao Man membawanya ke klinik untuk melakukan pemeriksaan mata. Apa yang mengejutkan rupa-rupanya Xiao Man sudah mengalami 900 darjah rabun dekat!
Menurut doktor, kanak-kanak yang masih kecil seperti Xiao Man amatlah tidak sesuai didedahkan dengan penggunaan gajet. Ia boleh menyebabkan masalah mata yang teruk. Malah tambah doktor, apabila meningkat usia, masalah rabun matanya akan jadi lebih teruk.
Doktor juga menasihatkan bahawa kanak-kanak dibawah umur 3 tahun tidak seharusnya dibenarkan menggunakan gajet elektonik. Manakala bagi umur tiga hingga enam tahun, hanya dibenarkan menggunakan gajet maksimum 30 minit setiap hari. Mak ayah juga seharusnya mengambil berat dan memerhatikan simptom yang ada pada anak sekiranya mempunyai tanda-tanda masalah penglihatan. Seperti kerap menggosok mata, mata kerap berkedip, mengerutkan dahi, mengecilkan mata dan sebagainya.
Semoga perkongsian ini bermanfaat!
MW: Buat mak ayah jadikan kisah ini satu pengajaran. Jangan sikap ambil mudah kita, bagi anak gajet tak mengira masa dan tidak dikawal penggunaannya, mengakibatkan anak mengalami masalah mata dan rabun teruk pula!
Allahu, sayunya hati apabila mendengar berita seorang kanak-kanak perempuan 9 tahun maut, cedera organ dalaman dipercayai mangsa dera ayah mak tiri. Sampainya hati.Memetik laporan Harian Metro, Aina Nabihah adalah kanak-kanak yang maut dipercayai akibat didera ayah kandung dan mak tirinya di rumah keluarganya di Taman Vista Jaya, Lukut, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Zainudin Ahmad berkata, mangsa Aina Nabihah Muhammad Abdullah, 9, dilihat tidak sedarkan diri oleh bapanya pada 11.30 malam.
“Lelaki berusia 38 tahun cuba memberikan bantuan pernafasan (CPR) kepada anak keduanya itu namun tidak berjaya. Dia kemudian membawa anaknya ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) untuk rawatan.
“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh doktor pada 12.30 tengah malam, malah pemeriksaan menemui kesan lebam di seluruh badan mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Kecederaan Organ Dalaman
Katanya, mayat mangsa diserahkan ke Unit Forensik hospital berkenaan untuk bedah siasat dan keputusan mendapati kematian mangsa berpunca daripada kecederaan parah pada organ dalaman.
“Bedah siasat mendapati buah pinggang mangsa rosak, usus koyak, tulang rusuk kanan dan kiri patah dipercayai dipukul dengan objek tumpul,” katanya.
Berikutan kejadian itu, beliau berkata, suspek ditahan selepas selesai bedah siasat di HTJ hari ini dan akan mendapatkan perintah reman di mahkamah, esok.
Zainudin berkata, sebelum ini bapa kandung mangsa pernah ditahan atas kesalahan sama pada Jun tahun lalu, susulan laporan yang dibuat bekas isteri yang melihat kesan lebam ketika mengambil anaknya daripada jagaan lelaki itu.
“Kes terbabit dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya dan suspek dibebaskan atas alasan ingin mendidik mangsa,” katanya.
Sementara itu, seorang jiran yang enggan dikenali mendakwa, anaknya yang juga rakan mangsa, mendedahkan kanak-kanak itu kerap mengadu didera bapanya sebelum ini.
Antara luahannya, “Lama-lama nanti aku mati kena bunuh,”.Dia beritahu anak saya, selalu kena pukul malah pernah dibaling kerusi oleh bapanya itu sehingga kerusi itu patah dan dia cedera. Dia juga beritahu kalau keadaan berterusan, dia boleh mati,” katanya ketika ditemui di kawasan perumahan itu di sini, hari ini.
Beberapa Kali Mangsa Lebam Pada Mata
Sementara itu, seorang jiran lain, mendakwa kanak-kanak itu beberapa kali dilihat lebam pada muka, terutama pada bahagian mata.
“Mangsa agak pendiam dan jarang keluar rumah tetapi semua orang di sini tahu dia adalah kanak-kanak yang baik. Apabila saya bertanya mengenai kecederaan sebelum ini, dia memberi alasan terjatuh daripada basikal.
“Kami juga kerap mendengar suara bapanya marah-marah di dalam rumah itu dan disusuli bunyi seperti pukulan. Bapanya memang garang, tetapi mempunyai hubungan baik dengan jiran dan pernah memberitahu tidak sentuh anak-anak ketika marah,” katanya.
Jiran berkenaan turut berkata, tidak pernah mendengar kanak-kanak itu bercerita perkara buruk mengenai bapanya yang juga seorang anggota tentera berpangkat sarjan.
Ditanya mengenai kejadian malam tadi, dia berkata, mereka tidak menyedari bunyi mencurigakan, namun mengakui mendengar suara bapanya marah dengan kuat dari dalam rumah itu pada tengah hari, Ahad lalu.
Semoga arwah adik Aina Nabihah tenang menemui penciptaNya.Berakhir sudah segala penderitaan yang dialami selama ini. Buat mak ayah dalam mahu mendidik dan mengajar anak-anak biarlah berpada-pada, jangan terlalu mengikut perasaan amarah yang mengakibatkan kecederaan dari segi emosi dan fizikal buat mereka.
Penyakit ain, Ayda Jebat akui setiap kali muat naik video anak akan meragam. Penyakit ain adalah satu kategori penyakit bersifat ghaib. Ianya adalah satu...