suami

Dalam rumah tangga pengorbanan suami juga tidak kurang hebatnya, namun seringkali wanita yang bergelar isteri terlepas pandang.Masih ramai sebenarnya lelaki yang tahu dan faham erti tanggungjawab sebenar pada anak, isteri dan keluarga.

Mungkin suami kita bukan jenis yang romantik, bermulut manis mahupun mewahkan dengan segala harta benda dan intan permata. Namun para isteri perbanyakkanlah bersyukur jika dianugerahkan seorang suami yang ringan tulang membantu urusan rumahtangga, berusaha menunaikan tanggungjawabnya mencukupkan keperluan keluarga, apatah lagi tanpa mengharapkan sesen pun duit isteri.

Jemput baca perkongsian daripada Puan Izyan Izdihar Shaarani sebagai pesanan buat wanita yang bergelar isteri.

Masuk rumah tadi ternampak kertas berlipat atas meja.

Bila buka, oh..bil elektrik rupanya.
Saya pun belek.
Hmm..banyak juga bil elektrik zaman sekarang ni rupanya. Walhal duduk bertiga dengan iman dan abi dia je. Senja pulak baru ada orang.

Lepas belek bil ni, baru perasan. Haah eh, dah lama sangat tak tengok bil. Bil elektrik, bil air, bil astro, bil insurance, sewa rumah, ansuran kereta dan segala mala bil keperluan asas lah.

IKLAN

Tak Pernah Merungut

Tiba-tiba datang satu perasaan kagum, wah..selama ni gigih betul abi jelaskan semua bil bil ni tanpa sekali pun pernah merungut. Tak pernah pulak dengar dia merungut kalau anak bini bukak aircond, marah kalau anak main air dalam bilik air.

Ada masa, kalau tengok suami suami orang lain buat surprise dekat isteri beli bunga lah.. hantar coklat lah..belanja isteri shopping beg Gucci lah.. candlelight dinner lah..kadang bila syaitan hasut, terdetik juga dalam hati, hmm…suami aku tak romantik macam ni pun.

Tapi.. hakikatnya kita isteri isteri ni seringkali terlepas pandang pengorbanan suami tentang perkara perkara macam ni..pada kita, alah..dah tanggungjawab dia. Buat ajelah!

IKLAN

Walhal dia struggle cukupkan duit nak pastikan semua bil bil ni berbayar.. rumah tak bergelap..anak bini cukup makan dan boleh tidur lena.

Suami Dahulukan Tanggungjawab

Jadi, bersyukur lah jika kita ada suami yang sentiasa mendahulukan tanggungjawab nya terhadap keluarga berbanding berbelanja untuk perkara-perkara sampingan walhal bil bil dan keperluan asas masih mengharapkan isteri yang bayar.

Jangan lah dirungutkan jika suami kita tak beli coklat bunga kek jam beg gajah zirafah kalau dia dah berusaha sehabis daya dan poket dia untuk keperluan asas kita sekeluarga.

IKLAN

Ketahuilah suami yang gentleman itu adalah suami yang lunaskan semua tanggungjawabnya walaupun tidak berdaya memewahkan isterinya.

Uih dah lama akak tak tulis benda serius macam ni. Krik krik pulak rasa.

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Pesanan buat para isteri perbanyakkanlah bersyukur dan hargailah perngorbanan suami.Adakala kita terlepas pandang dengan pengorbanan dan usaha gigih suami lakukan dalam mencukupkan keperluan buat keluarga.

Sumber:Izyan Izdihar Shaarani

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI