Suami cukuplah seorang isteri kalau tak mampu adil, tak perlu kahwin sampai empat. Apabila menyebut soal poligami tentulah kaum lelaki yang paling suka. Sebaliknya bagi seorang isteri, cukup pantang bila sebut ‘madu’.
Suami Cukuplah Seorang Isteri Kalau Tak Mampu Adil, Tak Perlu Kahwin Sampai Empat
Tidak dapat dinafikan kaum lelaki cukup suka bab-bab bercakap tentang ‘madu’. Mungkin ada suami yang hanya sekadar bergurau manja dengan isteri. Tapi tak kurang juga yang beria-ia dan pasang angan-angan untuk ada dua tiga orang isteri.
Itu bagi yang rasa mampu tidak perlu persoalkan, cuma isterilah yang kena redha. Sedangkan kalau suami tak mampu adil, jangan mimipulah untuk pasangan dua atau tiga.
Sedihnya, ada yang sanggup kahwin senyap-senyap tanpa pengetahuan isteri pertama. Tak kurang juga isteri pertama terima dengan hati terbuka.
Janji-janji manis sebelum berpoligami, selepas itu timbul masalah lain. Tak mampu adil dan peritnya, isteri pertama yang menjadi mangsa.
Bagi yang tak mampu adil, kes-kes ini boleh dipertikaikan di mahkamah dan ada cara yang betul untuk isteri mendapatkan haknya. Inilah antara ulasan yang diberikan oleh Peguam Syarie: Amalina Adam tentang isu poligami dan tidak mampu berlaku adil.
“Kalau takut tidak berlaku adil dan menzalimi, maka hanya seorang isteri sahajalah ya!”
Betul. Tidak dinafikan bahawa menyekat poligami itu sebenarnya tidak membawa ke mana-mana pun sebab pada akhirnya suami dan wanita itu akan berkahwin juga di sempadan ataupun melalui pernikahan secara tertutup dengan berwalikan bapa wanita itu sendiri di mana-mana negeri.
Yang kesalnya apabila kita menyemak alasan-alasan mereka, rata-rata menyatakan alasan “berkemampuan” dan “nak elak maksiat serta takut berlaku zina”. Bila diteliti semula, apa fikiran bakal pasangan ini hanya berfikir tentang zina semata-mata sahajakah?!
Apabila siasatan dijalankan lagi, didapati pula suami itu masih bertanggungan dengan rekod tuntutan nafkah anak yang tertunggak bagi 4 orang anaknya dan saman penghutang penghakima (SPP) akan dilaksanakan selepas ini oleh bekas isterinya yang terdahulu sebelum suami itu berkahwin kali kedua. Permohonan poligami kali ini adalah bagi perkahwinan yang ketiganya.
Jadi dimanakah kemampuan yang sebenarnya yang suami sebut-sebutkan dan tercari-cari itu?? Kemampuan yang bagaimana pula? Elak maksiat dan takut berlaku zina bagi suami yang sudah berkahwin??!
Kalaulah sudah berpoligami tetapi wujud kezaliman yang berterusan, maka isteri itu boleh mengangkat dan mengadu kesnya bagi tuntutan Fasakh di Mahkamah Syariah.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Membesarkan anak remaja sememangnya satu cabaran yang besar untuk mak ayah zaman kini. Jika salah strategi dan tidak memahami apa yang kepantangan anak remaja, bimbang hubungan jadi semakin ada jurang.
Bila sudah renggang, tidaklah lagi orang tua jadi orang pertama yang anak remaja cari untuk berkongsi masalah mereka. Hadamkan pesanan yang dikongsikan M Maleq ini.
Mendidik Anak Remaja
Kalau tanya saya, “mana susah jaga anak waktu kecil atau dah nak masuk remaja?”
Bagi saya bila anak nak masuk remaja. Bukan susah tetapi perlu ada strategi yang berkesan untuk disampaikan supaya mereka terima.
Pengalaman sendiri ya, bukan lihat anak orang lain. Anak yang mula nak meningkat remaja ni, suka dilayan seperti kawan.
Mereka suka diajak bersembang. Walaupun tajuk perbualan mereka tu macam rasa, “owh! Dia ni baru nak belajar selok belok trend terkini“.
Namun sebagai parent yang berpengalaman kita dengar dulu. Dan raikan.
Kemudian masukkan kata kata ‘ Pro and Con’. Jangan terus kata ‘ tak boleh, jangan ‘. Ianya akan jadi detik terakhir kita bersembang antara kita dan dia.
Ini Kepantangan Anak Remaja
Dengar dulu. Kemudian baru ulas apa yang kita boleh setuju dengan penerangan mereka. Seterusnya ulas sedikit nasihat agar apa yang sedang mereka nak ‘ terikut ikut’ tak membawa kepada kelalaian.
Anak nak masuk remaja, ada beberapa kepantangan yang boleh membuatkan mereka lebih suka cari orang lain yang lebih faham dirinya, berbanding kita sebagai parent mereka.
Jangan jadikan kebiasaan sebagai parent untuk,
1. Cakap berulang ulang akan sesuatu ingatan atau arahan kepada mereka. 2. Tanya berkali kali soalan yang sama mereka dah jawab. 3. Terus sekat mengejut sesuatu perkara yang mereka mula suka lakukan. Sebaiknya beri tempoh ingatan untuk tinggalkan, dan barulah bertegas akan keputusan yang harus ditetapkan.
Anak anak akan terbuka hati bercerita bilamana dia rasa “ADA TEMPAT BERKONGI” yang faham emosi mereka ketika itu.
Bila kita sebagai parent, terus halang apa yang mereka nak suarakan, tanpa alasan yang kukuh, mereka akan mula menjauhkan diri untuk berkongsi.
Mulalah mencari kawan sebagai tempat meluahkan. Buat sesuatu perkara senyap senyap tanpa pengetahuan kita.
Ini sangat berbahaya.
Jadinya, untuk tackle anak yang mahu meningkat remaja perlu jadikan mereka sebagai kawan. Ajak beraktiviti yang sesuai dengan umur mereka.
Gunakan strategi bercakap ” men to men ” kepada mereka, supaya apa sahaja emosi yang terbuku dihatinya, terhurai dengan baik.
Anak lelaki, serasinya adalah kepada Ayah. Begitu juga sebaliknya anak perempuan kepada ibunya.
Tak salah jika anak perempuan nak berkongsi kepada ayahnya, tetapi masih ada perkara yang tak boleh dikongsi semuanya melainkan ibunya sahaja yang faham emosi wanita.
Anak anak takkan terbentuk jurang antara kita dan dia. Jadinya gunakan cara
terbaik untuk mereka sentiasa dekat dan boleh berkongsi apa sahaja tentang dirinya kepada kita.
Bilamana komunikasi antara kita dan dia berjalan dengan baik. Insya Allah situasi dalam keluarga akan harmoni.
Realitinya, memang ada sampai isteri minta suami pandang dirinya sebab rasa dirinya diabaikan. Baik lelaki atau wanita, tolonglah jangan sesekali bandingkan kehidupan rumah tangga dengan orang lain. Apa yang Allah beri selalunya tak sama, tapi macam mana pahit pun dugaan pasti terselit nikmat.
Macam-macam ujian yang Allah bagi, ada yang diuji dengan kekurangan wang, harta, kasih sayang dan ada juga diduga dengan kekurangan perhatian dari insan tercinta seperti yang dialami wanita ini.
Daripada perkongsian dalam Facebook Ustaz Ebit Lew isteri ini meminta nasihat dari ustaz hanya untuk suami memandang dirinya. Sedih bukan.
Ikuti perkongsian dari ustaz tentang saranan amalan yang dilakukan hingga akhirnya suami wanita ini menangis apabila sedar akan kesalahannya.
Seorang kakak mesej saya tanya soalan. Suaminya setiap hari balik pukul 1 dua pagi. Kadang-kadang balik awal. Tapi terus pegang hp dan tak bercakap langsung.
Katanya, setiap hari saya bekerja. Kena urus anak 3 orang seorang diri. Urus rumah seorang diri. Saya tak kisah pun. Cuma sedihlah ustaz. Apa saya patut buat. Ada amalan tak saya boleh buat supaya suami saya nak pandang saya. Pedulikan saya.
Stress sangat dan dah puas menangis. Penat dan rasa macam jadi bodoh jer rasa. Macam tak berguna. Saya cuma nak dia beri sedikit perhatian untuk saya dan bimbing saya. Bukan nak banyak pun… Suami saya solat pun liat. Jarang nampak dia solat. Sedih rasa.
Dulu saya pun jahil. Tapi sekarang saya dah mula perbaiki diri dan jaga solat. Tapi dia masih belum berubah.
Begitulah puan keadaan hari ini. Sedih dan kasihan lihat keadaan hari ini. Rumah jadi macam hotel. Tempat tidur jer. Dulu rumah zaman Nabi saw walau buruk dan sempit tetapi penuh bahagia di dalamnya. Rumah tempat bahagia. Rumah tangga pengubat jiwa.
Cuba Puan buat 3 amalan ini;
Pertama
Solat sunat hajat 4 rakaat hajat setiap hari. 2 kali salam. Doa khusus buat suami. Baca laa ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzolimin 300 kali selepas solat. Hati manusia dalam genggaman Allah. Doa lebih berkuasa dari segalanya.
Kedua
Tetapkan waktu Ta’lim. Dan ajak suami sama-sama duduk. Jika dia tak mahu, teruskan buat bersama anak-anak. Jangan tinggalkan amalan Ta’lim. Baca Al-Quran dan hadis buat rumah bercahaya dan hidup. Malaikat yang bawa rahmat dan ketenangan memenuhi rumah kita.
Ketiga
Setiap malam sebelum tidur cium tangan suami dan kata lebih kurang begini. “Abang saya minta maaf atas semua salah silap saya. Terima kasih jadi suami saya. Tolong pimpin saya sampai melangkah masuk syurga”
Bila seseorang mula rasa ini salah saya. Rahmat Allah bersamanya. Pertolongan Allah datang. Bila 2 orang mula caci mencaci kita terjauh dari rahmat Allah. Jika puan marah dia. Dia marah balik semula. Jadi bergaduh lagi besar. Rahmat Allah hilang.
Hari ketujuh suami menangis
Dia pun buat selama seminggu 3 perkara ini. Suaminya menangis semasa hari ketujuh dia buat. Suaminya minta maaf. Sebenarnya abang yang tak baik. Abang yang berdosa. Maafkan abang. Suaminya mula duduk Ta’lim sama-sama. Sekarang suaminya bangun 5 pagi solat tahajud. Kejut dia untuk tahajud sama-sama.
Katanya, bila kami sama-sama tahajud walau 2 rakaat dan doa sama-sama terasa seperti pengantin baru. Bercinta semula. Begitulah nur dari amal. Doa sangat power. Begitulah bidadari yang sangat mulia.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Air tangan isteri, pergilah mana-mana, ia tidak akan setanding dengan apa yang isteri masak. Sentiasa jadi ingatan untuk suami dan anak-anak walau di mana-mana.
Hebatnya air tangan seorang isteri. Jika sebelum kahwin, langsung tidak tahu masak, tapi bila sudah ada suami dan anak-anak, sedaya upaya isteri dan mak berusaha untuk memenuhi perut keluarga.
Sedap atau tak, tidak menjadi persoalan dan inilah yang dikatakan benar-benar air tangan isteri atau mak.
Kadang-kadang isteri sanggup belajar dengan mentua atau mak sendiri untuk memastikan makanan itu sesedap rasa. Tidak hairanlah, bila anak-anak membesar dan sudah ada pasangan, air tangan ibulah yang dicari.
Walau bagaimanapun, kala unak pastikan air tangan isteri itu lagi sedap, suami kenalah rajin-rajinkan diri untuk menolong isteri di dapur. Memetik kata-kata perkongsian daripada Abu Hurairah Asifa, suami yang rajin tolong di dapur mampu mengeratkan kemesraan dan cinta suami isteri.
Tangan isteri itu adalah keramat yang Tuhan berikan tanda kasihNya pada mereka yang bergelar isteri.
Isteri tu,
Walau masakannya jadi atau tidak, bila ia dinikmati oleh seisi keluarga, maka air tangannya itu akan melembutkan hati suami.
Air tangan isteri dan ibu itu membuatkan hati suami dan anak-anaknya akan lunak dengan Allah.
Kalau nak isteri kalian masak sedap-sedap ni,
1. Bantu mereka di dapur. Nampak je isteri di dapur, masuklah ke sana. Sapalah isteri. Walau kita tak menolong pun, namun kita senyum dan menceria dia yang kepenatan menyediakan juadah berbuka buat kita.
2. “Abang rasa ok tak saya masak berbuka semalam?” Ha, masa ni lah kita sebagai suami nak tegur. Mungkin semalam masin sikit. Atau terkurang ke. Cakap je, “kari semalam sedap tau. Tapi kalau garam kurang sikit, ngam!”. Isteri suka suaminya menghargai. Begitu.
3. Sentuh je periuk sikit. Buat-buat potong bawang. Angkatkan sampah dari kulit bawang dan hirisan yang tak habis. Kemudian, kita ke depan ruang tamu semula. Itu pun cukup dah. Tanya ada apa nak tolong pun ok dah.
Simple kan?
Rasulullah saw, kalau pulang saja ke rumah para isterinya, tempat pertama yang baginda akan pergi adalah dapur.
Baginda sendiri akan menyinsng lengan membantu para isterinya dan bertanya ada makanan atau tidak hari ini. Jika tiada, nabi berpuasa.
Dapur adalah tempat rahsia, dimana kemesraaan dan cinta suami isteri itu boleh dibina dan dipupuk semula. Apalagi, di ramadan ini kita boleh beri sedikit masa di dapur dalam menyiapkan juadah berbuka.
Air tangan isteri, ia datang dari kasih dan sayang serta perhatian suami.
Cubalah!
#sweeterapi
MW: Suami kalau puji isteri masak, mahunya tiap-tiap hari isteri nak masak. Semangatnya lain macam sikit. Betul tak?
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Bapa pilu peluk jenazah anak perempuan, kereta menjunam ke gaung. Seorang bapa tidak mampu menahan tangisan kehilangan anak perempuan berusia lima tahun selepas kenderaan...