Suami pun ada hati dan perasaan. Kadangkala nampak macam dia tak kisah tapi jauh di sudut hati dia, memang dia kisah. Ada kalanya wanita (isteri) ambil mudah perasaan lelaki (suami) yang mungkin jenis tak banyak cakap dan apa-apa kemahuan isteri, dia ON saja.
Suami Okay Je Sebenarnya
Lelaki ni kan fikirannya ringkas. Kalau okay, dia akan cakap okay. Dia juga tak suka nak pening-pening hal kecil. Selagi tak menyusahkan dia, apa saja kemahuan isteri dia akan turutkan. Termasuklah isteri asyik ajak balik kampung jumpa mak ayah dan adik beradik dia.
Atau isteri ajak dia pergi berkunjung ke rumah adik beradik isteri. Biasanya dia okay saja. Tapi ada keadaan yang kita, para isteri rasa mereka ni tak okay? Macam cemburu bila lihat kita rapat dan mesra dengan adik beradik kita.
Tak Mudah Kekalkan Silaturahim
Bagi kita pula, penting untuk menjaga dan bersilaturahim dengan adik beradik kita. Lebih-lebih lagi bila masing-masing dah berkahwin. Sebagai wanita, kita lebih ambil berat tentang perkara ini berbanding lelaki.
Bukan kata mereka tak sayang dan rapat dengan adik beradik mereka. Tapi bab macam ni, biasanya wanita lebih berinisiatif. Bahkan, berbanding lelaki, wanita lebih rapat dengan keluarganya walau sudah beranak pinak.
Lelaki pula, kadangkala bila isteri ajak pergi jumpa adik beradiknya, dia yang tak nak. Jadi, tak boleh salahkan isteri juga kan? Ada juga yang beranggapan, ‘bersua’ menerusi grup WhatsApp family atau call pun dah cukup sebagai penyambung silaturahim.
Foto: Pexels.com.
Ads
Bila Berkumpul, ‘Lupa’ Suami
Ada isteri yang mungkin berasakan suami tak suka bila dia berbaik dengan adik beradiknya sendiri. Muka masam mencuka je. Tapi, pernah tak isteri cuba memahami perasaan dia?
Sebenarnya dia tak kisah pun isteri nak jumpa adik beradik sendiri. Bahkan izinkan isteri dan anak-anak saja pergi kalau dia sibuk. Tapi, isteri janganlah ‘lupa’ pada suami. Ada masanya, terlanjur seronok berkumpul dengan adik beradik, bersembang itu ini (lebih-lebih lagi sama-sama perempuan), kita terlupa pasangan kita.
Kadangkala dia call pun tak berjawab. Kadangkala dia sekadar nak tanya, bila nak balik dan sebagainya. Jadi, kalau begini, tentulah dia bengang juga kan?
Tak Tanya Makan Minum
Belum lagi masuk bab kalau dah berkumpul ramai-ramai dan duduk bersembang, suami terpinggir. Minta buatkan minuman pun tak dilayan. Sibuk ‘membawang’ dengan adik beradik. Mungkin bagi kita perkara itu tak besar. Tapi mungkin dianggap besar oleh suami. Tentu saja suami tak selesa di rumah iparnya. Jadi, apa jua keadaan, kena sentiasa perhatikan dan utamakan suami.
Hidangkan air minum dan makanan untuknya. Kadangkala sibuk sembang, suami kehausan pun tak layan. Mana suami tak bengang. Nak ambil sendiri di dapur dia segan. Tambah lagi kalau dia tak berapa ‘ngam’ dengan ipar lelakinya. Memang mati kutu dibuatnya.
Begitu juga kalau kita keluar dengan adik beradik saja. Sentiasa ‘update’ suami, jangan hilang dari radar sepanjang hari sehinggalah muncul depan pintu rumah. Suami dah risau di rumah.
Jangan begitu, sesekali call atau whatsApps suami bagitahu kita di mana. Tanya apakah dia ada nak minta belikan sesuatu? Sekurangnya dia rasa kita tak lupakan dia. Orang lelaki ni, kita kena pandai ambil hati dia. Syaratnya, beritahu dulu sebelum dia tanya. Taklah dia marah kan?
Sebelum keluar, pastikan juga kita dah siapkan segala makan minum untuknya dan beritahu dia apa perancangan kita dan adik beradik hari itu dan jangkaan waktu balik. Mana tau dia pun ada urusan nak keluar nanti. Taklah jadi punca kemarahannya.
Isteri Kena Bijak Main Peranan
Mungkin ada yang beranggapan, anak-anak kita dibawa sama, jadi tak perlulah nak beritahu detail. Sekali lagi, kita kena buat suami rasa dirinya dipentingkan. Jangan sampai keluar kata-kata; “bila kumpul adik beradik dia, suami pun tolak tepi!”.
Apa pun, kita kena bijak main peranan. Jangan sampai suami rasa terpinggir sehingga membuatkan dia tak menyenangi hubungan kita dengan adik beradik kita. Kena caranya, semua beres! Dalam masa yang sama, isteri pun kena adil. Jangan asyik ajak suami berkunjun ke rumah adik beradik dan keluarga sendiri je. Tapi bila suami ajak ke rumah adik beradik dia, macam-macam alasan diberi!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Menjadi doa dan harapan bagi setiap orang agar dipermudahkan segala urusan serta diberi kesenangan dengan rezeki yang melimpah ruah didalam kehidupan. Salah satu cara untuk menjemput rezeki yang luas dan datang tanpa putus adalah dengan mengamalkan Surah Al Waqiah yang juga dikenali sebagai Surah Kekayaan.
Al Waqiah bermaksud kiamat. Surah ini merupakan surah yang ke 56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan mempunyai 96 ayat.
Perlu tahu Surah Al-Waqi’ah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari berbangkit.
Selain kita selalu mengamalkannya sendiri, pesan juga pada anak-anak agar turut menjadikan surah Al Waqiah ini sebagai satu amalan harian. Ini kerana Surah Al-Waqiah memang terkenal dengan beberapa kelebihannya tersendiri dan hadis mengenainya adalah sahih.
Antaranya;
1. Dengan mewiridkan surah Al-Waqiah sebagai bacaan rutin setiap hari dan malam, maka Allah menjauhkan kefakiran selamanya. Sa’ad Al Mufti mengatakan, bahawa hadis ini sahih.
Rasulullah SAW bersabda:
Man qara’a suratal-Waqi’ati lam yaftaqir abada. “Sesiapa (membiasakan) membaca surah Al-Waqiah, maka ia tidak akan kefakiran selamanya.”
2. Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”
3. Daripada Ibnu Mas’ud r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al-Waqiah setiap malam, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya.”(HR: Al- Baihaqi)
4. Rasulullah SAW bersabda: “Ajarkanlah surah Al-Waqiah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)
5. Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang membaca surah Al-Waqiah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”
Semoga perkongsian ini bermanfaat!
MW: Jadi selain mengamalkannya sendiri, ajarkan juga anak anak kita dan keluarga agar turut menjadikan surah Al Waqiah ini sebagai satu amalan. Semoga kita diluaskan rezeki dengan melimpah ruah, dijauhi daripada kemiskinan dan kepapaan dalam kehidupan. Amin
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Bila cakap luang masa bersama anak je, ramai yang fikir kena pergi bercuti baru dapat bahagiakan anak-anak. Sebenarnya itu yang mak ayah fikir, kita yang ajar anak-anak begitu. Walhal banyak je aktiviti best yang boleh dibuat di rumah.
Lagipun tak semua mak ayah mampu membawa anak-anak bercuti. Ada keluarga yang cukup makan sahaja. Jadi jangan bataskan fikiran kita hanya kerana tidak mampu dari segi pendapatan.
Cara Kreatif Bahagiakan Anak
Ada banyak cara kreatif yang boleh kita lakukan untuk luangkan masa bersama yang tersayang. Cipta momen indah ini di rumah kita, tak perlu berjalan jauh untuk bahagiakan anak-anak.
1. Kita ajak anak-anak merancang aktiviti yang mereka ingin lakukan. Antara acara menarik, menonton cerita kegemaran mereka, ibu dan ayah pun kenalah sporting. Selain itu, kita juga boleh berkelah dengan anak-anak di luar rumah, masak menu yang anak-anak suka. Selitkan dengan acara seperti karaoke mahupun games. Barulah suasana meriah!
2. Daripada anak asyik mengadap game, lebih baik ajar anak-anak berbudi pada tanah. Ajar mereka berkebun, pasti anak-anak happy bila pokok yang ditanam hidup subur dan dapat dituai. Banyak pengajaran dalam aktiviti riadah seperti ini.
Banyak aktiviti best yang mak ayah boleh buat dengan anak di rumah.
3. Bagi yang ada sedikit bajet, boleh membeli kolam renang atau khemah. Anak-anak pasti teruja bermain air, silap-silap mereka boleh ‘melayan’ aktiviti ini seharian. Pada sebelah malam, kita juga boleh ajak anak berkhemah di luar rumah.
4. Nak lagi best, BBQ bersama anak-anak sambil berbual dengan mereka. Pasti momen ini antara yang paling anak-anak ingat. Ingat ye, bukan lokasi yang menjadi isu tetapi memori yang kita cipta bersama anak-anak jauh lebih berharga.
5. Mak ayah janganlah memberi alasan sibuk dan tidak mampu. Banyak yang boleh kita lakukan untuk bahagiaakan anak-anak. Paling penting, keberadaan kita di samping anak-anak, itu sudah cukup membuatkan mereka tersenyum lebar.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Macam mana nak selamatkan gigi anak-anak kalau buku kesihatan anak pun mak ayah tak pernah belek.
Mungkin ada yang ingatkan masa anak bayi saja boleh guna buku ini, tetapi sebenarnya ada muka surat yang memudahkan kerja mak-mak untuk pantau gigi anak dan bila masa yang sesuai nak bawa jumpa Doktor gigi.
Nah sebelum pergi lebih jauh, jemput godek ilmu daripada salah seorang Pegawai Pergigian, Doktor Iqbal tentang kegunaan buku merah dan biru yang boleh selamatkan gigi anak-anak.
Tentang Gigi Anak
Mak ayah yang ada buku merah (untuk anak perempuan) atau biru (untuk anak lelaki) cuba semak bahagian gigi, sudah ada tanda tangan doktor gigi atau misi ke belum?
Ramai yang tanya bila nak mula bawa anak ke klinik gigi kan? Dalam buku ini dah ada jawapannya.
Mari semak satu-satu.
☑️ Muka surat 39
Halaman yang ini tak perlu tanda tangan. Cuma sebagai latihan kepada ibu bapa untuk pantau pertumbuhan gigi anak masing-masing. Dekat situ boleh catat tarikh gigi mana yang sudah tumbuh keluar.
☑️ Muka surat 68-69 (0-9 BULAN)
Halaman ini yang mula-mula kena isi bila bawa anak ke klinik gigi. Biasanya umur 6 bulan sudah ada 4 batang gigi. Terus bawa ke klinik gigi untuk diperiksa, kemudian doktor akan bagi nasihat berkaitan penjagaan gigi bayi.
☑️ Muka surat 96-97 (10-23 BULAN)
Masa ini gigi sudah banyak tumbuh keluar. Ada yang sudah ada 20 batang. Masa ini agak kritikal untuk periksa gigi. Banyak nasihat doktor macam mana nak jaga gigi pada masa ini. Elakkan tidur dengan botol susu, mak ayah kena tolong anak gosok gigi dan sebagainya.
☑️ Muka surat 115-116 (2-4 TAHUN)
Anak sudah besar masa ini. Ada yang takut, ada yang berani, ada yang sudah biasa. Sebab itu penting bawa anak masa kecil dan biasakan dengan persekitaran klinik gigi. Pada masa ini juga ramai yang giginya sudah rosak. Ada juga yang pertama kali baru datang bawa anak untuk periksa gigi. Masa ini antara yang penting ialah mak ayah kena tolong gosokkan gigi anak dan kurangkan penggunaan puting.
Akhir kata, gunakan buku ini sebaiknya. Bukan untuk periksa tubuh badan dan vaksinasi sahaja, malah boleh digunakan untuk periksa gigi. Tak perlu tunggu misi di klinik kesihatan untuk refer. Terus sahaja pergi klinik gigi dan bawa buku ini.
Semoga bermanfaat. Semoga lebih ramai ibu bapa cakna akan kesihatan gigi anak masing-masing. Kongsikan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Ella selesa rahsiakan kerja amal. Ratu Rock Negara, Ella, mungkin terkenal dengan kemerduan suara dan persembahannya yang bertenaga. Tetapi di sebalik semua itu, Ella...