SPM 8A, 4A, tirai besi tak halang dua banduan dapat keputusan cemerlang. Menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sebalik tirai besi bukanlah halangan untuk meraih keputusan yang cemerlang.

SPM 8A, 4A, Tirai Besi Tak Halang Dua Banduan Dapat Keputusan Cemerlang

Buktinya dua banduan Sekolah Intergriti Penjara Marang, meraih keputusan cemerlang dengan memperoleh 8A dan 4A. Bagi dua orang banduan iaitu Mohd Alif dan Ahmad Abdullah, mereka adalah calon yang menduduki SPM 2023 di penjara itu awal tahun ini. Mohd Arif berkata, status banduan menjadikan pemangkin semangat buatnya untuk berjaya dalam SPM.

Jelas Mohd Alif, dirinya bertekad ingin membuktikan kepada keluarga dan masyarakat yang dia juga mampu berjaya seperti pelajar lain.

“Dengan keputusan SPM ini saya hendak ubah hidup saya… halangan dalam penjara sememangnya banyak tapi saya anggap ia sebagai cabaran.

“Setiap cabaran sama ada kita boleh hadapi atau tidak dan alhamdulillah saya berjaya buktikan pada keluarga dan masyarakat bahawa banduan juga mampu meraih kejayaan,” kata anak sulung daripada enam beradik itu yang berhasrat menyambung pengajian selepas dibebaskan.

SPM 8A, 4A, Tirai Besi Tak Halang Dua Banduan Dapat Keputusan Cemerlang
Dua pelajar dari Sekolah Intergriti Penjara Marang, menerima keputusan SPM. Kedua-dua memperoleh keputusan cemerlang, 8A dan 4A. -Foto NSTP/NAZDY HARUN

Rakannya, Ahmad berkata, dia turut berbangga dengan keputusan SPM yang diperoleh rakannya itu walaupun hanya mereka berdua saja menduduki SPM di sekolah berkenaan.

“Kejayaan yang dikecapi rakan saya itu membuatkan saya lebih bersemangat untuk menempuh cabaran hidup dan kami berdua berharapkan akan sama-sama ke menara gading selepas dibebaskan nanti.

“Sebagai rakan karib Alif, saya bangga dengan kawan saya itu namun jauh sekali untuk cemburu keputusan yang diperoleh rakan saya itu walaupun saya hanya memperoleh 4A saja,” katanya.

IKLAN

Menurutnya, walaupun 4A ia sudah memadai buatnya dan keputusan itu sudah mampu membanggakan keluarganya terutama ibunya.

Katanya, mereka lazimnya akan mengulangkaji pelajaran bersama-sama dan sentiasa memberikan fokus ketika guru sedang mengajar memandangkan mereka berdua tidak mempunyai kemudahan seperti rakan-rakan lain untuk dijadikan rujukan.

Sementara itu, Pengarah Penjara Marang Mohamad Jusoh Ismail berkata, dengan keputusan SPM yang diperoleh calon terbabit membuktikan tiada halangan untuk seseorang berjaya walaupun dimana mereka berada.

“Kita bangga dengan pelajar yang ada di sini walaupun belajar dengan kekangan masa terhad selain kemudahan juga terhad namun mereka boleh juga mengecapi kejayaan.

“Namun, kejayaan ini kalau tiada dorongan daripada guru mereka sendiri selain tanpa minat daripada pelajar sukar untuk mereka mengapai kejayaan seperti ini,” katanya.

IKLAN

Beliau berkata, guru yang mengajar dua pelajar itu banyak memberi dorongan hingga mereka beroleh kejayaan dan pihak penjara akan cuba membantu berdasarkan ketetapan yang ditetapkan oleh jabatan.

Sumber: Berita Harian

Baca juga artikel lain:Pelajaran amat penting, kalau boleh putar masa, saya akan..Iman Troye MK K-Clique kongsi nasihat untuk pelajar SPM 

IKLAN

Lelaki Ini Kongsi Pengalaman SPM Teruk Tapi Boleh Sambung Belajar Luar Negara PERCUMA

Jaga Mak Sakit Terlantar, Pihak Sekolah Sampaikan Result Cemerlang 11A Pelajar Terbaik SPM Di Rumah

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

“Memang aku dah gila mak..hitam dah mak hidup aku..” – Kamariah Md Yatim
Ditinggalkan suami tanpa sesen kerana tidak cantik. Ibu anak 8 ini hampir mer4cun anak-anaknya sendiri kerana ketiadaan duit untuk membeli makanan.
Nantikan Vodcast Sembang Wanita Xtra Bersama Usahawan Daun Pandan pada 15 Mei 2024,8pm.

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI