Kadang mungkin ada mak-mak terlepas pandang bab penggunaan span dan pencuci botol susu anak, lama tak tukar sampai dah lunyai dan warna pun berubah.
Macam situasi yang Doktor Saidatul Husna dan saudara Mohd Fhais kongsikan ini, baru perasan span pencuci pinggan dan pencuci botol susu anak sebenarnya sudah patut diganti baru.
Haaa… jangan pandang remeh ya, sebab dari benda sekecil-kecil inilah penyakit boleh singgah.
Basuh Pinggan Tapi Ternampak Rupa Span
Tadi Sai tolong ummi masak kat dapur. Masa tengah basuh pinggan, tengok kat span. Eh! dah kotor sangat ni. Nampak lama. Dah lusuh dan lunyai.
Mujur kat rumah ada span lain. Terus ganti yang baru.
Sai lupa yang ummi ada kencing manis. Boleh pulak Sai biar span tu tak berganti baru. Padahal situlah tempat kuman paling banyak membiak.
Alahai…
Sai risaukan ummi je. Sebab kalau tangan dia luka terkena pisau ke apa, kuman dari span ni akan masuk ke kawasan luka dan berenang ke salur darah. Sangat bahaya bagi mereka yang ada kencing manis.
Pesakit kencing manis ni sistem imun tubuh tak macam kita. Sistem imun mereka sangat lemah. Luka sikit pun dah boleh kena macam macam jangkitan.
Lagi bahaya kalau luka tu dari betis ke bawah. Kalau penjagaan diri tak rapi, silap haribulan mereka boleh kehilangan kaki.
Span yang guna sampai berbulan bulan ni, ada kemungkinan besar kuman yang berbahaya untuk perut seperti E-Coli masih hidup.
Ads
**(E-Coli cara sebut E-Kolai).
Tanda tanda dijangkiti E Coli yang ada shiga toxin, kita akan demam, muntah muntah dan cirit birit. Kalau ada anak kecil kena hati hati dengan E Coli ni.
Jadi, jangan biarkan span kat sinki tu jadi tempat kita membiak kuman ya.
Bersihkan Span
Sebenarnya, ada je cara nak bersihkan sendiri. Sama ada,
1) Rebus di atas dapur dengan api yang besar. Tak lama, dalam 5 minit je.
2) Kalau ada microwave lagi bagus.
Rendam span dalam air dan guna kepanasan yang tinggi. 2 minit dah okay.
3) Atau paling mudah, beli je baru. Yang mesra pinggan mangkuk. Erti kata lain mudah nak lentok masuk celah celah bekas. Boleh tukar setiap 3 minggu.
Ads
Sai suka guna kain jaring macam dalam gambar. Mudah nak selit bahagian bekas yang sempit.
Mak ayah yang ada penyakit ni tubuh dan jiwanya sangat sensitif. Tu la kenapa kita wajib tahu serba sedikit tentang sakit mak ayah sebab kalau bukan anak, siapa lagi yang nak bertanggungjawab menjaga dan memberi khidmat pada mak ayah kita kan.
Periksa Pencuci Botol Susu Anak Kita!
Haa… lepas check span basuh pinggan, mak-mak tolonglah tengok pencuci botol susu anak pula. Sebab pencuci botol susu anak pun guna span juga.
Kadang-kadang tu basuh botol anak susunya dah basi, kerak susu melekat di puting, walaupun basuh sehingga bersih di mata tapi mata kita mana boleh nampak kuman.
Mana nampak kalau kuman dari susu basi tadi melekat pada span, kerak susu yang di sental pada puting tadi pun boleh terselit dalam span.
Dah dekat 6-7 bulan pencuci botol ni tak di ganti.. Syukur alhamdulillah Allah masih lindungi anak-anak saya.
Ads
Secara logiknya span tu memang dah terkumpul banyak kuman berbahaya terutamanya Escherichia Coli (E-Coli). Masa basuh botol tanpa sedar kuman ini boleh melekat semula pada botol.
Kita tak nampak ni !
Kesian anak kecil boleh jadi loya, deman, muntah dan cirit birit kalau kuman E-Coli ni menyerang perut mereka.
Memang bernasib baik betul tak jadi apa-apa pada anak selama ni. Kena tukar sebelum terjadi apa-apa, menyesal tak guna nanti.
Di rumah tiada pencuci lebih jadi sementara nak pergi beli yang baru saya ambil langkah-langkah pencegahan ini yang Dr. Saidatul kongsikan.
1. Rendam/rebus span dengan air panas selama 5 minit.
2. Boleh juga hangatkan di dalam microwave pada suhu terpanas selama 2 minit.
Suhu kepanasan untuk membunuh kuman di sarankan pada 100 darjah celsius dan ke atas.
Ini langkah pencegahan sementara sahaja. Seelok-eloknya 3 minggu sekali tukar yang baru.
Kalau berkaitan kesihatan anak-anak ni ibubapa kena selalu sangka buruk jangan melengah, sebab bila dah berlaku sesuatu nanti sangat buruk akibatkan pada anak dan diri ibubapa sendiri.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Mengajar si kecil berpuasa bukan suatu tugas yang susah. Yang penting ibu bapa harus menjaga pemakanan mereka sepanjang hari berpuasa. Makanan pemberi tenaga sangat penting untuk diberikan kepada anak-anak kecil anda yang sedang belajar untuk berpuasa. Ketahui apakah makanan pemberi tenaga yang sesuai untuk kanak-kanak dan apakah makanan yang perlu dihindari mereka sepanjang bulan Ramadan nanti.
Bersahur dan berbuka
Ketika berpuasa, waktu sahur adalah waktu penting untuk setiap individu yang berpuasa. Oleh yang demikian amatlah penting untuk si kecil anda yang belajar berpuasa untuk bangun dan makan makanan pemberi tenaga ketika bersahur. Makanan kaya serat yang digalakkan ketika si kecil bersahur adalah:
Nasi
Roti
Mi atau mihun
Bijirin
Mama juga perlu pastikan makanan yang disediakan kurang lemak, kurang minyak dan kurang gula. Seperti diketahui umum, makanan masin tidak bagus untuk kesihatan tubuh. Ketika berpuasa, elakkannya terutamanya ketika bersahur. Pengurangan pengambilan makanan masin bukan sahaja akan dapat mengelakkan penyakit bahkan kita tidak akan rasa terlalu dahaga ketika sedang berpuasa di pagi hari.
Dalam pada itu, ada juga makanan yang perlu dipertingkatkan pengambilannya iaitu buah-buahan dan sayur-sayuran. Mungkin ramai yang tidak tahu, kebanyakan buah-buahan tempatan seperti ciku, betik, pisang dan belimbing besi mengandungi lebih banyak khasiat berbanding buah-buahan import seperti epal, pir mahu pun lai. Selain vitamin dan mineral, buah-buahan dan sayur-sayuran turut menyumbangkan kandungan serat kepada tubuh.
Dalam penyediaan juadah berbuka puasa pula, disarankan untuk mama masak menu yang mengandungi karbohidrat iaitu nasi atau mee, protein dan kalsium seperti daging, ikan, ayam, kekacang dan susu serta jangan lupa sayur-sayuran atau buah-buahan. Mulakan waktu berbuka puasa dengan mengajar si kecil menjamah kurma terlebih dahulu. Kurma terkenal sebagai buah-buahan yang tinggi kandungan gula dan mudah ditukarkan menjadi tenaga segera.
Tip menu Ramadan untuk kanak-kanak
Masakan panas boleh menambahkan selera makan anak-anak. Sebaiknya sediakan masakan panas untuk mereka ketika bersahur.
Sediakan juadah kegemaran mereka sebagai galakan untuk berpuasa.
Pelbagikan menu masakan supaya mereka tidak jemu.
Sediakan makanan yang mudah dimakan dan mengenyangkan seperti sup dan makanan berkuah untuk si kecil.
Elakkan masakan pedas dan berempah untuk keselesaan perut mereka sepanjang berpuasa.
Pastikan menyediakan buah-buahan ketika berbuka dan bersahur.
Pastikan anak-anak minum air kosong ketika bersahur dan berbuka.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Membaca jambatan ilmu.Betapa mak ayah kadang kala terlupa, keperluan mengisi pengetahuan anak-anak dengan lambakan buku-buku berbanding gajet elektronik.Minat membaca ini sebenarnya boleh disemai dalam hati dan jiwa anak-anak sejak dari kecil.Mak ayah memainkan peranan dengan menyediakan rak buku khas yang dipenuhi dengan pelbagai jenis buku-buku bagi menarik minat anak-anak untuk membaca.
Jemput baca perkongsian pengalaman dan pendapat oleh Sue Emoqwin ini yang juga merupakan seorang penulis buku.
SEPAHKAN RUMAH DENGAN BUKU!
Saya dan kawan-kawan yang suka membaca buku ada berbual tentang bila dan bagaimana mulanya minat membaca setiap daripada kami. Ada yang bermula semasa sekolah rendah, ada sejak dari belajar di universiti, ada baru 4 tahun lepas dan seperti saya dari umur 6 tahun.
Pengalaman kami berbeza tapi ada satu kesamaan antara semua – kami terdedah kepada sekitar yang mempunyai buku (tidak kira buku apa – saya misalnya, kepada buku-buku arwah pakcik saya di kampung yang mengambil sastera di tingkatan 6 – saya adik beradik kena ‘pos’ ke kampung setiap kali cuti sekolah). Sementara itu minat membaca kawan saya yang kini suka menelaah buku falsafah dan hal-hal eksistensial bermula dengan membaca puluhan buku genre romantik bahasa Inggeris milik kakaknya semasa dia remaja!
Begitulah juga dengan yang lain; di rumah ada buku. Mungkin pada satu hari ketika di luar hujan dan kami tidak dapat keluar bermain lalu kami capai sebuah buku dan baca. Atau semasa kami tidak diizinkan keluar dari rumah sementara (grounded) oleh ibu bapa sebagai hukuman berlaku nakal; sementelah dulu tiada sebarang gajet digital untuk mengalih perhatian maka kami capai buku satu demi satu demi satu dan tahu-tahu kami sudah BIASA membaca. Bila minat ini sudah dalam sistem, kita akan sukar berhenti dan akan sentiasa mencari sesuatu untuk dibaca.
Beli Rak Buku Di Rumah
Jadi kepada ibu bapa yang risaukan anak anda belum ada minat membaca, jangan risau. Beli rak buku, isikan dengan buku-buku yang sesuai dengannya dan ada hari simpan semua gajet, tutup TV, simpan barang mainan dan keluarkan buku-buku itu dan baca bersama. Kalau mereka tak suka baca bersama tak apa, teruskan sahaja menambah ‘stok’ dengan buku-buku menarik. Jangan paksa, tinggalkan sahaja buku merata-rata (janganlah kisahkan sangat rumah bersepah sebab buku). Akan sampai harinya mereka akan diam-diam ambil dan baca.
Beli Buku Ikut Minat Anak
Lebih bagus lagi belilah buku yang berkenaan dengan minat anak anda. Kalau dia suka dinosaur dan sering layari tentang dinosaur di Youtube belilah buku tentangnya. Kalau suka filem Frozen, belilah buku bergambar puteri-puteri yang cantik. Kalau suka kereta, belilah buku seumpama. Kanak-kanak tertarik dengan visual dulu. Jika teks membuatkan dia tidak berminat, belilah komik-komik bagus yang banyak ada di pasaran.
Dan anda sendiri, bacalah di depan mereka. Bukan hanya menyuruh. 🙂
Yang penting – RAK BUKU (BERISI) IALAH PERABOT YANG WAJIB ADA DI SETIAP RUMAH jika anda mahu menanam minat membaca kepada seisi rumah terutamanya anak kecil.
InsyaAllah, mereka akan membesar menjadi pembaca.
Membaca ialah pintu kepada dunia ilmu pengetahuan yang tidak terbatas. Jangan risau jika anak anda tidak mahu masuk ke universiti sebaliknya risaulah jika mereka tidak mahu membaca.
Sue Emoqwin
Semoga perkongsian ini memberi manfaat. Jadi buat mak ayah, pastikan di rumah ada rak buku khas dan penuhikanlah ia dengan pelbagai jenis buku-buku untuk menyemai minat membaca buat anak-anak sejak dari kecil.
Ibu ini berhadapan dengan anak yang susah sangat nak makan sayur. Tapi, dia tidaklah susah hati sebab ada teknik dan cara berkesan yang buatkan anak makan sayur tanpa sedar.
Menurut Chinatsu Hayami (Mimi), anaknya Qhaleef susah sangat nak makan sayur, jadi dia mencari cara untuk buat anaknya makan sayur tanpa sedar.
“Sebab dia memang kalau nampak je sayur atau anything color hijau, confirm dia takkan makan.”
Cara Buat Anak Makan Sayur Tanpa Sedar
Paling senang jadikan puree. Then mix je dalam segala masakan yang korang nak bagi kat anak. Contoh cam kat bawah ni, Mimi mix dengan kuah spaghetti. Dia tak tau dalam kuah tu ada campuran broccoli. Sedap je dia makan cam biasa.
Ini Cara Lainnya
√ Kalau nak sedap lagi, korang boleh juga rebus sayur dalam any stock or soup. Cam chicken and fish stock or bone broth ke. Then blend jadikan puree.
√ Yang bekerja dan nak cepat, boleh je buat banyak-banyak then frozenkan. Ala buat macam baby start makan dulu. So bila nak masak apa-apa juz campurkan. Mudah sangat.
Jenis Masakan Yang Boleh Dicampur Dengan Puree Sayur
Masakan apa yang boleh campur? Macam-macam. Masak kicap, masak tomato, masak masam manis, bergedil, nasi kepal, nasi goreng, cucur, semua bolehla. Nak buat salutan untuk goreng pun boleh. Mimi pasti korang semua kreatif. Mesti macam- macam boleh buat.
Rujuk Gambar Untuk Buat Puree Sayur Kekal Zatnya
Last day mimi pakai sayur broccoli. Sebab itu je yang ada kat rumah. Korang boleh je pakai any sayur yang korang nak.
Steamkan or rebus sampai lembut. Biasanya mimi rebus dalam sup ayam bagi sedap sikit. Tapi sebab aritu tak buat sup so mimi steamkan je.
Dah lembut then blend je bagi halus.
Dah jadi puree.
Then campur je dengan any masakan. Ni mimi campur dalam kuah spaghetti bolognese. Makesure kuah tu dah mendidih dan sejuk sikit baru campur. Sebab sayur tu kita dah masak, so tak nak masak banyak kali. Risau zatnya hilang.
Kamal Adli menafikan wujud orang ketiga dalam rumah tangganya bersama Uqasha Senrose. Pelakon itu turut mengaku merindui isterinya dan menegaskan, “Saya tak curang, saya hanya ada dia dan anak.”