sitz bath

‘Sitz Bath’ atau rendaman vagina merupakan antara amalan warisan lama bagi merawat vagina serta membantu memulihkan masalah buasir. Ia sangat elok diamalkan seminggu sekali lebih-lebih lagi bagi wanita selepas bersalin dan dalam tempoh berpantang, selain bertungku, bertangas dan sebagainya. Ramuan ‘Sitz Bath’ ini terdiri daripada bahan-bahan alami dan boleh diperolehi di dapur rumah sendiri.

Berikut merupakan antara kelebihan amalan Sitz Bath dan ramuan penyediaannya yang dikongsikan oleh Sarifa Redzuan II sebagai rujukan.

Pernah dengar pasal Sitz Bath?

Istilah “Sitz Bath” berasal dari perkataan Jerman untuk “tempat duduk.”

Orang dulu dulu panggil “RENDAMAN FARAJ”. Mereka amalkan ini untuk merawat pelbagai masalah berkaitan vagina dan dubur.

Di luar negara, Sitz Bath ni sangat popular dan selalu di rekemen oleh doktor.

Jadi, tak salah lah selama ini nenek moyang kita ajar kita buat rendaman faraj. Banyak manfaatnya kan. Apa kata kita sambung amalan warisan lama ni untuk capai tahap kesihatan yang lebih baik.

Kenapa perlu buat Sitz Bath ni ?

  • Sitz Bath boleh membantu meringankan kesakitan, keradangan, bengkak atau kerengsaan di perineum, ruang antara rektum dan vulva atau skrotum.
  • Sitz Bath adalah cara mandi alat kelamin yang boleh membantu melegakan kesakitan dan keradangan serta membantu menyembuhkan luka dibahagian itu seperti melecet dan sebagainya.
  • Sitz Bath boleh juga di lakukan untuk orang yang mempunyai masalah di kawasan dubur seperti buasir, atau jangkitan di kawasan anogenital.
  • Sitz Bath boleh digunakan untuk membersihkan kawasan sekitar dubur dan alat kelamin.
  • Sitz Bath boleh memberi kelegaan dan meningkatkan penyembuhan pada wanita selepas bersalin.
  • Sitz Bath boleh memberi kelegaan kepada ketidak selesaan perut seperti kembong perut, angin dan sebagainya.
  • Sitz Bath boleh mengharumkan vagina.

Memandangkan harini kelas miss V, jadi cikgu nak kongsi ramuan WARISAN ORANG LAMA Sitz Bath ni dengan awak semua supaya kita sama sama dapat memanfaatkannya.

IKLAN

RAMUAN SITZ BATH UNTUK WANITA

Bahan-Bahan:

5 Kuntum bunga Mawar
7 Helai daun sirih
Seketul gambir
1 biji manjakani
Sedikit Pinang muda
Segenggam daun inai
1 ruas jari kunyit hidup

Cara Membuat:

Rebus semua bahan sehingga didih. Biarkan suam suam, kemudian tapis air dan masukkan dalam besen. Tambah 1 Sudu Besar garam bukit jika ada. Kalau tiada guna saja garam biasa kat dapur tu.

RAMUAN SITZ BATH UNTUK LELAKI DAN YANG BERMASALAH BUASIR

Bahan-Bahan:

5 Kuntum bunga Mawar
7 Helai daun sirih
Seketul gambir
1 ruas jari halia di ketuk
1 batang serai di ketuk
1 cawan sudu besar gel aloevera fresh
1 ruas jari kunyit hidup

IKLAN

Cara Membuat:

Rebus semua bahan sehingga didih. Biarkan suam suam , kemudian tapis air dan masukkan dalam besen. Tambah 1 Sudu Besar garam bukit jika ada. Kalau tiada guna saja garam biasa kat dapur tu.

Dalam keadaan suam suam tu. Duduklah selama 15 minit dan rehatlah sambil niat nak merawat diri kerana ALLAH.

IKLAN

Boleh amalkan seminggu sekali.

In Sha Allah, niat baik baik datang pun baik baik. Kita ikhtiar Allah Maha penyembuh.

Selamat mencuba ya.

Sumber: Sarifa Redzuan II

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI