Terbaru pelawak terkenal Shuib Sepahtu memaklumkan isterinya, Siti Sarah masuk ICU atau Unit Rawatan Rapi. Keadaan ini disebabkan oksigen Siti Sarah yang tidak berapa stabil dan keadaannya juga yang tak berapa baik.
Sejak semalam, Siti Sarah Raisuddin yang hamil tujuh bulan masih bergantung pada alat bantuan pernafasan. Turut dimaklumkan oksigennya masih belum stabil.
Sebelumnya Siti Sarah dimasukkan ke hospital disebabkan batuk dan sesak nafas.
Shuib dan isteri serta anak-anak menjalani ujian saringan Covid-19 pada 25hb yang lalu dan disahkan positif seluruh ahli keluarga. Rentetan pembantu rumahnya yang positif Covid-19.
Menerusi laman instagramnya, Shuib memohon sempena hari baik, hari Jumaat ini agar mendoakan isterinya dan anak dalam kandungan dalam keadaan selamat.
“Assalammualaikum Salam Jumaat semua,pagi tadi isteri saya telah dimasukkan ke ICU di sebabkan oksigen yang tak berapa stabil dan keadaan dia yang tak berapa baik.
Ads
SAYA MOHON DIHARI BAIK, HARI JUMAAT, DOAKAN SARAH DAN ANAK DALAM KANDUNGAN, SEMOGA DIPERMUDAHKAN URUSAN DAN SEMOGA ALLAH BERIKAN KEKUATAN UNTUK MEREKA. SEMOGA ALLAH MERAHMATI KITA SEMUA, AMIN.”
Hebat ujian buat keluarga Shuib ini, namun percayalah Allah menguji hambanya mengikut apa yang hambanya termampu. Semoga Allah memberi kekuatan kepada Siti Sarah dan bayi dalam perutnya. Serta memberikan ketenangan hati dan kemudahan juga kepada Shuib dan anak-anaknya, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8 dan Ariq Matin, 6.
Ads
Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad mendirikan rumah tangga dengan Siti Sarah pada 26 Februari 2011.
Selepas isterinya meninggal dunia pada Isnin yang lalu, Shuibmendapat perkhabaran abang iparnya pula dimasukkan ke Hospital Serdang, Selangor, akibat positif Covid-19.
Terdahulu, Almarhumah Siti Sarah Raissudin, 36, menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Canselor Tunku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia. Masih bersedih dengan kehilangan isteri tercinta, kini abang arwah Siti Sarah, Ahmad Firdous Raissuddin pula dimasukkan ke hospital.
Seperti mana yang dipetik menerusi Sinar Plus, Shuib menerangkan tahap oksigen dalam tubuh abang iparnya semakin merosot namun masih dalam keadaan stabil.
“Sudah lapan hari abang ipar saya dikuarantin. Oksigen dia juga semakin menurun, tapi keadaan dia masih lagi stabil dan dirawat di Hospital Serdang,” ungkapnya.
Malah pelawak dan usahawan ini juga akui dirinya menjadi fobia dengan virus ganas Covid-19 dan menasihatkan abang iparnya untuk terus mendapatkan rawatan.
“Saya jadi fobia. Apabila abang ipar saya menjalani pemeriksaan tahap kandungan oksigen antara 94 dan 95 peratus, saya cakap, tak payah tunggu lama-lama, pergi dapatkan rawatan segera.
Ibu Syamel meninggal dunia, salam takziah diucapkan buat penyanyi Syamel yang telah kehilangan ibu tercinta Almarhumah Wan Faaizah Karim, 55. Arwah menghembuskan nafas terakhir, jam 10.09 malam tadi selepas terpaksa ditidurkan berikutan masalah kekurangan oksigen dalam badan di sebuah pusat perubatan swasta di ibu negara sejak hampir sebulan lalu
Pemilik nama sebenar Syameel Aqmal Mohd Fodzly, 27 memaklumkan berita duka tersebut menerusi akaun Instagramnya.
“Asalamualaikum. Allah lebih menyayangi umi.
“Umi saya Wan Faaizah Karim telah kembali menghadap pencipta-Nya pada pukul 10 pm tadi.
“Doakan urusan umi saya dipermudahkan. Terima kasih kerana mendoakan umi saya selama ini,” luahnya.
Suami kepada Erni Zakri ini juga memaklumkan, dia reda dengan pemergian arwah ibu tercinta.
“Saya reda dengan pemergian arwah. Ibu menghembuskan nafas terakhir jam 10.09 malam tadi (22 Ogod) selepas lebih sebulan bertarung nyawa. Doktor sudah cuba melakukan yang terbaik, namun Allah lebih menyayanginya.
“Saya sangat sedih, apatah lagi, tidak dapat bertemu arwah ketika dirawat di hospital.
“Apapun, saya dan keluarga reda jika itu jalan yang terbaik buat arwah,” ungkap Syamel seperti mana dilaporkan menerusi BH Online.
Syamel juga memaklumkan jenazah arwah ibunya akan dikebumikan pada tengah hari ini.
Sumber Foto : Instagram Syamel
Mingguan Wanita : Salam takziah buat Syamel dan seluruh ahli keluarga atas kehilangan ibu tercinta.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Siapa yang tidak ralat, bila perkahwinan selama 16 tahun terlerai begitu saja. Bekas suami pertama tiba-tiba berubah dan mula mengabaikan keluarga. Sehinggakan dia seolah digantung tidak bertali.
Tinggallah dia bersama 6 orang anaknya dengan kehidupan yang agak susah, keadaan rumah dan bil-bil yang tertunggak kerana tidak mempunyai pekerjaan tetap.
Terlepas dari mulut buaya, masuk pula ke mulut harimau, bila perkahwinan kedua pun tidak kekal lama. Hanya mampu bertahan 9 bulan saja denga bekas suami keduanya pula.
Peritnya terpaksa dilalui oleh ibu tunggal ini. Tapi, dia tidak menyerah dan teruskan kehidupan bersama dengan 6 orang anaknya. Inilah antara perkongsian yang diberitahu oleh Natipah Abu yang terlibat dalam persatuan NGO bagi membantu ibu-ibu tunggal.
“Sebelum saya nak mulakan cerita ni, saya ingin memohon maaf jikalau ada salah dan silap.
Nama saya Alina Nor Hafizah binti Abu Hasan , berumur 42 tahun. Ibu tunggal kepada 6 orang anak yang 5 daripadanya perempuan dan 1 lelaki, berumur di antara 11 hingga 21 tahun.
Anak-anak ini, hasil perkahwinan pertama saya. Salah seorang anak saya iaitu anak perempuan sulung merupakan seorang OKU bisu dan pekak dan berumur 21 tahun.
Sejarah perkahwinan saya selama 16 tahun bersama suami pertama …saya telah digantung tidak bertali selama 2 tahun oleh beliau yang bekerja sebagai pengawal keselamatan sebelum diceraikan.
Beliau tiba-tiba berubah dan mula mengabaikan keluarga. Akhirnya beliau tidak pulang lagi ke rumah. Saya mencarinya di tempat kerja tetapi dia memaklumkan tidak ingin lagi hidup dengan saya. Rupanya dia sudah menikah lain.
Dari perbincangan saya dengan anak-anak, saya membuat keputusan untuk berpisah dengan bekas suami yang pertama.
Pada tahun 2018, saya akhirnya digelar ibu tunggal. Setiap nafkah anak dan nafkah apa pun, saya tak pernah dapat daripada bekas suami.
Semuanya saya yang tanggung. Berbagai kerja saya buat, dari kerja tukang masak sampailah ke tukang cuci rumah orang, semuanya saya pernah buat untuk menyara hidup saya dan anak-anak.
Tapi dengan kerja saya ini, membuatkan anak saya ke 3, iaitu satu-satunya anak lelaki saya, membuat keputusan untuk berhenti sekolah dalam usia 15 tahun sebab tidak mahu saya bekerja teruk untuk mereka.
Hidup kami sekeluarga memang susah, ibarat kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Itulah hidup kami sekeluarga.
Kadangkala saya terpaksa meminta ehsan daripada orang sekeliling yang sudi menolong kami. Tapi alhamdulillah anak-anak saya faham dan tak pernah merungut.
Kerja memasak yang saya tahu itulah satu-satunya sumber pendapatan untuk saya dan anak-anak sampailah saya akhirnya bertemu jodoh dengan bekas suami yang kedua pada 2019.
Tapi, odoh saya tak panjang bila saya rupanya tertipu. Terpedaya dengan janji manisnya untuk susah senang hidup dengan saya, akhirnya saya bernikah dengan seorang penagih dadah rupanya.
Hampir setiap hari saya terpaksa menanggung kesakitan yang tidak tahu untuk diucapkan dengan perkataan. Saya selalu dipukul olehnya yang menagih ais dan air ketum.
Dia perlukan duit untuk membeli bekalan dadah walhal dia tidak bekerja. Saya dan anak-anaklah yang terpaksa menanggung dia dan menanggung kos dia membeli apa yang dia mahu.
Jika saya tidak memberikan duit kepadanya, dia akan pukul, terajang dan cekik saya. Maki hamun saya di depan anak-anak sudah menjadi perkara biasa bagi saya.
Pernah sekali dia cuba hendak memukul anak-anak tapi saya menghalang kerana itu bukan anak-anak dia. Apa hak dia sedangkan, saya sendiri pun tidak pernah memukul mereka.
Saya sanggup dimaki hamun, dipukul dan disepak terajang asalkan anak-anak tidak disentuh.
Pada satu hari, kami bergaduh besar sehingga dia mengugut utk membunuh saya dan anak-anak jika saya tidak penuhi permintaan dia untuk membeli dadah.
Dia telah mengacukan sebilah pisau kepada saya. Saya akhirnya meminta bantuan majikan tempat bekerja dan beliau membuat laporan polis.
Bekas suami saya akhirnya di tangkap dan saya pun membuat keputusan untuk berpisah. Saya diceraikan lagi buat kali keduanya hanya setelah 9 bulan bernikah.
Sejak itu, tekad saya, hanya ingin hidup bersama anak-anak saja. Dan sampailah sekarang, satu-satunya kemahiran saya hanyalah memasak untuk menyara hidup kami.
Saya membuat kerja memasak di rumah untuk cod oleh anak-anak dari rumah ke rumah termasuk anak lelaki saya.
Walaupun hidup kami susah tetapi saya tetap bersyukur kerana anak-anak masih bersama saya.
Sekarang, saya menanggung tunggakan duit rumah, bil letrik dan bil air. Bekas suami pertama tidak pernah lagi bertanya khabar anak-anak. Jauh sekali menghulur wang walau sesen pun. Sayalah ibu, sayalah ayah kepada anak-anak “.
Demikianlah luahan Puan Ina. Moga ada yang sudi membantu Puan Alina Norhafizah Bintu Abu Hassan menyelesaikan tunggakan bil dan memodalkan beliau untuk sebuah gerai.
Semoga kisah beliau menjadi iktibar buat semua di luar sana untuk bersyukur dengan apa yang kita ada.
Moga Allah permudahkan segala urusan dunia dan akhirat kita.
1. Enam orang anak .. akhirnya dia ditinggal pergi begitu saja oleh suami yg telah bernikah lain.
2. Dapur seadanya .. anak-anak perempuan membantu kerja memasak.
3. “ Kalau hang nak tuntut cerai , hang jagalah anak. Tu anak-anak hang jugak. Pandai-pandai hang la nak bagi makan apa … “
Itulah syarat untukdia ditalakkan setelah digantung tak bertali selama dua tahun …
4. Anak-anak tak pernah malu .. perkahwinan kedua dijanjikan bulan dan bintang .. rupanya dia tertipu ..
Mingguan Wanita : Dugaan orang tidak sama. Semoga Puan Ina sentiasa dipermudahkan segala urusan.
APA RAHSIA KEJAYAAN KAMI JADI JUTAWAN MILENNIAL?
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Qadejah Aliff Syukri dipuji netizen apabila menegur adik lelakinya yang memukul adik perempuan. Sikap matang remaja berusia 15 tahun itu mendapat perhatian ramai.