Sumber Foto : Instagram Shuib Sepahtu & Facebook Ahmad Firdous Raissuddin

Selepas isterinya meninggal dunia pada Isnin yang lalu, Shuib mendapat perkhabaran abang iparnya pula dimasukkan ke Hospital Serdang, Selangor, akibat positif Covid-19.

Shuib Mohon Doakan Abang Arwah Siti Sarah, Oksigen Merosot Dimasukkan Ke Hospital Akibat Covid-19
Shuib bersama abang iparnya.

Terdahulu, Almarhumah Siti Sarah Raissudin, 36, menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Canselor Tunku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia. Masih bersedih dengan kehilangan isteri tercinta, kini abang arwah Siti Sarah, Ahmad Firdous Raissuddin pula dimasukkan ke hospital.

Shuib Mohon Doakan Abang Arwah Siti Sarah

Seperti mana yang dipetik menerusi Sinar Plus, Shuib menerangkan tahap oksigen dalam tubuh abang iparnya semakin merosot namun masih dalam keadaan stabil.

Shuib Mohon Doakan Abang Arwah Siti Sarah, Oksigen Merosot Dimasukkan Ke Hospital Akibat Covid-19

 

“Sudah lapan hari abang ipar saya dikuarantin. Oksigen dia juga semakin menurun, tapi keadaan dia masih lagi stabil dan dirawat di Hospital Serdang,” ungkapnya.

Nasihat Abang Ipar Dapatkan Rawatan

Malah pelawak dan usahawan ini juga akui dirinya menjadi fobia dengan virus ganas Covid-19 dan menasihatkan abang iparnya untuk terus mendapatkan rawatan.

“Saya jadi fobia. Apabila abang ipar saya menjalani pemeriksaan tahap kandungan oksigen antara 94 dan 95 peratus, saya cakap, tak payah tunggu lama-lama, pergi dapatkan rawatan segera.

“Saya mohon, tolong doakan abang ipar saya,” tulisnya.

Shuib Mohon Doakan Abang Arwah Siti Sarah, Oksigen Merosot Dimasukkan Ke Hospital Akibat Covid-19
Kenangan bersama arwah Siti Sarah.

Mulianya Cara Pemergian Almarhumah Siti Sarah, Amalan Bersedekah, Subuh, Dhuha & Surah Al-Waqiah

‘Bergembiralah Di Syurga Bidadariku Siti Sarah’ Rezeki Solat Ghaib Di Makkah

RESIPI ‘Ketam Sweet & Sour Chinese Style’, Air Tangan Terakhir Siti Sarah

Untuk pengetahuan, Arwah Siti Sarah telah mendirikan rumah tangga bersama Shuib atau Shahmira Muhammad pada tahun 2011.

Pasangan itu dikurniakan empat anak iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang dilahirkan, Jumaat lalu.

Jenazah arwah Siti Sarah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak.

Sumber : SinarPlus
Sumber Foto : Instagram Shuib Sepahtu & Facebook Ahmad Firdous Raissuddin

Mingguan Wanita : Semoga abang ipar Shuib cepat sembuh dan kembali ke pangkuan keluarga.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI