Diam tak diam, Syawal bakal menjelma. Pasti ramai yang mahu tampil bergaya di hari lebaran. Jika sudah miliki baju cantik, pastinya juga kita mahu wajah tampil berseri kerana raya hanya setahun sekali.
Namun penampilan cantik tak akan sempurna jika kulit wajah kusam, tona kulit pun tak sekata selain masalah kulit berbintik-bintik gelap yang akan merosakkan mood hari raya kita. Tapi jangan bimbang kerana set Premium Whitening Lotion dari Hada Labo akan memberikan sinaran berseri kepada wajah. Pasti si dia jatuh hati.
Sebagai jenama penjagaan kulit terkenal dari Jepun, Hada Labo bukanlah asing bagi wanita. Menekankan prinsip selamat dalam penjagaan kulit dengan ramuan yang berkesan, Hada Labo telah mempromosikan Japanese Way of Beauty untuk mendapatkan kulit berseri seperti diinginkan semua wanita.
Dalam budaya Jepun, air melambangkan penyucian dan kehidupan. Jika tidak ada air, tidak akan ada kehidupan. Samalah seperti kulit kita, penghidaratan sangat penting kerana kulit yang sihat adalah kulit yang terhidrat.
Apabila kulit terhidrat, semua masalah kulit lain (tona kulit kusam dan pigmentasi) boleh diselesaikan. Kulit kusam boleh diatasi kerana apabila kulit terhidrat, sel menjadi kenyal, cahaya dapat memantulkan lebih baik pada kulit dan akan memperbaiki tona kulit jadi lebih sekata.
Untuk mendapatkan wajah berseri dan bersih di pagi raya, apa yang diperlukan adalah rangkaian Hada Labo Premium Whitening yang mengandungi triple brightening iaitu Niacinamide, Alpha-Arbutin dan Vitamin C yang mampu memberikan tiga kali kuasa pencerahan pada kulit wajah.
Ads
Tidak menggandungi sebarang minyak mineral, wangian, alkohol, sumber haiwan dan pewarna, setiap dari kita boleh menggunakan Hada Labo sebagai rutin penjagaan wajah sebelum mengenakan sebarang solekan bagi mendapatkan hasil yang licin dan mulus.
Lebih menakjubkan sebanyak 95 peratus pengguna mengakui keberkesanan produk mengurangkan bintik hitam dan parut jerawat seawal 14 hari sementara 87 peratus mengakui kulit lebih cerah, bercahaya dan lebih berseri selepas menggunakan Hada Labo.
Inilah pencuci muka Hada Labo Premium Whitening yang buihnya boleh mengelakkan permukaan wajah kita menjadi kering.Lepas guna kulit rasa bersih dan lembut selain menghilangkan kusam pada wajah.
Mulakan rutin penjagaan wajah anda dengan Pencuci Muka Hada Labo Premium Whitening. Mengandungi tiga jenis hyaluronic Asid, kulit akan terhidrat dengan lebih mendalam selain mengelakkan permukaan wajah menjadi kering.
Ads
Hasilnya kulit wajah akan terasa bersih dan lembut selepas cucian serta menghilangkan kulit kusam.
Kemudian tuangkan Premium Whitening Lotion ke atas telapak tangan dan tepuk-tepuk bahagian wajah hingga menyerap.
Lepas cuci muka, tuangkan Premium Whitening Lotion ke atas telapak tangan dan tepuk-tepuk bahagian wajah hingga menyerap. Penggunaannya mampu mengurangkan bintik hitam dan parut jerawat, selain mengecilkan pori-pori, menghidrat dan mencerahkan kulit. Terasa kembali remaja.
Mengandungi triple brightening dengan formula baru telah dinaik taraf memberikan pencerahan pada kulit wajah, Premium Whitening Lotion mampu mengurangkan bintik hitam dan parut jerawat, selain mengecilkan pori-pori, menghidrat dan mencerahkan kulit. Ia juga membantu penjagaan kulit seterusnya untuk menyerap dengan lebih baik. Arahan penggunaan, gunakan dua kali sehari selepas membersihkan muka.
Ads
Akhiri rutin penjagaan wajah dengan mengoleskan Premium Whitening Water Gel. Dengan tekstur gel yang ringan, mudah diserap dan tidak melekit, ia menjadikan kulit terasa sangat lembap saat diratakan pada wajah.
Akhiri rutin penjagaan wajah dengan mengoleskan Premium Whitening Water Gel. Dengan tekstur gel yang ringan, mudah diserap dan tidak melekit, ia menjadikan kulit terasa sangat lembap saat diratakan pada wajah.
Sesuai digunakan sebelum mengenakan mask, ia juga membantu meratakan tona dan mencerahkan kulit.
Jadi untuk kelihatan menawan dan miliki wajah berseri di hari raya ini, dapatkan set rangkaian Pemutihan Premium Hada Labo, tersedia di semua rangkaian farmasi utama!
Boleh juga layari laman web www.hadalabo.com.my dan follow laman sosial Hada Labo di Facebook, Instagram dan YouTube.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Lebih seminggu selepas gempa bumi kuat melanda Turkiye dan Syria, jumlah kematian kini meningkat kepada lebih 40,000 di kedua-dua negara. Sejumlah 35,418 mangsa terbunuh di Turkiye, manakala lebih 5,800 lagi di Syria, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Paling menyedihkan, kata jurucakap agensi kanak-kanak PBB UNICEF James Elder kepada pemberita di Geneva lebih tujuh juta kanak-kanak terjejas akibat gempa bumi kuat dan gempa susulan besar yang memusnahkan Turkiye dan Syria minggu lalu.
PBB turut menganggarkan sehingga 5.3 juta orang di Syria mungkin kehilangan tempat tinggal susulan gempa bumi yang meranapkan lebih 5,000 bangunan termasuk tempat kediaman.
Kanak-Kanak Tersepit Di Celah Runtuhan Batu, SedihnyaSekadar Minum Melalui Penutup Botol
Turkiye yang dilanda gempa bumi 7.8 magnitud, kekuatannya bersamaan 472.4 biji bom atom yang dilepaskan serentak. Begitulah gambaran gempa yang melanda Turkiye dan utara Syria.
Banyak kisah yang menjadi teladan antara yang menarik perhatian menerusi sebuah video yang dikongsi oleh wartawan berasal dari Palestin @Muhammad Smiry mengundang simpati ramai.
Ia mengenai seorang kanak-kanak yang tersepit di celah runtuhan batu. Sementara menanti untuk diselamatkan untuk menyambung nyawanya, air hanya dapat diberi melalui penutup botol kerana hanya bahagian mukanya saja yang kelihatan sementara tubuhnya yang lain tersepit di celah runtuhan batu besar.
Namun di sebalik ujian menimpanya, dalam memastikan keadaan kanak-kanak berasal dari Syria dan menetap di Turkiye ini terus sihat, mereka yang berdekatan dengannya terus bertanyakan situasinya. Jelas, dirinya nampak berani walau dirinya mungkin tidak menyedari bahaya terus menantinya jika bantuan lambat sampai kepadanya.
Bayi Yatim Piatu Lahir Di Bawah Runtuhan, Rezeki Disusukan Isteri Pengarah Hospital
Kisah lain yang turut menyentuh jiwa seperti mana yang dilaporkan Agensi Anadol pula, anggota penyelamat di bandar Jinderis di utara Syria menemukan bayi perempuan berambut gelap lebih 10 jam selepas gempa bumi 6 Februari lalu ketika mereka sedang menggali serpihan bangunan pangsapuri lima tingkat didiami ibu bapanya.
Bayi itu ditemukan tertimbus di bawah runtuhan dalam keadaan masih bertali pusat dan kemudiannya dikejarkan ke hospital di Afrin untuk mendapatkan rawatan. Aya yang dilahirkan dalam keadaan luar biasa di bandar Jindires, barat laut Syria akan membesar sebagai anak yatim piatu.
Rezeki buat bayi perempuan bertuah ini, meskipun dilahirkan di bawah runtuhan rumah keluarganya selepas gempa bumi dahsyat dilaporkan dalam keadaan sihat dan kini disusukan oleh isteri pengarah hospital.
Ibu Aya, Afraa Abu Hadiya meninggal dunia selepas melahirkannya. Bapa dan empat adik-beradiknya turut terkorban dalam gempa itu.
“Dana Bantuan Kemanusiaan Malaysia Kepada Mangsa Gempa Bumi Di Turkiye Dan Syria Setakat Ini Berjumlah RM50 Juta” Perdana Menteri
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru pulang di tanah air selepas mengadakan lawatan sehari ke Turkiye bagi memberikan sokongan kepada pasukan penyelamat serta menzahirkan komitmen Malaysia untuk membantu rakyat negara itu yang terkesan dengan malapetaka gempa bumi. Beliau melawat Ground Zero (kawasan bencana) dan menyifatkan kemusnahan akibat gempa bumi itu “amat dahsyat dan di luar jangkaan.”
Menerusi pesanan di akaun Facebooknya, Anwar maklumkan bahawa dana bantuan kemanusiaan Malaysia kepada mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria setakat ini berjumlah RM50 juta.
Pertubuhan Peduli Insan Malaysia Prihatin Bantu Mangsa Gempa Bumi Di Turkiye & Syria
Turut mengorak langkah menghulurkan bantuan, Pertubuhan Peduli Insan Malaysia yang merupakan salah sebuah badan bukan kerajaan telah berlepas menuju ke Lubnan pada 15 Febuari lalu bagi menggerakkan misi Bantuan Musim Sejuk 3 Negara yang memfokuskan kepada rakyat Syria yang menjadi pelarian di negara itu.
Susulan gempa bumi yang terjadi di Turkiye dan telah menyebabkan banyak kemusnahan terutama di Wilayah Gaziantep, Ankara serta negara Syria, Peduli Insan akan turut membawa Misi Bantuan Kecemasan Gempa Syria Turkiye. Kehadiran pasukan Peduli Insan di Lubnan bertujuan bagi menyantuni dan mengedarkan bantuan kepada lebih 10,000 pelarian Syria yang menjadi pelarian di negara itu sebelum bertolak ke wilayah Gaziantep, Turkiye dan utara Syria.
Pasukan Peduli Insan di KLIA sebelum berlepas menjayakan Misi Bantuan Musim Sejuk.
Menurut Pengerusi Pertubuhan Peduli Insan Malaysia, Mohd Luqmanulhakim Mohd Redzuan, perancangan misi Bantuan Musim Sejuk 3 Negara sudah dilakukan lebih dari sebulan yang lalu.
“Pasukan Peduli Insan akan pergi ke Lubnan dahulu untuk memberikan bantuan musim sejuk di mana alatan seperti alat pemanas, bahan bakar, set pakaian musim sejuk, kotak makanan serta makanan panas siap hidang akan diagihkan mengikut keadaan mereka dan keperluan mendesak ketika ini” ujar Mohd Luqmanulhakim.
Pada masa yang sama Mohd Luqmanulhakim turut memberitahu, Misi Bantuan Kecemasan Gempa Syria Turkiye dilancarkan sejurus selepas mendengar khabar duka yang melanda Turkiye dan Syria yang mengakibatkan kemusnahan serta kerosakan hampir 30,000 bangunan.
Fokus utama bantuan kecemasan gempa adalah untuk diberikan kepada rakyat Syria sendiri serta pelarian Syria yang berada di Turkiye selepas melihat bantuan dunia lebih tertumpu kepada Turkiye.
Bagi tujuan penyelarasan dan koordinasi bantuan yang diperlukan, Peduli Insan akan melihat rencana keperluan daripada Kementerian Pengurusan Bencana dan Kecemasan Turkiye (AFAD).
“Kami juga akan bergerak ke Turkiye dan Syria di dalam usaha menyampaikan bantuan daripada para penyumbang untuk mangsa gempa yang kini angka kematian sudah mencecah 36,000 mangsa.
“Peduli Insan telah mengeluarkan dana kecemasan awal berjumlah RM250,000 untuk kegunaan segera dalam memberi bantuan kepada mangsa gempa di Syria dan Turkiye bermula hari pertama berlakunya bencana ini.
“Setakat ini kami menerusi pasukan di pejabat Peduli Insan di Syria dan Turkiye telah mengedarkan bantuan dari segi sokongan peralatan mencari dan menyelamat, makanan panas siap hidang, selain daripada agihan bantuan musim sejuk berbentuk set pakaian musim sejuk, selimut tebal serta sokongan perubatan dan pemulihan trauma kepada kanak-kanak dan kini keseluruhan dana yang telah berjaya dimanfaatkan adalah melebihi RM600,000,” ungkapnya lagi.
Peduli Insan juga turut memaklumkan hasil dana kecemasan itu telah berjaya disalurkan melalui lebih 10,000 makanan panas yang diusahakan sendiri melalui dapur Peduli Insan di Azaz, Syria.
Selain daripada itu, 14,000 liter diesel bagi kegunaan alatan pemanas telah diberikan kepada masjid-masjid yang menempatkan mangsa gempa bumi, 11,950 set pakaian musim sejuk telah diagihkan, 2,000 selimut tebal telah diberikan dan pasukan Peduli Insan sedang berusaha mendapatkan lebih banyak bantuan.
“Kami juga sedar tentang trauma yang dihadapi oleh kanak-kanak terutamanya apabila berlaku bencana seperti ini, dan pasukan kami telah memberikan sokongan pemulihan trauma kepada 865 kanak-kanak melalui permainan, gula-gula serta coklat dan juga program penceritaan buku kanak-kanak bagi memastikan mereka dapat berada di dalam keadaan tenang” sambung Mohd Luqmanulhakim.
Pengarah Jabatan Projek Peduli Insan, Azfar Abdullah pula memaklumkan pasukan Peduli Insan juga memberi fokus bantuan terhadap kanak-kanak yang terkesan akibat bencana itu dan telah mengenalpasti serta memberi bantuan berbentuk lampin bayi, susu formula untuk bayi kepada lebih 200 keluarga yang mempunyai bayi serta anak kecil.
Justeru itu, orang ramai yang ingin menyalurkan bantuan bagi bantuan kecemasan gempa bumi Syria Turkiye boleh membuat sumbangan menerusi akaun rasmi Bank Islam Pertubuhan Peduli Insan Malaysia bernombor akaun 07043011062082 atau menerusi www.peduliinsan.org.
Bagi mereka yang ingin mendapatkan penjelasan lanjut mengenai Kempen Bantuan Kecemasan Syria Turkiye boleh hubungi talian Peduli Insan melalui nombor 0133968840.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
“Menunggu kepulangan yang tak pernah pulang.” Syahdu suami pergi selepas tiga hari isteri tamat pantang. Beratnya ujian wanita yang dikenali dengan panggilan Jue Azur ini.
Kehilangan suami yang menjadi tempat bergantung harap, sementelah perkahwinan baru saja setahun jagung pasti saja cukup menguji.
Lebih menyedihkan sang suami pergi di saat pasangan ini bahagia menerima cahaya mata pada Februari lalu. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul segala kenyataan yang memilukan ini.
Menunggu Kepulangan Yang Tak Pernah Pulang
Perkongsian Jue Azur di akaun Tiktok meraih pelbagai reaksi netizen. Ramai yang mendoakan wanita ini terus kuat berdepan dengan takdir ini.
@jueazur terima kasih pada yang mendoakan arwah suami saya.. semoga doa itu di angkat Allah swt.. semoga syurga buat suami saya.. esok jumaat 1/4 genap 29 hari dia pergi.. Allah syg sebab tu Allah uji.. terima kasih 🙏🏼 #fyp#fypシ♬ suara asli – musicstory._
Malahan tak kurang juga yang turut sama berkongsi kisah yang sama yakni kehilangan suami di saat mengandung dan baru mendirikan rumah tangga.
Ternyata kesakitan dan kesedihan yang dialami ini turut dikongsi oleh wanita-wanita yang senasib dengannya. Rata-rata antara mereka mendoakan agara Jue Azura terus kuat dan menyatakan dia tidak keseorangan.
Selepas Tiga Hari Isteri Pantang
Punca pemergian suami Jue Azur bagaimanapun tidak dijelaskan namun terdapat beberapa komen daripada sahabat dan juga saudara arwah yang menyatakan dia pergi kerana terkena buatan orang.
Sejauh mana kebenaran itu tidak dapat dipastikan. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa arwah dan dalam masa yang sama Jue Azur terus kuat menghadapi ujian ini.
Kaum wanita seringkali dikaitkan dengan golongan yang sangat obses untuk memiliki kulit wajah yang anjal, cerah, tiada masalah pigmentasi, kekal lembab dan cantik berseri. Cemburunya rasa dalam hati bila melihat wanita lain memiliki kulit wajah yang anjal,cerah, kekal lembap dan cantik berseri-seri berbanding kulit wajah sendiri.
Apalah agaknya rahsia kecantikan yang diamalkan. Sebenarnya nak kulit wajah cantik tak susah mana pun, paling penting disiplin dan jangan malas-malas. WAJIB ikut 5 perkara asas yang dikongsikan dibawah ini.
Minum Air Secukupnya
Paling utama, cara paling mudah untuk wajah kekal lembap dan berseri adalah minum air kosong secukupnya. Ia perkara yang paling senang tapi paling susah jika nak cukupkan keperluan 3L sehari.
Ini kerana setiap 25kg badan manusia memerlukan 1L air setiap hari. Jika berat badan 50 kg maka keperluan air anda sehari adalah 2L. Jadi kiralah sendiri keperluan air ikut berat badan masing-masing.Minum air juga boleh membuang toksin dari badan, malah ia juga adalah kunci utama untuk menjana sel-sel baru.
2. Rajin Buat Rawatan Semula Jadi
Nak cantik kena rajin usaha. Salah satunya juga dengan rajin membuat rawatan kecantikan sendiri menggunakan bahan-bahan semula jadi. Boleh cuba macam-macam petua kecantikan wajah yang ada.
Antaranya cuci muka dengan air beras untuk cerahkan kulit wajah, sapu muka dengan lendir lidah buaya untuk anjalkan kulit muka, Sapu muka dengan pes buah tomato untuk merawat jerawat, jeragat dan kulit kusam, serta macam-macam lagi. Nak hasil yang berkesan kena konsisten iya!
3. Tidur Malam Secukupnya
Memahami wanita bila dah bergelar mak-mak memang agak payah nak dapatkan tidur malam yang berkualiti dan cukup. Lebih-lebih lagi bila ada anak kecil. Namun sebolehnya cuba dapatkan tidur malam secukupnya 6-8 jam setiap hari.
Ini kerana, jika sering berjaga malam dan kurang tidur akan mengakibatkan kulit wajah kelihatan kusam tak berseri, cepat berkedut serta mengakibatkan kehadiran lingkaran gelap bawah mata (eyebags). Oh No! Mesti tak nak kan, bila wajah kelihatan lebih tua daripada usia sebenar.
4. Pastikan Cuci Solekan Sebelum Tidur
Kebiasaan wanita memang suka bersolek, namun jangan sesekali rasa malas untuk cuci kulit wajah sebelum tidur. Ini kerana kulit wajah kita ni ada liang atau pori-pori yang bukan je tugasnya membenarkan kulit kita mengeluarkan peluh tapi juga untuk hasilkan sebum yang membantu melembapkan dan melindungi kulit kita secara semulajadi.
Tapi kalau kita tak cuci make up, pori-pori tadi tertutup dan menghalang sebum untuk menjalankan tugasnya. Bila sebum berkumpul, itu yang boleh mengakibatkan timbulnya jerawat dan pelbagai masalah kulit yang lain.
Antaranya:
Kulit jadi kering dan cepat berkedut
Kulit jadi kemerahan
Pori-pori wajah semakin membesar
Masalah jeragat atau pigmentasi
Bulu mata gugur & Iritasi pada mata
Bibir kering & pecah-pecah
Pemilihan Produk Bersesuaian & Selamat Digunakan
Pemilihan produk kulit wajah yang bersesuaian juga amat penting bagi menjaga kecantikan wajah. Pastikan selamat digunakan, bimbang jika tersalah pilih, bersedialah menanggung akibat, pelbagai masalah kulit nanti.
Oleh itu, memahami, fitrah wanita yang inginkan kulit wajah sihat, segar, tiada masalah pigmentasi dan berseri-seri serta mampu kekal lembap sepanjang hari, pemilihan produk yang tepat seperti “Serum Rosa E Pigmentation” keluaran Garden of Eden mampu merealisasikan impian ini.
Paling penting produk ini diformulasi daripada 100 peratus berasaskan tumbuhan semulajadi tanpa perlu rawatan laser dan sangat utama tiada kesan sampingan. Produk ini juga bebas daripada bahan kimia, paraben, mahu pun pengawet.
Secara klinikal produk ini mampu merawat masalah pigmentasi dalam masa enam minggu sahaja. Wanita yang memiliki kulit sensitif tidak perlu bimbang kerana produk ini telah diuji pada mak-mak yang memiliki kulit yang sensitif.
90 peratus wanita yang telah mencuba “Serum Rosa E Pigmentation” gembira melihat kulit wajah semakin cerah, masalah pigmentasi dapat dikurangkan dan tompok atau bintik hitam hilang dalam masa 6 minggu sahaja.
Di samping itu, selain dapat memiliki kulit wajah yang sihat, produk ini dijamin selamat digunakan dan telah mendapat Sijil Halal JAKIM. Untuk makluman, produk “Serum Rosa E Pigmentation” memperkenalkan formula penyerapan pantas, jadi wanita tidak merasa berminyak pada kulit wajah.
Berita baiknya, produk ini turut kaya dengan tumbuhan yang berasal daripada Retinoids (vitamin A) yang ditemui dalam minyak biji Rosehip yakni bahan semulajadi yang ternyata selamat.
Kamal Adli menafikan wujud orang ketiga dalam rumah tangganya bersama Uqasha Senrose. Pelakon itu turut mengaku merindui isterinya dan menegaskan, “Saya tak curang, saya hanya ada dia dan anak.”