Meriah. Itulah ungkapan pertama untuk menggambarkan suasana Fiesta Homebakers Usha-usha Biskut Raya anjuran Mingguan Wanita bersama Central Sugars Refinery Sdn Bhd (CSR) yang berlangsung pada 12 Mac 2023 lalu di Setia City Mall. Fiesta ini adalah salah satu aktiviti komuniti di bawah kempen Bangkit Wanita oleh Mingguan Wanita yang bermatlamat membantu ramai wanita memperkasakan ekonomi keluarga dan diri.

CSR Himpun Komuniti Pengusaha Biskut Raya Terbesar Dan Meriah Di Fiesta Homebakers Usha-Usha Biskut Raya

Fiesta penuh warna-warni ini telah dilancarkan oleh Yang Berhormat Hajjah Aiman Athirah Sabu, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat bersama Ketua Pegawai Eksekutif NU Ideaktiv Sdn Bhd iaitu Syamil Fahim serta CFO Central Sugars Refinery Sdn Bhd (CSR), Mohd Azahar Mohd Salleh dan isteri. Kehadiran selebriti terkenal yang juga duta CSR iaitu Marsha Milan Londoh turut mencuri perhatian.

Walaupun fiesta berlangsung sehari sahaja, namun, ia memberi pengalaman menarik dan bermakna kepada 40 pengusaha biskut raya. Inilah masanya untuk giat mempromosi produk sempena sambutan Hari Raya secara terus kepada pelanggan selain berniaga atas talian.

Selaku penaja utama fiesta, CSR melihat acara ini dari sudut positif apabila pengusaha meraih pelanggan baharu untuk tempahan pra hari raya menerusi pek sampel biskut raya yang diedarkan.

CSR Himpun Komuniti Pengusaha Biskut Raya Terbesar Dan Meriah Di Fiesta Homebakers Usha-Usha Biskut Raya

Penganjuran fiesta telah mendapat sokongan dan pujian daripada Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Hajjah Aiman Athirah Sabu. Menurut beliau, usaha ini selari dengan kempen anjuran pihak kementerian iaitu Wanita Bangkit. Beliau turut menyarankan agar akan ada kerjasama antara penganjur Fiesta Homebakers di masa akan datang bersama kementeriannya.

IKLAN

Pihak CSR pula melihat penganjuran ini sebagai salah satu usaha terbaik  mendekati komuniti pengusaha biskut, kek, pastri, roti dan lain-lain. Menerusi fiesta ini juga, pihak CSR turut giat mempromosikan kempen pengambilan gula secara sederhana di kalangan penggunanya bagi mengurangkan kadar obesiti dan kencing manis di kalangan masyarakat.

Padat dengan pelbagai aktiviti menarik, kemeriahan fiesta ini dimulakan dengan pertandingan susun biskut raya disusuli dengan pertandingan Biskut Raya Gergasi Challenge X pelajar Kulinari. Pertandingan unik ini menerima penyertaan 36 pelajar dari Saito College Universiti, Food Institute of Malaysia (FIM) dan Institut Kemahiran Belia Negara, Kemasek Kemamam Terengganu.

CSR Himpun Komuniti Pengusaha Biskut Raya Terbesar Dan Meriah Di Fiesta Homebakers Usha-Usha Biskut Raya CSR Himpun Komuniti Pengusaha Biskut Raya Terbesar Dan Meriah Di Fiesta Homebakers Usha-Usha Biskut Raya

Pertandingan menguji kreativiti para pelajar kulinari menghasilkan biskut raya terbesar dengan mengekalkan rasa sebenar dan bentuk asal biskut. Juara iaitu Kumpulan Zucchero dari IKBN membawa pulang wang kemenangan berjumlah RM700, serta nilaian RM10,000 bagi artikel mengenai sekolah masakan terbaik, hadiah iringan tajaan  CSR serta sijil penyertaan. Zucchero telah menghasilkan biskut raya Giant Golden Cornflakes seberat 15 kilogram dan menggunakan gula jenama CSR sebagai salah satu bahan utama mereka.

IKLAN

Pemenang kedua dan ketiga dimenangi oleh pelajar dari Food Institute of Malaysia yang menerima wang tunai RM500 dan RM300. Bagi tempat saguhati, hadiah sampingan dan sijil disediakan buat kesemua pelajar yang bertanding.

CSR Himpun Komuniti Pengusaha Biskut Raya Terbesar Dan Meriah Di Fiesta Homebakers Usha-Usha Biskut Raya

Fiesta juga diserikan dengan kemunculan Arieni Adriena, pengasas Gula Cakery yang melakukan demo bancuhan topping biskut serta cara menghias. Menurut Arieni, ia adalah sesuatu yang amat mudah disediakan dan jika mahir dengan ramuan bancuhan, biskut boleh dihias secara kreatif dan menarik. Selain itu sesi demo membuat biskut kurang manis dan gerenti sedap turut ditunjukkan oleh pengasas Easy Bake Lab iaitu CikDayang yang sangat popular menjalankan kelas-kelas masakan PJJ.

Antara aktiviti menarik lain untuk penyertaan pengunjung ialah acara pertandingan tekan-tekan semperit, teka biskut raya yang begitu gamat bersama Marsha Milan apabila peserta ditutupkan mata dan perlu meneka nama biskut yang diberikan.

IKLAN

Keceriaan fiesta berterusan dengan sesi demo bersama penaja bersama iaitu marjerin Adela bersama Chef Azreen yang menunjukkan cara membuat biskut Pecan Crispy Caramel seterusnya bersama pihak Fruttose dalam segmen Citra Rasa Fruttose.

Pengunjung turut berpeluang menerima banyak hadiah tajaan CSR menerusi Pop Kuiz bersama CSR yang menguji pengetahuan peserta tentang produk keluaran. Acara ini secara tidak langsung mendedahkan pengunjung tentang penggunaan gula keluaran CSR yang berbeza mengikut jenis gula, contohnya BETTER BROWN yang sesuai untuk penyediaan pelbagai jenis minuman dan makanan. GULA KASTOR yang sesuai untuk kek, biskut, kuih-muih dan manisan dan GULA AISING yang sesuai untuk topping kek & pastri.

CSR Himpun Komuniti Pengusaha Biskut Raya Terbesar Dan Meriah Di Fiesta Homebakers Usha-Usha Biskut Raya

Kemuncak kemeriahan fiesta adalah pengumuman pemenang tiga kategori vendor iaitu Vendor Sampel Biskut Terlaris dimenangi oleh Ayu Bakery.  Bagi kategori Vendor Booth Tercantik dimenangi oleh The Kelopak Bakes dan Vendor Paling Aktif Promosi di Sosial Media iaitu Yums Delicacies. Setiap pemenang membawa pulang sejumlah 36 kilogram gula Better Brown tajaan CSR. Hadiah yang sangat bernilai bagi para homebaker. Sebagai penutup tirai fiesta, semua vendor terlibat turut diberikan sijil penghargaan penyertaan.

Fiesta Homebakers ini boleh dijadikan platform permulaan membawa jenama para pengusaha biskut melakar kejayaan lebih besar di masa akan dan semoga dapat menyertai lagi fiesta seumpamanya untuk siri kedua pula.

Untuk mengetahui lebih banyak maklumat tentang CSR, boleh klik link ini CSR Teman Sajian

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI