Nak basuh baju pun kena ada cara sebab pakaian yang lembut akan membuat si pemakai rasa selesa. Kadang ada bahan pakaian memang nampak bagus tetapi tak selesa dipakai. Kain yang keras juga akan menyusahkan anda untuk melakukan aktiviti.
Usah bimbang, kali ini anda boleh dapatkan tip mudah menjadikan T-shirt lebih lembut hanya dengan menggunakan garam. Semak tip lengkap ini…
Ads
Sediakan bahan:
2,5 liter air
100 gram garam
Ads
Caranya:
1. Siapkan air dalam baldi.
2. Tambahkan garam dan kacau rata.
3. Rendam pakaian yang ingin dilembutkan di dalam cairan lebih kurang 3 hari.
4. Cuci dengan sabun seperti biasa dan keringkan.
Ads
Cara mudah ini akan membuat pakaian anda lebih lembut dan tidak keras ketika sarung. Garam juga boleh digunakan untuk menghilangkan kesan kotoran degil pada kain. Selamat mencuba dan semoga informasi ini bermanfaat, ya!
Normal jika wanita akan jadi stres ketika ‘datang bulan’. Kesan paling ketara, pengaliran darah haid menyebabkan badan wanita lebih lesu pada awal peringkat. Tetapi tidak cukup dengan dugaan itu, anda mungkin melalui pengalaman darah haid ‘bocor’ hingga kesannya boleh terkena pakaian anda. Jangan panik, tip kali ini membantu anda untuk cuci dengan lebih mudah dan cepat.
Siramkan pakaian kotor anda dengan air suam-suam kuku dan siram di bahagia kotor. Aliran air akan membuat kesan darah luntur. Tapi jangan guna air panas ya. Kemudian anda boleh menggunakan sabun untuk menghilangkan sisa-sisa kesan darah. Gosokkan sabun di bahagian terkena darah dengan menggunakan sikat atau jari. Sabun mandi biasa atau sabun cuci tangan lebih cepat hilangkan kotoran degil.
Celupkan kain lap dalam cecair cecair peluntur, sapu di baju yang terkena darah. Tetapi jangan tuang secara terus, nanti rosak baju anda. Kemudian siram baju dengan air sejuk dan cuci seperti biasa. Penggunaan cecair peluntur ini lebih sesuai untuk pakaian warna putih atau terang sebab cairan ini boleh membuat warna kain pudar.
Kalau anda tidak ada sabun, cecair peluntur, atau detergen, anda boleh cuba gunakan pil aspirin untuk membersihkan kesan darah. Caranya hancurkan pil aspirin, larutkan dalam air. Kemudian sapu aspirin di bahagia kotor dan cuci hingga bersih.
Satu lagi cara mudah untuk menghilangkan kesan darah adalah dengan menggunakan baking soda. Caranya cukup mudah, sapu baking di bahagian darah, kemudian gosok sehingga pudar dan cuci seperti biasa.
Ingat ya, kalau darah sudah kering, lebih sukar untuk membersihkannya. Semoga info ini memudahkan kerja harian anda.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Ada bermacam cara nak goreng ikan. Ada yang lumur garam, kunyit. Ada juga yang letak perapan ketumbar, barang merah dan garam. Resipi goreng ikan Emerilda Sani ini simple saja. Tapi memang sedap dan power!
5 ekor ikan kembung / selar kuning
2 sudu besar asam jawa Xtra
Garam
1. Perap ikan dengan asam jawa dan garam. Kalau boleh at least 30 minit. Untuk serap rasanya… lebih lama, lebih bagus. Paling cepat.15 minit pun ok.
2. Goreng! Sampai garing. Api dapur biar perlahan tau.
3. Hidangkan dengan kicap jeruk.**
1 biji bawang besar
1 batang cili merah
4 biji limau kasturi
Kicap masin dan manis
1. Hiris nipis kesemua bahan.
2. Perah air jus limau kasturi ke dalam bahan-bahn yang dihiris. Kemudian hiris juga limau dan letak bersama bahan hirisan.
Khairul Azmi Mohd Saat @ Azmi Caliph Buskers antara pemimpin yang memperdengarkan bacaan ayat suci Al-Quran, surah Al Ma-un ayat 1-7 dengan menggunakan Al-Quran Braille dalam program sejam bersama Al-Quran, Malaysia #QuranHour semalam.
Vokalis hebat, ini bukan saja merdu mendendangkan lagu-lagu romantis mahupun ketuhanan, malah terkesan sekali kala menyemarakkan alunan ayat suci Al-Quran kepada sejumlah 5000 peserta yang hadir.
Ada satu surah yang benar-benar menjentik hati penyanyi cacat penglihatan ini iaitu surah Al Insyirah. Surah ini pendek saja. Ada 8 ayat yang terkandung di dalamnya. Kenapa surah pendek ini begitu mengesankan jiwa Azmi?
“Tanyalah kawan-kawan, setiap kali mengimamkan solat, inilah surah wajib yang akan saya baca. Ianya surah yang menerangkan hati. Biarpun saya tak nampak, tapi hati saya terang dan tenang.”
Benarlah pengakuan Azmi itu, sebagaimana sabda nabi Muhammad s.a.w “Barangsiapa membaca Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku”.
Ketika hati susah dan gundah gulana, bacalah surah ini, semoga ia dapat melapangkan dada yang sempit dan resah itu.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
(1) Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?
(2) Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);
(3) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
(4) Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
(5) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
(6) Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
(7) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
(8) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).
Al-Quran Braille sinonim dengan jiwa Azmi sejak dari usia 8 tahun lagi. Sampailah tiga tahun lalu, barulah Azmi kenal dengan Braille tulisan Jawi. Dia ambil masa beberapa tahun untuk mahir dengannya.
Kebolehan menguasai Al-Quran Braille membolehkan Azmi menyertai pertandingan musabaqah Al-Quran di peringkat sekolah. Bukan sekali dua bertanding, malah Al-Quran sudah menjadi sebahagian daripada hidupnya.
Walaupun tak lagi menyertai pertandingan sedemikian, Azmi masih meneruskan rutin membaca Al-Quran bersama iseri, Nazira Muhammad. Ketika dia membaca, isteri akan mendengar dan begitulah sebaliknya.
Kata Azmi, rakan-rakan yang senasib dengannya jangan menjadikan kekurangan penglihatan sebagai penghalang dari belajar mengaji.
Di Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) turut menganjurkan kelas pengajian Al-Quran Braille yang bertempat di Kompleks MAB, Brickfields. Ini salah satu usaha murni untuk meramailah lagi Orang Cacat Penglihatan yang celik Al-Quran