Shuk Sahar berusaha bersungguh-sungguh menangani hati isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshafera atau Sera. ‘Gimik’ Shuk Sahar membawa rombongan meminang menjadi hinggakan Sera terkejut.
Mana tidaknya ketika itu Sera sedang mengadakan sesi ‘live’ bersama pengasas sebuah produk kecantikan di kediamannya.
Shuk Sahar Tawan Hati Isteri, Mohon Maaf
Hati Sera begitu tersentuh dengan bukti kesungguh Shuk untuk memenangi semula hati isterinya. Manakan tidak terkejut Shuk bukan sahaja membawa rombongan malah membawa hantaran dan siap kedengaran paluan kompang ketika sesi ‘live’berlangsung.
Malah Shuk yang tampil lengkap berbaju pengantin bersama rombongan menyatakan hasrat untuk meminang semula Sera.
Ternyata kejadian yang berlaku secara ‘live’di akaun Instagram milik mereka berdua itu, bertambah gamat apabila Shuk sengaja mengusik Sera dengan menyatakan mahu meminta keizinan untuk dia berkahwin.
Ads
“Dikesempatan ini saya nak minta maaf pada awak. Harap awak boleh terima saya balik. Boleh ke maafkan saya,” soal Shuk kemudian dijawab dengan anggukan dan pasangan ini saling bersalaman.
Diharap hubungan pasangan ini kembali pulih dan kesempatan yang diberi oleh isteri diharap Shuk tidak persia-siakaan.
Sebelum ini Sera telah mendedahkan tentang kecurangan suaminya dengan seorang wanita lain hingga menggemparkan industri hiburan tanahair.
Shuk menerusi perkongsinya sebelum ini juga tampil mengakui kesilapannya dan menyatakan bukan sesuatu yang mudah untuk menjernihkan keadaan yang berlaku.
Malah dia juga tidak menafikan bukan mudah untuk menjernihkan semula air yang keruh, namun sanggup berbuat apa sahaja demi mendapatkan semula keluarganya.
Demi dua anaknya, Nur Qurratu Ain, 5, dan Nur Assyifatu Aimy, 2 tahun Shuk sanggaup berbuat apa sahaja.
Ads
“Setiap orang melakukan kesalahan… dan ini adalah kesalahan dan kesilapan saya.
“Ya, bukan senang dan bukan mudah untuk menjernihkan semula air yang telah keruh.
“Apa pun saya sanggup demi dapatkan balik keluarga dan kebahagian saya,” luahnya menerusi Instagram miliknya.
Dia dan Sera mendirikan rumah tangga pada 2015 di Kampung Ulu Sapi, Beluran Sandakan, Sabah. Dan dikurniakan dua orang cahaya mata.
Bila anak jatuh katil, mak-mak jangan anggap dan merasakan tidak ada apa-apa yang berlaku pada anak. Lebih-lebih lagi bila ia melibatkan kepala, inilah yang selalu ditekankan terutamanya buat anak-anak kecil.
Mak-mak rasa, anak selepas umur setahun, kepala sudah kuat terima tekanan. Sebaliknya, bila anak jatuh katil, tak kira katil rendah atau tinggi, kena perhatian.
Selalunya, bila keadaan diri anak selepas sejam atau lebih mengalami muntah-muntah, pasti akan ada sesuatu yang tidak kena. Bimbang ada pendarahan atau gegaran pada kepala anak akibat jatuh katil.
Inilah yang dialami oleh anak comel, Inara Keisha yang berusia 2 tahum. Menurut ibunya, Marina Mohd Hanafiah, semua ini berlaku dalam sekelip mata. Iuti perkongsian lebih lanjut seperti yang diceritakan olehnya.
Tanggal 9 April 2022, Inara Keisha begitu teruja untuk bermain ‘sorok-sorok’ dengan ayahnya. Inara lompat-lompat bersama ayahnya di atas katil. Tiba-tiba dia terjatuh ke lantai. Tak sempat ayahnya sambut, dia jatuh ke lantai dengan kepala jatuh dulu.
Selepas kejadian itu, anak terus jadi tidak aktif dan merengek saja. Bila kakaknya ajak bermain, dia tak layan. Lebih kurang jam 12 tengah malam, Inara banfun dan muntah-muntah. Itu selepas 2 jam dia tidur dan minum susu.
Melihat keadaan diri Inara, suami terus ambil keputusan untuk terus bawa kek hospital bahagian kecemasan pada malam tu juga.
Masa kat kecemasan itulah, doktor tahan sebab nak pantau selama 6 jam. Lebih kurang 6 pagi, doktor benarkan balik dengan alasan Inara nampak ok dan tidak ada tanda-tanda muntah.
Pada jam 9 pagi, suami buatkan susu untuk Inara, tapi belum sempat hadam, dia terus muntah. Begitu juga selepas mandi, bagi susu dalam tempoh 15 minit terus muntah.
Comelnya Inara, gambar sebelum berlakunya peristiwa jatuh katil.
Bawa Ke Bahagian Kecemasan Lagi
Melihat keadaan anak yang masih muntah, suami terus bawa ke hospital, bahagian kecemasan.
Salam jam 4 petang, doktor meminta anak berpuasa sebab nak buat CT Scan pada jam 5 ptg. Sebaik buat CT Scan, terus anak di bawa masuk ke redzone.
Masa inilah, ramai doktor datang dan beritahu saya tentanf keputusan CT Scan. Apa yang diberitahu oleh doktor, ada pendarahan dalam kepala anak dan melihat keadaan dirimya, semakin teruk dan perlu lakukan pembedahan sama ada di Sandakan atau di Kota Kinabalu. Ahli keluarga saya jauh di Kuala Lumpur kerana saya ikut suami merantau dan bekerja di Sandakan.
Hanya Allah saja yang tahu perasaan saya waktu itu. Rasa nak pitam dan saya menangis depan doktor dan jururawat. Terus hilang rasa malu.
Anak ditahan di wad dan bermulalah lagi kisahnya. Bila anak di wad, terus jadi tidak aktif dan kerap tidur. Lagipun dia kena puasa semalama kerana doktor nak bafi dia rehat otak, bimbang bila minum susu, dia akan muntah, mungkin nanti bagi tekanan pada otaknya.
Keesokan harinya, 11 April 2022, anak saya masih lagi tidur. Bila bagi susu pun nampak dia tak larat. Pada jam 4 petang, tiba-tiba saya dapat kunjungan pakar bedah otak dari Hospital Kota Kinabalu.
Dia hanya pandang sekali lmelihat keadaan anak saya. Terus dia cakap, “Puan, anak puan nampak sangat tidak normal sebab tidur saja.” Dia minta untuk teruskan CT Scan pada malam ini juga dan minta anak saya berpuasa lagi. Sedih sangat bila tengok Inara.
Dalam jam 8 malam, Inara di bawa ke pusat CT Scan dan tunggu di wad untuk dapatkan keputusan.
Lebih kurang jam 9 malam. Masuk dua orang doktor dan memberitahu hasil CT Scan kedua, nampak pendarahan dalam kepala anak makin banyak dan telah merebak ke tempat lain. Ada juga darah beku.
Jadi, Inara terpaksa buat pembedahan kecemasan pada malam itu juga untuk selamatkan nyawanya.
Rasa lemah lutut dan nak pitam bila doktor beritahu. Jika kami tidak lakukan pembedahan ini, oa boleh beri risiko pada nyawa anak saya. Tak dapat bayangkan anak yang baru berusia 2 tahun 2 bulan akan buat pembedahan major.
Dalam jam 12.20 pagi hingga 4 pagi, anak saya selamat jalankan pembedahan. Walaupun pembedahan itu berisiko tapi bersyukur sangat kerana dengan kuasa Allah, semuanya selamat.
Inara terima 11 jahitan di kepala dan doktor keluarkan darah beku sebanyak 2cm. Alhamdulillah, selepas sebulan, Inara makin sihat.
Selepas pembedahan major, 11 jahitan di kepala dan keluarkan darah beku sepanjang 2cm.
Semakin baik selepas pembedahan.
Jadikan Iktibar
Apa yang boleh saya katakan, kalau anak kita yang berusia bawah 5 tahun, elakkan dari tidur atas katil dan perkara tak diingin.
Sebelum ini, kami dah lama tak tidur atas kati, hanya guna tilam. Tapi bila anak kedua, kami pindah dan suami belikan katil. Tak sangka akan jadi begini.
Lagi satu, jangan cepat anggap anak jatuh katril atau tempat rendah sekalipun, tak akan ada apa-apa kesan. Ingat, lepas anak jatuh dan ada mengalami muntah-muntah. Itu tanda tak normal. Mungkin ada pendarahan dalam kepala.
Moga kita dijauhkan dari semua ini.
p/s: Ketika menghubungi Puan Marina, Inara dah dibenarkan pulang ke rumah selepas sebulan berada di hospital. Keadaan Inara semakin baik dan sihat. Alhamamdulillah.
Keadaan terkini Inara, semakin sihat dan ceria.
Keluarga bahagia Puan Marina bersama suami dan dua orang anaknya.
Mingguan Wanita: peringatan untuk mak ayah. Kadang-kadang kita dah beringat tapi kalau nak jadi. Kun fa yaa kun. Moga kita semua dilindungi. Aamiin.
Macam-macam cara boleh digunakan untuk meluahkan kegembiraaan atas kelahiran anak tersayang. Kreatifnya seorang ayah dalam mencipta kelainan sempena meraikan kelahiran anaknya yang diberi nama Jowan dua minggu lalu dengan membuat karipap bersaiz gergasi.
Menurut Metro.uk, Tim Fuge, 33, dari Liskeard, Cornwall England mengambil masa dua jam setengah untuk menyiapkan karipap berinti hirisan daging, bawang dan kentang.
Bapa kepada tiga anak ini mencari resipi dan kaedah pembuatan karipap berkenaan di internet dan berjaya menghasilkan kuih seberat 2.8 kilogram, sepanjang 50 sentimeter bersamaan saiz ukuran anaknya.
“Saya menambah semua ramuan dan bahan-bahan pada alat penimbang, sehingga mencapai berat bayi ketika dia dilahirkan,” ujar Tim
Kata Tim lagi, mereka membuat keputusan untuk membuat pastri kerana kedai pastri kegemaran mereka tutup kerana Perintah berkurung. Malah baginya cabaran paling sukar ketika menyiapkan kuih itu ialah mendapatkan dulang bersesuaian untuk saiz karipap berkenaan.
Luang Masa Bersama Anak-Anak
Tim yang bekerja sendiri berada di rumah dan meluangkan masa bersama anak-anak selepas kerajaan mengarahkan rakyatnya berada di rumah ketika wabak koronavirus (Covid-19) melanda dunia.
“Sebelum ini, saya tidak mempunyai masa untuk memasak dan kini berpeluang menghabiskan banyak masa dengan anak-anak.”
“Saya cuba ketepikan memikirkan mengenai masalah kewangan, malah menikmati saat-saat gembira yang saya tak pernah terfikir ada ketika bersama anak-anak.”ujarnya.
Dalam pada itu, isterinya Jen, 32, bersama dua anak lelaki mereka Aiden dan Rory masing-masing berusia empat dan dua tahun begitu teruja melihat karipap saiz gergasi.
Tim sekeluarga berjaya menghabiskan karipap selepas 19 jam kemudian.
Pelajar tingkatan tiga jatuh asrama kritikal, ibu rayu doa orang ramai anak kembali pulih. Tiada yang lebih menyakitkan daripada melihat darah daging sendiri terbaring...