Sememangnya pemergian Siti Sarah diratapi seluruh negara, paling hiba apabila Raisuddin Hamzah diberitahu oleh menantunya, Shuib yang anaknya Siti Sarah sudah kembali ke ramahtullah.
Kehilangan orang yang kita sayang sangatlah pedih. Apatah lagi seorang bapa terpaksa berhadapan dengan pemergian anak tercinta ke negara abadi.
Raisuddin Reda “Shuib Datang Berjumpa Melutut Di Depan Saya, Katanya, Siti Sarah Dah Tak Ada”
“Saya rasa dunia ini macam sesepi-sepinya”,”itulah ungkapa yang diluahkan oleh bapa kepada Almarhumah Siti Sarah seperti mana yang dipetik menerusi Harian Metro Online.
Begitulah perasaan yang begitu sedih dinyatakan oleh Raisuddin ketika majlis tahlil dan bacaan Yassin untuk anak arwah anaknya malam tadi.
“Shuib datang berjumpa saya. Dia datang dengan senyuman. Dia melutut di depan saya dan dia kata, Siti dah tak ada.
Ads
“Apabila berlakunya perkara ini, saya tak berkata apa-apa. Saya tak tahu nak kata apa,” sambung Raisuddin yang baru saja menamatkan proses kuarantin kendiri pada semalam.
Reda dengan ketentuan Ilahi, Raisuddin anggap apa yang terjadi merupakan takdir.
“Apa yang berlaku adalah satu ketentuan yang ditetapkan oleh Allah. Bukan rancangan kita atau sesiapa. Ini yang dikatakan takdir.
“Marilah kita sama-sama doakan dia. Doakan agar dia tenang di sana. Kita cuma hanya dapat mengenang, tapi dia takkan kembali,” akhiri Raisuddin yang hilang kata-kata saat mengetahui anaknya sudah tiada.
Tak dinafikan ramai golongan yang terkesan akibat pandemik Covid-19, hingga ada yang terputus bekalan makanan harian. Rezeki lebih yang ada tak salah untuk dikongsikan dengan mereka yang memerlukan.
Rupanya dalam diam, pelakon veteran Wan Maimunah Wan Abdul Aziz, 64, menggerakkan Akademi Wan Maimunah and Friends (WNF) yang ditubuhkan pada 2019 untuk menghulurkan bantuan kepada golongan terkesan dengan impak penularan pandemik COVID-19.
Baru-baru ini, Akademi WNF bersama Badan Kebajikan Guru Sekolah Kebangsaan Desa Aman (BKGSKDA), Selangor mengagihkan 100 bakul makanan kepada keluarga murid sekolah terbabit.
Sudah hampir 50 tahun menceburkan diri dalam industri seni, Wan Maimunah yang yang cukup terkenal dengan watak air mata memberitahu, projek itu mendapat sokongan Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (MERCY Malaysia).
“MERCY Malaysia menyediakan 100 bakul makanan untuk diagihkan kepada anak-anak yatim, miskin dan asnaf di Sekolah Kebangsaan Desa Aman (SKDA).
“Ramai keluarga murid di sekolah itu yang terkesan dengan pandemik COVID-19. Dengan izin Allah, saya terpanggil untuk membantu serba sedikit.
“Saya sedih mendapat tahu keperitan dilalui murid sekolah itu melalui anak saya, Rosnita Ismail yang juga guru di SKDA.
“Jadi apa salahnya, saya berusaha dengan badan kebajikan sekolah terbabit untuk menghulurkan sumbangan,” katanya.
Sebagai permulaan, proses agihan bantuan yang dikendalikan secara pandu lalu di lobi SKDA menyerahkan 70 bakul makanan. Baki 30 bakul makanan akan diagihkan Sabtu ini, di lokasi sama.
Wan Maimunah berkata, dia menangis sebaik mendapat tahu ada ibu bapa yang menghubungi kakitangan sekolah dan memberitahu mereka terputus bekalan makanan selepas dijangkiti COVID-19.
“Apabila mendapat tahu kebanyakan kakitangan dan murid di sekolah itu terkesan akibat impak penularan COVID-19, takkanlah saya berdiam diri.
“Saya diberitahu ada keluarga yang cuba mendapatkan bantuan jiran tetapi tidak disahut. Benar, perkara ini tidak terjadi kepada kita, jadi kita mungkin tidak faham.
“Namun, Allah memberi hidayah dan petunjuk kepada kami anak-beranak untuk membantu. Alhamdulillah, kami dapat berganding bahu agih bantuan agar mereka dapat meneruskan hidup,” katanya.
Wan Maimunah berkata, dia memastikan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi ketika bantuan diagihkan.
“Saya sedar mengenai risiko jangkitan. Jadi, saya sentiasa memakai pelitup muka, sarung tangan dan sebagainya ketika membuat agihan. Selebihnya, saya berserah kepada Allah dan bertawakal,” katanya.
Sebelum ini, Ramadan lalu, Wan Maimunah menyumbang 100 bakul makanan kepada insan memerlukan.
“Saya tidak pandai membuat surat atau mengirim e-mel memohon sumbangan orang ramai. Semua ini dilakukan atas bantuan anak dan suaminya yang tidak putus berusaha.
“Mudah-mudahan ada lagi pihak yang sudi memberi sumbangan untuk diserahkan kepada golongan memerlukan,” katanya.
Wan Maimunah juga bersyukur banyak pihak sudi bekerjasama dengan Akademi WNF mengagihkan bantuan kepada golongan memerlukan.
“Apa yang saya usahakan ini bukanlah mengharapkan balasan atau mengejar nama. Saya ikhlas membantu kerana tidak sanggup mendengar kisah sedih mereka yang terkesan dek pandemik COVID-19.
“Insya-Allah, selepas ini saya mahu merealisasikan majlis qiamullail bersama artis legenda seperti Norlia Ghani, Mek Habsah, Shaharuddin Thamby dan ramai lagi,” katanya.
Akademi WNF ditubuhkan selepas Wan Maimunah dinobatkan Tokoh Wanita Negeri Melaka pada 2019.
Mingguan Wanita : Alhamdulillah, tahniah Wan Maimunah atas usaha kecil ini namun besar maknanya bagi golongan yang memerlukan. Semoga ramai antara kita yang dapat mencontohi usaha seperti ini.
Allahuakbar, beruntunglah dikau, diberi syahid, didoakan ratusan keluarga syuhada. Menurut Nadir, pada awalnya Siti Sarah mahu rahsiakan ibadat korban yang dia lakukan di Gaza.
Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman dihubungi penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin untuk menyertai ibadah korban di Gaza sempena sambutan Aidiladha, Julai lalu.
Nadir dalam satu hantaran di Facebook memaklumkan dia terkejut apabila mendapat tahu Siti Sarah sudah meninggal dunia pagi hari ini menerusi Instagram suaminya, Shuib.
“Tersentap kejap bila baca berita daripada Shuib mengenai pemergian Siti Sarah. Saya baru dihubungi Siti Sarah sebelum raya Haji (Aidiladha) lepas untuk dia ikuti program korban kami di Gaza.
“Masa tu saya terkejut bila dia maklumkan nak korbankan seekor lembu dengan harga belasan ribu ringgit, bukan satu bahagian saja. Ia seolah-olah dia sedang mengejar memberatkan timbangan amal kebaikannya yang terakhir,” katanya.
Menurut Nadir, Siti Sarah juga kerap berhubung dengannya untuk mengetahui perkembangan saudara Islam di bumi Palestin.
“Selepas itu dia kerap berhubung dan bertanya mengenai keadaan saudara-saudara kita di Palestin.
“Rupa-rupanya Allah takdirkan nyawa dia diambil dalam keadaan dia memikirkan umat, peduli dengan nasib mereka malah didoakan ratusan penduduk di sini yang merasa daging pada tahun ini.
“Beruntunglah dikau, diberi syahid sambil didoakan ratusan keluarga syuhada akhirat di bumi berkat. Semoga engkau tenang di sana, al-Fatihah,” tulisnya.
Dalam masa sama, Nadir turut berkongsikan perbualannya dengan Siti Sarah melalui mesej peribadi di Instagram pada 12 Jun lalu.
Antara perkara yang dikongsikan adalah mengenai urusan pembelian seekor lembu untuk tujuh bahagian korban. Ia membabitkan bapanya, Raissuddin Hamzah; Allahyarham ibunya, Nur Aini Mohamad; suaminya, Shuib dan tiga anak mereka.
Nadir juga sempat bertanya jika dia boleh berkongsi perkara itu kepada umum, namun Sarah seboleh-bolehnya mahu merahsiakannya.
Bagaimanapun Sarah mengizinkan Nadir untuk berkongsi perkara itu sekiranya ia memberi manfaat kepada umat Islam di negara ini.
Selain itu, Sarah juga mengambil peluang bertanyakan kepada Nadir mengenai keadaan semasa di Palestin yang kembali diserang Israel.
Siti Sarah, 37, disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM), di sini, jam 5.13 pagi, hari ini.
Perkara itu dikongsi Shuib di akaun Instagram miliknya serta satu kenyataan ringkas yang dikeluarkan pihak pengurusan penyanyi lagu Kesetiaan itu, Indigital Music.
Mingguan Wanita : Kematian yang dicemburui, kebaikannya di akhir hayat menjentik kita semua. Semoga syurga balasannya. Al-Fatihah.
Ingatkan, media sosial yang digodam, tapi telefon bimbit pun sama. Telefon bimbit inilah yang boleh dikatakan satu keperluan yang mesti ada pada setiap orang.
Bayangkan satu hari anda tak ada telefon bimbit, rasanya hudp mesti tak tenang. Ukan apa pun tapi ia amat perlu untuk berhubnuga, baik dalam kekeluargaan, mahu pun dalam pekerjaan.
Bayangkan telefon yang kita pakai hari-hari digodam dan segala maklumat telah diambil oleh orang yang tidak kenali. Apatah lagi, swegala maklumat sekarang hanya pada telefon bimbit saja.
Bahayanya bila maklumat digodam dan segala maklumat dalam whatsap diketahui oleh orang lain. Macam mana nak cegah keadaan ini.
Abang polis dari IPD Daerah Taiping ini ajar satu persatu cara kita nak elakkan whasap kita digodam oleh orang luar. Ingat, apa-apapun, sekuriti penting untuk elak orang luar hijack maklumat yang ada dalam telefon bimbit kita.
Bagi mengelakkan whatsap kita digodam, boleh lakukan langkah-langkah pencegahan yang diajar oleh abang polis ini.
Kemaskini dua langkah pengesahan(two step verification) dalam aplikasi Whatsapp untuk langkah-langkah pencegahan daripada Whatsapp anda dihack!
2. Bila keluar gambar seperti ini, tekan bahagian akaun.
3. Ini bahagian paling penting dengan melihat pada bahagian two step verification Tekan bahagian itu.
4. Tekan bahagian bawah sekali dan masukkan pin kod anda. ‘Double confirm’ pin kod sekali lagi.
Selesai.
Barulah whasap anda berada dalam keadaan selamat oleh sesiapa saja.
Elakkan jadi mangsa. Berhati-hati.
Pesanan daripada IPD Taiping!
Mingguan Wanita : Mungkin kita rasa whatsap tak penting tapi sebahai pencegahan kena ada. Boleh buat dari sekarang sebab kita tak tahu dalam fikiran scammer ni.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Isu buli di asrama semakin membimbangkan apabila ramai pelajar memilih memendam trauma. Pakar psikiatri kongsi tanda anak menjadi mangsa buli dan kesan emosi yang boleh berpanjangan hingga dewasa.