
Sherry tak niat sakiti sesiapa. Pelakon dan juga pengacara sensasi Sherry Alhadad tampil memohon maaf kepada mana-mana pihak yang terguris hati dengan kenyataannya menolak pembedahan bariatik yang dikatakan ‘jalan pintas’ untuk kurus.
Malah dia juga akui dirinya tidak berniat menyakiti hati sesiapa pun dan tujuan merakamkan video berkenaan sekadar untuk menjawab soalan-soalan yang diterima di TikTok, Instagram dan individu yang ditemuinya sebelum ini.
Sherry Tak Niat Sakiti Sesiapa
Terbaru penyanyi terkenal Datuk Aishah tampil menegur Sherry kerana kenyataannya itu dan mengaku terasa hati dengan apa yang dikongsikan tentang pembedahan bariatik.
Seperti mana yang diluahkan menerusi Harian Metro, Sherry menerangkan dirinya membuat penjelasan kerana ramai yang mengatakan berat badannya turun dek kerana pembedahan tersebut.
“Ramai yang tahu saya adalah duta produk untuk mengurangkan berat badan.
“Effort (usaha) saya ialah dengan ambil produk itu dan dalam masa sama pergi ke gimnasium atau buat senaman ringan.
“Jadi, video itu dirakamkan untuk beri penjelasan yang saya berjaya turunkan berat sebab kombinasi mengambil produk dan juga senaman.
“Apapun, saya ingin memohon maaf atas kenyataan saya jika ada mana-mana pihak yang terasa.
Akui Kekhilafan Sendiri
“Kekhilafan saya sendiri yang tidak melihat dan menggunakan perkataan yang betul ketika buat kenyataan di dalam video itu. Namun, saya tak pernah naik status atau beri pandangan terhadap sesiapa yang buat pembedahan bariatik.
“Kalau ada orang tanya, sebenarnya saya akan jawab terpulang kepada individu. Setiap orang ada pendapat dan cara masing-masing.
“Saya juga akan jawab tak buat pembedahan itu (bariatrik), tapi terpulanglah kepada mereka untuk pilih kaedah atau cara sendiri bagi menurunkan berat badan,” ungkapnya.
Baca disini ; Nurul Zahid Akui Pernah Lakukan Pembedahan Bariatrik “Dari 100kg Pernah Turun Sampai 58kg”

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Sumber : Harian Metro
Sumber Foto : Instagram Sherry Al Hadad
Rajinnya Datuk Sheila Majid Berolahraga Untuk Pastikan Badannya Sentiasa ‘Fit’
Fazura Pesan Wahai Wanita Sayangi & Hargailah Diri Anda!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Syak Isteri Curang, Jururawat Maut Ditikam Suami Akibat Cemburu!

Sungguh malang tidak berbau, seorang isteri menemui ajal di tangan suami sendiri.
Seorang jururawat Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar maut ditikam suaminya dipercayai akibat cemburu dalam kejadian di sebuah rumah di Jalan Padang Nyu, di sini pada pagi ini.
Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md. Rodi berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 6 pagi tadi sewaktu mangsa berusia 31 tahun itu ingin keluar bekerja.
Syak Isteri Curang
Menurut Ahmad Mohsin, suspek berusia 38 tahun dipercayai bergaduh dengan mangsa di ruang tamu rumah dipercayai akibat cemburu dan mengesyaki isterinya itu telah berlaku curang.
“Polis mengesyaki pergaduhan itu berlaku sewaktu mangsa ingin keluar bekerja kira-kira pukul 6 pagi. Semasa pergaduhan, suspek yang merupakan pesara tentera itu bertindak menikam mangsa dengan sebilah pisau di bahagian dada sebelah kiri,” katanya pada sidang akhbar di lokasi kejadian di sini hari ini.
Serah Diri Pada Polis Lepas Hantar Anak Ke Pengasuh
Mengulas lanjut, Ahmad Mohsin berkata, selepas menikam mangsa, suspek memindahkan isterinya yang tidak sedarkan diri ke dalam bilik tidur utama rumah berkenaan.
Katanya, suspek juga kemudiannya bertindak menghantar dua anak mereka masing-masing berusia lapan dan 10 tahun ke rumah pengasuh sebelum menyerahkan diri di pondok pengawal Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis sekitar pukul 10 pagi tadi.
“Susulan itu polis turut melakukan siasatan ke atas rumah berkenaan dan menemui mangsa yang ditutup dengan selimut tebal di dalam bilik tidur utama, malah siasatan turut menemui satu kesan tikaman pada bahagian dada kiri mangsa sedalam kira-kira dua sentimeter,” katanya.
Suspek Positif Dadah
Susulan itu, Ahmad Mohsin berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, Kedah untuk bedah siasat.
Katanya, suspek berkenaan yang positif dadah juga telah ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan permohonan reman ke atas suspek di Kompleks Mahkamah Kangar esok.
Mingguan Wanita: Akibat cemburu dan gagal mengawal emosi, isteri menemui ajal di tangan suami sendiri. Salam takziah buat keluarga mangsa semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Alfatihah.
Sumber:Kosmo
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Nana Menangis Imbas Dikecam “Bila Dah Berhijrah Orang Yang Tak Suka Tetap Ada, Tak Fikir Kata-Kata Mereka Mengguris”

Nana menangis imbas dikecam. Bergelar anak seni bukannya satu perkara mudah. Apatah lagi dalam rancangan realiti TV. Itulah yang dialami oleh penyanyi, pengacara dan penyampaio radio Nana Mahzan.
Seperti sedia maklum Nana muncul menerusi rancangan realiti TV, Akademi Fantasia. Terbaru sewaktu berbicara di sebuah segmen radio, Nana tidak dapat menahan air mata ketika mengimbas kenangan sewaktu di awal kemunculannya yang sering dikecam.
Nana Menangis Imbas Dikecam
Pemilik nama sebenar Nurul Hana Che Mahazan, 42, akui hatinya tergurus apabila dilemparkan kecaman oleh segelintir individu terhadapnya sepanjang berada dalam dunia seni.
“Berada dalam industri seni ini tak mudah. Bila saya dah berhijrah orang yang tak suka tetap ada, tetapi mereka tak fikir kata-kata mereka itu bukan saja mengguris, bahkan beri kesan mendalam.
“Sepanjang saya dalam industri selalu makan hati sampai fikir aku ini buruk, tak baik, memang Allah jadikan aku ni untuk dibenci manusia,” luah Nana.
Patutnya Sebarkan Kebaikan
Nana jua bercerita dirinya yang kini sudah mengenakan hijab turut berpesan agar semua individu perlu menjaga sensitiviti dan menghormati perasaan orang lain.
“Sebenarnya, kita hidup kat dunia ini saya nak kita semua bersama-sama semua umat Islam untuk menyebarkan kebaikan.
“Tapi saya fikirkan kalaulah ada orang yang selalu berkata baik, insya-Allah ramai orang yang mungkin sudah tersasar mahu jadi baik juga.
“Menghukum, caci maki serta melakukan perkara sebegitu tidak akan membantu.
“Kalau boleh warganet tulis yang baik-baik sebab kita tak tahu doa yang baik itu mungkin akan berbalik kepada kita,” sambungnya.


Menerusi ruangan komen ramai yang memberikan kata-kata semangat buat Nana.

Baca Di Sini : Nana Tampil Imej Berhijab “Masih Belajar, Tak Pandai Lagi Nak Bertudung. Maafkan Saya,”
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Rupanya Ada 17 Jenis Pengeluaran KWSP Yang Boleh Dikeluarkan Awal Tak Perlu Tunggu Umur Nak Bersara!

Jika selama ini ramai yang ingat duit KWSP hanya boleh dikeluarkan ketika memasuki usia 50an, perbetulkan persepsi ini.Sebab mungkin ramai yang tak tahu rupanya ada 17 jenis pengeluaran KWSP yang boleh dikeluarkan awal tak perlu tunggu umur nak bersara pun.
Simpanan KWSP boleh dikeluarkan sebelum dan selepas mencapai umur persaraan. Pengeluaran ini adalah untuk membantu penyimpan membuat persediaan sebelum dan semasa persaraan. Jadi bagi yang mempunyai simpanan di KWSP dan berhasrat nak keluarkan pengeluarkan tersebut untuk tujuan tertentu, cuba semak jenis-jenis pengeluaran KWSP ini dan cara-cara untuk membuat pengeluaran tersebut.
1.Pengeluaran Umur 50 Tahun
2.Pengeluaran Umur 55 Tahun
3.Pengeluaran Umur 60 Tahun
4.Pengeluaran Mengurang/Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan
5.Pengeluaran Hilang Upaya
6.Pengeluaran Meninggalkan Negara
7.Pengeluaran Pendidikan
8.Pengeluaran Pekerja Berpencen Dan Pengeluaran Pesara Pilihan
9.Skim Pelaburan Ahli
10.Pengeluaran Membina / Membeli Rumah
11.Pengeluaran Simpanan Melebihi RM 1 Juta
12.Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan
13.Pengeluaran Kematian
14.Pengeluaran Kesihatan
15.Pengeluaran Haji
16.Pengeluaran Perumahan Fleksibel
17.Pengeluaran Perumahan PR1MA
#1. Pengeluaran Umur 50 Tahun
Ada 2 jenis pengeluaran:
Pengeluaran Penuh Akaun 2
Pengeluaran Sebahagian Akaun 2
Cara-caranya:
Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia atau isi Borang Permohonan KWSP 9B (AHL)
Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)
#2. Pengeluaran Umur 55 Tahun
Ada 4 jenis pengeluaran:
-Kesemua Simpanan
-Sebahagian Simpanan (Amaun minimum RM2,000.00 & Setiap 30 hari dari tarikh permohonan pengeluaran terdahulu)
-Bayaran Bulanan (Pengeluaran minimum RM3,000.00 iaitu RM250.00 sebulan untuk sekurang-kurangnya 12 bulan)
-Kombinasi Sebahagian Simpanan + Bayaran Bulanan
Cara-caranya:
Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia atau isi Borang Permohonan KWSP 9B (AHL)
Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)
#3. Pengeluaran Umur 60 Tahun
Ada 4 jenis pengeluaran:
-Kesemua Simpanan
-Sebahagian Simpanan (Amaun minimum RM2,000.00 & Setiap 30 hari dari tarikh permohonan pengeluaran terdahulu)
-Bayaran Bulanan (Pengeluaran minimum RM3,000.00 iaitu RM250.00 sebulan untuk sekurang-kurangnya 12 bulan)
-Kombinasi Sebahagian Simpanan + Bayaran Bulanan
Cara-caranya:
Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia atau isi Borang Permohonan KWSP 9B (AHL)
Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)
#4. Pengeluaran Mengurang/Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan
Cara-Caranya:
Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia atau isi Borang Permohonan KWSP 9C (AHL)
Bawa Penyata Baki Pinjaman Perumahan mengikut format yang ditetapkan oleh KWSP ATAU Penyata Baki Pinjaman Perumahan Dari Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) (Tarikh penyata baki tidak melebihi 3 bulan dari tarikh permohonan diterima)
Surat Nikah ATAU Sijil Perkahwinan ATAU Sijil Kelahiran Anak untuk Permohonan Membantu Pasangan
Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)
Kini, terdapat cara yang lebih mudah untuk membuat dan memilih pinjaman peribadi. Di iMoney.my, perbandingan perkhidmatan kewangan menjadi lebih mudah dan pantas!
#5. Pengeluaran Hilang Upaya
Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan semua simpanan kwsp sekiranya ahli tidak berupaya dari segi fizikal atau mental atau kehilangan keupayaan fungsional kekal untuk memperolehi pekerjaan (employability)
Cara-caranya:
Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia dan isi Borang Permohonan KWSP 9L (AHL)
Bawa Laporan Perubatan Asal Dari Institusi Perubatan Pakar / Bukan Pakar (Hospital / Klinik Kerajaan atau Hospital / Klinik Swasta)
Surat Berhenti Kerja Daripada Majikan (jika ada) bagi ahli yang berhenti kerja dalam tempoh setahun dari tarikh permohonan
Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli).

#6. Pengeluaran Meninggalkan Negara
Pengeluaran ini boleh dipohon oleh :
Warganegara malaysia yang telah melepaskan atau melucutkan taraf kewarganegaraan untuk berhijrah ke negara lain atau
bukan warganegara malaysia yang telah berhenti kerja dan akan meninggalkan malaysia.
Cara-caranya:
Bawa Passport, Permit Kerja, Bukti Penamatan Kerja
Isi Borang Permohonan KWSP 9K (AHL)
Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)
#7. Pengeluaran Pendidikan
Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai yuran pengajian ahli / anak ahli (termasuk anak tiri dan anak angkat) di institut pengajian tinggi (IPT) di dalam atau di luar negara.
Cara-caranya:
Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia dan isi Borang Permohonan KWSP 9H (AHL)
Bawa Laporan Perubatan Asal Dari Institusi Perubatan Pakar / Bukan Pakar (Hospital / Klinik Kerajaan atau Hospital / Klinik Swasta)
Bawa Surat Tawaran Belajar
Bawa Surat Pengesahan Pendaftaran Pelajar yang asal
Bawa Surat Kelulusan Pengiktirafan Kursus Pengajian
Bawa Salinan Keputusan Peperiksaan Terkini (pelajar IPTA dikecualikan)
Bawa Borang Temuduga
Bawa Bukti Kelayakan Mengikuti Pengajian
Bagi Pengeluaran Pendidikan Anak Ahli – Bawa Kad Pengenalan Anak Ahli & Dokumen Bukti Pertalian
Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)
#8. Pengeluaran Pekerja Berpencen Dan Pengeluaran Pesara Pilihan
Cara-Caranya:
Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia dan isi Borang Permohonan KWSP 9N (AHL)
Bawa Lampiran A – Notis Akuan Pelepasan Caruman Kerajaan Berhubung Dengan Pengeluaran Pekerja Berpencen
Bawa Bukti Pengesahan Taraf Pesara
Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)
#9. Skim Pelaburan Ahli
Skim ini membolehkan ahli memindahkan sebahagian simpanan Akaun 1 untuk membuat pelaburan bagi menambah dan meningkatkan simpanan persaraan untuk menyara kehidupan semasa persaraan. Ahli boleh melaburkan simpanan tidak melebihi 30% daripada jumlah yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1 melalui Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang dilantik.
Senarai Dana-dana Amanah Institusi Pengurusan Dana (IPD) Skim Pelaburan Ahli KWSP
Cara-caranya:
1. Borang Permohonan KWSP 9N (AHL)
Borang KWSP 9N (AHL) boleh diperolehi daripada IPD yang dipilih oleh ahli untuk tujuan pelaburan.
2. Kad Pengenalan Diri
MyKad / Kad Pengenalan Tentera / Kad Pengenalan Pemastautin Tetap (MyPR); ATAU
Kad Pengenalan Polis DAN Surat Pengesahan Majikan menyatakan no. Polis dan no. Kad Pengenalan Diri
merujuk kepada orang yang sama (jika tidak memiliki MyKad/ Kad Pengenalan Polis yang tidak tertera no.
Kad Pengenalan Diri); ATAU
Pasport. Jika ahli bukan warganegara Malaysia yang menjadi ahli KWSP sebelum 1 Ogos 1998.
#10. Pengeluaran Membina / Membeli Rumah
Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai pembelian sebuah rumah. Ini membolehkan ahli memiliki sekurang-kurangnya sebuah rumah sebagai tempat perlindungan apabila bersara.
Cara-Caranya:
Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia dan isi Borang Permohonan KWSP 9C (AHL)
Bawa Surat Perjanjian Jual Beli (Tarikh perjanjian tidak melebihi 3 tahun dari tarikh permohonan)
Bawa Surat Kelulusan Pinjaman Perumahan (sekiranya kelulusan pinjaman kurang daripada setahun)
Bawa Surat Perjanjian Bina Rumah (Tarikh perjanjian tidak melebihi 3 tahun dari tarikh permohonan)
Bawa Suratan Hakmilik Tanah atas nama penjual / pemilik tanah
Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)

#11. Pengeluaran Simpanan Melebihi RM 1 Juta
Pilihan kepada ahli yang mempunyai simpanan melebihi RM1.05 juta mengeluarkan lebihan simpanan berkenaan untuk diuruskan sendiri oleh ahli.
Cara-caranya:
Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia atau isi Borang Permohonan KWSP 9B (AHL)
Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)
#12. Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan
Pengeluaran simpanan Akaun 2 untuk membiayai ansuran bulanan pinjaman perumahan bagi tujuan pembelian atau pembinaan rumah.
Cara-caranya:
Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia dan isi Borang Permohonan KWSP 9P (AHL)
Bawa Penyata Baki Pinjaman Perumahan mengikut format yang ditetapkan oleh KWSP ATAU Penyata Baki Pinjaman Perumahan Dari Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) (Tarikh penyata baki tidak melebihi 3 bulan dari tarikh permohonan diterima)
Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli).
#13. Pengeluaran Kematian
Pengeluaran penuh akaun ahli oleh penama / wasi / pentadbir pusaka / waris terdekat ahli apabila berlaku kematian ke atas ahli KWSP.
Cara-caranya:
Bawa Sijil Kematian Ahli
Bawa Kad Pengenalan Diri Pemohon dan isi Borang Permohonan KWSP 9KM (AHL)
Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli).
#14. Pengeluaran Perumahan Fleksibel
Pengeluaran Perumahan Fleksibel adalah proses menghadang atau mengenepikan sebahagian simpanan dalam Akaun 2 ahli ke Akaun Pengeluaran Perumahan Fleksibel bagi membolehkan ahli mendapatkan pinjaman perumahan yang lebih tinggi untuk membeli / membina rumah.
Berdasarkan konsep ini, caruman bulanan kepada KWSP dianggap sebagai pendapatan. Dengan ini, ahli boleh mendapat jumlah pinjaman yang lebih tinggi kerana penilaian kredit (credit assessment) ke atas pendapatan bersih turut mengambilkira caruman KWSP (bahagian pekerja dan majikan).
Maklumat lanjut mengenai jenis pengeluaran ini di sini:
#15. Pengeluaran Kesihatan
Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai kos rawatan perubatan penyakit kritikal dan / atau pembelian peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan oleh lembaga kwsp yang dihidapi oleh ahli atau ahli keluarga yang dibenarkan.
Cara-caranya:
Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia dan isi Borang Permohonan KWSP 9D (AHL)
Bawa Laporan Perubatan Asal Dari Institusi Perubatan
Bawa Surat Pengesahan Majikan Mengenai Tanggungan Kos Rawatan
Bawa Kad Pengenalan Diri pesakit
Bawa Bukti Pertalian di antara pemohon dan pesakit (sekiranya pemohon bukan pesakit)
Bawa Bil Rawatan Pesakit Luar / Discaj Wad (Final Bill’) DAN Resit Bayaran Asal dari Pusat Perubatan (sekiranya bayaran telah dibuat)
Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)

#16. Pengeluaran Haji
Kerajaan melalui pembentangan Bajet 2013 pada 28 September 2012 telah memperkenalkan inisiatif Pengeluaran Haji kepada ahli KWSP untuk membuat pengeluaran simpanan dari Akaun 2 untuk menunaikan ibadah Haji.
Maklumat lanjut mengenai jenis pengeluaran ini di sini:

KWSP turut memperkenalkan Permohonan Secara Hassle Free
Di bawah konsep pengendalian permohonan secara Hassle Free, ahli pemegang MyKad yang hadir di kaunter KWSP TIDAK PERLU mengisi borang permohonan bagi pengeluaran berikut:
-Pengeluaran Umur 50/55/60 & Simpanan Melebihi RM1Juta
-Pengeluaran Pekerja Berpencen / Pesara Pilihan
-Pengeluaran Mengurang / Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan dan
-Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan
-Keperluan dokumen sokongan bagi pengeluaran di atas tertakluk kepada syarat dan prosedur semasa.
Tarikh Kemaskini: 01 Januari 2018
Tarikh Semakan: 01 Januari 2018
Semoga perkongsian ini bermanfaat.
Sumber:KWSP & Majalah Labur
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!


