Setiap orang miliki cara tersendiri untuk menunjukkan kasih sayang pada pasangan, anak, mak ayah atau orang sekeliling. Jangan melabel orang yang tak suka luahkan isi hatinya, tak suka membeli hadiah, tak suka sentuh itu di kalangan orang yang tiada perasaan.

Sebab setiap orang berbeza bahasa kasih sayangnya. Mungkin anda seorang yang suka bila diberi hadiah, tetapi pasangan pula sebaliknya. Perbezaan ini kadang-kadang menimbulkan perbalahan. Oleh itu, langkah pertama fahami dahulu bahasa kasih sayang yang ramai tak tahu.

Ikuti perkongsian Dr Saidatul Husna :

Rupanya Kita Ada 5 Bahasa Kasih Sayang. Ramai Yang Tidak Tahu Terutamanya Orang Perempuan.

Pernah tak kita rasa mencabar nak faham bahasa seseorang. Bukan bahasa pertuturan, namun bahasa dalaman mereka.

Contohnya kalau pasangan suami isteri, si isteri beritahu saya sayang awak, awak kacak, awak hebat kemudian suami buat tak endah. Kita pun hairan, kecewa pun ya.

Kalau suami pulak bukan main dah ni tolong isteri buat kerja rumah, kemudian isteri rasa macam belum cukup je. Ada sesuatu yang tidak lengkap.

Mungkin itu tanda kita belum kuasai bahasa kasih sayang kita. Dalam sains, setiap dari kita ada kod yang menentukan bahasa kasih sayang masing-masing. Perkara ini terjadi dari lahir dan boleh berubah mengikut suasana kita dibesarkan.

IKLAN

Jom teruskan bacaan, apa itu bahasa kasih sayang. Ada 5 semuanya iaitu :-

1) Word of affirmation (ucapan)

Jika kita suka orang puji contoh awak baik, awak bijak, awak cantik sangat hari ni, mungkin kod kasih sayang kita adalah dengan word of affirmation iaitu ucapan baik.

2) Receiving gift.

Jika kita suka beri hadiah dan menerima hadiah walaupun sekecil benda, rasa excited rasa gembira walaupun sebatang pen saja, mungkin kita jenis receiving gift iaitu suka menerima hadiah.

Saya ada kawan masa belajar di Mesir, asal hari jadi kawan saja dia paling bersungguh carikan hadiah. Katanya memang suka bagi hadiah, rasa macam terapi.

IKLAN

3) Quality time

Wah yang ini best. Jika kita tidak kisah orang puji, tidak kisah orang tak beri hadiah, mungkin kita sukakan masa berkualiti dengan orang yang kita sayang.

Pattern orang begini mereka sangat pentingkan masa. Suasana tenang, sunyi, tempat yang selesa membantu orang quality time menghargai setiap momen bersama orang tersayang.

4) Act of service (Bantuan)

Perasan tidak ada orang tidak terkesan dengan kata manis, sentuhan, hadiah dan masa berkualiti, namun sangat hargai sesiapa yang membantunya buat kerja.

IKLAN

Jadi bila dengan orang begini, fokuskan pada bantuan dan ringan ringankan tulang bersamanya.

5) Physical touch (Sentuhan)

Sentuhan ini biasanya ada pada orang kinestatik. Kita ada 3 jenis elemen. Sama ada visual, auditory ataupun kinestatik. Orang kinestatik sukakan pergerakan, tidak boleh duduk diam dan sensitif pada sentuhan.

Kadang-kadang warga emas contohnya emak kita ada bahasa kasih sayang ini. Mereka sukakan sentuhan dan perhatian.
.

Inilah 5 bahasa kasih sayang menurut sains. Agak agaknya kita yang mana satu ya. Boleh juga main teka-teki dengan orang sekeliling kita, pasangan, mak, ayah atau anak. Mesti mereka baru tahu dan teruja selepas tahu.

Sumber: Saidatul Husna

MW: Rupa-rupanya setiap orang bersebab apabila kita lihat dia seakan-akan tidak ada perasaan dengan apa yang kita lakukan. Puncanya bahasa kasih sayang kita berbeza. Dari sini mungkin isteri dan suami boleh mengambil langkah untuk cuba memahami antara satu sama lain dan ikatan perkahwinan bertambah erat.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI