Mak mana yang mahu anaknya sakit? Setiap kali anaknya sakit pastilah mak menjadi insan yang paling runsing. Bagaimana nak uruskan anak yang sakit, dalam masa yang sama menguruskan anak yang masih sihat dan rumah tangga. Tetapi segalanya wanita mampu lakukan jika dirinya tak dipandang serong.

Tetapi bila ada sahaja yang melabel dia tidak pandai menjaga anak hingga anak kerap masuk hospital dan sakit-sakit, ianya sangat menguji kesabaran dan mengundang rasa sedih sang isteri. Sebenarnya anak selalu masuk hospital tak bermakna mak tak pandai menjaga anak.

Ikuti perkongsian, Dr Anayasmin Azmi

Di wad,
Dari jauh saya dengar tangisan dan sendu..
Saya hampiri dan selak langsir,

Si kecil belum pun mencecah usia 2 tahun, berdiri di lantai tepi katil, menangis sepenuh perasaannya sambil menarik-narik baju si ibu…
Minta didukung…

Si ibu pula tak menghiraukan,
Tak tahu berapa lama sudah begitu.

Si ibu muda menghadap ke dinding dan bahu kencang menahan sendu… Teresak-esak..

Menahan Sedih

“Eh puan, puan ok tak ni?”
Sambil saya merendahkan posisi memberi ruang si ibu membuka bicara, dia menoleh…
Kasihan basah seluruh tudung dengan air mata..
“Doktor, saya sedih, saya dah 4 hari sepanjang jaga anak di wad… pakai baju yang sama,” jelasnya dalam esakan.
Oh ya, saya teringat, apabila saya minta untuk dibawa ubat anak yang di rumah, ibu ini sering membuat alasan, “saya cuba ya doktor” jawabnya pendek.
Tak pernah dia memburukkan sesiapa.
Walau dalam hati saya mahu saja bertanya kenapa si ayah tak kelihatan.
” Suami puan tak hantar pakaian?”
…. Diam….
“Dia outstation ya puan”
“… Sebenarnya, dia cuti tapi dia tak mahu datang……. “

Bukan Mudah

Saya sebagai isteri rasa sangat sedih bila mendengar katanya. Jaga anak yang sakit di hospital bukan mudah. Malah penat tak boleh cakap.
Kalau si ayah pula seolah tidak menghiraukan. Siapa lagi…
“Pasal baju ni, saya tak kisah sangat doktor, tapi bila SUAMI dan ipar duai saya kata, saya TAK PANDAI JAGA ANAK, sebab tu anak saya selalu sakit…, itu yang saya paling sedih…”
Allah,
Tolonglah jangan sesuka hati cakap orang tak pandai jaga anak.
Tak bermakna anak kamu tak masuk wad, kamu pandai jaga anak. Tak bermaksud juga anak dia yang selalu masuk wad, dia tak pandai jaga anak.

Sedih Anak Tak Sihat, Suami Pula Menuduh Isteri Tak Pandai Jaga
Set Sempadan

Saya rasa di sini suami isteri perlu set ‘sempadan’. Antara isu rumah tangga yang perlu kesepakatan antara si suami dan si isteri dan isu yang boleh campur tangan keluarga kembangan.

Dalam isu anak yang sering tak sihat,
1. Suami isteri perlu kuat menguatkan, support each other.
2. Boleh minta nasihat keluarga kembangan, tetapi ia adalah pandangan mereka, suami dan isteri lebih memahami situasi rumah tangga maka buatlah keputusan atas perbincangan bersama suami, isteri.
3. Jika ada pandangan yang memburukkan salah seorang pasangan, sepakatlah, tetap perlu hormati mereka tetapi jelaskan dengan baik yang sebenar.
4. Kita semua manusia yang ada kelemahan, mereka juga. Jadi berlapang dadalah.
5. Rezeki, ajal maut, semua Allah SWT tentukan, utamakan bercerita pada-Nya berbanding manusia.

Alangkah sedihnya bila anak tak sihat, suami pula setuju menuduh isteri TAK PANDAI JAGA ANAK, yang pada masa yang sama si isteri terpaksa BERKERJA untuk membantu suami.

Bila masuk hospital, si isteri 4hari tak tukar baju. Sedih… Saya pasti para ibu yang membaca ni memahami rasa ibu ini…
#SekadarRenungan

Sumber: Dr Anayasmin Azmi

MW: Wanita ini seorang insan yang kuat sebenarnya, namun apabila dituduh bukan-bukan apa lagi melibatkan soal anak, memang akan memberi tekanan dan tamparan hebat buat mak-mak. Tidak tahukah setiap saat setiap mak-amak mendoakan anak-anak sihat dan mereka sanggup melakukan apa sahaja semata-mata ingin melihat buah hati mereka sihat.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI