Dengan Suami Jangan Bergurau Kias-kias, Mereka Ini Makhluk Yang Lurus Sangat

Mak-mak yang pernah kirim barang dapur dekat suami, akan memahami sangat-sangat perasaan ini. Kerana, ada suami.. walaupun isteri sudah tuliskan siap-siap senarai barang dapur yang perlu dibeli, suami tetap akan telefon bertanya itu ini. Serius ini bukan bergurau!

Dan bila mana suami telefon minta penjelasan tentang barangan dapur mak-mak, jangan sesekali bergurau dengan mereka. Sebab, mereka akan anggap ayat isteri itu serius belaka.

Bak kata Firda Ashaary ini, kaum lelaki Allah ciptakan sebagai makhluk yang lurus sangat. Bila isteri minta, mereka akan beli ikut permintaan isteri. Walaupun, hakikatnya isteri cuma bergurau je tu.

Puas Cari Satu Kedai, Tak Jumpa Pes Tom Yam

Yang, jangan lupa beli pes tom yam naa. Kata nak suruh buat oden.”
Okey baik. Satgi cari.”

Begitulah mesej wassap yang aku send kat laki aku semalam waktu dia keluar ke kedai runcit nak beli bahan-bahan memasak. List barang nak beli dah gitau dah tadi, tapi saja ingatkan sekali lagi.

Setengah jam kemudian,
Sayang, rata kedai dah I cari pes tomyam tu. Takdak pun. Ada tom yam putih dengan nasi goreng tom yam ja. Macam mana?”

IKLAN

Adoii, hat tu nak buat apa? Takleh guna. Kalau takdak jugak, U cuba tengok pes hat dalam botoi naaa. Mesti ada. Cari kat kawasan sos dan kicap.”

Okey.”

Ehh Yang, Yang. Takpa, takpa. I jumpak dah. Depa letak kat belakang. Patut cari takdak. Haishh.”

IKLAN

Haaa okey. Good boy. U beli lah seploh. Besa dia, payah sangat cari dia nohhh!” gurau aku.

Dengan Suami Jangan Bergurau Kias-kias, Mereka Ini Makhluk Yang Lurus Sangat
.

Isteri Bergurau, Suami Serius Beli 16 Pek Pes Tomyam

Sesampainya dia di rumah, aku pun selongkar semua plastik barang yang dibeli. Nahh, ambik kau! Sepapan pes tomyam dia bawak balik.

Aku gurau jer pun suruh beli 10 peket. Sekali dia balas gurauan dengan bawak balik 16 peket daaaa. Nak buat scrub badan ke Yang oiii!

IKLAN

Itulah korang, dengan kaum lelaki ni korang jangan lah nak bergurau kias-kias yer. Diorang memang Allah ciptakan sebagai makhluk yang lurus sangat.

Betul ke betul gais?

#SuffianSuffiya #KisahKami
Sapa tak sayang bini oiii.

MW : Mungkin suami tak sampai hati nak kecewakan isteri, itu dia gigih tunaikan permintaan isteri. Dan beli banyak terus, nanti-nanti senang isteri nak guna.. hehehe.

Baca sini : Saintis MARDI ini kata ‘rajin’ makan tom yam boleh rendahkan risiko kanser

Sumber/Foto : Firda Ashaary

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI