Ramai wanita memilih untuk bekerja bagi membantu suami, malah ada yang bekerja untuk membantu mak,ayah di kampung yang selama ini berkorban membesarkan kita. Tak kurang juga ada segelintir wanita berpendapat mereka perlu bekerja sebagai persediaan masa depan.
Manalah tahu, esok atau lusa suami tinggalkan atau ceraikan, sekurang-kurangnya sudah ada pendapatan sendiri. Sebenarnya niat itu salah dan terpesong. Wanita ingin bekerja tak salah tetapi cuma betulkan niat, bukannnya takut suami tinggalkan.
Ikuti perkongsian, Firdaus Shakirin :
“Innamal A’malu Bin Niyat”
Sesungguhnya setiap amal perbuatan itu bergantung kepada niatnya…
Kita hidup seperti yang kita niatkan…
Sedikit teguran untuk kita memperbaiki NAWAITU…terutamanya kepada kaum hawa yang mencari pendapatan melalui bekerja atau berniaga setelah dimomokkan tentang perkara-perkara seperti ditinggalkan suami, diceraikan, wanita perlu ada duit sendiri dan sebagainya…
Melakukan persediaan ke arah sebuah perkara yang di luar kawalan kita tu TAK SALAH, tetapi jangan niat cari duit atau ada pendapatan sebab perkara tersebut SEMATA-MATA…
Betulkan Niat
“Aku kena kerja, kena berdikari supaya kalau laki aku buat perangai, aku tidak ada masalah untuk hidup sendiri…”
“Aku kena cari income walaupun duduk di rumah, supaya kalau ditinggalkan suami, aku dah ada harta…”
Kalau niat ke arah kehilangan, satu hari nanti anda pasti akan kehilangannya… Bersedia bagaimana sekali pun anda untuk hari tersebut, bila anda betul-betul mengalaminya, baru anda akan tahu dan sedar yang persediaan anda tu masih TAK CUKUP…
Usah niat ke arah sesuatu yang tak baik, sesuatu yang buruk…
Niatlah yang anda bekerja untuk ada simpanan sendiri… Niatlah yang anda berniaga untuk tolong orang tua anda… Niatlah yang anda ada pendapatan untuk memudahkan urusan mereka yang anda sayang… Niat ke arah yang baik-baik…
Jangan terpedaya dan terpengaruh dengan momokan TAK BERMORAL dan NEGATIF…
Nak kerja, nak niaga, nak ada pendapatan, semua ini TAK SALAH…yang salahnya ialah bila anda buat semua ni sebab anda sedang bersedia untuk sebuah KEHILANGAN…
Sumber:Firdaus Shakirin
MW: Sesungguhnya tak salah wanita memiliki pendapatan dan simpanan wang untuk masa depan. Sekurang-kurangnya apa-apa berlaku kita telah bersedia. Namun jangan pula salah niatnya, kerana mendoakan sesuatu yang tidak baik itu akhirnya akan dimakbulkan Tuhan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cerita ini pendek saja. Tapi ada pengajaran yang cukup berharga buat pasangan suami isteri yang sedang melayari bahtera perkahwinan. Suami isteri, jangan sesekali memandang remeh kuasa sebuah ungkapan I Love You.
Cinta Sampai Mati
Ada seorang isteri memberikan CABARAN kepada suaminya untuk hidup tanpa dirinya. Dia minta suaminya untuk TIDAK BERKOMUNIKASI di antara mereka selama sehari..
Si isteri berkata kepada suaminya itu, “Bila kamu berjaya melepasi cabaran ini, aku akan mencintaimu selamanya”. Dan… sang suami pun setuju… Dia tidak WhatsApp atau menelefon isterinya seharian..
Tanpa dia ketahui bahawa isterinya hanya memiliki 24 jam untuk hidup, kerana dia menghidap sakit kanser yang kritikal!
Keesokan harinya suami itu pulang ke rumah. Air matanya pun berlinangan melihat isterinya sudah terbaring dengan surat di tangan yang bertuliskan:
“Kamu Berjaya Sayang. Mampukah kamu lakukan itu setiap hari? I LOVE YOU”
Ini Pengajarannya
Jangan sesekali gagal menghubungi seseorang yang kamu cinta. Kerana anda tidak akan tahu masa depan yang akan terjadi. Esok, lusa belum tentu anda tahu pengakhirannya.
Walaupun sekadar ucapan ‘Hi sayang’, ‘Selamat Pagi Cinta’ sudah memadai sebelum dia menjauh pergi dari anda buat selama-lamanya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sedikit emosi membaca berita bayi perempuan, Hannah Khawlah berusia tiga bulan patah tulang paha kiri disyaki ketika mangsa dalam jagaan pengasuhnya di Pangsapuri Komuter Raya, di Seksyen 19, di Shah Alam baru-baru ini.
Sewaktu ayah mangsa, Muhsin Zaidi mengambil anaknya pada jam 3.25 petang, si kecil itu tidak berhenti menangis. Jadi si ayah yang juga seorang Penolong Pegawai Perubatan di sebuah Hospital terus membawa anaknya berjumpa Doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Dan selepas selesai X-ray, pihak hospital mengesahkan yang tulang paha kiri anaknya patah.
Luahan Si Ayah
Bertali arus ujian aku dapat seminggu dua ni. Semua besar-besar. Takpe, aku masih steady. Aku masih ada Allah. Cuma tu la, remuk hati aku tu taktau la nak ungkapkan macam mana bila tengok anak umur 3 bulan tak tahu apa dapat left complete spiral midshaft femur fracture. Budak umur 3 bulan, apa benda je dia pandai buat. Takkan budak asuhan lain umur 3 4 tahun boleh patahkan kaki dia? Ingat senang nak patahkan tulang baby? Dah sampai takdak air mata dah Hannah menangis. Nak menangis pun dah tak larat dah.
Kalau betul memang ada orang buat zalim kat anak aku, aku takkan berlembut dah kali ni. Senangnya cakap “saya taktau apa-apa”. Aku hantar anak sihat, dapat balik tulang yang paling besar dalam badan dia patah. Nak kata aku hantar baby yang ada fracture dari pagi? Kemon la, aku MA. Walaupun aku ni dah lama takde kaitan dengan tulang-tulang ni, takkan la aku benak sangat tak dapat nak detect fracture masa aku pakaikan pampers dengan baju Hannah pagi tadi. Dia siap boleh respon dengan senyum lagi bila aku acah-acah dia. Petang tadi, masa aku pegi amik tadi, primary survey pun dah tahu ada fracture. Yes, it was very obvious deformity!!
Kau tahu spiral fracture ni apa mekanisme kecederaan dia? Orang pegang dan pulas. Cuba kau pegang ranting sebesar ibu jari, kau pulas kuat-kuat, ha tu la dia punca spiral fracture. Budak 3 4 tahun ada tenaga sekuat tu ke?
Mengikuti perkembangan terkini di laman Facebook miliknya, syukur Alhamdulillah anaknya sudah kembali tersenyum dan dia meminta orang ramai mendoakan anaknya agar dijauhkan dari segala komplikasi lain.
Sekarang polis sedang melakukan siasatan lanjut dan akan mendapatkan kenyataan daripada pengasuh yang berusia awal 30-an manakala pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga sudah dimaklumkan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Carilah rezeki berkat kalau benar anda kejar bahagia dalam hubungan rumah tangga, ini petua utama yang patut suami isteri pegang. Rezeki sedikit atau banyak bukan persoalannya.
Apa yang diutamakan adalah berkat. Apa guna dapat rezeki banyak tetapi tak berkat. Banyak mana pun masih tidak mencukupi. Selalu tidak puas hati. Sebaliknya kalau rezeki itu berkat, biarpun sedikit itu memadai. Apa yang ada diterima penuh redha dan kesyukuran.
Cuba faham dulu konsep keberkatan, mesti kita tak cepat merungut walau kadang rezeki cukup-cukup makan saja. Malah rasa lapang dada dengan apa yang ada.
Adakah rezeki yang kita dapat itu sudah dibersihkan untuk mendapatkan keberkatannya. Sama-sama dalami tip mendapat keberkatan rezeki…
1. Sedekah
Ini salah satu cara membersihkan rezeki yang diperoleh setiap bulan. Ringankan tangan menghulurkan sedekah kerana melalui cara itu kita akan mendapat keberkatan dalam rezeki. Jangan takut berkongsi sebab cara ini buat rezeki anda lebih cukup, malahan dapat menyimpan walaupun habuan yang diterima pada setiap bulan itu tidaklah lumayan. Ya, itulah berkat.
2. Ibu dan ayah
Ramai terlupa akan tanggungjawab sebagai seorang anak. Jangan berkira untuk hulurkan wang saku pada ibu dan ayah setiap bulan. Ingat dan percayalah, kalau selalu gembirakan kedua orang tuan kita mendapat redha daripada Allah SWT. Tak payah nak berkira dengan ibu dan ayah, anggaplah itu pemberian tetap pada setiap bulan yang perlu dilunaskan.
3. Mudahkan urusan orang
Ketika kita senangkan urusan orang lain Allah juga akan membantu memudahkan segala urusan kita pula. Jangan berat tulang menolong dan meringankan bebanan orang lain kerana di situ juga akan mendatangkan keberkatan dalam rezeki yang kita nak dapat.
4. Jangan langgar apa yang haram
Taat perintah Allah dan cuba tinggalkan segala larangan Nya juga. Tak kiralah dalam punca rezeki atau sebaliknya. Mentaati perintah Allah adalah kata kunci untuk berjaya di dunia dan juga di akhirat. Kita jaga solat, rezeki lagi makin mudah. Jangan jadikan sibuk sebagai alasan untuk buat ibadat.
5. Muliakan anak yatim
Dalam setiap rezeki yang kita peroleh, adanya hak orang lain. Jadi berikan pada yang benar-benar memerlukan. Muliakan anak yatim dan bantu mereka akan menjadikan rezeki yang diperoleh walaupun sedikit insya-Allah akan mencukupi. Jangan beranggapan dengan banyak memberi akan menjadikan kita kehabisan. Sebenarnya lagi banyak kita memberikan selagi itu Allah SWT akan lipat gandakan rezeki untuk kita.
6. Ada rezeki lebih, dahulukan haji dan umrah
Kalau sudah berkemampuan dan sihat tubuh badan lakukanlah haji dan umrah. Ziarah tempat-tempat suci di Makkah dan Madinah pastinya akan membuatkan hati bertambah tenang dan mampu beribadat kepada Allah SWT. Dengan rezeki yang halal pastinya ia akan memberikan ketenangan yang hakiki kepada diri.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI