setiap-anak-ada-tugasan

Setiap anak ada kelebihan masing-masing. Ini yang ibu membesarkan lima orang anak ini percaya. Sebab itu tugasan dalam rumah diberikan ikut kelebihan mereka. Bagusnya ibu, Kasih Aireen mendidik anak lelaki dan perempuan sehingga tidak kekok untuk membuat kerja-kerja di dapur.

Walaupun anak lelaki, mereka ada jadual tugasan masing-masing. Terutama kerja-kerja membasuh kain baju. Baik anak lelaki mahupun anak perempuan, tugasan mereka sama adil.

Bila ibu di dapur, anak-anak juga sama-sama membantu. Memudahkan kerja ibu ketika memasak. Tertarik betul dengan jadual tugasan yang ibu ini tetapkan.

Perkongsian ibu ini dikongsikan dalam grup Kami Suri Rumah. Boleh dijadikan inspirasi untuk mak-mak yang lain juga.

Baca juga : Mak-mak biasakan anak lelaki basuh beras, lipat baju, sapu sampah. Biar rasa penat itu ajar mereka hargai kerja orang perempuan.

Setiap Anak Ada Bahagian Kerja Rumah Masing-masing, Hebat Ibu Atur Jadual

IKLAN

4 Hero, 1 Heroin, Setiap Anak Ada Kelebihan Masing-masing

Saja nak kongsi-kongsi dengan suri kisah anak-anak bujang saya. Empat hero, satu heroin (ikut kelebihan masing-masing) dan saya ibu g malas.

  • Anak no.1, heroin, 14 tahun – tugas dia kemas-kemas rumah, sapu sampah. Hari Rabu, giliran dia basuh, sidai, angkat baju (setiap anak ada giliran).
  • No. 2, 14 tahun – tugas dia pergi kedai beli barang yang saya perlukan. Dia memang dah expert tentang barang-barang kedai ni. Setiap hari Selasa giliran dia membasuh.
  • Anak no.3, 13 tahun – tugas dia masak yang simple. Megi ke, buat air ke, sebab asal masuk dapur je petik api. Ada je benda dia nak buat. Kadang tengah malam pun masih g ke dapur. Tapi saya pesan kalau saya takde jangan pandai-pandai masak sendiri. Bahaya! Turn membasuh hari Isnin.
  • No.4, 13 tahun gak – yang ni tugas dia, ikut suka saya nak suruh apa. Basuh pinggan ke, isi air dalam botol, kadang tolong yang lain-lain je. Turn membasuh, rabu.
  • Anak no.5, 12 tahun – sebab dia suka main je. Keluar masuk rumah, saya tugaskan dia buang sampah, sapu-sapu bahagian luar rumah. Jumaat turn dia pulak ye membasuh.
  • Sabtu dan Ahad adalah hari tanpa gajet.

Baca juga : Ibu tinggal sekejap susukan baby, tengok-tengok ayam dah siap dicuci anak lelaki.

Anak-anak Bantu Ibu Memasak

Habis tu ibu buat apa? Semua anak yang buat? Apa lagi, layan suami je la. Wah..wah.. tak ada lah. Dalam masa yang sama tolong gak. Tapi hari Ahad saya basuh baju ya. 5 hari dah cukup kolum. Baju pun lipat sendiri punya.

Malam ni (ketika status dikongsikan) saya suruh masak sardin dan telur dadar (semua akan masuk dapur. Tapi selalunya dorang kerjasama) Dengar lah riuhnya itu.

IKLAN

Sampai tirai dapur pun jatuh dibuatnya.

Kalau saya masak, potong potong bawang, blender, bahan-bahan suh dorang semua siapkan. Saya tinggal masak je. Ikan, ayam saya la yang potong. Kang terpotong jari, saya gak yang susah nantikan.

Ibu ini juga bertuah kerana mendapat sokongan suami dalam hal mendidik anak-anak. “Suami banyak membantu. Apa-apa saya tak boleh handle, rujuk suami.

Maaf ya suri-suri. Panjang sikit story saya malam ini. Suri-suri jangan kecam tau. Komen murni je.”

IKLAN

#pdpr sesi ptg ye.

Mingguan Wanita : Bagus kan menetapkan jadual tugasan kerja rumah untuk anak-anak. Lagi-lagi di musim PKP ini, jika tiada aktiviti anak-anak pun cepat berasa bosan.

Sumber/Foto : Kasih Aireen

Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI