“Sepupu Fatima anak syurga, autistik” Fazura kecewa diherdik penumpang wanita dalam pesawat. Menerusi akaun Instagramnya, pelakon Nur Fazura meluahkan kecewa apabila diherdik wanita ketika di dalam pesawat.
Fazura juga meluahkan perasaan kesal terhadap sikap individu yang tidak sensitif dan mudah menuding jari pada anak orang lain, terutama ketika berdepan situasi kurang menyenangkan di dalam pesawat.
“Sepupu Fatima Anak Syurga, Autistik”
Fazura yang turut berkongsi gambar percutian bersama keluarga termasuk anak kecil dan anak istimewa, isteri kepada aktor Fattah Amin itu bertanya perihal keadaan kanak-kanak yang gementar di dalam penerbangan.
“Nak tanya ibu bapa seluruh Malaysia, pernah tak anda semua bawa anak-anak kecil naik kapal terbang dan mereka gementar dalam perjalanan di udara?
“Anak-anak kecil, macam Fatima baru nak masuk dua tahun. Sepupu Fatima pula anak syurga, autistik.
“Apa perasaan anda jika ada penumpang wanita lain mengherdik: ‘Kalau anda semua tidak boleh kawal anak-anak, mereka tidak patut terbang!’, sambil menunjuk-nunjuk jari ke arah anak anda?” tulis Fazura.
Ibu kepada Nur Fatima Aisya turut berkongsi kata-kata keras dan kasar yang dituturkan penumpang wanita terbabit. Lebih biadap, penumpang terbabit didakwa turut menudingkan jari ke arah ahli keluarga Fazura.
Pelakon Gol & Gincu itu turut berharap golongan ibu bapa bersabar dalam menjaga anak-anak yang dikurniakan sebagai amanah.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pengeluaran KWSP, dengarlah suara rakyat. Ramai terdesak, apa salahnya pertimbangkanlah – Muhyiddin. Kos sara hidup yang dilihat tinggi hari ini menjadi beban kepada ramai keluarga di luar sana.
Persekolahan yang bakal dibuka Mac akan datang selain bulan puasa yang bakal menjelma merisaukan keluarga yang tidak mempunyai banyak simpanan. Sudah tentulah mereka mengharapkan pengeluaran KWSP sebagai langkah terakhir.
Namun Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini pernah menyatakan kerajaan akan mengambil pendekatan lain selain membenarkan pengeluaran KWSP bagi membantu rakyat yang terkesan.
Bagaimana pun isu kebenaran KWSP ini kembali mendapat perhatian kembali hari ini yang meminta agar kerajaan mempertimbangkan hal ini dan mahu kerajaan mendengar suara rakyat.
Pengeluaran KWSP, Dengarlah Suara Rakyat
Memetik laporan Sinar Harian, Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta agar kerajaan mempertimbangkan pengeluaran wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar sekiranya itu kehendak rakyat.
Menurutnya, kerajaan sepatutnya memberikan tumpuan sepenuhnya kepada usaha-usaha untuk memajukan ekonomi negara dan memelihara kebajikan rakyat.
“Itulah tugas hakiki kerajaan. Dengarlah suara rakyat yang mahukan pembelaan. Misalnya, apalah salahnya kerajaan mempertimbangkan pengeluaran wang KWSP secara bersasar sekiranya itu adalah kehendak rakyat bagi membantu meringankan beban mereka di kala susah ini.
“Begitu juga dengan moratorium pinjaman bank. Bank-bank terus membuat untung walaupun ketika negara berhadapan dengan krisis.
“Bank-bank juga patut turut sama membantu rakyat dengan melaksanakan semula moratorium bayaran balik pinjaman secara bersasar bagi tempoh tertentu untuk meringankan beban rakyat akibat kesan inflasi dan kenaikan OPR,” katanya semasa Usul Menjunjung Kasih dan Perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat pada Rabu.
Apa Salahnya Pertimbangkanlah – Muhyiddin
Ahli Parlimen Pagoh itu menambah, walaupun usia kerajaan sudah menjangkau tiga bulan, namun beliau masih belum nampak sebarang langkah yang konkrit dan komprehensif diambil oleh kerajaan untuk mengatasi masalah kenaikan kos sara hidup rakyat.
“Kita dengar menteri kata kalau harga ayam mahal, jangan makan ayam. Kalau harga telur mahal, jangan makan telur. Ini bukanlah sesuatu yang rakyat harapkan daripada kerajaan.
“Rakyat harapkan tindakan-tindakan kerajaan sama ada daripada segi dasar, inisiatif atau intervensi tertentu untuk meningkatkan pendapatan rakyat, menyalurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan serta memastikan bekalan barangan keperluan asas mencukupi dan dijual pada harga yang munasabah,” jelasnya.
Ujar Muhyiddin, Menu Rahmah yang diperkenalkan oleh kerajaan adalah satu inisiatif yang baik, namun beliau mempersoalkan adakah inisiatif itu dapat bertahan sekiranya kos bahan mentah terus meningkat.
Justeru, beliau mengharapkan kerajaan dapat mengumumkan langkah-langkah yang lebih konkrit dan menyeluruh untuk mengatasi masalah kos sara hidup rakyat dan membantu golongan rentan.
Remaja 15 tahun beranak sendiri di rumah, nekad tamatkan nyawa bayinya sebaik melahirkan. Entahlah apa yang difikirkan ibu muda ini bila melihat bayinya. Allahuakbar beratnya ujian.
Sudah pasti apa yang terjadi, bukan setakat menguji ibu yang masih remaja ini, malahan ahli keluarga juga. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Remaja 15 Tahun Beranak Sendiri Di Rumah
Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan mati dalam keadaan ngeri dipercayai ditikam ibu kandungnya sendiri di Kemaman, Terengganu hari ini.
Dalam kejadian pada pukul 10 pagi, mayat bayi lelaki itu ditemui dengan kesan tikaman pada bahagian dada kiri bersama ibunya yang berusia 15 tahun.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, siasatan awal mendapati remaja perempuan yang keciciran persekolahan sejak beberapa tahun lalu dipercayai bersendirian di rumahnya ketika melahirkan bayi itu.
“Dia kemudiannya meminta pertolongan seorang rakannya untuk memaklumkan kelahiran tersebut kepada kakitangan sebuah klinik kesihatan berhampiran.
“Sebaik tiba di rumah terbabit, pegawai kesihatan mendapati bayi terbabit sudah tidak bernyawa dengan kesan luka pada bahagian dada dipercayai ditikam dengan objek tajam,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini.
Sebaik Melahirkan
Hanyan berkata, sepasukan polis bergegas ke rumah tersebut sebelum bertindak menahan suspek bagi membantu siasatan.
Beliau berkata, mayat bayi tersebut telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman di sini untuk dibedah siasat.
Mingguan Wanita : Sesungguhnya apa yang berlaku ini menjadi pengajaran buat mak ayah di luar sana. Anak remaja dalam usia sebegini amat memerlukan perhatian dan belaian mak, ayah. Oleh itu jangan ambil mudah dalam mendidik anak anak dalam usia begini. Dalam usia 15 tahun, apalah yang dia tahu apatah lagi perlu melalui proses mengandung dan melahirkan.
Tahniah diucapkan buat penyampai radio Suria FM, Feeya Iskandar atau Cik Piah yang telah selamat melahirkan anak ketiga di sebuah pusat perubatan di Selangor, jam 7 malam semalam.
Seperti mana yang dimaklumkan menerusi akaun Instagramnya Cik Piah menerangkan bayi lelakinya dilahirkan dengan berat 3.38 kilogram secara normal dan ditemani suaminya, Nurashid Abd Wahab.
Cik Piah bersama suami dan anak-anak.
Cik Piah Lahirkan Anak Lelaki Ketiga
Pemilik nama sebenar, Nor Shafiza Iskandar Azizan ini juga menerangkan segalanya dipermudahkan buat dirinya ketika proses bersalin.
“Alhamdulillah proses bersalin dipermudahkan dan saya dapat seorang lagi anak lelaki.
“Boboboi kuasa tiga.
“Alhamdulillah nombor tiga ini lain macam sikit keluarnya. Sampai kena vakum sebabnya muka dia ke atas, tapi syukur mummy dan baby baik-baik saja,” tulisnya.
Mohon Orang Ramai Doakan Kesihatannya & Bayi
Anak kelahiran Pasir Gudang, Johor ini juga turut memohon orang ramai agar mendoakan kesihatannya dan bayi yang baru dilahirkan itu.
“Terima kasih pada yang mendoakan dan mohon panjangkan doa untuk kesejahteraan dan kesihatan mummy dan baby ya,” kongsinya lagi.
“Saya Cuba, Bertahan, Usaha Tapi Gagal. Tiada Lagi Kita” itulah yang diluahkan oleh Aprena Manrose tentang rumah tangganya yang dikatakan sudah berantakan.Pelakon cantik, Aprena...