Kadang-kadang demi mendapatkan sesuatu, manusia sanggup melakukan apa sahaja. Begitu juga kisahnya dengan seorang lelaki di Taipei yang sanggup menipu demi mencapai hasratnya.
Seorang lelaki sanggup kahwin, cerai tiga kali semata-mata hendak cuti daripada bekerja. Entah apalah yang mendesak lelaki ini sanggup bertindak sedemikian rupa.
Seorang Lelaki Sanggup Kahwin, Cerai Tiga Kali
Seorang lelaki sanggup berkahwin empat kali dan bercerai tiga kali dalam masa 37 hari semata-mata mendapatkan cuti panjang.
Ini kerana undang-undang di Taipei, Taiwan membenarkan seseorang yang bernikah mendapat cuti lapan hari.
Oddity Central melaporkan seorang kerani di negara itu berkahwin pada 6 April tahun lalu.
Bercerai Semata-Mata Hendak Cuti
Pada hari terakhir cutinya, dia menceraikan isterinya dan berkahwin semula keesokan harinya untuk mendapat kemudahan cuti sama.
Dia mengahwini wanita sama empat kali dan menceraikannya tiga kali dalam masa 37 hari.
Dengan itu dia mendapat cuti berbayar 32 hari.
Bagaimanapun, ia tidaklah semudah dirancang kerana majikannya tahu apa yang cuba dilakukan lelaki itu dan tidak meluluskan cuti.
Majikan Didenda Kerana Tidak Luluskan Kerja
Kerani itu membuat aduan pada Biro Tenaga Kerja Bandar Taipei, mendakwa bank tempat dia bekerja tidak mematuhi undang-undang buruh.
Dia memberi alasan layak mendapat cuti 32 hari selepas berkahwin empat kali.
Ads
Biro Tenaga Kerja melakukan penyelidikan terhadap aduan itu dan memutuskan bank itu melanggar Undang-Undang Buruh.
Majikan terbabit didenda 20,000 dolar Taiwan (kira-kira RM2,890) Oktober tahun lalu, namun mengemukakan rayuan kerana mendakwa ia penyalahgunaan cuti perkahwinan oleh pekerjanya.
Pada 10 April lalu, Biro Tenaga Kerja Beishi memutuskan walaupun perbuatan pegawai bank berkenaan tidak beretika, tetapi lelaki itu tidak melanggar undang-undang.
Ads
Sebaliknya, bank berkenaan melanggar Artikel 2 peraturan cuti buruh.
Kes itu menjadi tular di media sosial apabila ia mencetuskan perdebatan hangat terutama mereka yang tidak percaya dengan keputusan itu.
Selain itu, ada yang menyifatkannya bakal membuka ruang kepada sesiapa saja melakukan tindakan sama.
MW: Perbuatan ini biarpun tidak menyalahi undang-undang tetapi sebenarnya tidak beretika seolah-olah mempermainkan soal perkahwinan. Oleh itu sebelum bertindak, fikir baik dan buruk sebelum melakukan sesuatu.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Ads
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Buat Aneka Kuih Frozen. Confirm sedap, laku keras. Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 10 Julai dan 24 Jukai 2021. Peserta diberi tunjuk ajur menyediakan beberapa jenis makanan sejuk beku yang laris di pasraan seperti donut, samosa, pizza dan banyak lagi. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/buat-aneka-kuih-frozen-confirm-sedap-laku-keras/
Wajib Join, Latihan Penyediaan Makanan. Ambil tahu dos and don’ts pada 25 Mei dan 19 Ogos. Peserta boleh memilih salah satu sesi yang diadakan pada tarikh tersebut. Kursus ini banyak membantu peserta yang terlibat dalam perniagaan makanan mengetahui perkara-perkara yang harus dielakkan semasa menyediakan makanan untuk pelanggan. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/wajib-join-latihan-penyediaan-makanan/
Anak pasang kunci basikal di leher ibunya, kemudian terlupa kod. Seorang ibu terpaksa minta bantuan polis untuk membukanya.
Alahailah anak, menguji sungguh perangai! Mujurlah tidak berbahaya, jika tidak menyesal tak sudah. Kasihan sungguh ibunya yang pada mulanya menganggap anaknya sekadar berjenaka.
Ibu Terpaksa Minta Bantuan Polis
Seorang wanita di Beijing, China mendapatkan bantuan polis selepas kunci basikal yang dikalungkan di lehernya tidak dapat dibuka.
Kejadian 7 Oktober lalu berlaku apabila anak wanita itu berusia empat tahun meletakkan kunci basikal itu pada leher ibunya serta terlupa kod kunci untuk membuka semula.
Anak Pasang Kunci Basikal Di Leher
Akibatnya, wanita itu mendapatkan bantuan polis di balai polis Huai’an di Jiangsu dalam keadaan panik dengan kunci basikal itu masih pada leher.
Wanita itu memberitahu pegawai polis, anak lelakinya bermain dengan kunci basikal itu ketika dia mencuci tandas.
Kanak-kanak itu kemudian meletakkan kunci itu pada leher ibunya.
Terlupa Kod
Pada mulanya, wanita itu menganggap perbuatan anaknya sekadar jenaka, apatah lagi dia mengetahui kod membuka kunci basikal berkenaan.
Namun, dia panik apabila menyedari kod asal tidak boleh digunakan kerana anaknya menukar kod terbabit.
“Saya tidak boleh buka kunci basikal itu dengan kod yang saya tetapkan.
“Saya tak tahu berapa kali dia tukar kod itu, jadi saya pun panik,” katanya kepada polis yang dipetik portal Oditty Central.
Diselamatkan Pihak Bomba
Polis memeriksa kunci basikal itu, tetapi tidak dapat membantu wanita itu sebelum memanggil pasukan bomba.
Pasukan bomba meletakkan tuala kecil di antara leher dan kunci basikal itu untuk membolehkan mereka memotong kunci berkenaan.
Wanita itu menarik nafas lega selepas pasukan bomba memotong kunci itu.
Dia juga sempat memberitahu bahawa sudah memukul anaknya kerana berkelakuan nakal.
Mingguan Wanita : Beginilah membesarkan anak-anak yang makin meningkat usia, kadang-kadang sikap mereka cukup menguji kesabaran. Nasib baik leher ibunya dapat dilepaskan. Anak oh anak!
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan https://t.me/bangkitwanitaMW
‘Cakap senang, cubalah cerita.’ Pasangan buat perangai, lebih baik jangan beritahu mak ayah dia atau keluarga dia. Bimbang anda pula akan dipersalahkan bila mengadu perkara buruk tentang anak mereka.
Segelintirnya mungkin boleh menerima sikap buruk anak mereka. Namun ada juga yang tidak bersikap terbuka bila menantu mengadu itu dan ini.
Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin ini dan fahami apa kesannya bila mentua tidak menerima kesalahan si anak bila menantu meluah rasa.
Pasangan buat perangai, kita beritahu mak,ayah dia… Bak kata pepatah Inggeris, easy talk than done…
Maksudnya, cakap senang, cubalah beritahu. Mostly, tapi bukan semua, kebanyakannya lah kan, tak dapat terima kalau kita ada beritahu perangai buruk, perbuatan tak baik anak dia kepada dia…
Pasangan Buat Perangai
Atas alasan apa dia tak boleh terima?
Katanya, dia lebih kenal anak dia dan dia yang besarkan anak dia…
Tapi dia tahu atau tidak apa yang anak dia buat di belakang dia. Tentunya dia tak tahu. Yang dia tahu, bila kita mengadu macam itu, dikatakan pula kita pula memburuk-burukkan anak dia dan kita pula dilabelkan jahat…
This is true gais. Hanya segelintir sahaja yang terbuka bila menantu mengadu apa-apa.
Malah hanya sesetengah sahaja yang mampu terima bila menantu beritahu apa-apa perilaku anaknya. Hanya segelintir sahaja yang bantu menantu atau memihak kepada menantu dalam bab ini…
Selebihnya semua against menantu dan selebihnya semua kata menantu itu yang salah. Termasuklah ipar duai yang sama-sama tak boleh terima orang kata apa-apa dekat adik-beradik dia…
Jangan Beritahu Mak Ayah Dia
Kecacatan atau flaws dalam marriage ini adalah bila mana menantu mintak pertolongan orang tua pasangannya, ataupun adik beradik pasangannya, tapi dia pula dipersalahkan dan dituduh bukan-bukan…
Reality check sometimes hard to digest but this is what actually happened in our society… Sad kan…
Mingguan Wanita : Hanya pasangan tahu hati budi dan perangai pasangan masing-masing. Sikapnya di depan keluarga cukup berbeza apabila bersama dengan isteri.
Bagi golongan mak-mak tisu basah atau wet tissue ini memang satu keperluan dan barang yang mesti ada dalam beg tangan. Lebih-lebih lagi jika anak-anak masih kecil.Ramai mak-mak yang menggunakan tisu basah ini untuk mengelap kotoran pada anak tidak kurang ada juga yang menggunakannya untuk membersihkan najis pada bayi kerana menganggap ia sebagai satu alternatif tanpa perlu mencari sumber air.
Menurut perkongsian oleh Ustaz Syed Shahridzan ada hukum dan cara tertentu dalam menggunakan tisu basah ini untuk membersihkan najis bayi.Berikut merupakan jawapan bagi soalan yang pernah diajukan buat beliau sebagai rujukan dan panduan mak ayah semua.
HUKUM GUNA TISU BASAH (BABY WIPES)
“Ustaz, mohon bagi penerangan tentang mengelap kotoran dengan wet tissue boleh tak? Sebab ramai kaum ibu yang guna sewaktu tukar pampers bayi, terutama sewaktu musafir. terima kasih banyak-banyak ustaz.”
1. Mengelap kotoran yang dalam kategori najis dengan tisu basah (baby wipes) mesti dielakkan ia tidak menepati syarat-syarat penyucian sesuatu dari najis.
2. Najis bayi (selain mukhaffafah) termasuk dalam kategori najis mutawassitah yang mana syarat pembersihannya mestilah menghilang ain(objek) dan seluruh kesan-kesannya iaitu bau warna dan rasa.
3. Syarat penyucian najis mutawassitah jika melibatkan air yang sedikit mestilah air itu bersifat mendatang(curah) kepada najis tidak kira dari arah mana sekalipun. Ini bermakna benda yang bernajis tidak boleh direndam ke dalam air yang sedikit, maka proses penyucian tidak sah. Perkara ini disebut di dalam kitab-kitab fiqh antaranya “Taqrirat Sadidah”:
أن يكون الماء واردا غير مورد، أي يرد الماء على النجاسة لا العكس.
Maksudnya: “Air itu hendaklah mendatangi bukan ia didatangi, iaitu air mendatangi ke atas najis bukan sebaliknya”.
4. Syarat lain yang mesti dipenuhi untuk menyucikan sesuatu benda dari najis mutawassitah adalah air itu mestilah bersifat mengalir sepertimana disebut di dalam kitab ‘al-Yaqut al-Nafis:
بجري الماء على ما تنجس بها
Maksudnya: “Dengan mengalirnya air ke atas seuatu yang ternajis dengannya(najasah)”.
5. Satu lagi syarat yang wajib dipenuhi menurut mazhab Syafi’ie adalah membersihkan sesuatu dari najis dengan air mutlak(air paip dan seumpamanya). Tidak boleh menggunakan air yang bercampur dengan bahan lain seperti sabun, clorox dan seumpamanya. Perkara ini disebut di dalam kitab “Matan Abi Syuja'”:
وطاهر غير مطهر وهو الماء المستعمل والمتغير بما خالطه من الطاهرات
Maksudnya: “Jenis air yang suci tetapi tidak menyucikan iaitu air mustakmal dan air yang berubah sifatnya dengan bercampur dengan bahan-bahan yang suci”.
6. Berbalik kepada isu baby wipes, jelas ia tidak menepati syarat-syarat di atas. Ini kerana meskipun tisu itu basah tetapi sifat air itu tidak mengalir ke atas benda yang bernajis, malah tisu itu hanya sekadar basah, iaitu jika diperah sekalipun ia tidak mengalirkan air.
7. Syarat lain yang tidak ditepati oleh baby wipes ialah air yang digunakan bukan terdiri dari air mutlak. Ini kerana basahan tisu itu terdiri dari cecair yang bercampur dengan bahan kimia dan bukannya tulus air mutlak(air paip dll).
CARA TERBAIK BERSIHKAN NAJIS & KOTORAN BAYI
8. Cadangan yang terbaik, boleh menggunakan baby wipes untuk membersihkan sesuatu yang bernajis seperti kemaluan bayi, tetapi setelah menggunakan ia maka mesti dibilas dengan air mutlak yang mengalir ke atas sesuatu anggota atau benda sehingga hilang kesan-kesan najis.
9. Jika proses tersebut hanya bergantung kepada baby wipes sahaja tidak diiringi dengan bilasan, maka proses penyucuian tersebut dikira tidak sah dan bayi itu terus dalam keadaan menanggung najis.
10. Sebagai maklumat tambahan, maksud air mengalir adalah air yang diletakkan atas sesuatu benda atau anggota, kemudian ia mampu mengalir. Sebagai contoh air di’spray’ ke atas sesuatu benda atau anggota sehingga ia nampak mengalir di atasnya. Perkara ini ada dinyatakan oleh Imam Nawawi berkenaan maksud air yang mengalir di dalam al-Majmuk, iaitu tidak sah berwuduk dengan air salji yang beku kerana ia tidak mengalir maka hendaklah salji itu dicarikan dahulu, namun jika salji itu ditekap atas anggota yang panas lalu salji itu cair(mengalir), maka sah wuduk itu.
11. Dalam mazhab syafiie ada satu hukum khusus yang dinyatakan iaitu التضمح بالنجاسة iaitu meletakkan sesuatu dengan najis atau membiarkan sesuatu itu dalam keadaan bernajis hukumnya ada haram. Menurut ulama syafi’iyyah lagi sesuatu benda yang digunakan untuk dimanfaatkan oleh manusia atau mana-mana anggota badan manusia dibiarkan dalam keadaan bernajis meskipun bayi sekali pun (yang tidak solat) dan tidak disucikan maka tidak boleh dibiarkan dalam keadaan bernajis. Ini kerana ia adalah berbuatan yang menjijikkan dan jauh dari falsafah kebersihan yang dititik beratkan oleh Islam. Oleh itu, dalam keadaan yang tidak terdesak, perkara sebegini tidak sepatutnya diambil mudah.
12. Namun tidak dinafikan perkara seperti urusan bayi tidak lari dari keperluan mendesak seperti musafir, jalan jauh dan sakit, jika ia dalam keadaan terdesak sebegini maka ia dibolehkan (baby wipes) dan tidak termasuk hukum haram sepertimana yang dinyatakan oleh Imam Syubramallisi di dalam hasyiahnya(karangan). Jadi masalah penyucian anggota bayi bukan hanya kaitan bayi itu wajib solat atau tidak tetapi atas alasan-alasan yang disebut di atas.
Wallahu A’lam
Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi
Sebenarnya tidak salah untuk menggunakan tisu basah untuki membersihkan najis bayi, tapi perlulah dengan cara yang betul.Semoga perkongsian ilmu ini bermanfaat dan kongsikan juga sebagai panduan buat mak ayah yang lain.
Live TikTok Fattah, Amira raih lebih 50 juta ‘likes.' Pasangan baharu mendirikan rumah tangga, Fattah Amin, 35, dan Amira Othman, 32, sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila sesi siaran langsung mereka di TikTok mencatatkan lebih 50 juta tanda suka selain ditonton lebih 150,000 kali setakat jam 10.40 malam, Isnin.