Ada benarnya segala yang kita ada hanyalah pinjaman sementara dan bukannya milik kita. Malah,jangan sesekali rasa diri mulia kerana ilmu dan kedudukan yang dimiliki sehinggakan pandang rendah pada masa depan orang lain.
Pernah pergi perkongsian ilmu pasal memilih calon pasangan. Semua peserta wanita masa tu.Tiba-tiba masa Q&A, ada seorang makcik pencen angkat tangan dan kata dia nak sharing something.
Dia perkenalkan diri sebagai bekas pekerja profesional. Kiranya masa dia bekerja dulu, dia orang hebat. Semua sempurna. Suami, anak-anak rumah dan segalanya, semuanya sempurna, dipandang tinggi dan mulia.
Sehinggalah anak perempuan pertamanya nak kahwin. Anak dia propose calon lelaki yang baik, soleh, keluarga juga baik-baik tapi cuma lelaki tu, taraf pendidikannya kurang dua tangga (degree holder) dengan anak perempuannya yang doctorate. Jadi, makcik tu tolak calon tersebut.
“Mummy tak mahu cucu-cucu mummy tak smart macam ahli keluarga kita. Carilah suami yang excellent, long. Biarlah nanti cucu mummy lebih berjaya dari mummy, daddy & kak long,”
“Lagipun lelaki macam tu, bukan taraf menantu impian yang mummy bayangkan untuk jadi suami kak long. Kak long faham kan maksud mummy?”
Calon Menantu Setaraf
Akhirnya, datang pula seorang calon lain yang setaraf tahap pendidikan dengan Kak Long, masuk meminang. Berkahwin. Makcik jadi gembira bukan kepalang bila kak long mengandung selepas beberapa ketika. Sampailah akhirnya, bila cucu makcik membesar …
Ujian Cucu ‘Istimewa’
Makcik tu pause sekejap.
Dia tarik nafas.
“Akhirnya cucu-cucu makcik yang makcik nak sangat jadi hebat, dari benih-benih manusia bijaksana kononnya, semua Allah uji dengan istimewa. Seorang autisme dan seorang lagi ADHD. Semua belajar di pendidikan khas,”
“Masa awal dulu makcik tengok perkembangan mereka, makcik rasa tension sangat. Sebab di rumah kami, makcik dah sediakan perpustakaan dan bahan bacaan yang hebat dan mahal-mahal, sama seperti makcik train anak-anak makcik dulu,”
Kata makcik tersebut, perkara ni buat di malu. Dan akhirnya bila muhasabah diri, dia teringat apa yang pernah dia buat dan cakap dulu.
“Makcik malu dengan Allah. Makcik bertaubat dengan sebenar-benar taubat,”
Ads
Kawan-kawan,
Sharing makcik ni bukan nak memperkecil-kecilkan anak istimewa. Makcik cuma mengajar kita bermuhasabah, Jangan buat kerja Allah. Masa depan kita tak tahu.
Memang kita boleh merancang, tapi merancanglah dengan iman dan hati yang tunduk pada Allah.Luruskan niat pada ibadah perkahwinan.Kita ini mulia kerana Allah tutup aib kita, jadi jangan rasa mulia, kerana ilmu dan kedudukan kita, sampai kita pandang rendah dan bersangka-sangka tentang masa depan orang lain. Kita tiada daya dan upaya.
Hazwani Mohd Dah
Semoga tak mengejar kemuliaan dunia
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat dan dijadikan pengajaran.Jangan sesekali merasa diri kita mulia kerana ilmu dan kedudukan yang kita ada, sampai memandang rendah pada orang lain.
JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik, kursus-kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini.Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 12 Jun dan 26 Jun 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. ( https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/ )
Selepas sehari berkahwin, lelaki ini terkejut lihat rupa sebenar isteri tanpa solekan, berang ditipu jadi dia terus failkan penceraian.
Benarlah dari mata turun ke hati. Barangkali lelaki ini merasakan rupa paras yang cantik adalah penentu kebahagiaannya bersama isteri tersayang.
Jadi bila isteri yang dinikahi tidak mencapai standard kecantikan yang dia mahu, lalu dia terfikir untuk bercerai sebagai jalan penyelesaian. Mudah sungguh!
Berang Ditipu
Berang ditipu isterinya, seorang lelaki di Kaherah, Mesir memfailkan penceraian di mahkamah selepas terkejut melihat rupa sebenar isterinya tanpa solekan sehari selepas perkahwinan mereka.
Gulf News melaporkan, lelaki itu mengakui pada pagi selepas perkahwinan mereka dia terkejut melihat wajah sebenar isterinya tanpa solekan.
Terkejut Lihat Rupa Sebenar Isteri Tanpa Solekan
“Saya rasa ditipu kerana sebelum berkahwin dia hanya mengenakan solekan tebal, dia kelihatan hodoh tanpa solekan,” katanya kepada mahkamah.
Lelaki itu memfailkan penceraian selepas sebulan perkahwinan mereka.
Katanya, dia mengenali isterinya menerusi Facebook di mana dia memuatnaik banyak gambar cantik memakai solekan penuh.
Lelaki Ini Failkan Penceraian
Menurutnya, selepas itu dia bertemu dengan isterinya beberapa kali dan memutuskan untuk berkahwin dengannya.
“Tetapi selepas perkahwinan saya melihat wajah sebenar dia tanpa solekan.
“Saya terkejut kerana dia tidak kelihatan seperti orang yang saya temui beberapa kali sebelum kahwin,” kata pengadu kepada mahkamah.
Dia berkata, dia menfailkan penceraian kerana rasa tertipu dengan wajah isterinya. – Agensi
Mingguan Wanita : Dalam berumahtangga, paras rupa bukanlah keutamaan, paling penting baik budi dan akhlak pasangan. Rupa yang cantik lama-kelamaan bila dimamah usia akan pudar juga. Semoga lelaki ini mendapat pasangan yang secocok!
Suami isteri maut kemalangan jalan raya usai rakam foto hari raya. Sepasang suami isteri yang terlibat dalam nahas jalan raya di Kampung Merbau Kudung, Jalan Teloi Timur dipercayai baru sahaja selesai merakam gambar kenangan sempena Hari Raya.
Suami Isteri Maut Kemalangan Jalan Raya Usai Rakam Foto Hari Raya
Mangsa, Lokman Hakim Mohd Shukri, 23, dan isterinya, Intan Suraya Zaidi, 24, dikatakan baru pulang dari sesi fotografi di Parit Panjang, Baling, dan sedang dalam perjalanan ke kediaman mereka di Kampung Kuala Teloi Batu Lima ketika insiden berlaku.
Pemilik Bromie Studio, Muhammad Suhaimi Yahaya, 35, memaklumkan bahawa pasangan tersebut hadir ke studionya sekitar jam 11 pagi dan sesi fotografi berlangsung selama lebih kurang setengah jam.
Gambar kenangan pasangan suami isteri yang baru dirakam sebelum kejadian.
Menurutnya, pasangan itu kelihatan sangat ceria dan gembira sepanjang sesi bergambar berlangsung.
“MEREKA NAMPAK TERUJA KERANA DAPAT GAMBAR RAYA YANG SIAP DICETAK HARI ITU JUGA. SAYA TURUT MENGHANTAR SALINAN GAMBAR KE TELEFON BIMBIT MEREKA YANG MENGGUNAKAN JENAMA IPHONE. SEMASA BERGAMBAR, MEREKA BANYAK KETAWA DAN SANGAT RIANG.
“Beberapa ketika kemudian, saya benar-benar terkejut apabila dimaklumkan mereka telah terkorban dalam kemalangan,” katanya.
Tambah Suhaimi, beliau pernah menjadi jurufoto untuk majlis perkahwinan pasangan tersebut pada Jun tahun lalu.
Katanya lagi, arwah berdua merupakan insan yang sangat baik dan kelihatan sangat bahagia.
“Saya tidak menyangka bahawa sesi kali ini merupakan kenangan terakhir mereka yang sempat saya abadikan,” ujarnya.
Difahamkan, kejadian tragis yang berlaku sekitar jam 4.16 petang itu melibatkan sebuah kereta Perodua Myvi yang dinaiki pasangan terbabit. Kenderaan tersebut dipercayai hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah lori muatan 10 tan.
Keadaan kereta pasangan suami isteri yang terlibat dengan kemalangan tersebut.
Akibat perlanggaran itu, kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Suami sifatkan arwah Zaleha Hamid isteri yang baik. Salam takziah diucapkan buat penyanyi Zaleha Hamid yang telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru malam tadi, akibat jangkitan kuman pada paru-paru.
Allahyarham Zaleha Hamid merupakan penyanyi dangdut popular era 1980-an. Mengimbas kembali zaman kemuncaknya, suami kepada Zaleha, Ungku Sulaiman Ungku Aziz, 60, memberitahu isterinya merupakan serang yang sangat baik dan bertanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu.
Suami Sifatkan Arwah Isteri Yang Baik
Walaupun sibuk dengan kerjayanya sebagai penyanyi namun Zaleha tidak pernah lupa tanggungjawabnya.
“Arwah seorang isteri yang sangat baik, walaupun dia sibuk dengan kerjaya sebagai penyanyi ketika dulu, tanggungjawab sebagai isteri dan ibu tidak pernah dilupakan.
“Itu yang saya sayang dia (Zaleha), walaupun sibuk dengan kerjaya seni, tetapi tanggungjawab kepada keluarga dan saya tidak pernah terlepas,” terang Ungku Sulaiman sepertimana dilaporkan Berita Harian.
Tak Pernah Bergaduh
Memetik laporan berita itu lagi, suami arwah Zaleha juga menyatakan mereka suami isteri tidak pernah bergaduh.
“Arwah siapkan semua pakaian, makanan dan minuman kami tanpa menggunakan khidmat orang gaji. Kami tidak pernah bergaduh, kalau selisih faham pun, kami berdua duduk berbincang dan tidak pernah bergaduh sampai menjerit.
“Jiran kami pernah bertanya dengan arwah pernahkah bergaduh dengan saya sebab dia lihat hubungan kami sentiasa mesra.
“Rumah tangga biasalah ada selisih faham, tetapi apabila berlaku saya akan beri masa kepada arwah untuk berfikir. Kenangan itu menjadikan saya rindu arwah,” ceritanya.
Hidap Angin Ahmar Sejak 2019
Berkongsi keadaan arwah sebelum menghembuskan nafas terakhir, Zaleha mengidap penyakit angin ahmar seluruh badan pada 2019.
“Dia mula makan lima sudu dan semakin berkurangan dari sehari ke sehari. Pada hari raya kedua, dia langsung tak boleh makan dan minum. Saya bawa dia ke klinik, tetapi tutup sebab raya (Aidiladha), jadi kami pergi ke bahagian kecemasan hospital.
“Doktor kemudian memaklumkan paru-paru arwah dijangkiti kuman dan keadaannya kritikal sebelum kembali stabil dua hari sebelum menghembuskan nafas terakhir.
“Pada kira-kira jam 6 petang semalam, dia tiba-tiba sesak nafas ketika mahu diberi susu. Saya lihat bacaan mesin bantuan pernafasannya semakin menurun, saya bisikkan kalimah syahadah kepadanya sebelum dia disahkan meninggal dunia,” sambunya lagi yang reda dengan pemergian isteri tercinta.
Kenangan sewaktu Allahyarhamah Zaleha Hamid menghiburkan peminat.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Model Rusia buat laporan polis selepas jadi mangsa komen lucah, dimalukan ketika makan berseorangan di restoran. Seorang wanita warga Rusia tampil membuat laporan polis...