Islam memang meletakkan tanggungjawab yang berat untuk seorang lelaki yang bergelar suami. Ia bermakna seorang suami berkemampuan memikul amanah yang diberikan.
Tidak dinafikan selepas berkahwin semua suami kena tanggung, tapi kalau betul seorang lelaki ikut cara Islam, pasti lelaki tak takut bergelar suami. Betul tak?
Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin dan fahami apa yang dimaksudkan dengan tanggungjawab seorang suami.
Selepas Kahwin Semua Suami Kena Tanggung
“Takkan lepas kawin, semua suami kena tanggung…teruk la suami, baik tak payah kahwin…”
Ya, tak payah kawin…bujang sajalah sampai bila-bila…
Lelaki yang tidak ada rasa nak bertanggungjawab ke atas diri orang perempuan…
Atau lelaki yang tidak ada rasa nak jaga makan minum orang perempuan dan lelaki yang tidak ada rasa nak berbuat baik ke atas diri orang perempuan…
Malah lelaki yang tidak ada rasa untuk membahagiakan orang perempuan yang dia bakal buat isteri, jadi pasangan sehidup semati dengan dia, maka,
Islam letak teratur dah, sudah tersusun, elok dan cantik dah… Bila kita kahwin, kita kena bertanggungjawab, kena jalankan kewajipan sebagai seorang suami…
Ads
Tugas suami ini memang kena jaga isteri, sara isteri, tanggung isteri, bagi isteri makan minum yang mencukupi dan tempat tinggal yang selesa…
Kenapa perlu takut untuk buat semua ini sampai tak nak kahwin? Susah sangat ke nak buat?
Sebenarnya susah bagi yang tak faham peranan dia sebagai suami itu apa…
Susah bagi yang tak nak buat tanggungjawab sebagai suami itu dan susah bagi mereka yang still tak boleh move on dari kehidupan bujang yang bebas buat apa saja tanpa perlu menjaga serta menanggung siapa-siapa…
Kalau Ikut Cara Islam Lelaki Tak Takut Bergelar Suami
Kalau kahwin juga macam mana?
Ads
Teraniaya anak perempuan orang lain bila kita tak menjalankan tanggungjawab serta kewajipan sebagai suami…
Kenapa nak aniaya anak orang lain? Kejam dan zalim kalau buat macam itu…
Tugas, tanggungjawab, kewajipan serta peranan suami itu diletakkan Islam ke bahu orang lelaki sebab kita mampu…
Cumanya, kita rasa tak mampu sebab kehidupan harian kita tak ikut cara Islam…
Kalau kita betul-betul ikut cara Islam, kita tak akan takut untuk jadi suami dan ada isteri…
MW: Sebelum berkahwin, seorang lelaki kena faham peranan dan tanggungjawab seorang suami barulah tidak timbul masalah di kemudian hari. Ingatlah perkahwinan bukanlah mengejar keseronokan semata-mata.
Melentur hati seorang isteri perlu bermula dari suaminya sendiri. Bijak suami menawan, hati isteri maka mudahlah untuknya mahu melembutkan jiwa isteri.
Mudahlah baginya untuk membimbing isteri ke jalan yang diredhaiNya. Inilah antara perkongsian menarik Ustaz Ebit Lew. Agar menghargai dan menyayangi bidadari dalam hidup suami.
Maka itu, suami utamakanlah amalan yang paling utama bagi seorang suami iaitu menafkahi isterinya sendiri. Apabila cukup suami beri, ianya akan memberi bahagia di hati isteri.
Sayangi Bidadari Dalam Hidupmu
Hargailah dan sayangilah bidadari dalam hidupmu di dunia kerana dialah bakal peneman kita selamanya di syurga nanti. Dialah permaisuri di syurga kita nanti. Amin.
Pemberian paling utama bagi seorang suami ialah isterinya. Kewajipannya. Tanggungjawabnya. Ramai orang terlupa memberi nafkah pada isteri. Beri sedekah pada haiwan terbiar sahaja menjadi sebab di masukkan syurga.
Bayangkan nilai beri makan pada orang miskin dan anak yatim. Betapa besarlah pula nilai amalan memberi nafkah paling utama pada isteri.
Nilai amalan wajib dan sunat tak sama. Kerana itu membahagiakannya, menggembirakannya membuat kita lebih bahagia gembira. Lebih berkat. Lebih melimpah ruah rezeki dan nikmat. Redha Allah segalanya.
Bayangkan apalah hadiah Allah pada kita nanti. Saat kita diuji dialah peneman setia. Saat kita sakit dialah yang menjaga kita. Paling mengenal dan memahami kita sentiasa. Isteri anugerah Allah. Orang tanya saya apa buat terus kuat melalui semua ini. Anugerah Allah memiliki bidadari yang sangat baik.
Kerana itu Saidina Ali ra pernah kata maksud doa ya Allah berilah kebaikan dunia dan akhirat. Apakah kebaikan dunia ini? Jawabnya beliau wanita solehah.
Mendapat itu dapatlah segalanya nikmat dunia ini. Kerana itu tugas kita suami menyayangi dan membimbing isteri kita cinta dan mengenal Allah. Wanita ini lembut dan mudah dibimbing jika kita menawan hatinya.
Saat kita mendapat hatinya mudahlah kita melenturnya dengan izin Allah. Alang-alang bercinta biarlah sampai syurga. Amin
Mingguan Wanita : Seorang isteri yang bahagia, sudah tentu dia akan membahagiakan hati suami dan seisi keluarganya.
Insiden kes kematian di rumah pengasuh bukanlah perkara baru. Ramai mak ayah yang turut menzahirkan kebimbangan untuk menghantar anak-anak ke rumah pengasuh.Sebenarnya selain, berusaha mencari pengasuh yang boleh dipercayai baik dari segi sikap dan pengalamannya dalam menguruskan anak-anak, mak ayah juga disarankan untuk mengamalkan doa tertentu sebagai salah satu usaha bertawakal kepada Nya.
Menurut perkongsian oleh Hakimie Abdul Malek,mak ayah yang tinggalkan anak dengan pengasuh, bolehlah amalkan doa yang pernah diajar oleh Almarhum Tuan Guru Ustaz Dato Dr. Haron Din ini dahulu.
Nabi Muhammad s.a.w menitipkan doa ini kepada Abu Hurairah, ketika akan berpisah dengan beliau:
MahuAda segelintir suami, niat di hatinya mahu menghargai isteri. Sanggup bawa isteri ke kedai belikan isteri emas, bawa isteri berjalan di pusat membeli belah tengok perabot. Sayangnya, baru diuji tuhan sedikit, hatinya dah mula berbolak balik.
Mulalah memperlekehkan isteri yang tak faham kenapa tiba-tiba suami dari sweet loving husband, boleh jadi ‘singa lapar’ marah-marah sekelip mata.
Isteri dari rasa seronok, terus tawar hati. Makan dalam dengan sikap suami sendiri. Apa yang dikongsikan Akhtar Syamir ini banyak wanita lalui. Tapi tak terluah saja, apa yang mereka sedang alami.
Akhirnya pendam diam-diam. Jadi, kongsikan saja kisah ini pada suami. Biar suami hadam dan faham yang isteri itu bukannya anak patung, masa suka kau belai, tiba-tiba tak suka suami lempar.
Niat Nak Belikan Isteri Emas, Tiba-tiba Ini Yang Jadi Dekat Suami
Dalam tidak sedar, pasangan buat sesuatu yang merugikan dalam perhubungan.
Ianya umpama niat itu sudah sangat bagus, tetapi kemudian tersilap langkah dan menjadikan ianya hampir sia-sia.
Contohnya begini.
Si suami nak belikan emas untuk isteri. Sudah ada budget semua. Niatnya untuk gembirakan isteri dan dalam masa yang sama, untuk simpanan aset juga. Ini semua terdetik selepas baca perkongsian saya mengenai emas.
Si isteri punyalah seronok. Bersyukur akhirnya si suami sudah celik emas dan faham yang barang kemas itu bukan semata-mata perhiasan tetapi satu pelaburan dan pemangkin semangat buat isteri.
Niat tu bagus kan? Tujuan tu juga bagus. Tapi bila sampai kedai emas, terngaga si suami melihatkan barisan yang beratur panjang untuk masuk ke kedai. Si suami mula tertekan.
Mula dia mengeluh, membebel-bebel. Si isteri memberi cadangan supaya suami tunggu je dalam kereta, biar dia sahaja yang beratur. Lagipun hanya duduk di kerusi, bukan berdiri.
Tapi dimarahnya pula, membazir minyak. Minyak bukan murah macam zaman PKP dulu. Duit bukan susah nak cari bla bla bla.. Tapi akhirnya dibenarkan juga si isteri beratur dan dia tunggu dalam kereta.
Selang 10 minit, dapat mesej dari suami, “lama lagi ke?” Jawapan yang sama diberi isteri, “sabarlah sayang“. Kemudian suami membalas dengan “kalau tahu lama gila tunggu macam ni, baik tak payah datang, buang masa je“.
Di sini mulanya hati isteri disiat-siat. Hati yang gembira pada awalnya mula bertukar menjadi kecewa.
Belum Sempat Belikan Isteri Emas, Macam-macam Dikatanya
Nak, tinggalkan barisan dan balik atau nak teruskan? Pilihan itu bermain-main di dalam minda. Hati dah mula sakit, tapi perasaan sayang kerana hanya beberapa langkah sahaja lagi untuk dapat emas yang diidamkan.
Sampai sahaja giliran untuk masuk, si suami pun tiba. Belum sempat si isteri memilih, suami seperti memaksa ambil yang dia pilih sedangkan jenis itu tidak diminati isteri. Apabila isteri tidak setuju, berlaku sedikit gaduh kecil. “Orang nak belikan pun mujur, nak memilih-milih pulak“.
Hancurnya hati si isteri dibuat begitu. Umpama kucing liar yang diberi makan. Mujurlah diberi tulang ikan.
Si isteri tahan juga, kalau dia memberontak, nanti lagi bergaduh dan memalukan dan akan beri kesan yang lebih teruk.
Mujurlah akhirnya si suami bersetuju untuk membiarkan si isteri pilih. Kena pula dengan budget, suami terus bayar dan pulang.
Tak Cukup Dimarahi, Disindir Pula Si Isteri
Dalam perjalanan, si suami tak habis-habis bertanya “suka la tu?”, “suka tak?” “Sayang abang tak?”, “Bukan senang abang cari duit ni, lepas ni jangan membebel-bebel, ikut je abang cakap.. bla bla bla“.
Jari jemari si isteri mengusap-usap gelang biskut tawar yang baru dibeli tadi. “Aku sayang suamiku, aku sayang suamiku, aku sayang suamiku, aku bersyukur, aku bersyukur Ya Allah“. Pujuknya dalam hati.
Air matanya tak dapat ditahan. Bergenang di kelopak mata. Dialih pandangannya ke luar tingkap kereta.
“Tu dah kenapa pulak? Dah belikan emas pun nak merajuk lagi? Bersyukur la ada suami belikan emas. Ada orang lain warna emas pun tak pernah nampak. Tak faham betul la dengan awak ni“.
Begitulah situasinya apabila niat yang baik bertukar menjadi kegagalan dalam mencapai tujuannya.
Bukan susah nak faham perempuan atau isteri sebenarnya. Mudah sahaja. Buangkan “me, me, me” dan fikirkan “you, you, you”. Niat yang baik itu untuk dia.
Mahu Gembirakan Hati Isteri, Tapi Jangan Sampai Memaksa
Gembirakan dia, bukan fokus untuk buktikan dan tunjuk anda yang bagus dan berjaya. Nak gembirakan dia, bukan dengan memaksa, biar dia pilih apa yang dia suka. Gembirakan dia dengan tidak mengeluh. Gembirakan dia dengan menjaga emosinya.
Betul, bukan mudah nak simpan duit untuk beli emas. Tapi janganlah sampai perlekehkan isteri. Bukannya isteri tu tak faham si suami kerja siang malam pagi petang. Tapi janganlah sampai buat isteri terasa.
Memang si isteri dapat emas. Tetapi adakah dia gembira? Jika anda ada perasaan “eleh, emas dapat jugak“. Anda sebenarnya sedang buat benda yang merugikan dalam perhubungan.
Situasi ini boleh digunakan pada hampir semua keadaan contohnya pergi bercuti, balik kampung, belikan rumah atau kereta, hadiah dan sebagainya. Pergi bercuti tapi dalam perjalanan bergaduh dalam kereta dan bermasam muka. Biasa lalui?
Apabila niat itu baik, tetapi perlaksanaannya penuh dengan ungkitan, perbalahan, keluhan dan sebagainya. Ia adalah satu perkara yang merugikan.
Jika niat nak menggembirakan, gembirakanlah. Jangan ditambah dengan kekecewaan. Kerana ia sangat menyakitkan.
Semoga dapat membuka mata untuk lebih memahami isteri. Jangan tergelincir dari niat yang baik ye.
Jururawat hampir kehilangan RM4000 akibat emel palsu, "diminta verify kalau tak akaun Netflix digantung. Seorang jururawat hampir kehilangan wang simpanannya selepas menjadi mangsa penipuan...