
Ramai yang suka kuih semperit sebab ia cantik berbunga, rangup berlemak, namun cair dalam mulut. Namun ramai juga yang ‘frust’ bila payah nak tekan dalam acuan sebab keras dan semperitnya jadi mudah hancur.
Puan Are-u Juliania ada kongsikan resipi dan tip nak buat kuih semperit yang sedap, rangup dan cantik ni.
“Samperit coklat, hitam itu menawan.Acuan samperit pecah 15.Yang penting doh tepung jangan keras sangat untuk mudah tekan, lepas dah tekan biarkan dalam 15 minit kena angin dulu pastu baru bakar”
Bahan-Bahan:
1ketul butter
1cawan gula icing
1biji kuning telur
2 sudu kecil esen vanila
1sk coklat emulco
1/2cawan serbuk coklat
1cawan tepung kastard
1cawan tepung jagung
1cawan tepung gandum
Cara Membuat:
Adun sebati semua bahan, kalau lembik ejas tambah tepung jagung dan gandum sikit-sikit. Selamat mencuba!
Info Ekstra!
- Bakar 25 min suhu 150 api atas bawah.
Baca Lagi Di Sini:
Semperit Susu 3 Bahan Paling SENANG, Sukatan Cawan Kacau Guna Senduk!
“Rempeyek Ekspres” Guna Kulit Popia, Janji Ada Kacang & Ikan Bilis
MW: Jadi mak-mak yang baru nak belajar buat kuih atau biskut raya, boleh cuba resipi semperit mudah ikut tip yang dikongsikan.Selamat Mencuba.
Sumber:Are-u Juliania
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pati Air Fanta Hijau Sedap, Tinggal Tambah Air Letak Ais, Siap!

Bagi memudahkan kerja mak-mak sewaktu sewaktu bulan puasa mahupun raya, bolehlah sediakan stok pati air siap-siap.Bila tetamu datang, tinggal tambah air dalam pati, letak ais dan boleh terus hidang.Tak lah berebut-rebut dan lambat nak buat air nanti.
Jika selalu asyik hidang air sirap je, boleh cuba kelainan sediakan air fanta hijau ni. Rasanya sebiji macam rasa air fanta yang dijual cuma takde rasa gas.
Menariknya buat pati ni lebih jimat, sebab sukatan ini boleh dapat sehingga 5 1/2 botol air mineral yang saiz 1.5 liter.
Berikut cara untuk menghasilkan pati Air Fanta Hijau perkongsian daripada Puan Amy Anuar sebagai panduan;
Pati Air Fanta Jimi Asmara Menari Chacha
“Suka minum air fanta tak? Tapi air fanta tu banyak sangat gas kan? Manis pulak tu. Kalau tambah air kang jadi tak sedap la pulak. Dah bukan air gas namanya.”
“Apa kata buat sendiri je. Manisnya pun boleh ejas. Gasnya pun tak tajam macam fanta dalam botol.”
“Nah KekMi share resepi pati air Fanta Hijau untuk buat stok kat rumah. Kalau ada tetamu datang dah tak payah nak masak air gula lagi dah. Tuang je pati ni tambah air masak letak ais batu. Siap.”
Bahan-Bahan:
3 kg gula pasir
1.5 liter air
330 ml Oren Sunquick (Original sahaja. Botol kecil)
1 botol pewarna hijau apple Star Brand
1 botol perasa pisang Star Brand
*Star Brand je tau. Kalau brand lain tak berapa nak jadi
Daun pandan disimpul
*Gunakan periuk yang besar atau tinggi untuk memasak air
Cara Membuat:
1. Tuangkan air, daun pandan dan gula ke dalam periuk dan masak atas dapur hingga gula larut dan air mendidih.
2. Masukkan Oren Sunquick dan biarkan ia merenih sebentar.
3. Masukkan pula pewarna epal hijau.
4. Bila dah didih tutup api dan masukkan perasa pisang. Jaga-jaga akan ada sedikit percikan sewaktu proses ini.
5. Secubit garam untuk penambah rasa. Tak nak takper.
6. Biarkan sejuk. Hanya tambah air sahaja bila nak minum. Masukkan ketulan ais.
Nota kaki:
- Boleh add on Asam Boi, Limau Kasturi, Lemon, atau Daun Pudina sebagai penambah rasa. Ikut kreativiti masing masing.
- Ini adalah pati yang sangat pekat. Memang menggunakan kuantiti gula yang banyak. Kalau bukan pati, satu sudu gula pun dah cukup untuk satu cawan.
- Pati ni boleh dapat sehingga 5 1/2 botol air mineral yang saiz 1.5 liter.
- Boleh #Share untuk rujukan. Mana tahu nak buat untuk majlis kenduri kawen ke, harijadi ke, bertunang ke kan. Biar air tu lain daripada yang lain.
Selamat mencuba!
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak, dah boleh sediakan stok pati air fanta hijau ni siap-siap. Bukan apa memudahkan kerja sewaktu berbuka dan hari raya nanti. Bila orang datang rumah tinggal tambah air dan ketulan ais je.Boleh terus hidang. Senang!
Sumber: Amy Anuar
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sos Char Kuey Teow Homemade, Bila Nak Makan Sos Dah Ready!

Bagi mak-mak yang suka makan Char Kuey Teow, sebenarnya boleh buat sendiri je sos ini di rumah. Senang sangat bila rasa nak makan sos dah ready tinggal tumis dan masak je! Tak perlu nak beli lagi, lebih jimat dan puas hati bila buat sendiri.
Sos Char Kuey Teow ini adalah olahan resipi, cara dan citarasa daripada Puan Fatin Nur Izzah sendiri. Boleh cuba untuk dijadikan panduan.
Berikut perkongsian tersebut;
“Homemade sos Char Kuey Teow.Masak sepinggan-sepinggan lagi sedap.Bila rasa nak makan mudah je sos dah ready.Saya dah cuba guna kepala udang sahaja, tapi tak menjadi. Ni saya olah sendiri. Nak lagi lama simpan dalam freezer. Satu bekas macam dalam gambar tu boleh buat sampai 4 bungkus kueh teow”
Bahan-Bahan:
1kg kulit dan kepala udang sahaja
Air secukupnya
2 senduk kicap manis
2 senduk kicap pekat
2 senduk sos tiram
2 kiub ikan bilis
2 sudu cili boh
6 ulas bawang putih
Cara Membuat:
1. Letak air dalam periuk sama paras dengan kulit dan kepala udang. Rebus kepala udang dan kulitnya sekali, sampai mendidih dan kulit udang bertukar warna.
2. Dah sejuk air rebusan udang dan kisar sikit-sikit sampai habis.
3. Setelah kisar tapis dalam periuk, buang hampas kulit dan kepala udang tersebut.
4. Masukkan kicap manis, kicap pekat,sos tiram, kiub ikan bilis dan cili boh.Tambah bawang putih yang diketuk.
5. Kacau sebati, biar mendidih dan pelahankan api dalam 30 minit atau lebih. Masa ni bawang putih tadi pun dah hancur.
Siap!
Cara Memasak:
Tumis 2 ulas bawang putih, masuk udang letak 1 senduk sos char kuey teow dan sedikit air. Tambah kuey teow, telur sebiji masukan taugeh dan daun kucai.siap!
Info Ekstra!
1. Hampas kulit udang juga boleh dibuat baja pokok campurkan dengan tanah tanaman.
2. Untuk buat sepinggan Char Kuey Tiaw boleh letak 2,3 sudu makan sos ini.
3. Simpan dalam chiller boleh tahan dalam semnggu, simpan dalam freezer lebih sebulan.
Baca Disini:Tak Payah Beli Buat Je Sendiri, Kuey Teow Home Made Guna 3 Bahan!
MW: Buat mak-mak yang nak buat sendiri char kuey teow di rumah, boleh cuba resipi sos yang dikongsikan ini. Lebih jimat dan puas hati bila buat sendiri.
Sumber: Fatin Nur Izzah
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sambal Cili Padi Jering Tua Bilis, Pedas Berdesing Tak Perlu Bawang!

Sambal jering? Eii..ada yang dengar pun dah tutup hidung dan tahan nafas. Ya, bau jering memang unik; ‘busuk’ tapi sedap gitu! Hanya penggemarnya yang tahu betapa nikmat kelazatannya. https://www.facebook.com/nurul.azwa.509
Boleh dimakan mentah sebagai ulaman, direbus, masak lemak, sambal dan macam-macam lagi. Tentu masih ramai yang menggemarinya.
Dalam tempoh PKP ni, ada tak yang rindu nak masak dan makan jering? Kali ini dikongsikan resipi ringkas sambal cili padi jering tua dengan bilis. Resipi ini sangat pedas ye. Jadi, awas bagi yang kurang suka pedas. Atau anda boleh kurangkan jumlah cili padi dan tambah sedikit cili besar merah.
PENTING: Untuk masakan ini, gunakan JERING TUA ye. Kalau boleh, yang sudah selaput dalamnya sudah berwarna kecoklatan. Baru ngam! Guna jering muda..memang tak jadi!
Sambal Cili Padi Jering Tua Dengan Bilis
Bahan-bahan:
15-20 keping jering tua – buang kulit luat, tinggalkan selaput dalam. Kerat 3@4
1 genggam bilis
20-30 biji cili padi hijau atau merah (bergantung kepedasan yang dikehendaki) – kisar
1 keping asam gelugur
Sedikit garam
Minyak masak
Cara Memasak:
Panaskan minyak dengan jumlah agak banyak. Goreng ikan bilis hingga garing. Angkat, tos dan ketepikan.
Goreng jering tua yang sudah dipotong tadi hingga agak garing. Angkat, tos dan ketepikan.
Masukkan cili padi kisar dan tumis. Masukkan asam keping, tumis hingga cili kelihatan garing dan naik minyak. Perasakan dengan garam secukup rasa. Pastikan cili benar-benar masak sebelum masukkan bahan lain.
Tambah minyak dari semasa ke semasa jika perlu, agar cili dapat masak sepenuhnya.
INGAT: Kena sabar dan masak agak lama. Bila cili masak sempurna, taklah nanti sakit perut walau pun pedas berdesing.
Masukkan bilis dan jering yang telah digoreng tadi. Gaul sebati. Tutup api.
Siap. Sangat mudah kan? Boleh juga gantikan jering dengan petai. Mantap!
INFO TAMBAHAN:
- Jering berkhasiat mencegah radikal bebas, mengandungi beberapa jenis vitamin seperti A, B1, B2 dan C.
- Bersifat antimikrob.
- Mencegah anemkia.
- AWAS! Jangan ambil berlebihan kerana boleh memberi kesan negative kepada fungsi buah pinggang disebabkan kehadiran asid djenkolik di dalamnya.
https://www.mingguanwanita.my/sambal-tumis-tempoyak-petai-pedas-paling-sedap-tak-cari-lauk-lain-1/
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI